Home Novel Komedi/Romantik Komedi AKU PLAYBOY 'OPS' KAU PLAYGIRL
Bab 12




          “You..” Lan memulakan bicaranya itu.

          “Hmmm..”

          “You okay?” Tanya Lan seketika.

          “Oh, okay je.” Ringkas Laura.

          “If you have any problem, you can tell me.” Tanya Lan lagi.

          “Nothing, just want to say…” Laura terhenti bicara seketika.

          “What? Please, tell me?” Rayu Lan.

          “Next week, I nak balik kampung.” Jawab Laura dengan nada yang lemah.

          “Laa, I ingat apa tadi. Ingat tak suka kat I dah.” Usik Lan seketika.

          “Hishh, apa cakap macam tu. You lah dunia I tau.”

          ‘Memang tak suka pun. Jangan nak perasan. Aku ni nak ajar kau je, biar tahu sikit mana beza langit dan bumi,’ Laura memalingkan mukanya lalu mencebikkan mulutnya sahaja.

          ‘Ini dunia you, hahaha. Memang I ni dunia you, tapi ke neraka. Kau tunggu jelah nasib kau, Laura,’ bisik hati Lan seketika.

          “Balik kampung berapa hari?” Soal Lan seketika.

          “One week.”

          “Alaa, makin rindulah macam ni.” Lan acah-acah manja di depan Laura.

          “Alololo, so sweet. Untung I dapat you, kan.”

          “Untung sangat.” Lan terus memalingkan wajahnya ke arah cermin tingkap keretanya itu lalu tersengih seketika.

          Kereta Lan sudah menghampiri kawasan rumah Laura setelah 20 minit dalam perjalanan.

          “Okay, sudah sampai.” Lan hanya melihat-melihat di kawasan rumah Laura itu.

          “Okay, thanks tau hantar I balik.” Laura menyahut.

          “Okay, sama-sama.”

          “Ehh, you.” Belum sempat Laura membuka pintukereta itu, Lan memanggilnya secara tiba-tiba.

          “Yes, dah mula rindu I ke?” Usik Laura pula.

          “Ehh, tak rindu pun.” Lan pula mengusik Laura.

          “Hishh.”

          “Tak. Nak bagitahu kat you ni.” Celah Lan.

          “Apa dia?” Laura sedia untuk mendengar.

          “Next week kan you balik kampung seminggu. Kebetulan I dengan kawan-kawan I nak pergi trip dalam seminggu juga.” Jelas Lan seketika.

          “Ohh, okay. But, why you kena bagitahu I yang you nak pergi trip?” Laura berasa bingung seketika.

          “Ehh, mestilah kena bagitahu. Nanti rindu pula kalau tak jumpa.” Usik Lan lagi.

          “Ehh, ngada-ngadanya dia. Seminggu je kot.” Jawab Laura seketika.

          “Okay, bye. Drive tu elok-elok.” Sambung Laura lagi.

          “Alright, you too.”

          “Bye..” Laura melambai-lambaikan tangan kanannya ke arah Lan yang baru sahaja beredar dari rumahnya itu.

          ‘Hei, apalah nasib kau ni, Lan. Dapat awek pula macam aku ni yang nak hancurkan hidup kau je. Lelaki semuanya sama je, suka nak menunjuk-nunjuk. Bila sudah tiba masanya, kau akan tahu nasib kau macam mana,’ bisik hati Laura seketika sambil merenungkan akan sesuatu perkara tersebut.

          “Assalamualaikum!!!” Sergah Suzy.

          “Oii, waalaikumusalam!!!” Melatah Laura seketika,

          “Nasib baik kau jawab salam aku.” Gelak Suzy.

          “Hishh, kau ni. Nasib baik aku tak kena heart attack.” Jeling Laura seketika.

          “Haha.. aku tengok bukan main mesra kau dengan si mamat apatah nama dia tu.”

          “Fazlan.” Jawab Laura.

          “Haa, si Fazlan. Dah berkasih sayang ke dengan dia tu.” Usik Suzy.

          “Choiii. Memang taklah aku nak berkasih sayang dengan dia.”

          “Hey, aku memang peliklah dengan kau ni. Dah berapa ramai dah lelaki idaman kau tu terseksa.” Perli Suzy.

          “Biarlah. Biar aku puas.”

          “Kau ni, degillah. Bukan lelaki semuanya sama macam tu.”

          “Dah dah. Aku nak masuk, aku nak tidur.” Laura terus beredar lalu melambai-lambaikan tangan kanannya kepada Suzy kerana dia malas mendengar leteran sahabatnya itu.

          “Oii, aku tengah cakap dengan kau ni.” Teriak Suzy.

          “Aku nak tidur!!!” Laura pula yang berteriak.

          “Mandi dulu, baru tidur!!!” Teriak Suzy lagi.

          “Bla bla bla bla….” Laura terus menaiki anak tangga untuk menuju ke arah biliknya mereka tetapi dia terfikir untuk singgah sekejap ke bilik Hany dan Faila.

          ‘Ahh, pening kepala aku macam ni. Aku kena settlekan kerja aku dengan cepat ni. Kalau tak, bising pula si Suzy tu,’ Laura hanya bermonolog sahaja lalu dia terus memulas tombol pintu bilik Hany dan Faila itu.

          “Assalamualaikum.” Laura memberi salam.

          “Waalaikumusalam.” Serentak Hany dan Faila menyahut.

          “Apa yang bising-bising kat bawah tadi, sampai dengar ke atas.” Soal Hany seketika.

          “Tu, si minah kat bawah tulah.” Jawab Laura dengan memuncungkan mulutnya sahaja.

          “Haa, apa!!! Minah ni dah ada kat atas dah. Kau apa hal?” Suzy mencengkamkan pinggangnya itu ke arah Laura.

          “Hahahaha..” Gelak Faila seketika kerana terasa geli hati apabila melihat kedua-dua orang sahabatnya itu sedang berperang.

          “Kau gelak ye. Kang kau yang kena.” Marah Suzy seketika.

          “Okay okay, sorry.” Faila merapatkan kedua-dua belah tangan untuk memohon maaf lalu hanya mampu tersenyum sahaja.

          “Ehh, korang. Rilek-rilek. Apa ni!!! Macam perang dunia kedua pula aku tengok.” Hany menjadi resah apabila melihat pergaduhan Suzy dan Laura itu.

          “Kau tanyalah sendiri dengan dia. Bila tah nak berhenti buat kerja gila dia ni.” Suzy menjadi geram dengan sahabatnya itu.

          “Hmmm, kau ni tak habis-habis lagi ke?” Hany hanya menyoalkannya sahaja.

          “Aku dah cakap kat korang kan, yang aku takkan pernah berhenti selagi mereka tak merana!!!” Luah perasaan Laura dengan nada yang geram.

          “Tapi sampai bila?” Soal Faila pula.

          “Sampai diorang sedar wanita ni bukan barang mainan mereka yang boleh pakai dan buang macam tu je.” Jawab Laura dengan nada yang marah.

          “Habis, yang lelaki yang kau keluar sekarang ni memang lelaki yang macam tu ke?” Soal Suzy pula sambil memicit-micitkan kepalanya itu yang mula terasa sakit.

          “Ye.” Ringkas Laura.

          “Ikut kaulah, aku pun dah malas nak gaduh dengan kau. Cuma satu je aku nak minta, ini the last and no more guys you nak sakit-sakitkan hati orang lain lagi. Dan hati kau pun tak akan sakit bila kau tak buat kerja gila macam ni.” Suzy hanya mengeluh sahaja dan cuba untuk menasihati sahabatnya itu.

          “Laura.” Tegur Hany.

          “Kau nak ke persahabatan kita ni rentak disebabkan dendam kau tu. Kami faham, dan kami pun ada masa kau merana time tu. Aku tak nak disebabkan dendam kau tu, kau makan diri kau sendiri. Aku tak nak suatu hari nanti kau merana dengan perbuatan kau tu sendiri.” Sambung Suzy lalu dia terus keluar dari bilik Hany dan Faila kerana hatinya terlalu sakit untuk meneruskan ungkapan kata-katanya itu.

          “Suzy!!!” Panggil Hany lalu memandang ke arah Laura yang diam tidak berkata-kata sambil menitiskan air matanya itu.

 

Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.