Home Novel Cinta AKU SETELAH ENGKAU
AKU SETELAH ENGKAU
Im Raimah
28/8/2019 19:52:28
1,225
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Prolog

SAMA seperti minggu sebelumnya. Hara datang ke Soul Art Music Academy lagi untuk mengintai seseorang. Entah kenapa dia tertarik dengan lelaki misteri itu. Dia tak kenal lelaki itu, tak tahu siapa nama lelaki itu dan juga wajahnya krana dia selalu mengenakan mask penutup hidung dan mulut berwarna hitam.

Kali pertama dia terlihat lelaki itu adalah ketika lelaki itu berlatih bermain gitar dekat taman beberapa bulan lepas. Petikan gitar dan suara merdunya menyanyikan lagu menyebabkan Hara rasa ingin mengenalinya. Tetapi dia tak punya keberanian untuk menyapa lelaki itu.

Disebabkan rasa ingin tahu. Satu hari senyap-senyap dia mengekori lelaki itu ke sebuah bangunan yang menempatkan akademi muzik swasta. Dari situlah dia tahu bahawa lelaki yang berjaya menarik perhatiannya itu bukan sahaja pelajar sekolah biasa. Tetapo mengambil kelas tambahan muzik juga.

“Mana Crescendo ni?” nama gelaran yang dia berikan pada lelaki itu. Mata tak lepas memerhati ke arah pintu akademi tersebut.

Tiba-tiba dia tersenyum apabila Crescendo hatinya bersama dua orang rakannnya keluar dari dalam akademi tersebut. Keyring doraemon yang tergantung pada beg gitar menambah lagi kecomelan lelaki yang masih lagi memakai mask penutup hidup dan mulut.

Nak tegur ke tak? Nanti dia tuduh aku stalker dia macam mana pula? Tapi… selama ni memang aku stalk diapun. Isk! Takkanlah nak mengaku aku ni stalker? Jatuhlah air muka aku. Fikirnya.

Dia menggeleng-gelengkan kepala. Lebih baik dia simpan sahaja niatnya. Dia tak nak memalukan diri hanya disebabkan menyukai lelaki yang tak dikenali itu.

Namun dia menjadi panik apabila matanya bertemu dengan mata lelaki yang sedang menoleh ke arah tempat persembunyiannya. Kelihatan dua kawan yang bersama dengan lelaki itu menepuk bahunya dan beredar dari situ.

Alamak! Aku nak buat apa ni?! jeritnya dalam hati. Badan membatu disebabkan renungan tajam mata dingin itu. Air liur dia telan lalu berpaling membelakangi lelaki itu dan melarikan diri. \lebih baik dia beredar sebelum disoal siasat dan disalah anggap sebagai penghendap. Meskipun itulah yang dia lakukan.

Hara yang panik berlari menyebarang ke seberang jalan. Namun langkahnya mati apabila kedengaran bunyi hon ditekan bertalu-talu. Sebuah kereta yang dipandu agak laju sedang menuju ke arahnya. Dia yang tergamam hanya beridiri membatu seolah-olah membiarkan dirinya dirempuh oleh kereta itu.

Tanpa diduga pantas sepasang tangan menarik Hara terus ke dalam pelukannya sebelum kereta Toyota itu meragut nyawanya. Dia yang masih berada dalam keadaan terkejut hanya diam membatu. Tetapi entah kenapa dia merasakan degupan pantas jantung seseorang.

Matanya berkelip-kelip lalu melepaskan diri dari dakapan orang yang menyelamatkan nyawanya tadi. Kasut sekolah? Seluar sekolah? Perlahan-lahan dia mendongak ke atas.

Rasa macam nak terkeluar bijih mata saat melihat crescendo hatinya berada begitu dekat dengannya. Air liur dia telan lalu melarikan pandangan ke tempat lain. Tak ada sesiapa berada di situ melainkan mereka berdua.

Dia… dia yang selamatkan aku?

“Lain kali jalan tengok kiri kanan” kata lelaki itu dingin. Dia berpaling membelakangi hara dan teus beredar.

Dia bercakap dengan aku? Hara masih lagi membatu seakan-akan tak percaya dengan apa yang berlaku saat ini. Dia dah lupa yang dia hampir mati tadi.

“Awak” panggil Hara.

Lelaki itu berhenti.

“Terima kasih” ucap Hara dengan senyuman.

Lelaki itu meneruskan langkahnya tanpa menjawab ucapan terima kasih Hara.

“Hei Crescendo, saya suka awak” luahnya tanpa teragak-agak. Tetapi lelaki itu hanya pergi tana menoleh ke belakang. Entah dengar ke tidak pengakuan berani Hara. 



Nota penulis 

assalamulaikum semua. saya mohon jasa baik para pembaca untuk memberikan feedback selepas membaca.. Terima kasih. 

Next: Bab 01

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.