Home Novel Cinta MY HUSBAND IS MY BESTIE
MY HUSBAND IS MY BESTIE
painarena
30/7/2019 23:25:28
1,614
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 5

KEESOKAN harinya, Ayen bertemu terus dengan pegawai perubatan yang menguruskan pengesahan semula lesen medikalnya. Hampir sejam menunggu, namun pegawai itu masih tak sampai-sampai di pejabatnya. Ayen menghabiskan masa meneliti kedudukan perabot dan barang-barang peribadi yang tersusun di dalam ruang pejabat tersebut.

Pintu tiba-tiba dibuka dari luar. Seorang lelaki separuh usia masuk dengan laju seolah-olah sedang mengejar masa. Di tangannya memegang fail X-ray. Kehadirannya diiringi seorang wanita bertudung hijau, berkaca mata dan bersut putih.

“Hello, hai. Saya Doktor Taha.Saya dah dengar pasal awak dari Egann. Excuse me for a sec.” X-ray diletakkan di atas meja dan botol air yang digantung pada kerusi diteguk dua tiga kali. Haus.

Ayen sekadar tersenyum kecil. Difahami kenapa si doktor tampak tergesa-gesa.

Lega melayan dahaga, Doktor Taha kembali memandang Ayen. “So, apa benda yang awak dah buat sampai lesen awak dibatalkan dan menyusahkan saya untuk mengepalai kes awak hanya sebab awak terlalu bebal nak ikut walau sedikit undang-undang yang dah termaktub oleh hospital untuk melindungi kepentingan doktor dan pesakit?”

Rahang jatuh seketika. Kurang tangkap.

Doktor Taha mencerun. “Speak. Saya tak sukakan medical practitioner yang bebal. Kalau nak saya bekerjasama, awak kena tunjukkan yang awak layak untuk kembali ke bidang ni.”

Dan air muka bertukar serius.“Tentang soalan doktor pasal apa yang saya dah buat… long story short, saya letakkan patient saya dalam transplant list, lied to theTransplant Committee about her being bulimiac, the surgery is a success, saya kantoi kat Board dan lesen saya kena revoked, tapi dia hidup sampai sekarang.”

“Kau nampak macam kau ada masalah dengan autoriti. Susah bagi hospital kalau simpan orang macam kau. You got lucky sebab surgery berjaya, tapi kalau kau maintain attitude yang macam tu, God knows berapa banyak lawsuit yang hospital akan hadapi.” Resume Ayen dicapai dan direnung. “And remember, you can’t changea patient. You can only treat the disease. Kalau kau tak boleh faham itu, then mungkin kau tak patut jadi doktor.” Resume dibuang ke dalam tong sampah di tepi meja.

Terasa libasan maut ke hati dan ego melihat tindakan doktor senior itu. Namun Ayen mengekalkan muka serius walau tahap getaran di hati dah rasa macam gempa bumi 9 skala ritcher.

I save my patient’s life. What’s wrong with that?” Kukuh.

Perhatian Doktor Taha kembali pada wanita bertudung hitam di hadapannya. Ayen pula memasang muka beku,membalas renungan itu tanpa kelip. Seketika, mereka sama-sama diam.

Tangan dipanjangkan kembali ke tong sampah, mencapai resume tersebut.

The lady on your left ialah Husna. Legal di hospital ni. Kau akan berurusan dengan dia selepas ni memandangkan aku takda masa nak ambil kisah tentang prosedur bersama lembaga,” ujarnya sambil mengisyaratkan pada wanita bersut yang duduk di sebelah Ayen. “Aku even takda masa nak ambik peduli tentang ex-con macam kau, tapi Egann insisted, so sekurang-kurangnya aku perlu lihat sendiri skil kau.”

Very high pace. Ayen tegak di kerusi, menonong pada Doktor Taha yang bercakap laju macam machine gun. Terasa sesi temuduga benar-benar bermula.

“Nurul Ain Abu Bakar. Attending di Royal Australia Hospital selama lima tahun dan pernah jadi team dalam Diagnostic Department. Hm. Kau habiskan waktu belajar di luar negara dan bekerja di luar negara, jadi kau basically takda sebarang familiarity dengan diseases di Malaysia. Bagitau aku, apa penyakit nombor satu yang dihadapi rakyat Malaysia?”

“Err… denggi? Diabetes? Obesiti?”

Mereka berpandangan lagi.

Doktor separuh usia itumengerling pada Husna di sebelah. “Call Dewan Bahasa dan Pustaka. Re-confirm balik kalau definisi ‘satu’ dah bertukar menjadi ‘tiga’.”

Kepala Ayen jatuh bersama keluh.

Doktor Taha menoleh padanya kembali. “–––––and no, penyakit nombor satu di Malaysia ialah penyakit pemalas. Dan percayakan Doktor Internet. Dan Doula.”

“Doktor sendiri cakap tiga…?” Ternganga.

“Sebab apparently trend sekarang, satu ialah tiga.”

Ergh.

Filem X-ray dicapai lagi. “Jokes aside. Tolong berikan pendapat awak tentang patient ni.”

Huluran itu diterima bersama getar kali ini. Doktor Taha menakutkan dia. Bayangan menjadi houseman di bawah doktor senior yang garang kembali teringat-ingat di fikiran. X-ray ditarik keluar dari sampul. Kening terjungkit bila melihat sesuatu seperti tanda putih pada paru-paru. Lambat-lambat, Doktor Taha dipandang.

“Demografi pesakit ialah?”

Nineteen years old female student yang baru nak masuk Universiti.Dah masuk kuliah dua bulan tapi baru nak buat medical check-up di klinik. Doktor panel hantar result si budak kepada kami untuk second opinion.” Kening tebal itu dijungkit sekali.

“Ahah… simtom?”

“Batuk.”

Ayen menjungkitkan keningnya setinggi yang boleh. “Batuk dan…?”

“Batuk saja.”

Renungan mata Ayen masih tidak lari dari menentang anak mata doktor veteran di hadapannya. “Batuk dia baru berlaku?”

“Agak kerap sejak dua bulan lepas.”

Any history of kesukaran bernafas?”

Nope.”

“Dia ada ambik apa-apa ubat? Atau supplement?”

No.”

Should I trust your answer?”

Kening Husna terjungkit tinggi pada wanita bertudung hitam itu. Doktor Taha pula menyandarkan tubuhnya, kali ini merenung Ayen dengan senyuman kecil di pinggir bibir.

Ayen fokus pada filem di tangan.“Pendapat saya ialah dia ada metastatic squamous cell lung cancer. Not even chemo dapat bantu dia ni dah.”

“Titik kat X-ray tak bermaksud dia terminal. Boleh jadi pneumonia…”

“Ya, boleh jadi, kalau hilar lymph node dia tak membengkak kat paru-paru yang sebelah lagi.” Bibir dimuncungkan pada X-ray. “But of course,ini sekadar pendapat spontan. Kalau doktor buat differential dengan doktor pakar lain, mungkin dapat jawapan sebenar.”

Doktor Taha mengangguk. “Kami dah buat differential. Strongest answer ialah apa yang awak baru sebut which is impressive. Masalahnya sekarang ialah penjaga dia tak percaya jadi sekarangni dah jadi satu beban nak jelaskan hal sebenar. Lagi-lagi sebab tak sama dengan apa yang dia baca dalam internet atau lain dari apa yang orang lain ceritakan.”

“Atau terbeban nak explain sebab penjaga dia ialah the hospital’s big sponsor guy?” teka Ayen pula.

Doktor botak itu tersenyum lagi. “Kau bebal bila ditanya soalan spontan, tapi you sure know your stuff in the field.” Kepala diangguk lagi sambil menoleh pada Husna. “Saya akan buka ruang untuk buka prosiding awak dengan lembaga. Selebihnya ialah urusan awak dengan Husna. Saya harap hospital boleh gunakan kepakaran awak untuk terus bantu rakyat Malaysia yang perlukan perhatian medikal.”

Cerah mata si gadis, sama tahap cerah dengan masa depan yang ternampak kini.

 

DIA memecut ke rumah seperti kena kejar pembunuh. Jantung berdegup kencang kerana terlebih adrenaline. Dia berdebar. Dia excited. Dia rasa nak menjerit kegembiraan!!

Pintu rumah dibuka luas dan Ayen terus melutut sambil mengangkat kedua belah tangan ke atas. “YESZAAAA!!!” Akhirnya berjaya melepaskan jerit.

Egann yang mengadap laptop di meja makan, menoleh terkejut. “Hey, kau kenapa?”

“Egann!” Dia meloncat dari melutut dan terus mendapatkan si suami. “Doktor Taha berkenan! Dia dengan Husna akan bawak kes aku ke lembaga! Yahhaa!!” Sekali lagi dia bersorak ke langit.

Egann yang tengah bersila di atas kerusi, tergelak nipis. Pada pemuda yang tengah menunggu di skrin PC melalui Skype, ditoleh. “I’ll call you back,” tuturnya sebelum menutup window.

“Siapa tu?” soal Ayen dengan nafas yang turun naik. Mengah kerana terlalu excited.

My colleague from work.”

“Kau ada kerja??” Terkejut!

Egann ikut terkejut. “Muka aku ada macam muka penganggur? Of course aku ada kerja. Kalau tak macammana aku support kau dengan rumah ni?”

Ayen menggaru belakang kepala. “Tak… sebab sepanjang kita duduk sebumbung, aku tak pernah tengok kau pergi opis…”

“Opis aku ialah rumah aku… sebab aku buat kerja sini je.”

“Uhuh, I see. By that logic, tandas kau ialah rumah kau, sebab kau buat kerja kat sini je.”

Diam. Mereka berpandangan.

“Sejak bila kau macam ni?” soal Egann, benar-benar geram kali ni.

Gadis itu terkekeh. “Sorry, aku takleh nak kawal diri. Aku happy sangat!” Sekali lagi kedua belah tangan dijulang ke udara setingginya.

Muka diraup dengan sebelah tangan. Menahan senyum dari merebak ke telinga bahana terjangkit dengan kegembiraan yang overdose itu. “So, Doktor Taha tu berkenan, eh. Laju jugak. Dude with his calibre selalunya susah sangat nak impressed. You must be one hell of a guy.” Senyuman kagum diberi.

Sekali lagi Ayen tersengih luas, seluas langit di atas sana dan ditaburi bintang-bintang dan bulan. Bersinar ceria. Kegembiraan yang tak disangkal-sangkal lagi. Tubuhnya terjungkit-jungkit kecil seperti meloncat-loncat.

Egann tergelak nipis melihat bahasa tubuh itu. “Wanna hug it out?”

Yes please!” pinta Ayen bersama suara yang tersekat di anak tekak.

Si suami mendepangkan tangan, dan sang isteri terus melontar diri ke dakapan. Berterima kasih, dan bersyukur dengan peluang rezeki yang Allah beri yang disalurkan melalui perkahwinan dengan lelaki ini.

I’m so glad I met you…” ujarnya dengan suara tenggelam di dada suami. Benar-benar terharu.

Si lelaki sekadar tersenyum lembut.

“Egann,kau peluk siapa tu?”

Satu suara asing kedengaran. Ayen menoleh, melihat seorang lelaki asing keluar dari bilik air dalam keadaan berkemban. Rambut yang basah sekadar dikacau dengan tangan.

Maklumat merenjat otak. Seluruh tubuh terasa disengat elektrik. Ayen spontan menolak Egann dan menjauhkan diri dari lelaki itu beberapa langkah. Keadaan Egann dilihat. Rambut yang macam baru bangun tidur, baju tidur yang dipakai malam tadi, dan kopi yang masih panas.

Liur terasa berpasir. Gagal ditelan. Lelaki asing itu dipandang lagi, kini mendekati dapur. Bukan pondan, bukan perempuan, tetapi seorang adam yang cukup tulen…dengan sifat tubuh badan yang kekar dan berotot, ada six pack, berambut pendek serta berhalkum.

Ya Allah…. Hati menyeru nama Allah berkali-kali, meminta ampun dan maaf dan dilindungi dari azab api neraka.

Egann dipandang dari ekor mata. “Masih siang kut…” ujarnya bersama geli yang tertahan. Bahagian tubuh yang bersentuhan dengan Egann tadi terasa macam baru menyentuh najis mughallazah!! Dia nak mandi, gosok dan samak seluruh tubuhnya 6 kali hingga hilang bau, warna dan rasa.

Egann mengeluh pendek. Dia suka bila menyedari karakter Ayen ialah open book. Dia suka bila boleh melihat Ayen gembira… tapi lain pula rasanya bila muka geli dan benci ketara di wajah dan seluruh tubuh isterinya itu.

“Sebab kau keluar rumah. I thought you’d be long…”

Well, I’m not!” getusnya tanpa menoleh.

Doug melabuh duduk di sebelah Egann. “So that’s your fake wife?”

Yeah. She’s a doctor.”

Neat. Maybe aku boleh dapatkan servis kalau aku sakit. Kerja kat hospital mana?”

Dia bercakap dengan aku?? Ayen menjeling sedikit. “Sorry, tapi buat masa ni, WHO belum publish sebarang ubat yang boleh rawat idiosyncracies.”

“Ayen.You’re being judgemental,” tegur Egann lekas.

It’s hard not to.” 

Lelaki bermata biru itu mendengus pendek. “You know, aku tak kahwin dengan kau supaya kau boleh judge aku.”

Well, too bad. Now that kita legally husband and wife, kau kena expect semua jenis judgement yang datang dalam proses perkenalan kita!” Tanpa menunggu lagi, dia bergegas ke tangga dan terus naik ke bilik tidurnya.

Doug menghela nafas panjang. Kopi panas Egann dicapai. “Kalau kau nak buat fake wife sekalipun, jangan la cari yang anti-homo…” tuturnya rendah sambil menghirup kopi.

“Dia bukan anti-homo… aku rasa dia cuma terkejut…” Pada arah Ayen menghilang, dia membalas rendah.

“Jadi kau nak dia biasakan diri? Aku boleh datang setiap hari kalau kau nak.”

“Tolong jangan simbah gas ke dalam api…”

“Bukan gas. Nitrogen. And as a matter of fact, kau boleh ambik peluang tarik dia ke dalam dunia kita.” Kening dijungkit berkali-kali.

Egann mengeluh pendek.

 

SELESAI mandi tiga kali berus. Ayen keluar berkemban dan duduk di katil. Lelaki asing tadi kembali di ruang fikiran, sekaligus memberi rasa geli geliman di dalam diri. Dilepaskan dengan menggeliatkan tubuh sekerasnya.

Ayen menjeling ke meja solek, pada imej diri yang terpantul pada cermin. Dia ialah seorang perempuan tulen, yang mengahwini lelaki gay kerana apa?? Dia dah tak ingat sebab kenapa… kerana kekecewaan maha besar yang dirasai pada kejadian tadi.

Semaknya rasa!!

“Argh…”Tubuh dibaringkan. Muka ditutup dengan tangan. Dia tiada masalah membuka hati pada Egann andai lelaki itu memiliki naluri yang normal. Memang sangat tiada masalah sebab Egann sangat lovable.Tapi…

“Apa benda kau buat ni Yen…” keluhnya pada diri sendiri.

Tangan didepangkan. Benar kata Egann. Dia perlu mencari lelaki lain di luar bagi mengelak sebarang perasaan asing yang akan mengganggu keharmonian rumah tangga palsu antara dia dengan lelaki itu. Tapi selama dia hidup 35 tahun, dia tak pernah berjaya mencari lelaki untuk diajak bercinta. Jadi macammana…?

Oppo di tepi bantal, dicapai. Whassap dibuka, mencari kenalan yang boleh diajak ke arah hubungan yang lebih serius, mungkin lebih serius berbanding dia dan Egann. Ibu jari terus bergerak dari bawah ke atas, hingga terjumpa nama Saiful Fadhli.

Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Ayen bangkit dan mencari dompetnya. Kad nama yang Saiful pernah beri semasa mereka bertemu di Tioman, dicari.

Jumpa! Pekerjaan lelaki itu turut tertera pada kad itu. Saiful ialah seorang peguam.

Renungan matanya meredup. Gambar whassap Saiful dilihat lagi. Mungkin dia boleh mencuba sesuatu yang baru….

Mungkin…. 
Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.