Home Novel Komedi/Romantik Komedi AKU PLAYBOY 'OPS' KAU PLAYGIRL
Bab 15




SECAWAN kopi telah dibawa oleh Laura lalu diletakkan di atas meja Suzy. Suzy hanya memandang sekali imbas sahaja dan tidak mengendahkan apa yang dilakukan oleh Laura. Dia hanya menumpukan sahaja kerjanya itu dengan keadaan mejanya yang berselerak dengan alat-alat tulis dan kertas-kertas projeknya itu.

          Laura hanya duduk disebelah Suzy tetapi Suzy tidak menghiraukannya, malah secawan kopi yang berada disebelah Suzy pun tidak dicuit langsung olehnya. Laura cuba untuk memujuk dan berbaik semula dengan Suzy tetapi masa tidak mengizinkan mereka kerana kebelakangan ini Suzy sering kali keluar rumah atas alasan kerjanya yang terlalu banyak dan perlu disiapkan dengan segera.

          “Suzy.” Laura cuba lagi untuk memujuk Suzy tetapi langsung tiada tindak balas daripadanya.

          “Suzy. Aku nak cakap sikit, boleh.” Laura cuba lagi untuk berbual tetapi Suzy masih lagi tiada sebarang tindak balas.

          ‘Aduh, macam mana ni. Tulah Laura, kau buat hal lagi, nilah makannya. Macam mana aku nak pujuk Suzy ni. Dia langsung tak nak pandang aku. Macam mana aku nak explain kat dia ni. Sudah dua hari Suzy tak nak cakap dengan aku. Dia marah sangat dengan aku ni. Ni semua salah si mamat semalam, yang sibuk nak hantar aku balik sampai ke rumah tu dah kenapa,’ fikir Laura. ‘Tapi, salah aku juga. Yang aku gatal nak ikut dia tu dah kenapa,’ fikir Laura lagi.

          “Suzy. Aku tahu kau marah kat aku. Aku tak bermaksud nak buat perangai macam tu.” Laura mula menjelaskannya secara perlahan-lahan.

          “Aku tahu, apa yang aku buat selamanya memang salah. Aku tak patut mainkan perasaan lelaki. Tapi, ini untuk kali terakhir aku buat macam tu. Lepas ni, aku dah tak buat lagi dah kerja macam tu. Tolong maafkan aku, Suzy.” Jelas Laura lagi sambil memujuk Suzy seketika tetapi Suzy masih lagi tidak mahu berbual dengannya.

          “Tak apalah, aku faham kau masih marah dengan aku. Apa yang kau cakap semalam memang betul. Aku ni perempuan yang tak berguna dan tak layak untuk dicintai.” Laura mula berasa sedih dan terus memaling daripada Suzy.

          “Disebabkan dendam aku kat semua lelaki, korang yang jadi mangsa. Dan aku tahu memang ada lelaki yang baik tapi yang aku lakukan sekarang ni, semua lelaki yang aku jumpa just nak permainkan aku je. Sebab tu aku cari lelaki yang tak berguna, yang jahat, yang keji, yang boleh aku ajar diorang cukup-cukup.” Laura meluahkan apa yang dipendamkan olehnya selama ini dan dia berasa sedikit lega.

          “Tapi kau percayalah, ini kali terakhir aku buat kerja gila tu. Aku tak nak kehilangan kau. Kau sahabat aku. Aku tahu aku salah.” Jelas Laura lagi lalu dia memaling semula ke arah Suzy tetapi dia terkejut apabila Suzy memandangnya. Entah berapa lama Suzy memandangnya itu.

          “Dah habis cakap?”

          “Aaa..” Laura hanya menundukkan kepalanya sahaja.

          “Kau gila, Laura.”

          “Haa, apa?” Laura sedikit terkejut apabila terdengar Suzy berkata seperti itu.

          “Kau memang dah gila.”

          “Aku tahu aku salah. Benda yang aku buat ni memang kerja gila.” Kesal Laura seketika dengan perbuatannya itu.

          “Aku tak peduli pun kau nak buat apa. Yang aku peduli sekarang, berapa lama lagi aku nak merajuk dengan kau. Fikiran aku ni selalu terganggu dengan nama Laura and Laura. Kadang-kadang aku benci diri aku sebab asyik ingat kat kau je.” Luah hati Suzy pula.

          “Aku sayang kau, Suzy.” Laura terus memeluk sahabatnya dengan erat sekali.

          “Aduh, sakit gila.”

          “Aku sayang kau. Maafkan aku, Suzy.” Laura tidak mahu melepaskan Suzy daripada pelukannya itu.

          “Yelah. Ingat, aku pun sayangkan kau juga.” Balas Suzy lalu dia hanya mengukirkan senyumannya sahaja.

          “Aku tau kau sayangkan aku. Kau tak marah kat aku lagi ke?” Soal Laura lalu dia melepaskan pelukannya itu.

          “Ni haa.” Suzy menenyih kepala Laura kerana dia berasa sangat geram.

          “Aduh.”

          “Aku marah kau sebab aku sayang kaulah.” Suzy hanya menjelingkannya sahaja.

          “Okay okay. Lain kali aku tak buat lagi.” Pujuk Laura.

          “Janji dengan aku, lepas ni kau tinggalkan kerja-kerja gila kau tu. Tak payah nak bercinta sangatlah. Kau tu muda lagi, masa depan kau banyak lagi nak hadap tau tak.” Bebel Suzy.

          “Okay dear. Promise.” Laura mengangkat tangan kanannya dan berjanji kepada Suzy tidak mengulangi perkara itu lagi.

          “Ini the last for this guy. Kalau tak, aku suruh mak ayah kau, kahwinkan kau dengan pak cik depan rumah kita tu. Kau nak!” Suzy memberi amaran kepada Laura.

          “Ishhh, tak nak! Not my test laa.” Meremang bulu roma Laura apabila Suzy memberitahunya tentang jiran di hadapan rumah mereka itu.

          “Test tak test. Kau punya pasal.”

          “Okay.. fine..”

          “Good.” Suzy hanya tersengih sahaja.

          “Nak aku tolong kau ke? Banyak betul kerja kau kena buat.” Laura hanya membelek-belek helaian kertas yang ada di atas meja Suzy itu.

          “Nak buat macam mana, dah kerja aku.”

          “Nak aku tolong pape tak?” Tanya Laura lagi.

          “Tak kot. Tinggal sikit je lagi.” Jawab Suzy.

          “Dahlah, minum dulu air kopi tu. Penat aku buat tau, dengan penuh kasih sayang aku bagi kat kau.”

          “Ehh, kau buatkan untuk aku ke. Aku ingatka nkau saja-saja je nak letak kat atas meja aku ni.” Usik Suzy seketika lalu menghirup air kopi itu.

          “Ishh kau ni, aku buat untuk kaulah.” Laura hanya memuncungkan mulutnya sahaja.

          “Haa!!!”

          “Kejut aku. Apa?” Laura membulatkan matanya kerana terkejut akan sergahan Suzy itu.

          “Ce kau cerita kat aku, macam mana kisah kau dengan mamat yang kau dating sekarang ni. Apa nama dia? Mazlan!”

          “Ehh Mazlan apanya, Fazlan laa.”

          “Ahh apa-apa jelah. Apa plan kau dengan mamat tu?” Suzy hanya menyoalkannya sahaja.

          “Entahlah, aku rasa bosan pula dengan dia tu.” Laura hanya menjawab dengan sambil lewa sahaja.

          “Dah bosan. Tinggalkanlah. Habis cerita and happy ending.” Suzy hanya mengangkatkan keningnya sahaja lalu menyambung semula kerjanya itu.

          “Ishh, mana boleh. Macam-macam aku dah plan tau.”

          “Dah tu, dia cintakan kau tak?” Soal Suzy.

          “Entah, aku tak rasa dia cintakan aku.” Fikir Laura seketika.

          “Pula dah. Aku tengok bukan main mesra je mamat tu dengan kau. Siap ber ‘I love you, love you’ lagi.”

          “Aku tak rasa dia cintakan aku. Sebab cara dengan gaya dia pun macam nak menunjuk-nunjuk, dengan kemewahan dia tu. Seolah-olah aku ni, perempuan mata duitan yang terhegeh-hegeh nakkan duit dia tu.” Fikir Laura lalu dia mula berasa geram.

          “Salah kau juga, yang pilih orang kaya tu dah kenapa.”

          “Dia yang mula tertarik dengan kecantikkan aku tau.” Laura membelai rambutnya seketika.

          “Eee menyampah aku. So, what your next plan?”

          “Aku nak buat dia sampai dia jatuh cinta dengan aku. And then, good bye.”

          “Again Laura. Plan yang sama je.”

          “Hello, before ni berhasil kan.”

          “Memang berhasil sampai naik gila laki tu cari kau. Dah! Apa-apa pun, ini last okay. Dah, aku malas nak layan kau.”

          “Alaa, kau juga yang nak dengar kan.”

          “Sekarang, aku dah dengar.”

 

Previous: Bab 14
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.