Home Untold Story Umum I'M LONELY
I'M LONELY
Amin Mohd
9/4/2018 10:46:57
4,458
Kategori: Untold Story
Genre: Umum
Senarai Bab
KISAH 1

Seingat aku, kisah 1 ini adalah sewaktu aku berada di zaman menengah rendah. Mungkin semasa berada di tingkatan 1.

               Aku tidak diterimamasuk ke mana-mana sekolah berasrama penuh sama ada Sekolah Sains mahupun MRSM.Mungkin disebabkan persaingan tempat dan keputusan UPSR aku yang kurangmemuaskan. Aku hanya memperoleh 3A2B. Alhamdulillah.

               Oleh itu, aku bersekolahdi sekolah yang hanya  900 meter darirumahku. Paling pantas aku pernah berlari kesana dengan keadaan bukit curam dikawasan perumahanku adalah 5 minit. Paling pantas itu juga aku bermandi peluhyang begitu hamis hanya kerana tertinggal sebuah buku di dalam kelas. Berjumpakembali rakan-rakan sekolahku sewaktu di sekolah rendah. Sewaktu ini fashionaku masih dikawal selia oleh ibu bapaku. Sungguh ‘nerd’. Tidak pernah berambutpanjang mencecah hidung seperti sekarang.

               Baiklah, ceritanyabermula apabila aku merelakan diri untuk menjadi seorang pemimpin kelas atauketua kelas. Pelik bukan. Mana mungkin budak ‘nerd’ seperti aku boleh memikultanggungjawab sebegini. Ya benar. Aku hanya menjadi ketua kelas untukmenguatkan aura para lelaki yang hanya 10 orang di dalam kelas tersebutberbanding pelajar perempuan yang boleh mencecah hampir 20 orang.

               Aku hanya sekadarboneka dan topeng hayalan di dalam kelas tersebut. Jarang menjalankan tugaskecuali memberikan kata hormat atau salam ketika kedatangan guru-guru ke dalamkelas sepanjang 5 hari persekolahan. Jadi, pada suatu hari aku merelakan diriuntuk menghantar Buku Rekod Kawalan Kelas ke bilik guru pada suatu petang. Kamibersekolah pada sesi petang.

               Dengan semangat barutanpa menyedari waktu petang hampir melabuhkan tirainya. Aku berjalan kembalikearah koridor yang aku jalan tadi tanpa merasakan suatu yang aneh sambilmemerhatikan kelas-kelas di koridor yang sudah pun kosong tidak berpenghunibernama manusia. Seperti biasa aku akan berjalan seorang diri. Siapa yang mahuberkawan dengan pelajar pra-remaja seperti aku. Berjalan dengan penuh asyik dantiba –tiba.

                “pap … pap….pap …!!!, bunyi seakan tapak kakimanusia kedengaran di sebuah laluan tangga yang sudah berkunci dan bersusunlimpahan kerusi rosak dan terpakai yang menutupi laluan tersebut yang menghalake tingkat 4.

               “Allahuakbar…!!!”,kejutan buatku yang sekaligus mengejutkan ku dari lamunan tirai senja.

Monolog hati mulai membuka rantaian kunci, “mana mungkin ada orang yangmelalui laluan tersebut” sambil memberanikan diri melihat kearah laluantersebut.

               “Allah….!!!”

               “Astaghfirullah…….!!!”,istighfarpanjang aku ketika aku melihat tiada siapa di laluan tersebut yang dipenuhikerusi lama dan terpakai. Dalam masa yang sama aku menoleh kembali ke laluankoridor yang aku lalui sebentar tadi dan mataku terarah kepada lampukalimantang di hadapan tandas lelaki yang sebelum ini tidak pernah rosaktiba-tiba berkelip-kelip tanpa ada tanda untuk berhenti.

               Pada waktu itu akuhanya mampu bertawakkal dan meneruskan juga langkah deras sederas aliran SungaiRajang menghala kearah tangga di blok hadapan. Derapan langkahku terhentisecara mengejut apabila laluan tangga tersebut telah terkunci rapi dari luar.Jantungku bertambah kencang. Keringat telah mulai membasahi dahi dan pada waktuitu baru aku teringat untuk melihat jam tanganku. 6.50 petang. Tanpa berlengahaku terus berlari melalui laluan yang telah ku lalui tadi untuk menghala kelaluan tangga guru yang masih terbuka.

               Apa yang mengejutkan adalah, lampu yang tadinya berkelip kini bernyala terang dan suatu tiupan anginmenerpa pipiku setelah aku melalui laluan tangga yang sebentar tadi kedengaranbunyi derapan kaki.

               “haah….haah…haah….”,nafasku termengah-mengah dicampuri ketakutan mistik yang baru dialami sebentartadi. Akhirnya tibalah aku di laluan tangga guru. Aku pulang dengan ceritadihiasi suasana sekolah yang telah sunyi dek lenyapnya bunyian dan siulan sangmanusia. Diganti dengan makhluk mistik yang sejak azali wujud dimuka bumi.

               Aku pernahmenceritakan kisah ini namun tiada seorang pun yang mempercayai kisahku ini.Adakah mereka takut? Atau mungkin membiarkan aku di balik dunia khayalan yangmereka percayai dicipta oleh minda pemikiran separa sedarku ini. Terpulanglah,kerana mereka yang pernah alami sahaja yang akan menyokong segala penceritaankuini adalah suatu kejadian sebenar.

Next: KISAH 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Amin Mohd