Home Novel Cinta Jangan Lupa Aku
Jangan Lupa Aku
Scarlet
28/6/2019 14:43:19
2,319
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 3

Penghujung bulan May. Cuti sekolah dua minggu pun bermula. Aku hanya duduk rumah tak tahu hendak ke mana. Mokde bukan jenis suka berjalan. Dia tak tahan duduk lama-lama dalam kereta. Sakit kaki katanya. Takkan nak ajak Amirul? Memang tak la. Faisal pula tengah bercuti dengan keluarga dia. Hmm bosannya.


Waktu petang di kampung memang nyaman. Suasana redup di sawah padi. Sebelahnya ada tanah lapang. Ada yang bermain bola sepak. Dan ada pula sekumpulan budak main baling selipar. Dekat bandar memang susahlah nak dapat suasana macam ni.


Aku hanya bersiar-siar di tepi sawah. Tanpa hala tuju. Fikiran aku kosong bila di sini. Seolah-olah di pukau. Hanya melayang terbang ingin mengapai bintang.


"Oi! Berangan ea?!" Sergah seseorang melihat aku dengan mendepa tangan seperti kapal terbang ingin berlepas.


"Sebuk la kau!" Aku hanya mampu marah dan pura-pura tidak tahu apa-apa. Malunya aku. Amirul sudah ketawa terbahak-bahak melihat gelagat aku. Manakala Ian hanya tersenyum. Tak tahu pula aku Ian kawan dengan Amirul. Aku terus beredar dari situ dengan pantas. Olahragawati, mesti lari laju. Haha.


Cuti semiggu sudah pun berlalu. Hanya tinggal lagi seminggu untuk mulakan sekolah. Tugasan yang cikgu beri semua sudah aku siapkan. Bukan susah pun. Hanya copy and paste.


Aku terus mencapai smart phone dan membuka aplikasi permainan PUBG. Tak tahu nak buat apa.


"Hai scarlet." Sapa Ijam dengan nada yang tidak bermaya.


"Hai Ijam. Are you ok?"


"Im not ok. Macam nak demam."


"Kesian. Nanti pergi klinik ye. Cuti sekolah tak pergi mana-mana ke?"


"Tak. Mak aku tak berapa sihat. So duduk rumah jelah. Tolong mak aku."


"Goodboy. Contoh calon suami yang baik. Hahaha."


"Im your future husband, Scarlet."


"Perasan. Dah start cepat." Hari ni aku just Ijam saja. WhiteRose sibuk sikit dengan hal kerja.



"Gula, garam dengan apa ye lagi satu. Alahai masa macam ni pula boleh tak ingat." Berkerut-kerut kening aku cuba untuk ingat semula apa yang mokde minta aku belikan.


"Fikir apa tu? Kemain lagi berkerut-kerut dahi." Ian menegur aku dengan tangannya yang memegang serbuk kari ikan. Baru aku ingat. 'Kari'.


"Tak ada apa. Buat apa dekat sini?" Tanya aku melihat Ian di kedai runcit Pak kadok ni.


"Service kereta."


"Huh! Biar betul." Terkejut aku kedai runcit ni ada pekhidmatan servisce kereta.


"Dah kedai runcit. Beli barang lah apa lagi." Ketawa kecil Ian cuba mempermainkan aku. Aku ni kadang-kadang lurus juga. Aduhai.


"Dia buat lawak pula." Perlahan nada aku. Aku terus beredar selepas selesai membayar barang runcit tadi.


"Mia!" Panggil Ian sambil tangannya membuat isyarat 'tunggu sekejap'.


"Hari ni awak ada pergi mana-mana?" Tanya Ian. Kenapa pula dia tanya aku macam ni?


"Tak ada rasanya. Kenapa?"


"Nak ajak awak keluar. Pergi minum ke? Nak tak?"


"Ermm. Boleh la kot."


"Kot? Betul-betul lah."


"Ye. Pukul berapa?"


"Pukul 4.30 pm. Saya tunggu awak dekat warung tepi sawah."


"Ok." Aku hanya setuju dan terus pergi. Adakah ini cinta? Merepek la kau Mia. Nak pula dia keluar dengan aku. 
Nasib perempuan sihir tu duduk jauh. Kalau tidak, masa tu juga dia sumpah aku jadi katak.


Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.