Home Novel Komedi/Romantik Komedi AKU PLAYBOY 'OPS' KAU PLAYGIRL
Bab 21




ENCIK Samsuri menuruni anak tangga lalu dia terus menuju ke bahagian ruang tamu untuk mencari surat khabar yang baru sahaja dibeli olehnya itu. Dengan pakaiannya yang kemas dan segak itu telah membuatkan Puan Asyira tertarik ke arah suaminya itu. Puan Asyira terus menuju ke arah suaminya itu yang sedang berdiri di tengah ruang tamu sambil membelek-belek surat khabarnya itu.

          “Awalnya Papa siap hari ni. Selalunya pergi office lambat sikit. Tak pernah siap awal-awal ni, ada pape ke?” Sapa Puan Asyira di belakang suaminya itu lalu dia mula menyoal.

          “Ehh, Mama dah lupa ke?” Encik Samsuri pula menyoal isterinya itu.

          “Huhh! Apa yang Mama lupa, Papa?” Puan Asyira mula berfikir.

          “Haa, Mama dah lupa laa tu. Semalam baru je kita plan.” Encik Samsuri mengerutkan dahinya sahaja.

          “Aduh! Mama lupa laa, Papa. Hari ni birthday anak kita.” Puan Asyira hanya menepukkan dahinya sahaja lalu dia berbisik kepada suaminya itu.

          “Tu kan… Semalam Mama beriya-riya sangat buat plan. Letih Papa bersiap-siap awal.”

          “Sorrylah Papa, Mama lupa. Okay, Mama pergi siap sekarang. Sebelum tu Papa pergi breakfast dulu, Mama dah siapkan dah semua tu. Pergi makan dulu ye, Papa.” Puan Asyira segera menuju ke anak tangga untuk ke biliknya itu.

          “Hey, Mama Mama. Macam-macam hal.” Encik Samsuri hanya mampu menggelengkan kepalanya sahaja lalu dia tersenyum seketika.

          Puan Asyira mempersiapkan dirinya dengan segera lalu dia terlupa akan sesuatu perkara.

          “Ehh, Laura dah bangun ke belum? Katanya nak pergi tengok butik hari ni.” Puan Asyira hanya berbisik kepada dirinya sendiri sahaja lalu dia segera mengambil beg tangannya itu untuk keluar dari bilik tersebut.

          Puan Asyira terus menuju ke bilik anaknya dan mengetuk pintu bilik Laura tetapi tiada satu panggilan pun yang menyahut dari dalam bilik tersebut.

          “Ehh, Laura tak ada ke dalam bilik. Tapi, pintu berkunci. Tidur mampus ke apa budak ni.” Bisik Puan Asyira seketika.

          “Laura!!! Buka pintu, nak!!!” Jerit Puan Asyira sambil mengetuk-ngetuk pintu bilik itu.

          “Laura!!! Dengar ke tak ni Mama panggil.”Jerit Puan Asyira lagi.

          “Laa budak ni. Budak ni mandi ke. Tapi tak dengar bunyi air pun. Laura!!!” Bisik Puan Asyira lagi lalu dia memanggil lagi nama anaknya itu tetapi Laura masih lagi tidak menyahut dari biliknya itu.

          “Aishh, budak ni. LIYANA SOFIA..!!!” Puan Asyira berasa hilang sabar seketika kerana tiada sahutan daripada anak tunggalnya itu.

          “Iyee Maa..” Laura dengan rasa malasnya ingin bergerak ke muka pintu dan dia terpaksa untuk bangun dari tidurnya yang lena daripada mamanya mengamuk lagi.

          “Mama panggil, tak menyahut-nyahut. Panggil nama penuh baru nak menyahut.” Bebel Puan Asyira seketika setelah Laura sudah membuka pintu biliknya itu.

          “Apa Mama ni, pagi-pagi dah menjerit-jerit.” Laura hanya menggarukan kepalanya sahaja.

          “Kamulah puncanya Mama menjerit.”

          “Yelah Mama, salah Laura. Sorry… Laura ngantuk sangat laa, Maa.” Laura hanya mampu mengalah sahaja.

          “Ni. Kamu kata nak pergi butik.”

          “Pukul 10 nanti, Laura pergi. Sekarang Laura rasa nak tidur lagi.” Laura hanya merebahkan dirinya di atas katilnya yang empuk itu.

          “Ishhh, budak ni.”

          “Yang Mama tu nak pergi mana awal pagi ni. Cantik-cantik bagai.” Laura hanya melihat sahaja pakaian mamanya itu seolah-olah mahu pergi melancong ke luar Negara.

          “Mama dengan Papa kamu nak pergi meeting kejap. Nak uruskan dana kat syarikat Papa kamu tu.” Puan Asyira terpaksa menipu anaknya itu. Padahal, dia dan suaminya telah merancang untuk mengadakan parti ‘Hari Jadi’ anak perempuannya itu di sebuah Hotel.

          “Ye ke.” Laura hanya mengangkat keningnya sahaja.

          “Tak percaya, sudah. Dah, Mama dah lambat. Papa kamu tu dah tunggu Mama kat bawah. Nanti makan breakfast, Mama dah siapkan dah semua.” Arah Puan Asyira kepada anaknya itu.

          “Okay, Mama. Terima kasih.”

          “Hmm, jaga diri elok-elok kat rumah. Nak keluar nanti kunci pintu.” Pesan Puan Asyira lagi kepada anaknya itu.

          “Okay, Maa.”

          Laura hanya melihat mamanya berlalu pergi lalu dia kembali melelapkan matanya semula kerana dia berasa pening apabila dikejutkan secara tiba-tiba dari tidurnya itu.

 

          “Sampai hati kau buat aku macam ni, kan.”

          “Apa kurangnya cinta aku untuk kau.”

          “Kau permainkan perasaan aku.”

          “Kau sanggup tinggalkan aku keseorangan.”

          “Perempuan jenis apa kau ni, Laura!!!”

          “KAU KEJAM!!!”

          “KAU TAK LAYAK TERIMA CINTA LELAKI!!!”

          “KAU PATUT DIBENCI!!!”

          “AKU AKAN MUSNAHKAN HIDUP KAU!!!”

          “AKU AKAN PASTIKAN, KAU AKAN MERANA!!!”

          “AKU AKAN PASTIKAN, SEMUA LELAKI AKAN BENCI KAN KAU!!!”

          “HAHAHAHAHAHAHAHA……”

          “Tidak!”

          “HAHAHAHAHAHAHA…..”

          “Tidak! Tolong! Jangan…”

          “HAHAHAHAHA…”

          “TIDAK..!!!” Laura terjaga dari tidurnya lalu dia tercungap-cungap seketika.

          Keadaan mimpinya itu telah membuatkan Laura berpeluh-peluh setelah dia bangun dari tidurnya itu. Padahal di dalam biliknya itu mempunyai penghawa dingin yang terletak betul-betul di atas kepala katilnya itu dengan suhunya 20°c dan keadaannya masih lagi berpeluh-peluh, seolah-olah dia baru sahaja berlari pecut di tengah padang.

          “Astaghfirullah Al-Adzim.” Laura mula beristighfar lalu dia mengelapkan peluhnya di dahinya itu.

          “Kenapa tiba-tiba mimpi macam ni? Apa maksud semua mimpi ni?” Laura termenungkannya sahaja.

          “Tak.. tak.. dia tak boleh kacau aku. Korang yang tak layak untuk cinta aku.” Laura mula menggenggamkan kedua-dua belah tangannya itu.

          “Aku akan pastikan korang semua merana.” Laura semakin tidak tenteram dan mula berasa tidak senang duduk.

          “Aku akan pastikan korang tak akan dapat kacau hidup aku lagi.” Laura hanya membayangkan peristiwa pahitnya sebelum dia memulakan kehidupannya sebagai wanita yang bergelar ‘playgirl’ itu.

          “Haikal, kenapa kau sanggup buat aku macam ni?” Laura mula menangis teresak-resak apabila mengingat kembali hubungan dia dengan jejaka tersebut.

          “Bila kau susah, aku tolong kau. Bila kau senang, kau tinggalkan aku macam tu je. Apa salah aku kat kau?” Laura menangis lagi.

          “KAU JANTAN MEMANG TAK GUNA!!!” Jerit Laura sepuas-puas hatinya itu.

          “KAU BUKAN NAK KAT AKU, KAU NAK DUIT AKU… HAAAA!!!” Jerit Laura lagi lalu dia hanya mampu melaungkan tangisannya sahaja.

          “Haaa… Aku benci kau. Aku benci.”

 

Previous: Bab 20
Next: Bab 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.