Bab 19

Suasana di rumah Tan Sri Tengku Mustaphar tegang pada pagi itu. Tengku Mikhail yang baru sahaja keluar dari biliknya turut merasa seram sejuk. Matanya digerakkan ke kiri dan kanan memerhatikan keadaan sekeliling. Sunyi! Dia berjalan masuk kedalam lif untuk ke tingkat bawah. Sebaik sahaja, kakinya melangkah keluar mamanya sedang bercakap di talian.

Good morning ma...” ayatnya tergantung di situ apabila Puan Sri Hidayah membuat bahasa isyarat menyuruh anaknya itu diam tanda dirinya tidak mahu diganggu.

Tengku Mikhail menutup mulutnya serta-merta sambil membuka langkah untuk berlalu dari situ. Adakah itu punca rumahnya terasa seram sejuk pada pagi itu?

Good morning papa.” Tengku Mikhail menegur dan mengambil tempat duduk kebiasaannya.

Morning.” Hanya sepatah sahaja ayat yang dituturkan. Mata Tan Sri Tengku Mustaphar tidak berkalih daripada suratkhabar yang dibacanya.

Tengku Mikhail mengambill roti bakar yang terhidang lalu dikunyah. Dirinya terasa sunyi membuatkan dia merampas suratkhbar daripada tangan papanya.

“Allah...kamu dah kenapa Mika?” Tan Sri Tengku Mustaphar ingin merampas kembali suratkhabarnya tetapi cepat-cepat Tengku Mikhail menjauhkannya.

“Makan dulu Tan Sri. Nanti baru baca...” ujar Tengku Mikhail mengedip-ngedipkan matanya sambil membuat muka kucing comel kepada papanya.

Tan Sri Tengku Mustaphar hanya memandang tanpa perasaan. Roti bakar diambil lalu dikunyah.

“Kenapa dengan mama tu papa? Seram semacam je Mika tengok.” Beritahunya. Suaranya diperlahankan takut mamanya terdengar perbualan mereka.

“Mama kamu risau pasal Farissha...”

“Kenapa dengan dia?” soal Tengku Mikhail memintas percakapan papanya tidak sabar.

“Tadi masa tengah makan, mama kamu dapat panggilan dari kampung. Katanya Farissha lari dari kampung.” Terang Tan Sri Tengku Mustaphar menghirup air kopi panasnya.

Membuntang mata Tengku Mikhail mendengarnya. Roti bakar yang berada di tangannya diletakkan di atas pinggan. Dia memberikan tumpuan sepenuhnya kepada papanya untuk tahu lebih lanjut. “Lari dari rumah? Kenapa?” Dahinya mula berkerut.

“Kena kahwin paksa.” Ringkas jawapan Tan Sri Tengku Mikhail. Matanya dikecilkan disebalik kaca matanya melihat suratkhabar yang dirampas oleh Tengku Mikhail.

Bertambah terkejut Tengku Mikhail mendengarnya. Hilang terus selera makannya digantikan dengan rasa simpati. Cuba diusir, tetapi perasaan itu tetap melekat di situ. Riak wajahnya bertukar suram. Terbayang di matanya wajah Nur Farissha yang sebujur sirih itu membuatkan jantungnya mula berdegup dengan kencang tanpa dipinta.

“Ha Mika, baru reti nak balik rumah!” jerkah Puan Sri Hidayah betul-betul di tepi telinga Tengku Mikhail.

Badan Tengku Mikhail mengigil kerana terkejut. Jerkahan dan mamanya berpisah tiada. “Mama... bagilah salam dulu. Sikit lagi Mika nak kena heart attack.” Dia memandang Puan Sri Hidayah yang sedang menarik kerusi untuk duduk. Muncungnya didepakan tanda protes.

“Itulah kamu. Depan rezeki pun boleh mengelamun. Kamu fikir apa?” Tan Sri Tengku Mustaphar mengambil pinggan yang disuakan oleh isterinya.

Tengku Mikhail melemparkan senyuman untuk menyembunyikan rasa hatinya.

“Eloklah kamu balik. Baru je mama nak iklankan bilik kamu berdua tu dalam internet.” Ujar Puan Sri Hidayah. Dia mencedok nasi goreng ke dalam pinggannya pula.

“Kenapa pula?” Tengku Mikhail mengerutkan dahinya. Dia menghulurkan pinggan ke arah mamanya meminta untuk diisikan sekali.

“Senang. Ada jugak income setiap bulan nak bayar bil air.” Puan Sri Hidayah berkata sambil menghulurkan pinggan yang sudah diisi nasi goreng kembali kepada anak terunanya.

Tersedak kecil Tan Sri Tengku Mustaphar mendengarnya. Cara spontan dari isterinya selalu menambat hatinya.

“Mama...” Tengku Mikhail terjerit kecil. "Sampainya hati mama.” Dia memandang wajah mamanya yang sangatlah tidak bersalah itu walaupun dia tahu yang mamanya sekadar bergurau.

“Kamu tak masuk pejabat ke? Dah pukul berapa ni.” Tan Sri Tengku Mustaphar menukar topik apabila mengerling ke arah jam dinding di ruangan dapur itu. “Kamu ada meetingkan hari ni?”

Tengku Mikhail baru tersedar. “Alamak dah lambat.” Cepat-cepat dia menghabiskan nasi gorengnya dan bersalaman dengan papa dan mamanya.

“Pesan pada Syafiq kalau minggu juga dia tak balik rumah suruh dia tengok bilik dia dalam mudah.com.” Serius nada Puan Sri Hidayah berkata seolah-olah sudah nekad untuk mengiklankan bilik anaknya di dalam aplikasi itu. Liat sungguh anaknya seorang itu untuk pulang ke rumah.

“Baik ma. Nanti Mika sampaikan ye.” Cepat-cepat dia melangkah sebelum berpusing kembali menuju ke dapur sambil tersenyum nakal.

“Kamu kenapa? Ada tertinggal barang?” soal Puan Sri Hidayah hairan apabila anaknya itu sedang tersengih-sengih memandang dia dan suaminya.

“Pak Idrus dengan Mak Dah cuti kan hari ni?” tanya Tengku Mikhail meminta kepastian. Dia ingat-ingat lupa akan hal itu.

“Ya. Kenapa?” Tan Sri Tengku Mustaphar pelik dengan pertanyaan itu. Memang hari ini Pak Idrus dan Mak Dah cuti untuk menjenguk cucu mereka yang baru lahir. Nak harapkan anak-anaknya entah bila lah dia boleh menimang cucu.

Tengku Mikhail sudah bercekak pinggang dengan senyuman yang semakin melebar. “Mika tak nak adik baru tau!” Sebaik sahaja dia mengungkap ayat itu, tidak sampai satu saat bayang dia sudah hilang daripada pandangan. Puas hatinya dapat menyakat papa dan mamanya.

“MIKA!” Ngauman singa Puan Sri Hidayah memenuhi ruangan dapur itu. Wajahnya bertukar kemerahan. Kecil besar sahaja dia memandang ke arah anaknya yang sudah hilang daripada pandangan. Manakala Tan Sri Tengku Mustaphar mengelap sedikit bibirnya akibat tersedak untuk kali keduanya.

Bertuah punya budak!

 

 

 

“Mika... baru nampak muka.” tegur Syed Hakimi. Mereka bertiga sudah berjanji untuk makan tengahari bersama-sama.

“Aku ada meeting tadi. Kau order makanan aku tak?” tanya Tengku Mikhail yang sedang melonggarkan sedikit tali lehernya. Dia membuat keputusan untuk makan terlebih dahulu kerana dia perlu pecut ke Janda Baik selepas solat Jumaat.

"Dah. Tunggu makanan sampai je." Syed Daniel menjawab.

Syafiq mana?” Giliran Syed Hakimi bertanya lantaran hanya Tengku Mikhail seorang sahaja yang sampai.

“Dia ada kerja yang kena siapkan.” Beritahu Tengku Mikhail ringkas sambil membuat isyarat bertanyakan siapa di sebelah Syed Daniel itu.

"Oh, kenalkan ni Azman. Sepupu Ariana. Hari ni first day dia intern." Terang Syed Daniel sambil melihat mereka berdua berjabat tangan.

Azman mengukirkan senyuman. “Saya banyak dengar pasal Tengku.”

Tengku Mikhail sekadar tersenyum untuk mencukupkan syarat perkenalan.

“Aku ada benda nak cakap ni Kimi.” Secara tiba-tiba Tengku Mikhail bersuara sewaktu mereka berempat menikmati makanan tengahari dengan begitu berselera sekali setelah berhempas pulas memerah otak untuk bekerja.

“Apa?” Syed Hakimi mengangkat keningnya.

“Kau ingat lagi tak Farissha yang tolak cinta kau tu?” Di penghujung ayat itu Tengku Mikhail cuba untuk menyembunyikan gelak tawanya.

“Tu kau cakap slow sikit. Kau nak aku trauma lagi?” Syed Hakimi menjeling tajam tanda tidak berpuas hati.

“Dia lari dari rumah.” Tengku Mikhail memulakan cerita.

Syed Hakimi terkejut. “What?” Habis tu dia dekat mana sekarang?” Terlukis seraut kerisauan di wajahnya yang dia sedang risau akan keselamatan Nur Farissha.

Tanpa Tengku Mikhail sedari, matanya telah merenung ke arah Syed Hakimi dengan tajam. Dia tidak suka dengan ekspresi wajah Syed Hakimi yang sedang risaukan Nur Farissha. Langsung tidak suka!

“Woi, aku tanya ni. Dia dekat mana? Kau boleh mengelamun pulak.” Marah Syed Hakimi yang disangkakan Tengku Mikhail sedang mengelamun itu. Orang tengah risau ni.

“Itu aku tak tahu. Papa tak cakaplah pula.” Mendatar sahaja Tengku Mikhail membalas. Dia sendiri tiada penjelasan untuk itu.

“Ya Allah...kau selamatkan dia Ya Allah.” Dalam Syed Hakimi meraup wajahnya, selera makannya juga terus mati di situ.

“Kenapa dia lari dari rumah?” Syed Daniel menyoal.

“Kena kahwin paksa.” Tambah Tengku Mikhail. Air bandungnya dihirup sedikit.

Lagi bertambah terkejut Syed Hakimi.

“Zaman sekarang ni pun ada parents’ yang aturkan perkahwinan kan?” Dahi Syed Daniel berkerut. Dia menongkat kehairanan sambil memandang Tengku Mikhail dan abang kembarnya silih berganti. Bukan sahaja itu tujukan dalam keadaan Nur Farissha sahaja tetapi kepada mereka juga. Bukan sekali dua mereka menolak akan aturan itu. Sampai akhirnya keluarga mereka mengalah dalam keterpaksaan.

Azman hanya menumpukan sepenuhnya kepada makanannya. Tidak manis jika dia menyampuk.

Tengku Mikhail mengangguk. “Yang selebihnya aku tak tahu. Kau nak info lebih tanya mem besar dekat rumah.” Ujarnya yang merujuk kepada Puan Sri Hidayah.

Syed Hakimi hanya merenung kosong ke dalam pinggannya yang masih berbaki separuh. Dia cuba untuk menghabiskannya tetapi tidak tertelan dek tengkuknya. Akhirnya dia menolak ke tepi. “Aku dah kenyang. Aku gerak dulu. Jumpa kau nanti Mika.”

“Masjid Putra ke Wilayah?” Tengku Mikhail bertanya sambil menghabiskan baki makanannya. Mereka kena bergerak cepat. Nanti sesak pula. Tengku Mikhail turut bangun dari kerusi dalam keadaan tergesa-gesa.

“Wilayahlah.”Syed Hakimi memberi cadangan sambil memasukkan dompetnya ke dalam poket seluar. Kunci kereta turut diambil.

“Kau nak pergi mana?” Syed Daniel menahan abang kembarnya.

“Kami nak pergi solatlah Niel. Mana lagi.” Berkerut dahi Tengku Mikhail tidak sabar.

“Lepaklah dulu. Zohor lambat lagi. Baru pukul berapa kau nak solat Mika?” Dahi Syed Daniel berkerut sambil memandang mereka berdua silih berganti.

“Hari ni hari Jumaat Niel.” Perlahan Tengku Mikhail berkata sambil memasukkan telefon pintarnya ke dalam poket seluarnya selepas menghantar pesanan ringkas kepada Syafiq.

“Yelah. Hari Jumaat pun...” Syed Daniel tidak dapat menangkap ayat Tengku Mikhail sebentar tadi.

Tengku Mikhail sempat mengerling ke arah Syed Hakimi yang sudah berang dengan adik kembarnya.

“Solat apa baru pukul 12.00 lebih ni?” Giliran Azman membuka mulutnya membuatkan Tengku Mikhail dan Syed Hakimi terkedu seketika. Nampak kejahilannya di situ.

“Solat Jumaat.” Mereka berdua menjawab serentak hilang sabar.

Cukup dua patah perkataan itu membuatkan Syed Daniel dan Azman terus terdiam. Spontan mereka menguis-nguis makanan yang berada di hadapan mereka berdua.

Menusuk kalbu.

Tengku Mikhail dan Syed Hakimi tersenyum sinis memandang mereka berdua seraya berlalu dari situ dalam keadaan tergesa-gesa. 

Previous: Bab 18
Next: Bab 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh