Home Novel Komedi/Romantik Komedi AKU PLAYBOY 'OPS' KAU PLAYGIRL
Bab 41




“KAU tau tak. Masa aku pergi kedai butik depan tu. Dia ada new design. Cantik giler design baru dia tu. Aku rasa nak beli je, tapi aku control dulu.” Sembang Shakira seketika.

          “Siap ada berlabuci kat lengan. Rasa nice je. Kalau aku pakai kat kenduri nanti, mesti ada orang pandang-pandang. Uishh, malu pula aku rasa.” Shakira hanya membayangkannya sahaja.

          “Kau rasa aku patut beli ke tak? Ke… nanti dulu. Haa, Laura.” Sambung Shakira lagi lalu dia mula perasan akan wajah Luara yang asyik termenung dari tadi.

          “Laura.” Panggil Shakira.

          Laura tersentak apabila lamunannya pun sudah hilang dari pandangannya itu.

          “Aaa.” Laura ternganga seketika.

          “Aku tengah borak dengan kau ni. Kau dengar tak, apa yang aku cakapkan ni?” Tanya Shakira kepada Laura itu.

          “Aku dengar je.”

          “Kalau kau dengar, apa yang aku cakap tadi?”

          “Kau nak pergi launch, kan.” Jawab Laura.

          “Haa, tengok tu. Aku cakap pasal kedai butik yang kat depan kita tulah.” Terang Shakira seketika.

          “Ouh ya. Sorry, beb. Aku tak perasan kau cakap apa tadi.” Laura hanya mengurut-urut dahinya sahaja.

          “Kau okay ke tak ni?”

          “Aku okay je.”

          “Bukan aku nak menyibuk, tapi sejak kebelakangan ni, kau selalu duk termenung je. Kau ada masalah ke?” Tanya Shakira lagi.

          “Ehh, tak adalah. Aku okay je.” Laura hanya menjawabnya sahaja.

          “Betul ni.”

          “Betul, Kira.”

          “Family kau macam mana?”

          “Alhamdulillah, diorang okay. Sekarang ni, senanglah aku nak jaga diorang, tengok-tengokkan diorang. Aku pun rasa senang hati sangat tengok diorang dah ceria macam dulu.” Jelas Laura.

          “Alhamdulillah. Lega aku dengar. Tapi, aku tengok kau macam tak happy je.” Shakira inginkan kepastian tentang keadaan Laura itu.

          “Entahlah, Kira. Otak aku ni dah macam nak membengkak. Macam nak meletus pun ada.” Laura mula mengadu kepada Shakira.

          “Kau fikir apa ni sampai nak meletus bagai. Ce luahkan, mana tahu aku boleh tolong kau.”

          “Aku geram dengan seorang lelaki ni.”

          “Hurmm, pasal lelaki.”

          “Yelah, pasal dia.” Laura menghentam kedua-dua belah tangannya itu ke atas meja kerana dia berasa sedikit geram.

          “Oiii mak mak.” Shakira hanya terkejut dan mula melatah.

          “Aku tak tahulah apa niat dia, yang pastinya.. dia buat hati aku ni sakitttttt sangat. Kau faham tak, apa perasaan aku sekarang ni. Memang lelaki ni semuanya sama ehh.” Luah hati Laura seketika.

          Shakira hanya mampu tersengih sahaja.

          “Kau punya marah tu macam nak makan orang. Takut aku. Ce bawa bersabar.” Shakira cuba untuk menenangkan rakan sekerjanya itu.

          “Sabar aku ni ada hak tau. Kalau aku jumpa lagi mamat tu, taulah apa aku nak buat nanti.” Geram Laura seketika.

          “Weyy, kau jangan macam-macam. Tak baik tau.”

          “Biar. Biar aku tumbuk-tumbuk muka dia. Biar dia tahu dengan siapa dia lawan.” Geram Laura lagi.

          “Weh weh weh, kau punya marah tu dah tahap maksimun dah aku tengok. Kau jangan marah sangat, takut aku.” Ngeri Shakira seketika apabila melihat wajah Laura yang sudah berubah-ubah.

          “Aku masih geram lagi dengan mamat tu.”

          “Aku sangat faham perasaan geram kau tu. Aku faham. Tapi, kau janganlah bagi geram kau tu kat aku. Scarylah.” Shakira hanya mampu tersengih-sengih sahaja.

          “Hurmmm.” Keluh Laura.

          “Sabar ye. Okay sekarang, kita tak payah cerita topik ni lagi. Aku tengok kau pun dah rasa gerun ni.” Tersengih Shakira lagi.

          Laura membetulkan kedudukan di atas kerusinya itu lalu dia membelai-belai rambutnya sahaja.

          “Dah ye. Kau rasa lega kan sekarang. Lain kali luahkan je kat aku. Tapi, jangan panjang-panjang, pendekkan je.” Sambung Shakira.

          Laura mula tersenyum.

          “Laura.” Panggil Shakira seketika.

          “Mmm.” Laura hanya mengangkatkan keningnya sahaja.

          “Kau nak ikut aku tak, pergi kedai butik depan tu.” Shakira mula menukar perbualan mereka berdua ke topik yang lain.

          “Ouh, depan tu.” Laura menoleh ke arah kedai yang ditunjukkan oleh Shakira itu.

          “A’ah.”

          “Tak apalah, kau nak pergi tengok, pergilah. Aku rasa nak duduk sini je. Malas nak merayau.” Laura hanya mengukirkan senyumannya sahaja kepada Shakira.

          “Betul ni, kau tak nak ikut aku jap.”

          “Hmm, betul. Pergilah.”

          “Are you sure?” Tanya Shakira lagi.

          “Betullah. Kalau aku pergi, siapa nak jaga kedai ni. Kang aku report kat owner kedai ni kang.”

          “Uishhh, kejamnya kau. Sampai hati ye nak report-report ni. Tak jadilah aku nak pergi.” Celah Shakira.

          “Alaa, pergi jelah. Aku gurau sikit je pun. Kau niii.”

          “Betul ni.”

          “Aku rasa selipar aku ni ringan je nak baling.” Laura hanya mengukirkan senyumannya sahaja kepada Shakira.

          “Okay okay, aku pergi sekarang. Aku pergi kejap je tau.” Shakira terus beredar dari tempat kerjanya untuk pergi sebentar ke kedai butik yang berada di hadapan mereka itu.

          “Hei, Shakira, Shakira. Macam-macamlah perangai kau ni.” Laura hanya mengelengkan kepalanya sahaja.

          Dia hanya terfikir akan sesuatu perkara.

          “Hei… Macam manalah aku boleh bagitahu dia pasal mamat sakai tu. Nasib baiklah dia tak tanya nama mamat tu.” Bisik Laura sendirian di dalam kedai butiknya itu.

          “Ishhh, memang aku nak cekik-cekik je dia tu. Dia ingat, dia boleh kenakan aku. Aku tahu sangatlah ini semua permainan lelaki. Kau tunggu jelah nasib kau tu.” Bebel Laura seketika sambil dia mengenggamkan penumbuknya itu.

          Laura bingkas bangun dari tempat duduknya itu. Dia mula berasa bosan apabila tiada pelanggan yang ingin membeli pakaian di kedai butiknya itu. Mungkin hari ini kurang pelanggan yang datang. Mungkin tiada rezeki yang banyak untuk hari ini.

          “Ishhh, kotornya.” Laura hanya melihat sedikit sampah dan habuk-habuk yang ada di hadapan kedai butiknya itu.

          Dia terus mengambil batang penyapu dan penyodok untuk dibersihkan di bahagian hadapan itu. Mula sibukkan diri dengan menyapu di halaman kedai itu.

          “Berdendang mari berdendang… berdendang di seluruh alam…” Laura mula menyanyi seketika.

          “Amboi amboiii.”

          Muncul satu suara di belakang Laura dan dia mula tersentak lalu dia menoleh ke belakang.

 

Previous: Bab 40
Next: Bab 42

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.