Home Novel Cinta AKU SETELAH ENGKAU
AKU SETELAH ENGKAU
Ema Raimah
28/8/2019 19:52:28
4,753
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 02

TEPAT pukul 10.00 malam Hara meninggalkan kedai serbaneka di Itaewon pulang ke rumah. Dari Itaewon ke kediamanya yang terletak di Hannam-Dong hanya memakan masa lebih kurang 26 minit jika berjalan kaki.

Sambil berjalan dengan tenang. Dia mengikat rambut yang terhurai lalu menaikkan sedikit mafla yang dililit di leher menutupi mulutnya. Meskipun sudah penghujung musim sejuk. Tetapi cuaca pada waktu malam masih boleh membuatkan dia beku.

Suasana di Itaewon ketika itu masih meriah dengan kehadiran orang ramai. Malah lebih meriah berbanding waktu siang kerana terdapat banayak pusat hiburan dan kelab di sekitar kawasan tersebut. Jadi tak adalah dia risau sangat. Apa yang merisaukan jika dia terserempak dengan orang mabuk. Itu bahaya.

Semakin jauh dia meninggalkan kawasan yang sibuk itu. Semakin sepi kawasan disekelilingnya. Tidak ada lagi kedengaran bunyi lagu kedengaran, orang ramai berjalan dan kedai di kiri dan kananya. Apa yang kelihatan hanya jalan raya yang lengang, pokok-pokok dan lampu jalan.

Dia mula berfikir, mungkin ada baiknya dia pulang menggunakan teksi sahaja memandangkan hari sudah lewat. Nanti tak pasal-pasal dia terserempak dengan orang jahat. Selepas berfikir seketika diapun mengubah arah menuju ke perhenti bas yang terletak tidak jauh dari situ.

langkahnya semakin laju apabila kelihatan sebuah kereta Honda hitam berhenti tidak jauh dihadapanya. Dua orang lelaki keluar dari kereta lalu menghampirinya. Hara buat-buat tenang dan terus berjalan tanpa memperdulikan kehadiran dua lelaki itu.

“Jangan panik, jangan panik. Mungkin dorang nak pergi kelab kut” gumamnya sambil mengerling ke arah dua lelaki itu.

Seorang lelaki berjaket hitam dan bertopi putih berdiri didepanya. Manakala seorang lagi kawanya memakai topi merah memerhati tidak jauh dari situ.

Yeppeun agasshi ireon neujeun bami eodigaseyo? (Hai, cik adik cantik, malam-malam buta ni nak ke mana?)” soal lelaki berjaket hitam itu.

Dia tak memperdulikan pertanyaan itu dan terus berjalan. Terasa seperti lelaki itu mengekorinya di belakang. Tetapi dia berpura-pura tak menyedarinya. Kau serang aku, aku hentak kepala kau dengan tiga tin kola ni. Bisik hatinya. Penumbuk sudah bersedia untuk dilepaskan.

Opparang gati nolja (Marilah berhibur dengan abang) kata lelaki bertopi merah di depan.

Ya Allah apa aku nak buat ni? Kalau aku lari sekarang dorang mesti kejar aku. Aku kena buat sesuatu. Fuhh… tenang Hara, jangan penik, jangan panik. Berulang kali perkataan itu dia ucap dalam hati. 

Mwolbwa? (Awak tengok apa tu?)” soal lelaki berjaket hitam.

Senyuman sinis lelaki itu dia balas dengan renungan tajam. Sedaya upaya dia tak nak tunjukkan ketakutan yang sedang menghantui diri. Dia tak boleh bayangkan kalau maruah dan kesuciannya tergadai di tangan dua lelaki itu. Aku rela mati dari diperkosa oleh dua lelaki tak guna ni. Nafas dilepas berat masih berfikir cara untuk dia melepaskan diri. 

Dia melihat sekeliling. Tak ada orang lain berada di situ melainkan mereka bertiga. Sekarang baru rasa menyesal menolak tawaran Hyun Woo untuk menghantarnya pulang. Hyun Woo lebih boleh dipercayai berbanding dua orang asing yang tak dia kenali ini.

Museowo? Museowo hajima? (Awak takut? Hei, janganlah takut)” lelaki berjaket hitam tersenyum lebar sampai ke telinga. Kecut perut Hara melihat senyuman yang menakutkan itu.

Uriga nappeun saram anya, geunyang agasshirang kati neulgeo sipeo (Kamibukanya orang jahat. Kami cuma nak berhibur dengan cik adik)” celah lelaki bertopi bessball.

Majayo, honjaneun jaemi eobsseo (Betul tu, tak seronoklah kalau seorang-seorang)” sambung lelaki berjaket merah lagi.

“Huh!” dengusnya setelah puas mendengar kata-kata dua lelaki itu. Ada senyuman sinis terukir di hujung bibirnya.  

“Huh?” mereka saling berpandangan lalu kembali pada Hara.  

Yah! Jigeum useo? (Hei! Awak ketawakan kami?)” soal lelaki bertopi bessball.

Ne saengageneun? (Kau fikir?)” balas Hara. Selamba sahaja dia berkata seperti itu. Rasa takut yang merasuk dia cuba sembunyikan dengan sikap dinginnya. Harap dia orang tak perasan aku belakon.

Langkah kaki dua lelaki itu semakin laju merapati Hara. Jarak mereka kini semakin dekat menyebabkan dia menggenggam kuat plasik berisi tiga tin kola yang diberikan oleh Hyun Woo. Bila-bila masa sahaja plastik ini menjadi senjatanya.

“Jaba! (Tangkap dia!)” arah lelaki berjaket hitam.

Ayat pendek. Tetapi tegas itu menyebabkan dia kaku untuk seketika. Perlahan-lahan kaki berundur ke belakang mengelak dari lelaki bertopi merah. Di kirinya kelihatan lelaki berjaket hitam juga sedang mengatur langkah untuk mendapatkan dia. Muka mereka sungguh menakutkan dengan senyuman penuh bermakna terukir dibibir.

Ya Allah matilah aku! Tak ada orang nak selamatkan aku ke? Tolonglah ada orang lalu. Teksi ke berhenti? Takkan dia orang tak nampak ada lelaki miang, jahat, gatal tengah kacau perempuan tepi jalan? Ujarnya dalam hati. Mata sekejap ke kiri dan sekejap ke kanan memerhati dua lelaki yang semakin menghampiri.

Yah! Eodi ddeomanga? (Hei, awak nak lari ke mana?)” soal lelaki jaket hitam.

“Let me go” pinta Hara.  

“Leteu mi go? Oh! woeguginguna (Lepaskan saya? Oh! orang asing rupanya)” lelaki bertopi merah ketawa.

Geunde hangugeo neomu jalhane (Tapi bahasa Korea dia bagus)” lelaki berjaket hitam angkat kening.

Geureone (Betul)” jawab lelaki bertopi merah lalu ketawa. Faham atau tak faham itu tak penting kerana perkara yang terpenting adalah mereka dapat berhibur.  

“Beautiful girl, let go. No! Let’s play first” lelaki bertopi merah.

Geojeo (Pergi berambus!)” balas Hara.  

Geojeorago? Shireunde (Berambus? Tak nak)” mereka ketawa.

Hara ketap bibir tak tahan dengan sikap dua lelaki itu. Kalau ikutkan hati nak sahaja  dia taekwondokan mereka. Twtapi dalam keadaan gelap, dua lelaki pula tu. Dia tak yakin dia mampu menewaskan mereka. Apa yang dia mampu lakukan sekarang adalah melarikan.

Macam mana aku nak larikan diri bila tak ada ruang untuk aku larikan diri. Sekali aku melangkah. Dia orang akan terkam aku. Bia masih memerhati sekeliling untuk mencari ruang melepaskan diri.

“Don’t think. Let’s go to heaven” lelaki berjaket hitam menyentuh dagu runcingnya. Tapi dengan pantas Hara menepis tangan itu.

“Don’t you ever dare to touch me! Pervent” suara Hara juga tinggi melambung. Harapnya lelaki jahat itu akan takut.

“Sorry, I don’t understand. No english” balas lelaki berjaket hitam.

Hara ketawa sebaik sahaja mendengar kata-kata lelaki itu. Namun tawanya mati bila lelaki itu berdiri betul-betul didepannya dan memegang erat tanganya. Hara kaku, tak tahu nak buat apa. Renungan dua lelaki itu sungguh menakutkan. Sekarang dia sedar keadaan ini serius dan dia pula berseorangan.

Museowo? (Takut?)” soal lelaki itu.

“Don’t touch me!” tangan lelaki itu ditepis kasar.

“Wae? Jaemige haja uri (Kenapa? Jomlah berseronok)” kening diangkat sambil mengukirkan senyuman sinis. Lagilah senanglah mereka berurusan kalau perempuan didepan mereka ini fasih berbahasa Korea.

Noah! (Lepaskan saya!)” pinta Hara dengan suara sedikit kuat dan kasar. 

Namun dua lelaki itu langsung tak mengendahkan permintaanya. Sebaliknya dia memngarahkan supaya kawannya mengheret Hara ke dalam kereta yang terletak beberapa langkah sahaja dari tempat mereka.  

 “Car, go, in!” lelaki berjaket hitam menolak Hara pada lelaki bertopi merah.

Kereta? Dia orang nak bawa aku ke mana pula ni? Ya Allah! seamatkan hambaMu dari segala perbuatan yang jahat. Ya Allah tolong aku. Dia cuba sedaya upaya untuk melepaskan diri dari dua lelaki itu. Tapi kekuatannya tak mampu untuk menewaskan mereka.

Nohrago! Dowajuseyo!(Lepaskan saya! Tolong!)” dia menjerit minta pertolongan. Tetapi tak ada sesiapa berada di situ.

“Let me go stupid! Pervant!” meronta-ronta dia merayu supaya dilepaskan

“Salgo sipeumyeon joyonghae (Diam kalau awak nak terus hidup)” bentak lelaki itu.  

Noah! (Lepas!)” jeritnya lagi.  

Lelaki berjaket merah itu terus menolak Hara masuk ke dalam kereta.  

Hara menggeleng sambil cuba menahan kakinya dari terus melangkah lagi ke depan. Dia tahu, dia takkan selamat sebaik sahaja masuk ke dalam kereta yang kelihatan agak usang itu. Apapun yang berlaku dia perlu menyelamatkan dirinya.

Namun bunyi siren dari kereta peronda pihak berkuasa mengejutkan dua lelaki itu. Liar mata memerhati sekeliling. Kesempatan ini digunakan oleh Hara untuk melepaskan diri dari genggaman mereka.

 Dia pusingkan badan lalu menenadang lelaki bertopi merah itu tepat ke perut. Setelah itu dia menghayunkan plastik di tangan tepat ke muka lelaki berjaket hitam sehingga muka itu berpaling ke kiri. Darah keluar dari hidung dan mulutnya.

Mereka cuba menangkap Hara. Namun bunyi siren polis yang semakin menghampiri membantutkan niat mereka. Hara menjerit sambil melambai-lambaikan tangan memanggil kereta peronda yang sedang melalui kawasan tersebut.

Ppalli ttwieo (Cepat lari)” dua lelaki itu bangun lalu masuk ke dalam kereta dan melarikan diri.

Hara menghela nafas lega apabila kereta yang hampir membawanya pergi itu kini hilang dari pandangan. Kereta peronda polis itu berlalu begitu sahaja tanpa berhenti dan bertanyakan keadaanya. Huh! Dorang pergi macam tu je? Keluh hatinya sambil menggeleng.

“Beg? Beg aku mana? takkanlah dia orang rompak aku? No!” dia melarikan pandangan ke jalan dengan perasaan marah bercampur kesal. Tak sangka itu cara terbaru perompak untuk merompak.

“Tak guna. Ergh!” mukanya berkerut seperti hendak menangis. Sekarang dia tak ada sesenpun di tangan. Telefon pintarnya juga berada dlaam bag tersebut. Takkan nak balik jalan kaki? Pasti ada lelaki gatal atau penjenayah lain sedang menunggu di lorong-lorong atau jalan-jalan gelap dekat depan sana.

“Argh!” jeritnya geram. Dia meraup muka sambil memerhati kawasan sekeliling yang sepi. Tiba-tiba dia merasakan ada air menitis jatuh ke muka.  

Dia mendongak ke langit apa yang kelihatan hanyalah langit yang gelap tanpa sinaran bulan dan kerdipan bintang. Setitik demi setitik titisan hujan jatuh membasahi muka dan kawasan sekelilingnya. Tak ada kata mampu dia ucapkan melainkan rasa marah, kecewa dan kesal.

Nafas ditarik dalam-dalam lalu dilepaskan perlahan. Dia tak ada pilihan lain melainkan menyeberang untuk menuju ke stesen bas. Di sana mungkin dia boleh mendapatkan bantuan orang atau pinjam telefon untuk menghubungi Aaron. 

Dalam keadaan hujan lebat. Dia meneruskan langkah perlahan-lahan menyeberang ke seberang jalan sambil kedua-dua tangan memeluk tubuh yang menggigil kesejukan.

Apalah malang nasib, dahlah diragut, duit pula tak ada, aku seorang-seorang kat tempat ni. Macam mana kalau orang jahat tu datang balik? Dia menggeleng-gelengkan kepala. Bibirnya terketar-ketar menahan rasa sejuk.

“Sahara Irdeena!”  

Suara yang datang dari belakang menyedarkan dia dari lamunan. Perlahan-lahan muka dia angkat hendak menolek ke belakang. Tetapi dia disapa dengan cahaya lampu dan bunyi hon kereta semakin hampir. Seluruh tubuh kaku tidak tahu apa yang patut dia lakukan.  

“Hara!” seseorang mencapai pergelangan tanganya lalu menariknya ke tepi jalan.

Hara yang masih terkejut hanya tunduk kaku. Dia sangkakan riwayatnya akan berakhir di situ. Tak sangka pula ada manusia yang sudi menyelamatkan nyawanya. Perlahan-lahan muka dia angkat mahu melihat wajah orang yang berdiri didepanya.

“Dan… Daniel?” mata berkelip memandang ke wajah Daniel.

“Awak tak apa-apa?” soal Daniel.

 Hara hanya mengangguk lalu tunduk semula. Malu rasanya mahu berdepan dengan lelaki itu dalam keadaan seperti ini.  

“Baguslah. Lain kali jalan tu boleh tak tengok kir, kanan dulu baru melintas? Nyawa awak tu satu je bukan sembilan” sempat juga dia membebel dalam keadaan hujan lebat seperti itu.

“Itu… Itu…” jari telunjuknya menghala ke satu arah.

“Itu? Itu apa?” Daniel keliru.

“Tu bukan beg saya ke?” dia menuding jari ke arah beg yang Daniel pegang.

“Uh? Oh ini? Ini beg awak” Daniel memberikan beg itu kepada Hara.

“T… terima kasih” ucapnya dalam keadaan badan menggigil. Baju sejuk yang dia pakai tak mampu menahan rasa sejuk hujan pada musim sejuk. Lebih-lebih lagi petang tadi salji turun.

Tanpa berkata apa-apa Daniel menanggalkan topinya lalu diberikan pada Hara. Hara menolak. Tetapi Daniel tetap menyarungkan topi tersebut ke kepalanya. Sekali lagi Hara tarik senyum kerana merasakan lelaki itu sangat romantis.

“Terima kasih” ucapnya sekali lagi.

“Dahlah, jom balik” Daniel berjalan.

Hara hanya mengangguk dan jalan disisi lelaki itu sambil memeluk begnya. Badan menggigil kerana kedinginan terkena hujan. Dia sepatutnya bawa payung keluar tadi. Sekarang tak pasal-pasal satu badan basah lecun.

Menyedari Hara yang sedang kedinginan. Daniel menanggalkan sweaternya lalu disarungkan di belakang Hara.

“Awak buat apa ni?” soal Hara, terkejut.

“Pakailah” Daniel senyum.

“Tak apa. Saya okey…” Hara menanggalkan sweater tersebut lalu diberikan semula pada Daniel.

“Awak pakailah. Saya tak nak ada orang mati kesejukan dekat tepi jalan ni pula nanti” Daniel berkeras.

Mahu tak mahu terpaksa jugalah Hara memakai sweater kepunyaan lelaki itu. Tak sangka Daniel ni romantik juga. Yelah, orang dekat luar sana semua cakap dia ni serius dan tak berperasaan. Tetapi hakikat yang sebenar Daniel tidaklah seteruk itu.

“Terima kasih Mr Cold and sweet” ucapnya. Sempat juga mengusik.

Daniel ketawaa sinis. “Excuse me nama saya Daniel. Bukan Mr Cold and Sweet” Daniel dengan tenang membetulkan Hara.

“Tahu. Tapi saja je panggil awak dengan nama baru. Sesuai dengan awak” tersenyum.

“Suka hati awaklah” Daniel menggeleng dan lebih laju.

Hara mengejar Rian dan kembali jalan seiringan dengan lelaki itu. Mereka kini sudah tiba di subway bawah tanah untuk menaiki train pulang ke Hannam.

By the way, bunyi siren tu awak yang pasang ke?” teka Hara.

Daniel berhenti melangkah lalu melarikan pandangan pada gadis itu. Hara hanya tarik senyum.

“Ya” jawabnya. 

 “Sweet. Tapi tak gentleman langsung cubalah lawan ke macam drama hindustan. Hero selamatkan heroin. Dalam drama Koreapun hero mesti lawan penjahat kalau nak selamatkan heroin” bebelnya. Orang dah selamatkan pun dah cukup bagus. Itupun tak bersyukur.

“Pertama saya kebetulan lalu dekat sini dan nampak awak, kedua saya tak nak cederakan anggota badan saya untuk lswan lelaki-lelaki tu dan ketiga awak bukan heroin saya. Faham?” jawabnya.

“Faham” Hara mengangguk.

Betul juga, takkanlah lelaki kacak macam tu nak calarkan diri dia berlawan dengan orang jahat. Lagipun aku ni bukan siapa-siapa diapun. Tapi Pretty Man dan Cinderella Man betul-betul wujud dan Daniel Im adalah orangnya. 

Previous: Bab 01
Next: Bab 03

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.