Home Novel Cinta SeJiWa (SEKUEL BaYaNGaN GuRaUaN)
SeJiWa (SEKUEL BaYaNGaN GuRaUaN)
Sayhazs Zailie
19/8/2017 17:44:25
45,334
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 2

*TQ Portal Ilham for created this lovely cover...


HAYUNAN langkah diperkemas. Turuti lelaki di sisi. Walau kakinya dah kebas, digagahkan juga diri susuri kota London lewat petang begini. Suhu detik ini kian rendah. Atau dah cecah paras negatif barangkali. Sikit masa lagi boleh jadi air batu dia di sini.

"Are you good?"

"Hmm."

"I don't think so."

"Saya okey. Jangan risau."

Tengku Harrys terdiam.

Sejak siang tadi sampai mereka patah balik dari dermaga Greenwhich, hanya itu jawapan yang dia dengar dari mulut kecil di sebelah. Pantas lengan Irish dicapai. Langkah mereka terhenti di tengah-tengah Queen's Walk tersebut.

"Muka awak dah pucat sangat tu. Kalau saya toreh dengan pisau pun belum tentu darah keluar. Macam ni kata masih okey? Hmm?"

Irish tak balas. Hanya wajah Tengku Harrys dipandang sekilas sebelum dia tertunduk. Sesaat dua, terasa pipinya disentuh hangat.

Tengku Harrys terus gosok kedua tapak tangannya. Habis itu ditekap ke pipi Irish. Rutin yang selalu dilakukan bila Irish kesejukan. Diulang perbuatan itu beberapa kali.

"Feeling better?"

Irish angguk.

"Saya rasa esok aje kita balik rumah mak long."

"Kenapa?"

"Cuaca tak mengizinkan sekarang. Sikit lagi awak boleh jadi air batu kat sini."

Irish gelak kecil. "Belum salji lagi."

"I think you're wrong."

"Hmm?"

"The snow is coming right now."

Pantas Irish dongak. Butir-butir halus warna putih terlihat mulai gugur dari langit menyembah bumi London.

"I told you already, right? Kat sini tak boleh elak."

"Tapi kita dah bagitahu mak long nak datang hari ni."

"I know." Tengku Harrys seluk saku seluar. "Phone dah mati."

"Nak guna telefon saya?"

"Tak apa. Come."

"Ke mana?"

Tak ada jawapan. Tangan Irish erat ditarik Tengku Harrys mengikutnya kembali ke kereta. Sebaik enjin dihidupkan, kereta terus menyusur ke jalanraya.

"Kita nak ke mana? Rumah mak long?" Irish menyoal lagi.

"Nope."

"Habis tu?"

Tengku Harrys kerling ke sisi. Cuma segaris senyum diberi sebagai ganti. Matikan lansung niat Irish untuk bertanya lagi.

Berapa minit menderu di jalan, kereta dipandu Tengku Harrys akhirnya berhenti di depan sebuah deretan apartmen. Lantas lelaki itu keluar. Pintu Irish turut dibukakan.

"Jom."

"Kenapa berhenti kat sini?"

Sekali lagi Tengku Harrys enggan jawab. Tangan Irish saja digamit turun dari kereta. Kaki lansung diatur menghampiri salah sebuah apartmen. Sampai di depan sebuah pintu, lelaki itu keluarkan sesuatu dari saku winter coatnyaKunci.

"Awak nak buat apa, Harrys?"

"Masuk rumah."

"Tapi ni rumah siapa?"

"Rumah orang."

Selamba lelaki itu balas. Baru Irish ingin tegah, pintu sudah selamat dibuka.

"Come. Get in."

"Tak naklah. Orang nampak nanti. Jomlah balik."

"Kita dah baliklah ni."

"Tapi ni rumah orang."

Tengku Harrys sudah tak dapat tahan lagi. Serentak itu tawanya terhambur di depan Irish.

"Janganlah ketawa. Orang dengar nanti!" tingkah Irish kalut.

"Biarlah orang dengar. Lepas tu tangkap kita pecah masuk rumah. Macam tu?"

"Nak ke macam tu?"

"Apa salahnya. Kena tangkap, lepas tu tidur lokap. Interestingright?"

"Harrys!"

Tawa Tengku Harrys semakin galak. Nampaknya Irish masih tak dapat tangkap. Terus lelaki itu melangkah ke dalam.

Suis-suis lampu, dipasang. Kain-kain menutupi perabot, diselak. Selesai semuanya, dia lihat semula Irish yang masih tercegat di muka pintu. Jelas wanita itu semakin bingung dengan apa yang sedang berlaku. Perlahan dia menghampiri.

"Irish ingat Harrys ni dah tak waras ke nak pecah masuk rumah orang? Kat negara orang pulak tu. Hmm?"

Tengku Harrys tenung Irish. Menanti kata balas dari wanita itu. Dan akhirnya dia tertawa lagi.

"Ni rumah Harryslah, sayang. Lupa Harrys pernah tinggal sini?"

Serentakkepala Irish dikucup. Pintu apartmen yang masih terbuka turut ditutup. Berlalulelaki itu tinggalkan isterinya yang terus kelu tanpa sepatah kata.


Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.