Home Novel Komedi/Romantik Komedi AKU PLAYBOY 'OPS' KAU PLAYGIRL
Bab 40




          Suzy semakin panik.

          “Hei! Sam! Kau jangan main-main, boleh tak!” Marah Suzy tetapi dia masih lagi dalam ketakutan.

          “Suuuu”

          Suzy mematikan taliannya itu. Dia tidak mahu mendengar suara yang garau dan mengerikan apabila didengarinya itu. Dia dalam ketakutan.

          ‘Kenapa suara Sam macam tu. Atau mungkin dia nak kenakan aku. Dahlah tengah malam, nak kenakan orang buatlah siang-siang. Aku dahlah tidur sorang-sorang kat bilik ni. Nak tidur dengan abang, kang kena halau pula.’ Hati Suzy berasa tidak tenteram dan memerhati setiap penjuru di biliknya itu.

          “Ggggrrrrrrr…”

          Telefon Suzy mula bergegar lagi.

          Suzy panik lagi.

          Terdiam. Dia mula melihat nama Sam yang tentera di kaca skrin telefonnya itu. Sam sedang memanggilnya dalam talian itu lagi.

          ‘Ya Allah, lindungilah hambamu ini,’ Suzy hanya mampu berserah sahaja lalu dia terus mengangkat telefonnya itu.

          “Hhh.. hello.” Gagap Suzy untuk menjawab panggilan tersebut.

          “Suzy. Kau okay?”

          “Aaaa… huhhh..” Lega Suzy seketika apabila dia dapat memastikan itu memang suara Sam yang sebenar.

          “Kau dah kenapa? Takut ke tu….”

          Bulat sahaja mata Suzy dan ketakutannya mula hilang seketika.

          “Ishh! Kau sengaja je, kan!” Marah Suzy.

          “Hahahaha..”

          “Gelak aahh lagi.”

          “Tak takkk.”

          “Kau cuba nak takutkan aku ke tadi.”

          “Sorry sorry. Aku tak sengaja nak kacau kau. Tiba-tiba idea tu muncul sendiri. Hahaha…”

          “Idea tengkorak kau! Tak lawak laa, Sam.” Marah Suzy lagi.

          “Sorrylah, jangan marah-marah.”

          “Dahlah tengah malam. Kau pula, nak kenakan aku je. Jahat!”

          “Ehh, sorry laa. Aku main-main je. Sorry, okay.”

          “Tak ada sorry-sorry. Aku tengah marah ni!”

          “Okay okay, lain kali aku tak buat lagi. Jangan ahh marah, nanti aku sedih.”

          “Ada aku kisah.”

          “Weh, kau nak dengar tak satu ayat ni.”

          “Kisah pula aku.” Suzy sudah malas nak melayan perangai Sam itu.

          “Alaa, kau ni… Kau jelah yang sanggup layan aku.”

          “Cepat aahh. Apa!”

          “Haa, orang tua-tua kata, kalau marah tu tandanya sayang.”

          “Banyak ahh!”

          “Kalau marah banyak kali tuuu, berganda-ganda sayangnya tuu.. Hehe..”

          “Siapa sayang kat kau. Aku sayang diri aku sendiri je.” Suzy hanya memberikan alasannya sahaja.

          “Ouh, kenapa aku dapat rasakan yang hati kau tu hanya untuk aku je ye.”

          Suzy terdiam seketika. Jantungnya mula berdegup-degup laju. Tidak tahu untuk berkata-kata setelah mendengar ungkapan daripada Sam itu.

          “Terdiam tu… Tandanya ada tu.”

          “Ehh, mana ada. Apa yang kau merepek ni? Kau sihat ke tak? Ke lupa nak makan ubat?” Suzy hanya menukar topik perbualannya sahaja.

         “Tengah tunggu ubat dari you untuk hati I nilah. Tapi, masih lagi tak sembuh sebab orang tu tak nak bagi jawapan.”

          “Yerkkkkk, mimpi apa kau, Sam. Dahlah, aku nak tidur. Tak ada masa nak layan kau.” Geli hati Suzy seketika.

          “Tulah, aku pun nak tidur dah ni. Nak mimpikan kau pula.”

          “Hishh, asal aku. Geli ahh. Pergi sana! Mimpi orang lain.”

          “Garangnya.Tak apalah kalau orang tu tak sudi. Okaylah, kau take care ye. And I’m really sorry pasal usik kau tu tadi.”

          “Hmmm, it’s okay. You too.”

          Suzy terus menepuk dahinya itu apabila dia mula tersedar perkataan yang baru sahaja diungkap olehnya itu.

          'Apa benda yang aku cakap ni. Suzyyyyy, kau tersasul apa pula ni. Mampus aku,’ fikiran Suzy mula melayang.

          “Ehh! Apa you? I kurang dengar laa tadi. Boleh cakap lagi sekali.”

          “Tak ada pape. Sibuklah kau. Okay, bye.” Suzy terus mematikan taliannya itu.

          Dia berasa resah. Denyutan jantungnya semakin laju dan membuatnya menjadi semakin resah. Peluh Suzy seketika.

          “Kenapa dengan Sam hari ni? Dia okay ke tak hari ni? Kenapa dia cakap macam tu dengan aku? Asal aku berpeluh-peluh ni?” Bisik Suzy lalu dia segera mengelapkan peluh-peluh di mukanya itu.

          “Huishhh, bahaya ni. Lain macam pula perangai si Sam ni.” Bisik Suzy lagi.

          “Tweet.”

          Ada mesej yang baru sahaja muncul di telefonnya itu. Suzy sudah mula menjeling lalu dia membulatkan matanya apabila ternampak mesej itu daripada Sam. Segera menekan untuk melihat mesej tersebut.

                    Sam: Tak sempat nak cakap..

                    Sam: Selamat malam, sayang..

          “Weyyy! Sam ni dah kenapa. Panggil sayang-sayang bagai. Meromang bulu aku ni.” Suzy berasa seram sejuk.

          “Aku rasa.. dia main-main je ni dengan aku. Sengaja nak usik aku. Okay, tak apa. Aku terima usikkan kau tu.” Suzy hanya membebelkannya sahaja.

                    Suzy: Kau tak payah usik aku lagi, boleh tak!

                    Suzy: Sayang bagai.. kau apa hal.. tidurlaa..

                    Suzy: Bye!

                    Sam: Tak ada masa aku nak usik kau..

                    Sam: This is reality, sayang..

          Suzy hanya mampu membulatkan matanya sahaja. Jantungnya semakin berdegup kencang.

          “Okay, okay. Sabar Suhaida. Kau boleh control semua ni. Dia sengaja je nak kenakan kau ni. Tarik nafas, okay.” Suzy hanya memujuk dirinya sendiri lalu cuba untuk bertenang.

          “Tweet.”

          Suzy hanya melihat Sam membalasnya lagi.

                    Sam: Okay okay, saya tak kacau awak dah..

                    Sam: Goodnight, saya dah ngantuk ni..

                    Sam: Mimpikan saya..

          “Haa, kan dah cakap. Dia sengaja je nak kacau aku ni.” Lega Suzy seketika lalu dia pula yang membalas mesej tersebut.

                    Suzy: Okay, goodnight.

          Suzy berasa sedikit lega dan mindanya sekarang agak sedikit tenang. Dia mula tersenyum sendirian sambil menutup kedua-dua belah matanya itu.

Previous: Bab 39
Next: Bab 41

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.