Home Novel Cinta Jangan Lupa Aku
Jangan Lupa Aku
Scarlet
28/6/2019 14:43:19
2,310
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 7


Hari isnin pun tiba. Aku berjalan perlahan menuju bangunan belakang sekolah. Terngendap-ngendap aku melihat siapa sebenarnya dia. Aku lihat sekeliling bangunan di situ. Tiada seorang pun kelibat yang muncul.


"Aku kena prank ke?" Aku mengetap bibir. Tak suka bila di permainkan.


"Clap! Clap! Clap!" Lima perlajar perempuan menepuk tangan menghampiri aku.


"Hebat! Sang kancil dah masuk perangkap." Kata seseorang.


"Sarah?" Aku terkejut melihat Sarah yang merancang semua ini. Dia sengaja buat surat palsu untuk umpan aku ke sini.


"Kau memang perempuan tak tahu malukan?" Sarah menarik rambut Mia. Mia kesakitan.


"A.. apa kau cakap ni? Aku tak faham." Aku cuba membuka genggaman tangan Sarah yang merentap rambut aku. Aku menahan kesakitan.


"Kau dah rampas hak aku. Buat-buat tak faham pula." Sarah menumbuk perut Mia.


Aku terjatuh ke bawah menahan sakit. Mereka mula menyakiti Mia. Menendang kaki dan perut. Menarik rambut dan menhentak kepala Mia ke dinding berkali-kali. Lengan baju sekolah turut di koyakkan.


"SEBAB KAU! SEBAB KAU IAN TAK NAK TERIMA AKU! SEBAB KAU MIA!"


Mereka membaling telur ke arah aku. Membaling sekuat hati dengan dendam. Aku menahan dengan tangan aku. Aku teriak meminta tolong. Tapi malangnya. Waktu sekolah sudah lama selesai. Pelajar semua sudah pulang.


"Tolong lah.. Jangan buat aku macam ni. Aku dengan Ian tak ada apa-apa pun." Aku merayu kepada Sarah untuk berhenti. Baju aku di basahi dengan telur yang pecah. Badan aku sakit ditendang dan di hentak banyak kali. Hanya kerana seorang lelaki.


"Hahahaha!" Sarah hanya ketawa sekuat hati. Dia seolah-olah tidak waras. Sarah menarik aku bangun. Dia mencekik leher aku. Dia merenung tajam ke arah aku. Mata dia merah membulat seperti dirasuk.


"Sampai mati aku takkan maafkan kau." Bisik Sarah perlahan di telinga aku.


Sarah mengangkat tangan tinggi. Seperti ingin menampar. Pelajar lain hanya ketawa melihat drama yang berlaku. Aku memejam mata.


"Sarah!" Jerit suatu suara memberhentikan kelakuan Sarah.


Sarah menoleh.


"Ian...." Badan aku tak terdaya menahan kesakitan. Aku jatuh dan tak sedarkan diri.



Aku membuka mata perlahan. Melihat keadaan sekeliling. Aku cuba untuk bangun menegakkan badan.


"Ahh!" Aku menjerit kesakitan. Faisal tersadar dari lena.


"Mia?" Faisal segera tolong untuk membetulkan posisi badan aku.


"Apa terjadi Faisal? Aku kat mana ni?" Faisal kelihatan sedih melihat keadaan Mia. Kalau lah dia ikut Mia sekali semua ni tak akan berlaku.


"Kau kat Hospital beb. Kalau tak ada apa-apa. Esok kau dah boleh keluar."


'Tok! Tok! Tok!' Pintu bilik di ketuk. Melihat Ian memasuki ruangan bilik sakit.


Faisal bangun untuk beredar. Memberi ruang untuk Ian bercakap dengan aku. Aku menarik tangan Faisal menandakan jangan pergi.


Faisal hanya senyum. Dia menepuk tangan aku menandakan jangan risau. Aku hanya melihat Faisal berjalan menuju ke pintu keluar. Ian datang menghampiri aku. Mengambil tempat duduk di sebelah katil.


"Hey." Tegur Ian. Dia rasa sebersalah sangat setelah apa yang berlaku. Ian menarik tangan aku dengan lembut. Aku hanya menundukkan kepala tak tahu nak berdepan dengan Ian macam mana. Setelah apa yang berlaku. Hati aku terlampau sakit seperti dihiris.


"Im sorry Mia. Atas apa yang Sarah buat dekat awak. Saya tahu Sarah sudah melampau. Dia terlampau ikutkan perasaan." Terlihat Ian mengalirkan air mata. Ian berasa serba salah kepada Mia. Sebab dia Mia diseksa serba gini.


Aku hanya merenung Ian dan senyum. "Macam mana awak tahu saya dekat situ?" Tanya aku ingin tahu.


"Saya ada di bilik stor sukan semalam. Saya dengar suara orang minta tolong. Bila saya tengok Awak dibuli oleh Sarah. Saya terus cari mana-mana cikgu yang tinggal masa tu. Kebetulan nampak Faisal dengan cikgu disiplin. So saya bagitahu diorang." Jelas Ian dengan perlahan.


"Thanks." Aku hanya mampu mengucapkan terima kasih. Ian tersenyum mendengar Mia mengucapkan terima kasih.


"Mia." Panggil Ian.


"Hmm." Aku mengangkat kepala aku.


"Sa.. saya.." Ian gagap nak beritahu perkara sebenar. Lidah dia tiba-tiba kelu.


"Saya.. suka awak." Ian teruskan juga apa yang ingin di luahkan.


Aku terkejut mendengar apa yang Ian katakan. Ian memegang tangan aku dengan erat.


"Err.. saya rasa bukan masanya kot. Saya....." Tiba-tiba kepala aku sakit dan tak dapat nak menahannya.


"Mia? Awak ok?" Tanya Ian. Faisal membuka pintu memasuki bilik. Melihat aku yang sedang menahan kesakitan di kepala.


"MIA!" Faisal terus ketepikan Ian. Melihat keadaan Mia.


"Kau buat apa Ian?! Aku dah kata jangan cakap sesuka hati. Dia belum stabil sepenuhnya." Faisal memarahi Ian. Ian hanya diam.


"Sorry... Saya balik dulu Mia." Ian terus berpaling dan keluar.


"Err.. Faisal." Panggil aku menarik lengan Faisal.


"Kau ok Mia? Nak aku panggil dokter?"


"Tak. Tak. Aku ok. Jangan marah Ian please. Bukan salah dia." Aku merayu pada Faisal. Supaya tidak mengikutkan emosi. Faisal terdiam. Hanya mampu mengangguk.


Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.