Home Novel Komedi/Romantik Komedi AKU PLAYBOY 'OPS' KAU PLAYGIRL
Bab 43




“HERMM hermm hermm.”

          Tersedak Lan seketika.

          “Ehemm, siapa yang menyebut-nyebut tu.” Celah Haidier sambil membuka almari kasut yang berada di luar rumah mereka itu.

          “Hermm hermm.”

          “Tersedak teruk kau ni.” Celah Faris pula.

          “Entahlah. Tiba-tiba je tersedak.” Balas Lan sambil mengurut-ngurut lehernya itu.

          “Ada orang mengumpat kau ni.” Sambung Haidier yang masih lagi berada di luar rumah.

          “Siapa pula yang nak mengumpat aku.” Lan hanya menonton televisyen sahaja.

          “Ada orang rindu ler tu.” Celah Faris lagi.

          “Ehh, tersedak pun ada orang rindu.” Balas Lan.

          “Bila dah single, macam-macam boleh jadi.” Jawab Faris.

          “Apa pula maksud kau ni. Semacam je aku tengok.” Lan hanya tersengih sahaja.

          “Tak ada apalah. Lupakan je. Aku pergi ambil beg jap.” Faris menaiki anak tangga untuk ke biliknya itu.

Hairan Lan seketika.

          ‘Apa yang tak kena dengan Faris hari ni. Dia okay ke tak. Aku single salah, tak single pun salah. Mungkin, dia ada masalah kat office kot.’ Fikir Lan seketika lalu dia kembali menonton televisyen yang berada di hadapannya itu.

          “Tonggggg.”

          Haidier telah melanggar sesuatu lalu didengari oleh Lan yang berada di dalam rumah itu.

          Lan menoleh.

          Haidier terus berlari masuk ke dalam rumah lalu terus duduk di sebelah Lan. Dia hanya mengintai-ngintai sahaja di luar rumah itu.

          “Kau apa hal? Macam nampak hantu je.” Sahut Lan.

          Haidier hanya mengintai lagi di luar sambil terbongkok-bongkok badannya sedikit di atas sofa itu.

          “Apa hal kau ni?” Hairan Lan seketika.

          Faris mula menuruni anak tangga lalu dia melihat keadaan sahabatnya itu asyik terintai-intai di luar rumah mereka itu.

          Faris turut berasa hairan.

          “Oii. Kau apa hal tertonggeng macam tu. Kau tengok apa dohh.” Faris melemparkan beg galas kecilnya ke arah muka Haidier lalu dia terus menuju ke muka pintu untuk melihat apa yang dilihat oleh sahabatnya itu.

          “Apa bendalah kau ni, perangai tak senonoh.” Lan pula yang melemparkan bantal segi empat sama ke arah Haidier.

          “Aduh, sakitlah. Dia ada kat luar tuuu.” Haidier hanya memperlahankan suaranya sahaja.

          “Siapa.” Lan pun turut memperlahankan suaranya itu.

          “Hmmm, aku ingat apa tadi.” Faris hanya menggelengkan kepalanya sahaja.

          “Ada apa, Ris. Kat luar tu.” Tanya Lan.

          “Janda kau tu.” Jawab Faris lalu dia pergi menuju ke dapur.

          “Aikk. Apa aku pula yang kena.” Bingung Lan.

          “Sebab dia asyik usha kau je.” Jawab Haidier pula.

          “Ouhhh, dia usha aku. Tapi, kenapa kau pula yang lari?” Tanya Lan lagi.

          “Kau nak tahu, kenapa aku lari masuk tadi.” Pandang Haidier kepada Lan.

          “Hurmm, kenapa?”

          “Aku tengah ambil kasut, tertonggeng-tonggeng aku kat luar tu. Malu siak.” Jawab Haidier seketika.

          “Siapa suruh kau menonggeng kat luar tu. Lagipun, pakaian kau pun semuanya hitam. Dia mana nampak apa-apa pun.” Kata Lan.

          “Atas, memang tak nampak. Tapi bawah ni, nampak tau.” Kusut kepala Haidier seketika.

          “Apa yang nampaknya. Bulu kaki kau yang lebat ni, nampaklah.” Bingung Lan apabila melihat perangai sahabatnya itu.

          “Ehh, bulu kaki ni aurat tau.”

          Terdiam Lan seketika.

          “Kau ambil bantal tu kejap.” Lan menyuruh Haidier untuk mengambil bantal yang telah dibaling oleh Lan itu tadi.

          Tanpa banyak berbunyi, Haidier terus mengambil bantal tersebut lalu diberikan kepada Lan.

          Lan hanya mengambil lalu dia terus membaling semula ke arah muka Haidier itu.

          “Aduh!” Haidier hanya menutup muka dengan kedua-dua belah tangannya sahaja.

          “Weh. Dah dah. Jom kita gerak. Kang lambat pula.” Faris mencelah lalu dia terus menuju ke arah muka pintu rumah itu.

          “Sam, macam mana.” Tanya Lan seketika.

          “Dia ada call aku, dia gerak terus ke sana.” Balas Faris sambil dia memakai kasut sukannya itu.

          “Ouh, okay. Kau kunci pintu tu.” Lan menyuruh Haidier untuk mengunci pintu rumah tersebut.

          “Weh, jaga aurat kau tu.” Bisik Lan ke arah Haidier.

          “Amboi kau. Bab kenakan aku, bukan main kau ye.”

          Lan berpusing ke arah Haidier lagi. Haidier baru sahaja mahu melangkah ke hadapan, tetapi Lan mula berhenti di hadapannya itu.

          “Woii, kau apa hal. Jalan laa.”

          “Kenapa dia ada kat luar lagi, haa.”

          “Aku cakap kat kau, kau tak caye. Dia tunggu kau tu. Dah, aku nak gerak.”

          “Aduh, masalah betullah.” Rungut Lan seketika.

          Faris terus meletakkan beg galas kecilnya itu ke dalam kereta Lan.

          “Ehh, abang-abang bertiga ni nak pergi mana tu?” Tanya jiran sebelah rumah mereka itu.

          Mereka bertiga mula terkaku dan tersentak seketika apabila ditegur oleh jiran mereka itu.

          ‘Aduh, dia main abang-abang pula dah ni,’ Lan terasa geli hati sahaja.

          “Ehh, kak. Kami nak pergi bersukan. Saja nak cergaskan badan ni.” Jawab Faris lalu dia mula tersengih-sengihkannya sahaja.

          “Malam-malam macam ni.”

          “Ye, kak.” Haidier hanya mengiyakannya sahaja.

          “Alaa, tak payahlah panggil akak-akak. Panggil Intan je.”

          “Urmm, yelah.” Haidier mengiyakannya lagi.

          Lan hanya menganggukkan kepalanya sahaja lalu dia hanya mampu tersengih sahaja.

          “Tapi kan. Mana yang si hensem sorang lagi tu.”

          “Dia keluar dengan awek dia, kak.” Jawab Faris dengan spontan.

          “Haa, dengan awek dia. Dah ada awek ke? Alaa, melepas kita.”

          Faris hanya menggaru-garukan kening kanannya sahaja lalu dia memberi isyarat mata kepada Haidier dan Lan untuk segera masuk ke dalam kereta.

          “Kalau dah sorang kita tak dapat, tapi korang bertiga still single lagi, kannn.”

          “Hahhh.” Mereka hanya membulatkan mata mereka sahaja.

          Mula memandang sesama mereka.

          Sukar untuk mereka mengatakannya.

 

Previous: Bab 42
Next: Bab 44

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.