Home Novel Cinta Jangan Lupa Aku
Jangan Lupa Aku
Scarlet
28/6/2019 14:43:19
2,314
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 6


"Ok kelas. Kita sambung esok. Jangan lupa siapkan tugasan yang saya beri. Hari khamis ni saya tahu semua hantar."


"Terima kasih cikgu." Selesai pelajaran sains hari ini. Aku berjalan ke luar dari makmal menuju ke kelas sendirian tanpa bersaing dengan pelajar lain. Faisal pula tidak hadir hari ni. Kurang sihat, mungkin demam. Suaranya seperti sedang selsema apabila buat panggilan malam semalam. Mungkin aku patut melawat dia lepas sekolah ni.


Sedang aku berjalan menuju ke kelas. Terdengar bunyi...


"Ppsssstt." Aku menoleh ke arah kiri aku. Seseorang melambai. 'Dia panggil siapa?' Aku melihat sekeliling. Hanya aku di situ.


'Aku kah?' Aku menunjuk diri aku. Lalu dia pun mengangguk. Aku berjalan perlahan menuju ke arahnya. Agak takut, sebab aku tak kenal dia siapa dan kelas mana. Jangan ugut aku minta duit sudah.


"Mia kan?"


"Err.. yeee." Aku melihat kiri kanan, takut cikgu disiplin lalu. Karang tak memasal kena rotan.


"Nah." Dia menghulurkan surat untuk aku. Pelik. Zaman apa sekarang nak pakai surat. Mungkin surat jemputan untuk ke majlis. I guess...


"Apa ni?"


"Balik nanti baca. Bye!" Dia mengenyitkan matanya lalu pergi.


Alamak. Macam tak sedap hati saja. Menakutkan betul dia tu. Entah dari mana datang, tiba-tiba bagi surat. Berdiri bulu roma aku.


Sedang aku memusing belakang ingin patah balik. Ian betul-betul berdiri di belakang aku.


"Makk!" Terkejut aku di buatnya. Luluh jantung aku. Dah lah budak tadi menakutkan aku. Tambah lagi sorang buat aku terperanjat.


"Awak dah kenapa?"


"Err... ta.. tadi.. diaa.. awakk.." Aku pun tak tahu nak cakap apa. Terkejut punya pasal. Hilang semua perkataan aku.


"Eh. Relax. Bawa bertenang. Cuba cakap satu persatu" Ian cuba tenangkan aku.


"Tak. Tak ada apa-apa. Im ok." Usap dada aku sambil cuba tenangkan diri.


"Ok. By the way. Hari tu, saya tak dapat datang. Ada hal sikit. Nak bagitahu awak tak ada no phone. So saya tak tahu nak buat apa. Im really sorry." Ian meminta maaf tentang hari itu. Punyalah lama aku tunggu dia.


"Eh. Tak apa. Saya ok je. Tak payah risau."


"Sure. So dah alang-alang kita berjumpa ni. Boleh minta no phone?"


Aduh! Nak bagi ke tak? Aku tak suka sangat bagi no phone sebarangan ni. Hmm bagi jelah. Aku keluarkan pen dan menulis di helaian kertas buku sains. Kertas itu aku siatkan.


"Nah." Aku hulurkan kepadanya.


"Thank you. Nanti saya call."


Aku mengangguk dan pergi. Jantung aku berdegup kencang. Aku toleh ke belakang, dia masih lagi berdiri di situ sambil memerhatikan aku. Aku terus mempercepatkan langkah. Malu!



Aku mengelap rambut aku yang basah dengan tuala selepas selesai mandi. Balik sekolah tadi hujan lebat di tengah jalan. Basah kuyup aku di buatnya.


Selesai siapkan diri. Aku mengemas beg sekolah.


"Fuhhh! Nasib buku tak basah." Aku mengeluarkan buku sains. Teringat tadi cikgu ada bagi tugasan yang perlu di siapkan. sedang membelek helaian buku, terjumpa satu surat.


"Surat apa ni ye?" Aku cuba ingat semula kejadian pagi tadi. Seorang pelajar lelaki memberikan kepada aku.

Aku membuka dengan perlahan. Terpampar tulisan cantik dan kemas di surat itu. Melihat terperinci satu demi satu perkataan.



Assalamualaikum mia.


Saya Badri. Saya dah lama sukakan awak. Start dari awal awak masuk ke sekolah. Boleh tak kita berjumpa 'face to face'. Kita jumpa di belakang sekolah isnin depan lepas sekolah.


Sayang Badri.



OMG! Aku nak buat apa ni? Alamak, aku mula mundar-mandir tak tentu pasal. Tak tahu nak buat apa. Sama ada nak pergi atau tak. Perut aku mula kecut.


"Hah! Faisal." Aku segera keluar rumah membawa surat tersebut ke rumah Faisal. Hujan masih lagi lebat. Aku memegang kuat payung menahan dari terkena hujan.


"Mia?! Nak pergi mana hujan-hujan ni?" Jerit mokde dengan kuat. Sebab hujan terlampau lebat. Aku menoleh ke belakang.


"Pergi rumah Faisal sekejap." Jerit aku semula.


"Hati-hati. Hujan lebat ni." Kata mokde dengan risau.


Aku sambung berjalan menuju ke rumah Faisal. Rumah aku dengan dia tak lah jauh sangat. Hanya selang tiga rumah saja. Aku sampai di depan rumah Faisal. Terlihat Faisal sedang berehat di kerusi malas hadapan rumahnya.


"Mia?" Faisal segera membuka pagar rumahnya. Menarik Mia segera ke rumah. Risau Mia pula yang kena demam.


"Bbrrr. Se.. se.. sejuk!" Aku menutup payung dan di letakkan luar rumah.


"Kau dah kenapa hujan-hujan datang umah aku? Demam nanti baru tahu." Faisal duduk di kerusi kayu di halaman rumahnya.


"Kau kena tolong aku. Aku tak tahu nak buat apa." Aku menghulurkan surat tadi kepada Faisal.

Faisal membuka dan baca setiap perkataan yang ditulis.


"Siapa bagi?" Tanya Faisal dengan pelik.


"Entah. Aku balik dari makmal tadi. Ada budak panggil aku. Pastu dia bagi ni."


"Aku rasa tak payah pergi lah. macam perangkap je ni." Faisal mengagak.


"Tapi... kalau aku tak datang. Takut dia fikir aku ni bukan-bukan pula."


"Ermm... suka hati kau lah. Jangan cakap aku tak bagitahu kau ye. Kau sendiri yang nak pergi." Faisal bangun dan terus menuju ke dalam rumahnya.


"Kau nak kemana? Jangan tinggal aku sorang." Bila guruh mula kedengaran. Aku jadi takut duduk seorang diri. Faisal memberhentikan langkah.


"Jap. Aku nak buat air panas. Kesian kau sejuk." Faisal terus ke dapur. Faisal sememangnya baik hati. Selalu ambil berat tentang kawannya.


Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.