Home Novel Komedi/Romantik Komedi AKU PLAYBOY 'OPS' KAU PLAYGIRL
Bab 17




          “Assalamualaikum.” Hany memberi salam ketika sudah sampai di halaman rumah sewanya itu.

          “Waalaikumusalam.” Serentak Suzy dan Puan Asyira menyahut salam Hany.

          “Aunty, dah lama ke sampai?” Hany terus menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Puan Asyira.

          “Lebih kurang setengah jam tadi.” Jawab Puan Asyira lalu dia hanya mengukirkan senyumannya sahaja.

          “Hah, balik pun kau. Kesian kat Aunty tunggu lama-lama.” Sahut Suzy.

          “Ehh, Aunty okay je.” Sahut Puan Asyira pula.

          “Maaf Aunty.” Hany berasa bersalah seketika.

          “Laa, tak apa. Bukan kami nak pi mana-mana pun.” Gelak Puan Asyira lalu diikuti gelak tawa Suzy dan Hany.

          “Kejap ye Aunty, Suzy pergi ke dapur kejap.” Sahut Suzy seketika.

          “Yelah, nak.”

          “Hurmm.. Uncle mana, Aunty?” Tanya Hany seketika.

          “Ada kat luar tu, tengah berbual dengan jiran depan tu.” Jawab Puan Asyira lagi.

          “Ouhh. Aunty dengan Uncle sihat? Jangan balik cepat sangat, Aunty.”

          “Ehh, kalau boleh Aunty tidur sini sehari dua hari. Tapi Uncle susah sikit nak pisah dengan Aunty.” Gelak Puan Asyira seketika.

          “Aunty dengan Uncle ni sihat je. Hany sihat?” Tanya Puan Asyira pula.

          “Alhamdulillah, sihat Aunty.”

          “Kamu dengan Suzy tak balik tengok keluarga ke?”

          "Balik, Aunty. Petang sikit.”

          “Yelah, kena jenguk juga orang tua kita. Kerja, kerja juga tapi jangan pernah lupakan mereka.” Puan Asyira memberi sedikit kata-kata nasihat.

          “Tulah, Hany pun dah lama tak jenguk abah kat kampung tu. Ada juga call abah, tanya khabar abah, sihat ke tidak. Rindu juga nak balik rumah tapi masa yang diberi singkat sangat, Aunty.’’ Luah hati Hany seketika.

          “Tak apalah, Aunty pun faham. Tu yang Aunty dengan Uncle ni datang sini terus sebab dah rindu sangat dengan anak manja Aunty tu lah.”

          “Untung Laura dapat mak yang baik macam Aunty ni.” Hany terasa sebak seketika.

          “Hany untung apa, masih ada abah Hany. Lagipun, Aunty dah anggap Hany macam anak Aunty sendiri. Bila-bila masa je Hany boleh datang rumah.” Puan Asyira amat mengetahui sekali perasaan Hany yang sudah kehilangan ibunya sejak dia berusia 2 tahun lagi.

          “Terima kasih, Aunty. Terima kasih atas segala-galanya.”

          “Sama-sama, nak.”

          “Amboi amboi amboi… bukan main lagi bermersa-mersaan dengan mama kita.” Sampuk Laura seketika yang sedang membawa semangkuk besar mee goreng itu untuk dihidangkan di atas meja makan.

          “Biarlah mama nak mersa dengan Hany. Kan Suzy.”

          “Betul tu, Aunty. Rugi Faila tak ada kat sini.”

          “Tulah. Aunty pun tak dapat jumpa dengan dia.”

          “Tak apa Aunty, ada rezeki kami datang rumah Aunty pula.” Hany tersenyum sahaja.

          “Boleh sangat. Pintu rumah Aunty sentiasa terbuka. Lagipun, Aunty dah anggap Hany, Suzy dengan Faila dah macam anak Aunty sendiri.” Puan Asyira berasa gembira sekali apabila berjumpa dengan mereka.

          “Amboi Maa. Anak mama kat sini dah lupa ke?” Laura memuncungkan mulutnya itu.

          “Alaa dengan kamu tu kat rumah boleh mama belai puas-puas.” Usik Puan Asyira seketika lalu Laura hanya tersenyum sahaja.

          “Hany, ajak Aunty makan dulu.” Celah Suzy.

          “Ouhh, Aunty jom.” Ajak Hany.

          “Ehh tak apa. Papa Laura dah tunggu kat luar tu. Nak ke dia makan kat rumah anak dara ni.”

          “Kalau tak pun, kami bekalkan. Nanti boleh makan kat kereta. Perjalanan Aunty dengan Uncle kan jauh.” Suzy terus mengambil bekas untuk dibekalkan kepada keluarga Laura.

          “Susah-susah je kamu ni, Suzy.” Puan Asyira tersenyum sahaja apabila melihat wajah Suzy.

          “Tak apa, Aunty. Yang susah nak jaga si Laura ni.” Usik Suzy.

          “Ehh! Kita pula yang kena.” Laura mencebikkan mulutnya sahaja.

          Puan Asyira dan Laura pun berjalan menuju ke muka pintu untuk berangkat pulang ke rumah mereka. Laura berasa sedikit sedih apabila mula berpisah dengan sahabat-sahabatnya itu.

          “Ishh, kau ni. Nangis pula.” Suzy menepuk bahu Laura lalu terus memeluknya dengan erat.

          “Aku tak bolehlaa. Aku sedih ni.” Laura yang sedikit manja itu mula mengalirkan air matanya.

          “Kau bukan nak pergi terus, kan. Seminggu je.” Jawab Suzy.

          “Kau bukan tak tahu perangai si Laura ni.” Celah Hany.

          “Tahu sangat. Dari Universiti lagi budak cengeng ni asyik merengek je tau.” Usik Suzy.

          “Okaylah, aku nak pergi ni. Korang balik rumah family nanti hati-hati.”

          “Okay, Laura.” Hany hanya mengiyakannya sahaja dan Suzy turut menganggukkan kepalanya sahaja.

          “Nanti kirim salam dekat family kamu berdua ye bila sampai nanti.” Celah Puan Asyira.

          “Baik, Aunty. InsyaAllah.” Serentak Suzy dan Hany menyahut.

          ”Okaylah, kami gerak dulu ye. Nak balik nanti kunci pintu semua. Kalau ada pape boleh roger Aunty dengan Laura ni.” Celah Encik Samsuri seketika.

          “Baik, Uncle.” Serentak Suzy dan Hany menyahut lagi.

          “Okay, kami balik dulu.” Puan Asyira mengukirkan senyumannya lalu kereta mereka sudah pun bergerak dari halaman rumah sewa mereka itu.

          “Bye, korang! Nanti pape call aku!!!” Laura melambai-lambaikan tangannya kepada Suzy dan Hany.

          “Okay!!!” Teriak Hany sedikit.

          “Heii, macam-macamlah perangai kawan kau tu.” Suzy memalingkan dirinya untuk bergerak masuk ke dalam rumah sewanya itu.

          “Ehh, kawan kau juga.” Hany turut menuruti langkah Suzy untuk masuk ke dalam rumah semula.

          Suzy merebahkan badannya di atas sofa yang terletak di bahagian ruang tamu lalu dia memejamkan kedua-dua belah matanya itu tanpa sebarang kata-kata. Hany mula berasa bingung akan perangai Suzy yang tiba-tiba berubah angin.

          “Kau okay ke tak ni, Suzy?”

          “Huhhh.”

          “Mengeluh tu dah kenapa?”

          “Aku runsing. Aku nak balik sekarang ke… atau balik petang.”

          “Laa, ingatkan kes apalah tadi. Kau rasa nak balik sekarang, baliklah. Aku okay je duk rumah sorang, petang kang aku balik juga.”

          “Kalau boleh aku balik sekarang, aku dah lama balik tau. Disebabkan kerja aku tak siap lagi ni.”

          “Kau bawa jelah balik kerja kau tu.”

          “Ahh, tak boleh! Aku nak spent time juga dengan family. Baik, aku siapkan cepat.” Suzy bingkas bangun lalu terus berlari menuju ke anak tangga untuk mendapatkan kertas kerjanya yang perlu dia siapkannya dengan segera.

          “Heii, pape jelah Suzy.” Bisik Hany seorang diri di ruang tamu itu.

 

Previous: Bab 16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.