Home Novel Cinta SeJiWa (SEKUEL BaYaNGaN GuRaUaN)
SeJiWa (SEKUEL BaYaNGaN GuRaUaN)
Sayhazs Zailie
19/8/2017 17:44:25
103,748
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 18



*TQ Portal Ilham for created this lovely cover...


TEPUNG dalam mangkuk kaca diadun penuh sebati. Sesekali air sejuk dituang bila adunan masih tampak likat. Sampai rasa puas hati, baru bahan-bahan lain dimasukkan. Udang, taugeh, hirisan bawang, hirisan lobak, daun kucai. Akhir sekali sedikit garam dan gula sebagai perasa.

“Boleh, Dewi?” soal Irish sambil tangan terus mengacau adunan dalam mangkuk.

“Bisa aja, Neng Irish. Kerja simple aja, sih! Waktu di Medan dulu, ini juga yang sering Dewi bikin.”

“Patut ajar sekali terus dapat.”

“Yaa ini Dewi, kan! Dikasi kerjaan apapun pasti Dewi bisa lakuin, dong!”

“Hmm... yelah tu! Tapi kalau datang time malasnya, naudzubillah!” sampuk Mak Ros tiba-tiba.

“Itu bukan malas dong, mak. Cuman istirahat sebentar.”

“Sebentar konon! Cakap aje sebentar. Tapi 2-3 jam menunggu, tak pun muncul-muncul! Tengok-tengok dah terbongkang atas tilam!”

“Aduh, mak. Capek banget, deh! Seharian dibikin kerjanya. Tapi Dewi kayak gitu enggak selalu, kan?”

“Kalau selalu kau buat macam tu... alamat periuk, belanga, kuali kat dapur ni berterbanganlah kat bilik kau, nak!”

Serentak derai tawa Irish dan Dewi kedengaran.

“Waduh! Mak kok garang banget, sih? Lihat itu... udah hilang itu seri di wajahnya!”

“Tak payah nak seri-seri sangatlah! Mak ni memang dah tua. Muka dah berkedut seribu. Tepek bedak sepuluh inci pun belum tentu mahu!”

Sekali lagi tawa di ruang dapur itu bergema.

“Uishh! Mak ngapain dong bilangnya begitu? Mak itu masih cantik, tau!”

“Ermm... tak payahlah kau nak bodek sangat, Dewi! Lainlah kau. Tepek make up apa pun nampak lawa. Tapi tulah... sampai sekarang pun masih tak ada yang hendak!”

“Wah, mak. Gurau kasar nampak!”

“Kasar tak kasar. Tapi memang tu kenyataannya. Agaknya mak kena bawak kau mandi bunga bawah jambatan tujuh hari tujuh malamlah, Dewi. Baru jodoh tu nak datang!”

Makin berdekah ketawa Dewi dengan leteran tersebut. Irish di tengah-tengah turut terpalit sama. Tapi Mak Ros yang membasuh ayam di singki, sikit pun tak terkesan nampaknya.

“Amboi... seronok betul ketawa. Apa yang kelakar sangat digelakkannya?”

Suara Tengku Dafina tiba-tiba menyapa. Terlihat sosok wanita itu berjalan masuk ke

dapur bersama anak gadis dan menantunya.

“Lorh, Ibu Tengku! Aduh! Ketawa kita udah ngangguin ibu, ya? Maaf, dong!”

“Eh, tak adalah, Dewi. Kebetulan memang Mak Engku nak turun ke sini pun dengan El sama Reen. Tu yang dengar. Meriah betul!”

“Ha’ah. Apa yang kelakar sangat, Kak Dewi? Sharelah dengan Reen!”

“Enggak ada apa-apa kok, Neng Reen. Kak Dewi lagi bercanda sama Mak Rosnya aja.”

“Mesti bukan canda biasa-biasa, kan? Kalau tak, tak adalah ketawa sakan!”

“Alah. Cerita biasa-biasa aje, Reen. Dewi tu aje yang ketawa lebih-lebih. Macam Reen tak tahu dia kalau dah ketawa, mana nak ingat dunia! Macam nak roboh vila ni dibuatnya!”

Huhhh!

Dewi tarik nafas lega. Nasib baik Mak Ros pandai cover. Kalau tak, pecahlah rahsia yang tadi disembangkan mereka bertiga.

“Wahhh... Kak Dewi buat koci labulah. Sedapnya!” Seraya itu Tengku Hazreen mengambil tempat depan pembantu Indonesia tersebut.

“Enggak kok, Neng Reen! Bukan Kak Dewi yang bikin ini. Tapi Neng Irish. Dewi cuman bantu bungkusinnya aja, kok!”

“Reen nak tolong boleh?”

“Asik! Bisa aja, sih. Lagi ramei yang bikin, lagi cepat siapnya! Ayuh sini, Kak Dewi tunjukin gimana bikinnya.”

“Rajin Irish buat kuih.” Helena mula bersuara. Duduknya juga sudah berlabuh di sebelah Dewi, sertai Tengku Hazreen bantu membungkus kuih koci dalam daun pisang.

“Taklah, Kak El. Kebetulan nampak labu dalam peti ais tadi. Tu saja buat.”

“Tu dalam mangkuk, nak buat apa pulak?”

“Nak buat cucur udang sikit, kak. Buat minum petang.”

“Ha! Rajinlah tu, kan. Betul tadi Kak El cakap!” Tengku Hazreen ulangi kata-kata kakak iparnya.

“Kita orang perempuan ni kenalah rajin. Lagi-lagi bab kerja rumah. Kalau tak kang, tak ada lelaki nak buat isteri. Sebelum kahwin dah belajar semua benda, dah kahwin nanti senang. Tak adalah terkial-kial.” Tengku Dafina kembali berbicara.

“Mama perli Reen, eh?”

“Eh, tak. Mama cakap aje. Tapi kalau terasa pedas, Reenlah tu yang makan cilinya.”

“Ha, kan. Betullah mama perli Reen, kan? Tapi Reen dah belajar sikit-sikit tau buat kerja rumah, masak semua dengan Mak Ros.”

“Baguslah kalau macam tu. Mama pun dulu kena belajar semua tu dari nenda, tau. Cukup pantang nenda kalau anak perempuan tak tahu buat kerja rumah. Kerabat ke, belajar tinggi ke, no excuses!”

“Ya, ma. Reen dengar. Reen akan belajar semuanya dari sekarang, ya.”

Good girl! Mak Ros ada, Kak Dewi ada, Kak El dengan Kak Irish pun ada. Tanya aje. Tak payah nak malu. At least anak dara mama dah tahu buat kerja rumah bila kahwin nanti. Tak adalah mama malu dengan bakal suami dan mentua Reen!” jawab Tengku Dafina selamba. Bibitkan tawa-tawa lain yang ada. Langkahnya kenudian diatur mendekati Mak Ros yang sibuk membuat kerjanya. “Kak Ros tengah buat apa tu?”

“Tengah potong ayam ni, Tengku.”

“Masak untuk makan malam, ya?”

“Ha’ah, Tengku.”

“Nak masak apa?”

“Akak pun tak tahu lagi. Tengah fikir-fikir jugak ni.”

“Masak simple-simple ajelah, Kak Ros. Lagipun kita aje yang ada. Tengku, Hafiy dengan Harrys ada event malam ni.”

“Ya tak iya. Reen tak pergi ke?” soal Helena pada gadis di depannya.

“Malaslah, kak. Dah mama, akak, Kak Irish pun tak pergi, boringlah tak ada geng!”

“Kita orang tak apa. Tak ada jawatan penting. Reen kan COO Haiyan.”

“Tak apa, Kak El. Papa, Abang Fiy dengan Abang Rys pun dah cukup wakilkan. Baik Reen duduk kat rumah aje.”

“Ya benar sih, Neng Reen! Duduk di rumahnya aja, dong. Terus bisa belajar bikin kerjanya kayak gini.”

“Ha’ah kan, Kak Dewi. Ya tak iya juga. Tadi Ibu Tengku jugak yang suruh Reen belajar buat kerja rumah, kan? Kan? Kan?” bisik Tengku Hazreen pada Dewi dalam gelak mereka.

Tapi dalam bisik, suaranya tetap kuat juga. Sampai dapat didengar Tengku Dafina. Apalagi... bercekak pinggang terus wanita itu menahan sebal.

Dia nak menasihat, dia pula yang terkena sekarang!


“ASSALAMUALAIKUM.”

Suara memberi salam iringi kuakan pintu ruang istirehat vila. Sesaat, kelibat Tengku Hafiy kelihatan. Di belakangnya pula menyusul Tengku Haiyan sebelum sosok Tengku Harrys muncul kemudian.

“Waalaikumussalam. Ha... tu dia! Hero-hero kita sudah balik nampaknya!” sapa

Tengku Hazreen ceria. Tengku Hafiy mendahului papa dan adik lelakinya duduk di sofa.

“Fina dengan Reen tak tidur lagi?” tanya Tengku Haiyan sejurus ambil tempat di sebelah Tengku Dafina.

“Belum lagi, bang. Tunggu abang, Hafiy dengan Harrys balik. Sambil-sambil tu tengok TV. Macam mana majlis tadi?”

“Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar.”

“Tu aje ke, pa? Pencalonan macam mana? Ada ‘ong’ tak?” sampuk Tengku Hazreen seraya bangkit dari baringnya.

“Hey! Mestilah ada! Tengoklah siapa CEO-nya!”

Segera Tengku Hafiy keluarkan sesuatu dari beg. Kilauan anugerah bersadur perak buat pandangan Tengku Dafina dan Tengku Hazreen terkesima. Bukan satu. Tapi dua.

“OMG! Kita dapat dua ke, bang??” soal Tengku Hazreen tak percaya.

Absolutely!”

Pantas kedua-dua anugerah dicapai gadis tersebut. “Corporate Excerllent Category for Property Development Industry and...,” Mata Tengku Hazreen berkalih pada anugerah di tangan kiri. “... Entrepeneur of the Year. Wow!”

“Syukur alhamdulillah. Tak sia-sia usaha abang dengan anak-anak selama ni,” ucap Tengku Dafina penuh terharu.

“Alhamdulillah, Fina. Rezeki ALLAH untuk kita. Juga buat seluruh warga Haiyan.”

“Hebatlah papa! Buka calang-calang calon yang masuk Asia Pacific Enterpreneurhip Awards ni. Satu Asia, tau!”

“Bukan usaha papa seorang, Reen. Kakak kamu dulu dengan abang-abang kamu pun dah banyak berbakti pada Haiyan. Dan sekarang... giliran Reen pulak.”

“InsyaALLAH, pa. Reen akan buat yang terbaik untuk Haiyan.”

“Jangan takat sembang aje, tapi habuk pun tak ada.” Tempelak Tengku Hafii tiba-tiba.

“E’eh, abang ni. Sepanjang joined Haiyan, abang dah tengok prestasi Reen macam mana, kan?”

Well... not bad.

See? Cuma Abang Rys yang baru masuk. But he's gonna see how far my capability.”

“Yaa... we’ll see.” Tengku Harrys melirik adiknya dalam senyuman.

Memang dia baru merasa kerja satu bumbung dengan Tengku Hazreen. Tak tahu sejauh mana prestasi gadis berkenaan. Tapi menurut Tengku Hafiy, adik bongsu mereka itu cepat belajar, rajin, dan boleh diharap untuk jaga syarikat bila abang dan papanya outstation.

“Irish mana, ma?”

“Dah naik dah, Rys. Tadi dia ada tunggu sekali dengan Kak El. Tengok macam dah mengantuk, mama suruh dia naik tidur. Kak El pun mama suruh naik juga bawa Daiyan. Dah ngantuk sangat budak tu. Tunggu papanya tak balik-balik.”

“Aduhai, kesiannya. Kalau tak, boleh dah kita celebrate malam ni!” ujar Tengku Hafiy.

“Tak apa. Esok malam kita semua dinner sama-sama. Raikan pencapaian Haiyan. Papa belanja.”

“Yeay!” Tengku Hazreen angkat tangan gembira. “Biar Reen yang pilih tempat, papa!”

“Amboi! Bab-bab macam ni Reen laju aje, kan! Bila suruh pergi tadi bukan main banyak alasan!”

“Alah, tak apalah. Abang, papa, Abang Rys kan dah ada wakilkan. Lagipun kalau menang, papa as the founder and chairman yang kena naik pentas ambil hadiah, kan. Not me.”

“Hmm... ada jelah alasan kau tu, dik!”

“Reen cakap betul apa!”

“Dah, dah, dah! Isk, kamu berdua ni kalau berjumpa... macam anjing dengan kucing. Tak habis-habis berkelahi!” Tengku Dafina cuba redakan keadaan.

“Abang nilah, ma. Tak habis-habis nak sakat orang!”

“Eh, abang pulak?”

“Ya!”

“Sudah! Kang ada yang kena tidur luar malam ni, kang! Seorang mama letak kat taman mini. Seorang lagi letak kat kebun belakang. Biar sana tidur dengan tetamu tak diundang!”

Serentak, tawa bergema dengan bebelan ‘first lady’ vila.

“Isk, mama ni! Janganlah disebut-sebut benda tu. Dah tengah malam ni. Seriau, Reen!”

“Habis tu... asik sangat nak berkelahi!”

Tak semena-mena Tengku Harrys bangun dari duduknya.

“Hah, Abang Rys nak pergi mana tu? Nak larikan dirilah tu! Tolonglah back up sikit Reen ni!” Tengku Hazreen minta sokongan.

“Abang Rys tak masuk campur.”

“Eleh! Cakap ajelah nak naik jumpa Kak Irish. Dah rindu, kan?”

I'm not.”

“Tak payah nak bohonglah, bang. Abang tu kalau seminit tak jumpa Kak Irish, resah gelisah aje menggelabah tak menentu, kan? Macamlah Reen tak tahu!”

Tengku Harrys ketap rahang. Sekelip mata wajahnya merah membahang. Nak-nak pula kena bahan depan semua orang. Tak tunggu lagi, pantas bantal kecil atas sofa dicapai.

Buk!

“Ouchhh!”

Muka Tengku Hazreen pula kini merah padam. Berkeriut riaknya dek balingan deras Tengku Harrys yang tak terjangkakan. Apalagi... makin berdekah tawa masing-masing dalam keheningan malam.

“Apa Abang Rys ni! Sakit tahu tak?!”

“Rasakan. Minta sangat kena baling, kan?”

Sejurus itu lelaki tersebut ayun kaki beredar. Puas kali ini balingan dapat dilontarkan. Selama ini tertahan-tahan. Tapi malam ini, tepat menghala ke sasaran.

“Hisy! Abang Rys ni tak baik tau buat Reen macam ni!”

“Ha... tulah! Sakat orang lagi!” Tengku Hafiy bagai menyimbah api kemarahan.

“Mana ada sakat? Reen cakap aje, kan?”

“Tak ada beza pun, dik. Sama aje!”

“Hah... ni abang pun bangun nak pergi mana? Dah rindu samalah tu nak jumpa Kak El, kan?”

Pergerakan Tengku Hafiy dan-dan itu termati. “E’eh! Budak kecik ni, kan!” Terus bantal kecil di sisi dicapai.

Buk!

Sekali lagi wajah Tengku Hazreen mendapat balingan.

“Itu dari abang.” Cepat-cepat susuk tersebut bangkit tinggalkan ruang berkenaan.

“Aduhhh! Sakitlah, banggg! Hisy, mana aci dua-dua kenakan Reen ni!!!”

“Tulah. Siapa suruh mulut tak ada insurans!” selar Tengku Hafiy. Langkah Tengku Harrys di tangga segera disaingi sebelum bahu adiknya itu dipaut. “Kita dah kahwin, dah ada wife, mestilah rindu kan. Tak macam dia tu. Kesian sorang-sorang tak berteman!”

Usikan itu buat Tengku Hazreen bertambah geram. Turun naik bahunya mengetap rahang bersama amarah yang sudah bertebaran.

“Ha... ma, pa. Dah bolehlah carikan Reen tu calon suami. Nanti dah bolehlah ada someone yang nak dia rindukan macam we all ni!” laung Tengku Hafiy kuat-kuat. Disertai ledakan tawanya dan Tengku Harrys dalam mendaki tangga ke tingkat atas.

“Abanggggg...!!! Isk! Mama dengan papa tengoklah abang tu! Tak habis-habis nak sakitkan hati orang!!”

Sebal Tengku Hazreen sudah tak tertahan. Tapi bukan pujukan yang dia dapat. Malah makin galak dirinya ditertawakan Tengku Dafina dan Tengku Haiyan.


TING ting ting...

Bunyi itu buat peraduan Irish terhenti. Lenanya seraya dirantai. Mimpinya turut beransur pergi. Dalam keadaan mamai, kelopak matanya cuba dibuka perlahan-lahan.

Ting ting ting...

Bunyi petikan itu kedengaran lagi. Dalam alunan melodi memecah sunyi dinihari.

Mata Irish mula mencari. Sekeliling bilik diamati. Setiap sudut diterokai. Dan sorotannya hanya terhenti kala tirai pintu kaca berterbangan ditiup angin menyapa halusinansi.

Halusinansi? Atau berminpi?

Wanita itu mengusap kedua matanya.

Ting ting ting...

Kali ini Irish pasti dia tak berhalusinasi, apalagi bermimpi. Segera wanita itu turun dari katil. Pintu ke balkoni yang separa terbuka dihampiri. Satu figura sedang duduk berlandai tubuh membelakanginya seraya menjamah ruang bening. Bersama gitar akustik yang dimain.

‘Patut ke aku dekati? Atau biar saja dia menyendiri?’

Irish berkira-kira dalam hati. Serba-salah, tak pasti, berbelah-bahagi. Sebelah hatinya ingin tegur. Tapi separuh lagi, tak bagi. Dalam erti kata lain, dia tak nak mengganggu privasi

Tengku Harrys. Mungkin lelaki itu sedang tenangkan diri.

Seminit jiwanya berbolak-balik...

‘Biarlah.’

Akhirnya Irish putuskan untuk beredar ke bilik air. Solat sunat tahajud. Mengaji kemudian nanti.

“Harrys dah ganggu tidur Irish?”

Soalan itu buat kaki Irish tersekat dari berundur. Pegun semula tubuhnya di balik pintu.

I’m sorry for waking you up.” Tengku Harrys bersuara lagi sambil terus memainkan gitar dengan jemari.

Kali ini Irish tak punya pilihan. Langkah diatur juga ke arah figura di depan. Ruang kosong di atas sofa panjang bersebelahan Tengku Harrys diisi.

“Harrys tak tidur lagi?”

“Tak boleh tidur.”

“Kenapa?”

“Tak tahu.”

Irish terdiam. Akal cuba mencari topik lain untuk ditanyakan. “Sampai rumah pukul berapa tadi?”

“12.30.”

“Kenapa tak kejutkan?”

“Tak nak kacau.”

Hati Irish jadi tak sedap. Sepatah ditanya, sepatah yang dijawab.

Betul tebakannya barangkali. Tengku Harrys tiada mood saat ini. Nak menyendiri. Nak tenangkan hati. Jadi apa ditunggu lagi? Ada baiknya dia angkat saja kaki.

“Irish masuk du...,”

Zap!

Lengan Irish pantas ditangkap sebelum sempat dirinya menapak.

Don’t leave,” pinta Tengku Harrys.

“Hurm?”

Stay here.”

“Aa...,”

Tengku Harrys menarik deras lengan Irish. Wanita itu terduduk semula. Gitar akustik Taylor 714ce-N dalam tangan kanan lansung disandar ke tepi sofa. Tanpa kata tanpa apa, kepalanya terus diletak atas riba susuk di sebelah.

Sungguh Irish terpanar. Betul-betul terkejut dengan perlakuan suami yang tak disangka-sangkakan.

“Harrys.”

Namun lelaki itu hanya selamba. Jemari kanan Irish seraya ditaut ke jemari kanannya. Dikucup seketika sebelum dibawa ke dada. Mata kemudian dipejamkan serapatnya.

“Harrys. Kenapa ni?”

Nothing.”

“Bohong.”

I don’t.”

“Jangan tipu ”

I need you.”

“Harrys...,”

I just need you. Please stay here. With me.”

Tengku Harrys terus pejamkan mata. Tangan Irish turut digenggam erat semahunya.

Dalam samar cahaya, Irish hanya mampu perhati wajah di ribaan. Entah apa kena dengan Tengku Harrys malam ini. Bagai ada sesuatu yang sedang mengganggu perasaan.

Tentang apa? Dia sendiri tak mengerti. Ingin bertanya lanjut tapi empunya badan seakan mahu mengelak diri.

Irish hela nafas. Rambut Tengku Harrys disentuh dan dielus perlahan-lahan.

‘Tidurlah, Harrys. Andai ini yang bisa buat kau tenang.’      


Previous: Bab 17
Next: Bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.