Home Novel Seram/Misteri Berlawan Dengan Syaitan 2
Berlawan Dengan Syaitan 2
Shah Iskandar
5/9/2019 15:31:21
728
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 24
Polis telah menyerbu klinik Doktor Arif setelah berjaya memperolehi maklumat dan bukti yang mencukupi untuk mendakwa Doktor berkenaan yang disyaki melakukan kesalahan yang melanggar etika kedoktoran dengan menawarkan khidmat pengguguran secara haram.
Begitu ramai wartawan dan liputan dari stesen-stesen televisyen berkumpul di sekitar kawasan klinik Doktor Arif untuk mendapatkan berita dan maklumat terkini berkenaan kes yang melibatkan VIP-VIP di Malaysia.
Semasa Doktor Arif ditahan dia sedang melakukan pembedahan pengguguran untuk salah seorang pelanggannya yang merupakan pelanggan setia ke klinik berkenaan. Ketika ditahan Doktor Arif masih lengkap berpakaian seperti Doktor yang sedang menjalankan operasi pembedahan.
“Doktor, benarkah doktor menawarkan khidmat pengguguran di klinik doktor sendiri?” tanya salah seorang wartawan antara kelompok wartawan yang hadir untuk mendapatkan berita sensasi bagi tahun ini.
Doktor Arif hanya tersenyum mendengar soalan wartawan berkenaan. Kemudian peguamnya mencelah dengan mengucapkan, “No komen please…”
Doktor Arif di pimpin ke kereta peronda dan di masukkan ke dalam kenderaan berkenaan. Kelihatan peguamnya berjalan ke arah keretanya untuk mengikuti anak guamnya ke Bukit Aman bagi menguruskan urusan berkaitan.
Wartawan yang berpusu-pusu tidak putus-putus merakam gambar dan video Doktor Arif yang terkenal di Malaysia ini dari mula dia memasuki kenderaan polis dan seterusnya menghilang dari pandangan. Banyak juga wartawan yang bergegas ke kenderaan masing-masing yang mengekori kenderaan polis berkenaan. Dia dijangka ditahan reman sehingga tujuh hari bagi membantu siasatan.
Kemudian di satu sudut klinik, kelihatan beberapa orang wartawan sedang menemuramah pembantu klinik yang kelihatan terkejut dengan situasi yang berlaku.
“Cik dah lama kerja disini?” soal seorang wartawan berkenaan.
“Saya baru sahaja kerja disini kira-kira dua minggu lepas…” jawabnya cemas melihat kerlipan cahaya kamera yang tidak henti-henti dihadapannya.
“Cik tahu ke Doktor Arif buat kerja pengguguran kandungan?” soalan yang dilemparkan oleh wartawan lain pula kepada wanita berkenaan.
“Saya tak tahu…maaf…” jawab wanita berkenaan yang kemudiannya berdiri dan cuba beredar dari kawasan berkenaan.
Para wartawan masih mengekorinya sehingga ke pintu kereta dimana wanita berkenaan bergegas untuk masuk.
“Cik, betul ke datin Faridah dan datin Asmawani pernah mendapatkan khidmat Doktor Arif…?” soalan yang terpacul dari seorang wartawan itu menyebabkan wanita berkenaan menjadi marah.
“Saya cakap no komen okay…” balas wanita berkenaan dengan marah. Dia menutup semula tingkapnya dan berlalu dari situ dengan pantas.
Wanita berkenaan kemudian membalas satu mesej dari peguam Doktor Arif menyatakan bahawa dia tidak memberitahu apa-apa kepada para wartawan yang bertanyakan beberapa soalan kepadanya.

Previous: Bab 23
Next: Bab 25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Shah Iskandar