Home Novel Komedi/Romantik Komedi AKU PLAYBOY 'OPS' KAU PLAYGIRL
Bab 49




          ‘Kenapa aku rasa sebak pula ni. Tak tahu pula dia sebaik ini. Aku ingat dia suka perempuan cantik je. Maknanya, aku salah menilai dia selama ni,’ fikir Laura.

          “Oiii, minah. Kau okay ke tak ni?” Tegur Lan.                           

          Laura tersentak.

          ‘Sedap mulut dia je nak panggil aku minah. Mamat ni nak kena dengan aku ni,’ Laura hanya bermonolog sahaja.

          “Oiii, apa hal?” Tegur Lan lagi.

          “Tak. Aku nak tanya kau ni.”

          “Okay. Macam serius je.” Lan membuat muka.

          “Kenapa selama ni, kau tak pernah pun nak bagitahu kat aku pasal perkara ni?” Soal Laura.

          “Huhh.” Lan mengangkatkan kening sahaja.

          “Pasal rumah ni.”

          Lan hanya memandang Laura sahaja kerana dia agak sedikit kebingungan.

          “Tak, maksud aku… time kita rapat dulu, kenapa tak bagitahu yang kau tubuhkan persatuan ni?” Lidah Laura mula menjadi kelu.

          “Ouh. Serius juga soalan kau ni.” Lan acah-acah memikirkan sesuatu.

          “Saja je ehh.”

          “Apa.”

          “Jawab jelaaa.” Geram Laura.

          Lan hanya tersenyum sahaja apabila melihat gelagat Laura yang tidak sabar untuk mengetahui jawapan daripadanya itu.

          “Dah kau tak tanya. Aku diam jelah. Time tu kan kau sibuk nak shopping sana, shopping sini, sampai kosong poket aku dikerjakan.” Usik Lan sambil dia tergelak-gelak.

          “Hishhh, aku tak guna pun duit kau tu. Siap aku pulangkan balik. Saja je ehh nak ungkit.”

          “Hahahhaha. Okay okay, aku gurau jelah. Tapi, kan. Ada sesuatu yang tertinggal time tu. Dan kau masih berhutang dengan aku lagi tau.” Lan terus memandang ke wajah Laura itu.

          “Aahhh. Apa yang tertinggal? Hutang apa lagi?” Laura bingung seketika dan dia mula tertanya-tanya.

          “Kau memang tak ingat ehh.”

          “Apa dia?” Laura masih lagi tertanya-tanya lagi.

          “Hutang cinta.” Jawab Lan yang masih lagi memandang wajah Laura itu.

          Laura terkaku dan jantungnya mula berdebar-debar. Matanya hanya memandang tepat ke arah mata Lan itu.

          “Tulah, aku kira kira kira kira. Aku tengok, tak cukup dua ringgit lagi. So, hutang kau dengan aku masih ada lagi dua ringgit lagi.” Lan cuba mengusik Laura lalu dia mula berjalan untuk menuju ke pintu rumah anak yatim itu.

          Terbeliak biji mata Laura kerana dia terkena dengan usikan Lan itu.

          ‘Ishhh, mamat ni. Dua ringgit pun nak berkira. Memang dari dulu sampai sekarang asyik nak kenakan aku je. Ishhh! Geramnyaaa aku.’ Laura bermonolog lalu dia berasa geram terhadap Lan.

          Lan menghentikan pergerakannya seketika lalu dia menoleh.

          “Nanti bayar tau.” Lan tersengih.

          “Hishhh! Dua ringgit je kot. Kata kaya, berkiranya!” Geram Laura lagi.

          “Kaya tak kaya. Duit tetap duit. Ingat, hutang cinta aku. Dua ringgit ye.” Usik Lan lagi.

          “Ishhh!” Laura segera mengeluarkan dompetnya dari beg tangannya itu. Dia mengeluarkan wang seringgit-seringgit untuk diberikan kepada Lan.

          Laura terus berjalan ke arah Lan.

          “Nah! Ambil ni!” Laura memonyokkan mukanya sahaja.

          “Apa ni?” Lan berpura-pura bertanya.

          “Hutang kau laa.” Berkerut dahi Laura dibuatnya.

          “Aku rasa aku dah ingat. Kau tak ada hutang dengan aku. Duit yang kau bagi tu pun tersangat cukup. Jadi, kau boleh baliklah.” Usik Lan lagi lalu dia mengenyikkan sebelah matanya ke arah Laura.

          Laura membulatkan matanya lalu dia mengenggamkan kedua-dua belah tangannya itu kerana berasa geram dengan sikap Lan yang selalu mengenakannya itu.

          “Kau buat lawak apa ni, hahh. Kau saja je kan nak sakitkan hati aku. Aku taulah yang aku salah selama ni. Permainkan perasaan kau. Kau nak balas dendam kat aku ke apa?” Berang Laura terhadap Lan.

          “Atau.. kau yang nak balas dendam kat aku.” Balas Lan balik.

          “Ishhhh…. Kau dengan lelaki lain sama jelah. Annoying!” Laura terus beredar dari situ kerana terlampau geram dengan sikap Lan itu.

          Laura terus memasuki ke dalam kereta tanpa sebarang tolehan kepada Lan. Dan keretanya pun mula beredar dari kawasan rumah anak yatim itu.

          Lan hanya tersenyum sahaja sambil melambai-lambaikan tangan kanannya ke arah kereta Laura. Tidak tahu mengapa, hatinya berasa senang apabila dapat mengusik bekas kekasihnya itu.

          Kereta Laura mula menghilang daripada pandangan mata Lan. Dia tersengih sendirian lalu menggeleng-gelengkan kepalanya sahaja.

          ‘Aku cuma nak tahu je, kalau kau masih percayakan aku lagi. Ini baru satu ujian untuk kau, Laura. Tapi, tak sangka pula aku boleh jumpa kau kat sini. Rasa geram dengan kau pun ada, rasa kesian pun ada. Tapi, aku dapat rasakan yang kau ni bukanlah jahat sangat. Kalau gedik tu….,’ fikir Lan. ‘Ahhh, dari mula aku jumpa dia pun memang dah gedik,’ fikir Lan lalu mula tersenyum sinis.

 

 

          “You.” Panggil Lan.

          “Ye.”

          “Tengok apa tu?” Tanya Lan seketika.

          “Tengok budak kecil tu. Comel je dia main dengan ayah dia.” Jawab Laura.

          “I ni tak comel.”

          “Urmmm, dah besarlah. So, tak comel.” Laura mula tersenyum-senyum manja sahaja.

          “Aduhhhh, boleh kalah I dengan budak kecil ni.”

          “Budak kecil kan memanglah comel. Nanti bila dah besar, jadilah cantik atau….”

          “Hensem macam I….kan.” Celah Lan.

          “Eeleh, perasan.”

          “Hmmmm, yelahhh.”

          “Alalalalalaaa… merajuk ke. You hensem ke tak hensem ke, I tetap pilih you.”

          “Tak apalah, dah tawar hati.”

          “Alaa, janganlahhh.”

 

 

          Lan hanya teringat akan peristiwanya bersama Laura itu. Tidak tahu mengapa, dia berasa selesa apabila bersama dengan Laura. Walaupun dia tahu, bahawa dirinya itu hanya bermain-main cinta sahaja. Entah kenapa, dia berasa kesunyian sekarang.

          “Aku ingat kau betul-betul cintakan aku. Bila kau beritahu aku perkara sebenar, hati aku rasa sakit sangat. Aku ingat aku sorang je nak balas dendam kat perempuan. Rupa-rupanya, kau pun sama.” Bisik Lan sendirian apabila dia teringat masa lalu.

          Lan hanya mampu tersengih sahaja.

 

 

Previous: Bab 48
Next: Bab 50

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.