Home Novel Cinta SeJiWa (SEKUEL BaYaNGaN GuRaUaN)
SeJiWa (SEKUEL BaYaNGaN GuRaUaN)
Sayhazs Zailie
19/8/2017 17:44:25
103,747
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 9

*TQ Portal Ilham for created this lovely cover...


LANGKAH diatur turuti gadis di depan. Menyusuri pantai Brighton. Sejak tadi tangannya digamit Tengku Safra. Sejak sampai sini. Mulut gadis itu juga tak henti-henti bercerita sepanjang berjalan. Macam pemandu pelancong dah gayanya.

Tengku Harrys awal-awal dah ke hotel penginapan. Selesaikan urusan check in dengan Tengku Syaffi dan suami Tengku Saffa, John Mikhail. Tengku Yasmin pula dah hilang entah ke mana. Bersama Tengku Saffa dan anak-anaknya.

Cuaca hari ini nampak makin baik. Salji dah berhenti. Mentari juga sudah menampakkan seri. Walaupun cuaca sejuk masih menyelubungi.

Sebab itu Tengku Yasmin sekeluarga bawa dia dan Tengku Harrys habiskan ‘tour’ di London. Bermula pagi tadi. Hingga mereka tiba di Brighton petang ini.

Brighton. Bandar resort tepi pantai di pantai selatan England. Salah satu destinasi pelancongan popular kerana lokasinya berdekatan London.

Orang cakap tempat ini sesuai datang musim panas. Nak nikmati suasana pantai. Tapi alang-alang dah ada kat sini, mereka singgah sajalah. Nak tunggu lain hari, entah bila akan sampai.

“Kak Irish nampak tak tu?” Tengku Safra menujuk ke arah sesuatu di depan. Sebuah jeti panjang yang dibina atas pantai menyapa pandangan.

“Hmm.”

“Itu Brighton Palace Pier. Kalau datang sini, tak sah kalau tak pergi situ. Macam-macam ada sepanjang atas jeti. Food courts, games, theme park, everything. Sambil jalan sambil cuci mata.”

“Mesti seronok.”

Of course! Esok kita pergi, ya. Nak pergi hari ni macam tak sempat. Dah petang.”

“Selalu Safra dan keluarga ke sini?”

Sometimes. Tapi biasanya kalau datang dengan Abang Harrys.”

“Abang Harrys?”

“Hmm. Biasanya Abang Harryslah yang ajak kita orang datang sini. Jalan-jalan. Makan angin. Kalau kita orang sibuk, dia akan pergi sendiri. Dalam sebulan tu at least sekali mesti Abang Harrys akan ke sini.”

“Sampai macam tu?”

“Yup.”

“Kenapa?”

“Kak Irish jangan tanya Safra kenapa. Safra pun tak tahu jawapannya. Bila Safra tanya Abang Harrys, dia mesti mengelak. Macam ada sesuatu yang dia sembunyikan. Tapi Safra dapat rasa memang ada sesuatu pun yang membawa dia datang ke sini selalu.”

Irish terdiam. Perkataan ‘sesuatu’ yang disebut Tengku Safra seakan menarik perhatian.

“Kak Irish bertuah dapat miliki Abang Harrys.”

Ayat itu terkeluar tiba-tiba dari mulut Tengku Safra. Buat Irish berkalih pantas pandangnya.

“Sampai sekarang Safra macam tak percaya yang AbangHarrys dah kahwin. Sebab Safra kenal sangat dengan dia. Tahu sangat hati dia tu sekebal dan sekeras Tembok China. Sukar nak ditawan. Apalagi nak dilembutkan.Datanglah ramai mana sekalipun perempuan. Yang hot and sexy, rambut hitam or blondy, baik tua atau yang freshie, semuanya tak jalan!

Sampaikan anak kawan-kawan mama, kawan-kawan Kak Saffa, kawan-kawan Abang Syaffi, termasuk kawan-kawan Safra sendiri pun kecundang nak dapatkan dia. Hai! Tak tahulah simen konkrit brand apa yang Abang Harrys tu guna buat simen pintu hati dia!”

Serentak tawa Irish berderai.

“Eh, Kak Irish jangan gelak tau! Safra cakap betul ni. Sampai satu tahap, kita orang pernah terfikir yang Abang Harrys tu bukan lelaki normal!” 

“Dah tu... susah sangat nak buka hati dia tu kat perempuan!”

“Mesti ada sebab.”

“Sebab tulah! Sebab dia dah bagi simen habis hati dia! Tertutup rapat, ketat. melekat! Tak bagi chance lansung perempuan nak tackle dia!”

“Tapi sekarang dah berubah, kan.”

Yes! After he met you!”

“Mungkin sebelum akak, dia dah buka dulu hati dia untuk perempuan lain.”

No! Tak mungkin! Abang Harrys tu jenis yang memang susah nak jatuh cinta. Kalau dia jatuh cinta pun, cuma sekali dalam seumur hidup dia. Dan Safra percaya, Kak Irish cinta pertama dan terakhirnya. Jangan harap lagilah lepas ni dia akan jatuh cinta. Takkan ada! Safra berani kerat jarilah!”

 ‘Sekali Harrys dah jatuh cinta, jangan harap Harrys akan berpatah balik. Dan jangan harap Harrys akan jatuh cinta untuk kali yang kedua.’

Kata-kata keramat itu kembali menari-nari di benak Irish. Kata-kata yang hampir sama diucapkan Tengku Safra. Terasa aliran darah dalam tubuhnya kini berderau tak tentu arah. 

Abang Harrys is such a gentle guy, Kak Irish. Dia baik, penyayang, suka tolong orang. Sampai kadang dia ketepikan kepentingan diri dia asalkan orang lain gembira. Tapi dia tak suka tunjuk semua tu. Jadi orang tak tahu.

Banyak. Banyak lagi sebenarnya keistimewaan dia. Tak dapat Safra nak cerita semua. Safra yakin Kak Irish akan tahu sendiri nanti bila dah betul-betul kenal dia. So, Kak Irish... make sure akak jaga Abang Harrys tu baik-baik, okey. Sebab susah nak cari lelaki macam tu zaman sekarang ni. Hati dia tu. Tak semua orang punya hati yang ‘cantik’ macam dia.

Kalau boleh Safra nak tengok Abang Harrys dapat bahagia setimpal dengan apa yang dia dah buat untuk orang lain selama ni. And I believe... you’re the right one to make it happen.”

Irish ketap rahang. Kali ini terasa bahunya diletak seketul batu yang amat besar.

“Kak Irish?”

“Hmm?”

Are you okay?”

“Ya. Okey.”

“Kak Irish dah penat ke? Kalau penat kita duduk rehat dulu.”

“Eh, taklah. Akak okey, Safra.”

“Tak apa. Kita rehat dulu. Safra pun nak pergi cari hot drink. Bolehlah panaskan sikit badan ni. Kak Irish tunggu sini sekejap, ya. Safra pergi beli.”

Irish hantar langkah Tengku Safra berlalu. Lenyap kelibat gadis itu, pandangan kembali dihala ke pantai. Cuba buang rasa gementar yang singgah. Mujur Tengku Safra tak perasan.

 Mata Irish terus leka lihat Pantai Brigton. Menghayati pemandangan indah ciptaan Tuhan. Menghirup bayu laut yang terasa nyaman. Mendakap sinar mentari yang kian tenggelam.

Dan semua itu benar-benar menggamit hatinya untuk abdikan segala keindahan yang terbentang. Lebih-lebih lagi ini pertama kali dia datang. Rugi kalau dilepaskan.

Tangan Irish segera keluarkan telefon bimbit. Locked screen dinyahaktifkan mencari ikon ‘camera’. Namun pergerakannya tiba-tiba mati. Satu notifikasi dari akaun instagram terpapar di kaca skrin.

“Qu Harrys?”

Irish kerut dahi. Tertanya-tanya siapa gerangan pemilik akaun bernama ‘Qu Harrys’ ini.

Mungkinkah Tengku Harrys?

Kalau ya, macam mana lelaki itu boleh tahu profilnya? Dan sejak bila pula lelaki itu jadi followernya? Atau dia yang tak peka?

Klik.

Jari cepat-cepat tekan notifikasi tersebut. Sebaik terbuka, mata Irish membuntang. Gambar dirinya sedang lena di dada Tengku Harrys waktu atas cruise tempoh hari jelas terpampang. 

“Ya Rabbi! Bila masa dia ambil gambar ni?”

Irish melirik waktu pada status gambar. Pukul 10.20 pagi. Bermakna ia baru dimuat naik hari ini. Memang dia lansung tak tengok telefonnya sejak malam tadi.

Mata Irish beranjak pula pada kapsyen gambar tersebut.

 

qu_harrys  At first, dia jual mahal…

Once dah letak, lena terus…

How long you gonna sleep on my chest, I don’t mind…

Cause it belongs to you…

And forever will be yours @irish_izz

 

Astaghfirullahalazim!

Irish raup wajah. Mukannya membahang merah. Tengok pada likers yang dah beribu-ribu, dadanya pula macam nak pecah. Itu belum lagi komen-komen yang ditinggal di bawah.

“Harrys...”

Wanita itu gosok-gosok dahi. Redakan jiwa yang dah kacau.Tapi akhirnya bibir kecil itu senyum sendiri.

‘Hmmh… nasiblah kau dapat suami unpredictable macam tu. Tengoklah lepas ni kejutan apa pula yang dah menunggu!’

Irish berpaling. Mencari-cari wajah lelaki itu. Baru beberapa minit mereka terasing, namun hatinya dah mula rasa rindu. 



Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.