Home Novel Cinta ~JODOHNYA~OH MY SWEET BURBERRY BRIT EDT
~JODOHNYA~OH MY SWEET BURBERRY BRIT EDT
usakoprincessz
15/5/2019 14:58:06
14,242
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 27

      Aku sampai ke rumah tepat jam 7 malam. Hujan turun-turun renyai-renyai membasahi bumi Pasir Gudang. Kerapkali hujan melanda waktu petang begini sejak akhir-akhir ini. Suasana musim tengkujuh kian terasa. Umi dan Aya kelihatannya lebih dulu sampai dariku dan sedang menonton slot Akasia siri drama kesukaan mereka di saluran TV3. Aku hanya tersenyum melihat mereka. Aku kurang gemar menonton televisyen. Malas mahu mengikuti siri drama tersebut. Dulu ketika zaman persekolahan, aku memang hantu televisyen juga. Cuma, bila usia makin meningkat, aku lebih gemar menonton movie mahupun drama kesukaanku melalui internet sahaja. Aku berlalu naik ke tingkat atas setelah menyapa mereka berdua yang tersengih-sengih sibuk bercerita tentang hero dan heroin dalam drama tersebut.

      Setelah selesai mandi dan menunaikan kewajipan bersujud kepada Yang Maha Esa, aku membuka jaringan jalur lebarku menerusi komputer ribaku yang sengaja kuletakkan di tepi tilam. Laman Facebookku buka. Kelihatan butang merah notifikasi permintaan untuk disahkan menjadi salah seorang rakanku menyala. Aku membuka. Erra Nizam. Ya, Kak Erra masih mengharapkan aku menerimanya sebagai salah seorang rakan facbeooknya. Malam tadi telah kuhapuskan notifkasi tersebut. Rasa bersalah mula bersarang di hati. Pasti Kak Erra mengatakan aku sombong. Pandai pula Kak Erra cari profil aku. Kelihatan gambar profil dan cover photo nya telah berubah kepada gambar yang lain. Tidak lagi seperti yang ku lihat semalam. Aku membuka gambar tersebut, hanya cover photo yang boleh dilihat. Gambar profil tidak dapat aku buka kerana laman miliknya telah ditetapkan sebagai 'private'. Cover photonya ku tenung seketika. Kak Erra berpakaian dalam busana pink kemerahan bergambar satu keluarga dengan tunangnya, Abang Nizam yang berpakaian sedondon. Pasti gambar pertunangan mereka berdua. Memang hari ini adalah hari pertunangan mereka seperti yang telah dijadualkan. Di sebelah kanannya kelihatan tersenyum bahagia Datin Anita bersama Datuk Pengarah itu. Masing-masing mengenakan persalinan ungu cair. Di sebelah kanannya pula, kelihatan Encik Kacak tersenyum manis yang turut berpersalinan warna sedondon. Kacaknya dia. Mana Minah Ketak? Kenapa tidak bergambar sekali dengannya? Aku mula menyibuk untuk bertanya. Tahniah untuk mereka berdua di atas pertunangan ini. Entah kenapa aku tergerak untuk menekan butang save bagi menyimpan gambar itu. Kecantikan dan kekacakan yang sempurna ada pada wajah mereka sekeluarga. Untung juga tiada Minah Ketak menyemak dalam gambar tersebut..hehehe. Nanti boleh tunjukkan pada Zel yang bersemangat untuk tahu perihal mereka petang tadi.

      Tiba-tiba inbox aku menyala menandakan ada pesanan masuk ke dalam kotak 'Facebook Chat'ku. Pesanan dari Kak Erra. Macam mana ni?

     'Assalamualaikum.. Idaaaaaaaa... Kenapa tak accept request akak? Sampai hati... L' aku mula serba salah apabila membacakan ayat yang ditulis oleh Kak Era itu. Kalau tak balas, nanti dia betul-betul kata aku sombong kerana butang hijau pada kotak chat itu telah menandakan bahawa aku sedang 'online'.

     'Waalaikumussalam. Taklah. Tak perasan sebenarnya, sebab tak tengok kot. Akak mesej ni baru sedar kot,' aku membalas berpura-pura tidak tahu akan 'request'nya semalam.

     'Acceptla akak. Dahlah tak datang masa akak bertunang tadi. Tapi, Ida dah masuk kerjakan. Dah balik Pasir Gudang kan malam Isnin hari tu kan? Diey beritahu akak. Dia hantar Ida dekat terminal katanya. Akak tak tahu Ida balik malam tu, kalau tak akak pun nak jumpa Ida juga malam tu,' balas Kak Erra pula membuatkan ingatanku kembali terarah kepada Encik Kacak malam tu yang kelihatan kedinginan tanpa jaket hitamnya kerana telah diberikan kepadaku. Hantar aku? Lain macam ayatnya. Sejak bila pula dia pernah hantar aku? Jengkel pula aku melihat perkataan tersebut.

     'Nanti, Ida accept ya akak. Yup, Ida balik malam Isnin tu. Tahniah Kak Erra.. J Selamat bertunang, cantik sangat akak. Bagai pinang dibelah dua gitu,' balasku lagi. Bagaimana ya Kak Erra boleh menemui profilku? Oh, aku lupa. BB Addicted! Itu kan ibunya. Pasti dia mengetahuinya dari Datin Anita. Untuk apa pula wanita itu menunjukkan profilku kepada anaknya? Bukankah dia benci akan aku? Ataupun Kak Erra yang memaksanya untuk memberitahu nama profilku itu? Entahlah. Bukan aku tak mahu accept dia, tapi kalau aku lakukannya profil aku akan terdedah lagi dengan keluarganya yang lain. Encik Kacak, Minah Ketak juga.

     'Diey cakap haritu, Ida ada pergi kilang perfume syarikat kan? Kenapa tak bagitahu akak? Akak ja yang tak tahu Ida pergi kilang hari tu. Balik sana pun tak cakap. Asyik Diey aja tahu tentang Ida ni...hehe. Padahal, akak ni kan terlebih dahulu berkawan dengan Ida. Tapi, adik akak yang terlebih tahu tentang Ida ni...hehe.' Aku membaca lagi pesanan dari Kak Erra. Makin meloyakan pula mesej Kak Erra itu. Apa yang dah diceritakan oleh lelaki itu padanya sehingga Kak Erra boleh berbicara sebegitu? Aku beritahu apa pada adiknya itu? Hellloooooo... tolong sikit. Aku tak berkeinginan untuk bercerita apa-apa kepada adiknya itu. Adiknya itu sombong macam ibunya juga.

     'Oh, tak adalah Kak Erra. Kebetulan ja tu. Macam mana hari pertunangan akak tadi?' aku menukar topik. Malas aku nak berbahas tentang adik lelakinya itu. Entah kenapa perasaan menyampah menebal dalam mindaku kepada lelaki itu.

     'Sederhana ja Ida. Tapi, akak gembiralah..hehe. Diey lah tak berapa sihat sangat hari ni. Hidung berair, selesemanya tak sembuh habis lagi. Ida, mama akak kirim salam juga kat Ida ni,' Kak Erra membalasnya lagi. Ya, memang aku tahu bahawa Encik Kacak demam selesema sewaktu dia berlari-lari mengejar basku dulu. Bahang kepanasan di wajahnya juga turut dapat aku rasakan sewaktu dia menghampiriku untuk memberikan jaketnya itu. Untuk apa Kak Erra ceritakan tentang keadaan adiknya itu. Aku tak tanya akan hal itu pun kepadanya. Mama dia kirim salam? Hahaha.. Ini lawak. Kalau iyapun nak tenangkan keadaan, janganlah sampai menipu sebegitu rupa. Mana mungkin wanita sombong itu mahu berkirim salam denganku, memandang wajahku pun juga dia tidak ingin.

     'Oh yeke. Semoga cepat sembuh. Kirim salam? Waalaikumussalam kak.' pendek saja balasanku kemudiannya. Entahlah tentang adiknya rasanya tak penting untuk aku tahu. Perihal salam itu pula, aku tahu Kak Erra hanya mahu berbasa-basi denganku supaya aku tidak terus-menerus membenci ibunya. Sekarang, bukan salahku tapi salah ibunya sendiri yang terlalu tidak boleh bertolak ansur. Tidak timbul sekelumit perasaan pun untuk aku berutus salam pula pada ibunya. Plastik semuanya.

     'Ida, akak ingat, keluarga akak ni nak pergi Pasir Gudang ja minggu ni. Boleh jalan-jalan ke Lego Land. Diey nilah beria-ria benar nak datang sini. Hehe.. Hajat apa entah.. Hehe. Ida, nanti kita jumpa boleh?' aku dapat merasakan ada sesuatu pada mesej Kak Erra ini. Kenapa dia selalu kaitkan dengan adiknya itu? Tak bestlah kalau Encik Kacak datang sini, pasti Minah Ketak, Datin Sombong tu juga akan datang.

     'Boleh. Datanglah.. J' aku membalas pendek sekadar menyembunyikan rasa jengkel dalam hati ku.

     'Okay.. See you my dear.. J. Akak ada hal sikit ni. Jangan lupa accept facebook akak ni tau .. J' balas Kak Erra lagi. Nanti aku pertimbangkan dahulu. Biarkanlah dahulu pelawaan itu. Nantilah bila-bila masa boleh 'approve'.

     Dia nak datang hujung minggu ni? Hujung minggu ni aku bercadang untuk balik ke kampung. Lama dah aku tidak menatap wajah mak. Aku pun ingin mengetahui apa yang sudah terjadi kepada adikku. Kalau nak diikutkan hujung minggu ini merupakan hari pertunangan adikku itu. Keluargaku yang lebih patut diutamakan berbading yang lain.

     Selesai sahaja solat isyak, aku terus merebahkan badanku ke atas tilamku. Macam ada yang kurang saja hari ni. Kenapa Lang Merah diam saja hari ni? Selalunya, dia akan sentiasa menyibuk akan urusan harianku. Takkan aku dah rindu padanya kot. Hahahha.. lawak betul. Belum kenal apa-apa dah ada rasa rindu pulak. Memang tak masuk akal. Aku mula berfikir-fikir, adakah aku patut memulakan mesej kepadanya dahulu. Kalau aku memulakannya pun apa salahnyakan.

     'Assalamualaikum, awak. Sihat tak hari ni?' Aku menghantar pesanan kepada Lang Merah. Harap-harap dia membalasnya.

     Tidak sampai 2 minit, mesejku dijawab oleh Lang Merah.

     'Waalaikumussalam. Sihat, awak? Bimbang nak kacau tadi takut awak sibuk sebab dah masuk kerja hari ni kan.. J Macam mana hari ni? Melambak tak kerja atas meja tu? Hehe' Panjang pula mesejnya. Terlebih ramah pula.

     'Banyaklah juga kerja ni. Esok ada majlis temu murni dengan ibu bapa pelajar. Lepastu, tanda buku-buku latihan pelajar dan adalah kerja-kerja lain yang menunggu tu.. J' aku makin selesa meluahkan cerita tentangku padanya.

     'Biasalah tu. Cikgu memang banyak kerja kan. Dah makan ke belum ni? Kerja-kerja jugak, kesihatan kena jaga tau. Nanti sakit, susah hati pula saya,' aku tersengih membacakan ayat tersebut. Cia-cia betul ayat mamat ni.

'Makan dah tadi. Tapi, bukan bubur airlah macam orang tu makan.. Hahahaha' aku membalasnya sambil ketawa. Menu bubur air yang agak aneh itu masih terbayang-bayang di ingatanku.

'Sindir saya lah tu kan.. hehe. Saya tarik hidung comel tu nanti, baru tahu. Hidung saya dah kurang dah berair ni. Tadi pun dah makan gulai kambing,' ujarnya lagi. Oh, aku baru teringat yang Cik Uprah pernah katakan bahawa anak saudaranya akan bertunang hari ini. Anak saudaranya itu adalah kakak kepada Lang Merah.

'Wow, makan gulai kambing tu. Sedapnya. Saya suka juga menu daging kambing ni. Tapi, jarang jumpa daging kambing ni kan,' ujarku seraya meluahkan rasa minatku terhadap daging kambing.

     'Yeke? Okay, saya catat dalam diari ni. Majlis kita nanti, kita buat menu kambing juga ya. Masa tu, jangan malu-malu pula nak makan eh.. J' lelaki itu pula mengusikku. Hahaha.. Hati wanitaku bagai terputik rasa indah seketika. Lelaki ni memang pandai nak mengayat aku. Kita lihat siapa yang kena nanti. Aku atau dia..

     'Awak janji ni kan? Berdosa orang yang tak tunaikan janji tau. Munafik.. J..' aku hanya melayan mengikut rentak lelaki tersebut. Biarkan dia turut merasakan ayat-ayat manis dariku. Hahahaha...

     'Ya, seriuslah ni. Tapi, ada satu syaratlah.' Lelaki itu menambah. Syaratlah pula. Aku terus bertanya akan syarat apa yang dimaksudkan olehnya.

     'Syarat dia mudah saja. Awak nak tahu kan? Awak... tak nak main Yahoo Messenger lagi. Boleh?' aku terkejut membacakan syarat yang langsung tak terfikir olehku tadi. Ingatkan apalah syaratnya. Yahoo Messenger? Bukankah aku berkenalan dengannya juga melalui medium itu. Walaupun dia menggunakan ID sepupunyakan.

      'Apa jenis syarat tu? Tak ada link lah, YM dengan kambing. Macam pelik jer,' aku seperti kurang memahaminya.

     'Awak dah jadi orang istimewa dalam hidup saya. So, kalau main YM lagi, nanti chat dengan lelaki lain, saya jealous okay. Jadi, awak chat dengan saya je lah kat sini. Nanti kita makan gulai kambing dalam dulang sama okay... J,' ujar lelaki itu lagi. Hahahaha.. Itu maksudnya rupanya. Jealous dengan aku? Hahhahha... Dia tak tahu aku ni bukan cantik pun. Kalau dah tengok aku nanti,gerenti lari keliling kampung tak nak jumpa aku. Tapi, sedap pula aku melayan dia ni. Apa pasal aku jadi orang bongok macam ni ya sejak kebelakangan ini. Tapi, kalau nak berkenalan dengan lelaki ini pun tiada salahnya kan. Kalau dia nak blah nanti, aku pun blah lah juga. Jadi teman mesej aku ja setiap hari.

     'Oh, jealous rupanya. Hmm... kenapa nak jealous? Selalunya, orang yang berkasih saja yang tahu jealous ni,' ujarku memancing hatinya. Silap haribulan dia ni mengaku jatuh cinta kat aku ni. Wow! Kejayaan ni. Kejayaan membuatkan dia jatuh cinta padaku hanya dengan tulisanku. Hebat rupanya penulisan aku ni ya. Hmm.. kita tengok nanti.

     'Awak... terus-terang saya cakap, saya dah suka kat awak. Jadi, saya cemburu kalau awak nak dekati orang lain,' aku tersenyum membacakan ayat lelaki itu baris demi baris. Terbuai-buai aku dibuatnya. Alangkah indahnya jika kata-kata ini datang dari lelaki yang nyata bukan dari alam maya begini. Hmm..tapi apakan daya. Rakan chatting saja yang mampu mengeluarkan kata-kata ini padaku. Tapi, nampaknya ayatnya belum kukuh. Tiada ungkapan cinta di situ. Alaaaa... belum berjaya sepenuhnya lagi ni.

     'Awak hanya suka pada sayakan? Awak pun suka makan nasi, suka juga minum air dan mungkin juga suka makan sayur. Jadi, kalau awak suka makan semua tu, adakah orang lain tak boleh makan semuatu? Suka ni macam hobi betul tak. Hobi ni dikongsi bersama,' aku cuba memutar belit ayat berpura-pura tidak memahami apa yang cuba diungkapkan oleh Lang Merah. Saja aku ingin melihat reaksinya. Cool atau pun cepat melatah orangnya.

     'Awak ni.. ada pulak macam tu. Macam ni, okay. Saya terus-terang okay. Saya dah suka kat awak. Itu maknanya, saya dah sayang kat awak. Sekarang dah tak sama macam nasi, air dan sayurnya kan?' ujar lelaki itu lagi. Hahahahaha... lelaki ni macam dah ambil serius juga ni. Tapi.. masih tiada perkataan cinta di situ. Love ke... Tak boleh jadi ni.

     'Okay, suka dan sayang ni ada kat mana –mana ja. Kita dengan ayah, mak dan adik beradik pun kena suka dan kena sayang jugak. So, apa bezanya kan,' aku masih berdalih. Psikologi untuk memancing emosi lelakinya untuk melihat sejauh mana dia ingin mempertahankan rasa yang tersemat dalam sanubarinya. Kalau dia masih mahu melayan mesej bodoh aku ini, bermakna dia serius memikirkan hal ini. Kalau dia abaikan bermakna dia juga turut melaksanakan ujian seperti ini juga kepadaku.

     'Okay, betul apa awak cakap. Tapi, suka dan sayang pada ajnabi ni lain kan. Sayang mak ayah lain, sayang adik beradik pun lain juga. Yang ada dalam hati saya adalah perassan sayang yang disertai dengan rasa cinta pada awak. I Love You.. J' terbuntang mataku membaca perkataan itu. Yesssss!! Akhirnya he said I Love You! Berjaya!! Hahahahaha. Tak sangka lelaki ini sabar melayan mesej bodohku ini. Agaknya dia kerja mengayat aku je kot.

     'Betul ni? Tak baik menipu tau. Tapi, kalau setakat tulisan ja macam ni. Tak prove sangat rasa cinta awak tu. Sebab bagi sayalahkan, tulisan ni siapa-siapa saja boleh tulis. Contohnya, aku cinta padamu, ataupun I love you forever. Betul tak?' Aku masih seronok untuk memancing hati lelaki ini. Dari ayat dia, aku akan tahu kematangan dan sifat dirinya. Ada kesabaran yang terlukis di situ. Mesejku dibiarkan lama tidak berbalas seperti sebelumnya. Agaknya dia dah malas nak melayan aku. Mungkin akan bertambah bodoh jadinya dia dek melayan aku yang merapu-rapu ini.

     Deringan telefonku mengejutkan aku yang sedang bermain-main dengan papan kekunci telefon bimbit tersebut. Panggilan dari Lang Merah? Ambik kau! Aku pula yang berdebar-debar nak jawab. Cabar lagi lelaki ini! Nampaknya lelaki ini serius juga ya. Takkan dia betul-betul jatuh cinta dengan aku kot. Jatuh cinta pada tulisan pertama. Bukan yang selalu kita dengar, jatuh cinta pandang pertama. Nak angkat ke tidak ya? Buang masa je kan. Aku membiarkan panggilan itu tanpa jawapan. Lelaki itu masih tidak mengalah. Aik! Kalau tak angkat ni, pasti dia mengatakan bahawa aku penakut! Isyy... mana boleh membiarkan lelaki ini menggelarkan aku sebagai si penakut.

     "Hello.. Assalamualaikum" aku menyambut panggilan itu akhirnya. Terdengar suara dari hujung sana menjawab salamku. Nadanya tenang saja. Tiada riak marah malah cukup bersahaja.

      "Kenapa tiba-tiba buat panggilan ni?" aku bertanya bertanya kemudiannya. Terdengar suara ketawa kecil dari hujung sana.

      "Kadang-kadang tulisan sahaja belum memadai untuk meyampaikan hasrat hati kita kan..... Saya dah suka kat awak. Itu maknanya, saya dah sayang serta jatuh cinta pada awak. I Love You..' aku terkelu lidah buat seketika. Lembut sahaja nadanya. Aku bagaikan berada di atas awan. Macam mimpi ada seorang lelaki yang menghulurkan kata cintanya padaku. Tindakan refleks dari saraf tunjang yang bertindakbalas ke erektor, aku terus mematikan panggilan tersebut sambil memejamkan mata. Suara itu bagai suara yang pernah menyapa telingaku. Siapa? Ah..mungkin suara tuan putera kacak yang hadir dalam angan-angan kosongku. Sedap suaranya. Kalau menyanyi pasti merdu. Sempat lagi aku berkhayal. Tapi, selalunya tuan empunya yang bersuara sedap ini berbadan gempal. Hahaha...mungkin dia adalah lelaki gempal. Aku tak kisah gempal ke dia, janji hatinya tulus dan baik.

      'Awak, kenapa letak fon? Kan belum habis cakap tadi... J.' lelaki itu menghantar pesanan ringkasnya kemudiannya apabila aku masih terdiam membisu.

     'Saja letak..hehe.. Awak ni peliklah. Tapi, kadang-kadang boleh menggembirakan saya juga. Padahal saya tak kenal pun awak. Bolehke bercinta dengan orang yang tak kenal,' ujarku pula.

     'Boleh. Asalkan cinta awak tu adalah kepada saya. Insya Allah selamat tanpa pencerobohan', lelaki itu pula berseloroh. Aku ketawa. Kalau aku terima dia bagaimana? Bukan kenal pun dia. Nak rasa juga macam mana orang bercinta ni.

     'Hehe.. So..? J' aku malu-malu mahu menjawab. Agak-agak dia faham tak kalau aku tulis pendek begitu.

     'Really? Awak..jangan gantung saya macam ni please...J.. Awak sudi jadi teman hidup saya?' tanya lelaki itu lagi. Teman hidup? Risau pula aku dengan istilah itu. Teman itu kawan. Kawan hidup. Okaylah tu. Bukan kawan mati kan.

     'Mana ada gantung. Saya tak ada tali okay...hehe.. J,' saja aku bermain-main untuk melihat reaksinya.

     'Prove me please.. J.. Proposal saya di terima kan?' lelaki itu bertanya lagi.

     'Kejap saya cop.. hehehe... J' aku membalas pendek. Cia-cia... Habislah. Siapa yang akan makan hati nanti. Aku atau dia...

     'So cute... Comel sangat awak.. J.. Look.. Thanks sebab bagi saya peluang untuk dekati hati awak. Alhamdulillah... Subhanallah.. J' aku tersenyum membaca setiap perkataan yang ditulis oleh lelaki itu. Jadi, apakah aku dan dia dah rasmi menjalinkan hubungan cinta? Macam lucu pula dibuatnya.

     'Okay, awak. Saya nak buat satu permintaan sebelum kita tidur malam ni boleh?' lelaki itu membalas lagi. Bertubi-tubi pula mesejnya. Excited nampaknya.

     'Apa dia?' aku membalas pendek seraya mengawal rasa kantukku.

     'Saya nak minta tolong awak...' pendek juga mesej yang dihantar oleh lelaki itu. Minta tolong? Pulangkan duitnya kah? Ya...memang aku dah lama mahu memulangkannya.

     'Okay, nanti awak hantar saja nombor akaun awak tu. Saya akan pulangkan duit awak ya. Jangan risau tau.' cepat-cepat aku meminta nombor akaunnya itu.

     'Bukan.. J.. Duit tu kemudianlah. Saya nak awak panggil saya dengan nama yang selayaknya. Panggil saya abang. Lebih sopan macamtu. Boleh kan?' ujar lelaki itu lagi. Oh, nak panggilan abang rupanya. Janggal pula kedengarannya. Tak apalah, bukan susah pun nak panggil abang.

     'Oh, macam tu. Tapi, nanti bagi tau nombor akaun abang tu ya. Saya nak transfer duit tu. Saya tak mahu simpan lama-lama duit banyak macam tu' ujarku lagi.

     'Hmmmm... One more.. Abang suka sangat kalau.. Ida bahasakan diri sebagai Ida... Bukan saya.. Jauh sangat rasa bila ber saya awak ni.' balas lelaki itu lagi. Memang aku pernah beritahu namaku padanya ya? Bagaimana aku boleh tersasul memberitahu namaku padanya pula.

     'Okaylah, as your wish.. Ida dah ngantuk sebenarnya ni. Esok sekolah. Abang, selamat malam ya' ujarku lagi dengan mata hampir tertutup.

     'Hehehe.. manisnya Ida cakap macamtu. Okay, okay... selamat malam. Jaga diri ya. Assalamualaikum..'


Previous: Bab 26
Next: Bab 28

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh usakoprincessz