Home Novel Seram/Misteri Berlawan Dengan Syaitan 2
Berlawan Dengan Syaitan 2
Shah Iskandar
5/9/2019 15:31:21
731
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 11
Edriana mencapai telefon bimbitnya dan mula mendail nombor. Untuk beberapa ketika, terdengar bunyi tone telefon yang berdering beberapa kali sebelum talian tersebut disambungkan.
“Hello Ed! Lama tak dengar berita” ucap suara itu.
“Hello Sofea! My favorite gegirl! You too busy to call me ya? “ soal Edriana kepada Sofea.
“No…I just busy with my work!” balas Sofea.
“I see…I nak jumpa you petang ni…are you free?” pujuk Edriana kepada Sofea yang agak sibuk.
Lama Sofea mendiamkan diri sebelum bersetuju dengan permintaan rakan baiknya itu. Selepas masing-masing bersoal jawab tentang lokasi yang sesuai untuk berjumpa, akhirnya kedua-duanya membuat kata putus untuk berjumpa di tempat yang biasa mereka kunjungi sebelum ini.
Edriana dan Sofea masing-masing pernah belajar ditempat yang sama sebelum ini. Mereka merupakan room mate dan course mate sepanjang pengajian mereka di universiti. Kedua-duanya merupakan pelajar pintar dan Edriana menolak peluang untuk berkerja bersama-sama dengan Sofea kerana ingin mendapatkan pengalaman di luar negara sebelum mencuba nasib di negara sendiri. Sofea banyak kali menawarkan peluang kepada rakan karibnya untuk bekerja disyarikat ayahnya namun ditolak dengan cara baik oleh Edriana yang belum bersedia untuk kembali ke Malaysia.
Selepas hampir bertahun-tahun diluar negara, beliau mengambil keputusan untuk bercuti dan kembali ke tanahair untuk mengubat rindunya kepada Sofea. Edriana tidak mempunyai sebarang ahli keluarga kerana beliau telah kehilangan mereka akibat kemalangan jalan raya ketika Edriana masih remaja. Oleh kerana itu, Datuk Hisyam, iaitu ayah Sofea telah berbesar hati untuk menaja pengajian Edriana dan juga anaknya Sofea di Universiti yang sama. Oleh kerana  itu, Edriana merasakan bahawa Sofea bukan sahaja sebagai kawan malahan sudah seperti saudaranya sendiri.
§§

Kelihatan kereta Sofea keluar dari bangunan Cemerlang Venture Sdn Bhd menuju ke suatu destinasi yang telah dipersetujui bersama dengan Edriana. Dalam waktu yang sama, ada sebuah kereta lain yang mengekori kereta yang dipandu oleh Sofea tanpa pengetahuannya.

§§

Edriana menahan sebuah teksi dan memberitahu destinasinya. Pemandu berkenaan menganggukkan kepala dan memandu menuju ke lokasi yang dikehendaki oleh Edriana selepas wanita berkenaan masuk ke dalam teksinya. Dalam masa setengah jam, Edriana sudah sampai ke lokasi pertemuannya dengan Sofea. Dia membawa sesuatu di dalam beg kertas yang dijinjingnya. Dia berjalan menuju ke sebuah bangku di suatu sudut yang berhadapan dengan tasik. Dia melihat jam di tangan dan mendapati dia agak awal sampai ke lokasi berkenaan. Dia kemudian melabuhkan punggungnya dan mula membelek telefon. Dia menghantar satu pesanan ke Sofea melalui aplikasi WhatApps.
“Kat mana? I dah sampai tau…”. Masih hanya satu tick.

§§

Sofea memandu keretanya ke ruangan tempat meletak kenderaan dan memberhentikan kenderaannya. Dia keluar dari keretanya dan menekan butang kunci alarm. Kemudian dia melangkah perlahan menuju ke tempat Edriana sedang menunggu. Dia melihat telefon bimbitnya dan mendapati ada mesej diterima. Dia segera membukanya dan menjawab.
“I’m on my way. Just arrive..” mesej tersebut dihantar ke Edriana dan terus double blue tick.
“Noted” balas Edriana.
Sofea tersenyum dan mula melangkah laju. Di belakangnya ada seorang lelaki mengekorinya. Sofea masih tidak menyedari bahaya yang sedang mengejarnya!

§§

Edriana disapa oleh dua orang wanita secara tiba-tiba. Dia mengangkat kepalanya dan melihat dua orang wanita yang berwajah serupa.
“Yes…can I help you?” balasnya ringkas.
“Are you miss Edriana?” tanya salah seorang wanita berkenaan.
“Yes I am…Do I know you?” soal Edriana pula.
Salah seorang wanita berkenaan tiba-tiba menghalakan sesuatu ke arah muka Edriana dan menyembur cecair berkenaan menyebabkan dia pengsan tidak sedarkan diri. Kembar berkenaan iaitu Arina dan Arini mengangkat Edriana dan menyorokkan wanita berkenaan di belakang semak. Sementara itu, Arina mengambil tempat Edriana dan memakai hud kepala. Arini berkawal di tempat Edriana disembunyikan.
Kemudian, tidak beberapa lama, Sofea muncul dan berjalan ke arah Arina yang disangkakan sahabatnya Edriana. Dibelakang Sofea ada kelibat seorang lelaki yang tidak lain adalah Adli yang mengekori Sofea secara senyap.
Sofea memanggil nama Edriana sambil melambaikan tangannya. Dia kelihatan gembira namun tertanya-tanya dengan tindak balas Edriana yang tidak memperdulikannya.
Sampai sahaja di hadapan Arina yang disangkakan Edriana, Arina mengangkat kepalanya dan menarik hudnya ke bawah.
Alangkah terkejutnya Sofea dengan kehadiran Arina disitu.
“Kau Arina!!...mana Edriana?!!” gesa Sofea kuat.
Kemudian, Sofea dipeluk dari belakang oleh Adli dengan kuat menyebabkan Sofea cuba meronta-ronta untuk melepaskan diri. Namun dia gagal selepas Arina menyembur mukanya dengan sesuatu cairan yang menyebabkan dia terasa dunianya menjadi gelap gelita.

§§

Sofea terjaga dan mendapati tangannya terikat dan juga kaki. Dia memandang sekeliling dan mendapati berada di dalam sebuah bilik yang agak suram cahayanya. Dia terbatuk-batuk kecil kerana udara yang agak berdebu di dalam bilik tersebut. Kemudian apabila dia berjaya untuk duduk, dia mendapati ada beberapa orang perempuan yang turut diikat berada dalam bilik tersebut tetapi masih belum sedar dari pengsan.
Sofea memanggil nama Edriana berkali-kali namun tiada tubuh yang pengsan tersebut yang menyahut panggilannya. Dia mengesyaki Edriana pasti tiada dalam bilik berkenaan.
Kemudian Sofea terdengar satu suara memanggil namanya dari bahagian sebelah bilik berkenaan. Dia menyahut panggilan tersebut dan memanggil nama Edriana pula. Suara berkenaan mengaku sebagai Edriana. Lega hati Sofea mendengar suara Edriana.
Kemudian dia terdengar ada tapak kaki berjalan ke arah tempat dia dikurung. Kedengaran bunyi kunci dan pintu dibuka. Namun Sofea agak hairan kerana pintu yang dibuka bukan lah bilik tempat dia dikurung tetapi bilik sebelah. Kemudian terdengar suara wanita menjerit seolah-olah dikeluarkan secara paksa dari bilik berkenaan. Sofea memanggil nama Edriana. Kedengaran suara Edriana meminta tolong kerana dia ditarik keluar dari bilik berkenaan dengan kasar. Sofea terus memanggil nama Edriana dan cuba menenangkannya. Namun yang kedengaran hanyalah bunyi seakan-akan ada sesuatu yang diheret keluar dari bilik itu. Sofea terus membentak dan menjerit orang yang melakukan keganasan kepada Edriana dengan harapan Edriana akan dilepaskan. Namun usahanya hanya sia-sia kerana selepas itu tiada lagi kedengaran apa-apa.
Sofea bersandar ke dinding bilik dan mula menangis. Dia seolah-olah tdak tahu lagi apa yang perlu dilakukan. Dia teringat wajah Arina. Dia pasti, Arini pasti terlibat juga. Cuma dia masih tidak tahu siapa lagi yang terlibat dalam perkara ini. Ada seorang lelaki yang memeluknya dari belakang pada masa kejadian tetapi dia tidak dapat mengenalpasti siapa orang itu kerana pada masa itu dia sudahpun pengsan.
Pada masa itulah pintu biliknya dibuka dari luar. Cahaya yang agak terang dari arah pintu itu terbuka menyilaukan mata Sofea. Dia terasa sudah berjam-jam dia dikurung di lokasi yang tidak diketahuinya. Sofea terasa tubuhnya sangat lemah. Kemudian kakinya dirasakan dipegang oleh seseorang dan tubuhnya diseret keluar dari bilik berkenaan. Dia hanya mampu berserah kerana tiada lagi daya untuk melawan ataupun menidakkan perbuatan berkenaan. Tubuhnya diseret sehingga beberapa meter sebelum dibiarkan di suatu ruang dalam rumah berkenaan.
Sofea disimbah dengan air menyebabkan dia terduduk kerana simbahan tersebut. Dia cuba menggagahkan diri dan terus duduk ditempat dia disimbah air tersebut.
“Hei…bangun…” ucap suara tersebut.
Sofea cuba untuk membuka matanya. Namun tubuhnya dirasakan sangat lemah. Dia mencari-cari arah suara berkenaan yang mirip seperti suara seorang perempuan.
“Baru kau tahu ya!..” ulang suara berkenaan sambil ketawa.
Kemudian dia terasa seseorang memegang kepalanya dan menarik rambutnya dengan kuat menyebabkan dia menjerit kesakitan sebelum rambutnya dilepaskan.
Sofea memandang sekeliling dan mendapati dirinya didalam sebuah bilik yang mempunyai kerusi dan meja. Dia melihat seorang wanita terbaring dihadapannya. Dia rasa seperti kenal kepada wanita berkenaan yang kelihatan sudah tidak bergerak lagi. Tangannya terikat begitu juga dengan kakinya. Sofea cuba mengengsot ke kiri agar dapat melihat kepala wanita yang agak terselindung. Dia berjaya mengengsot dan mendapati kepala wanita berkenaan tertutup dengan beg plastik. Dia percaya wanita yang terbujur kaku di hadapannya sudah tidak bernyawa lagi.
Ketika fikirannya masih ligat berfikir, satu tendangan dari belakang diterimanya menyebabkan dia tersungkur ke hadapan dan kesakitan itu menyebabkan dia tidak berdaya untuk bangkit semula dan dia pengsan dengan serta-merta.

§§

Sofea tersedar dari pengsannya dan mendapati dia berada dalam bilik kurungan sekali lagi. Kali ini tiada siapa yang ada dalam bilik berkenaan melainkan dia seorang. Dia mencuba untuk duduk dengan keadaan tangan dan kaki terikat. Dia terasa pedih yang amat sangat di tangan dan kakinya. Setelah puas mencuba, akhirnya dia berjaya juga untuk duduk. Sofea kemudian terasa ikatan tangannya seperti sudah longgar dan mencuba sekuat tenaga untuk melepas ikatan berkenaan. Akhirnya dia berjaya membuka ikatan tangannya. Kemudian dengan segera dia membuka ikatan kakinya. Dia melihat tangan dan kakinya yang kelihatan melecet kerana ikatan tersebut.
Sofea cuba untuk bangun dan berdiri di dalam bilik berkenaan. Dia tidak mendengar sebarang suara dari dalam rumah berkenaan. Bilik sebelah juga sudah seperti ditinggalkan penghuninya.
Sofea kemudian berjalan ke pintu dan mencuba untuk membukanya namun didapati terkunci dari luar. Dia kemudian berlegar ke segenap bilik untuk mencari sesuatu yang boleh membantu dia melepaskan diri dari kurungannya.
Kemudian Sofea terdengar seseorang memanggilnya dari satu ruang dalam bilik berkenaan. Dia cuba mengesan suara berkenaan dan mendapati ada orang dibalik dinding tetapi bukan dari bilik sebelah. Dia cuba mengecam suara berkenaan dan dia terdengar suara seakan-akan Asad.
“Asad?...awak ke?” soal Sofea.
“Ya…ya…Sofea tak apa-apa ke?” soal Asad semula.
Sofea menitiskan airmata kegembiraan apabila mendengar suara Asad di balik dinding. Dia kemudian berundur sedikit ke belakang selepas Asad mengarahkannya kerana Asad ingin memecahkan dinding papan berkenaan bagi melepaskan Sofea dengan segera.
Dengan beberapa pukulan dari luar akhirnya dinding papan berkenaan pecah dan ditarik oleh Asad bagi membuka laluan kepada Sofea yang tidak sabar untuk keluar dari kurungan berkenaan.
Selepas beberapa ketika Sofea berjaya diselamatkan oleh Asad. Mereka berjalan dengan pantas menuju ke dalam hutan ditepi rumah berkenaan. Sofea hanya mengikut sahaja Asad dari belakang perlahan-lahan. Akhirnya mereka berdua tiba ke kereta Asad di tepi semak yang agak terlindung. Asad membantu Sofea masuk ke dalam kereta sebelum dia memandu keluar dari kawasan persembunyiannya menuju ke jalan besar.
Sebaik sahaja kereta berkenaan masuk ke jalan besar riak muka Sofea mula kelihatan tenang berbanding ketika masih dalam kawasan penjahat yang menculiknya.
“Terima kasih Asad…Sofea terhutang nyawa dengan Asad..” ucap Sofea sambil memandang ke arah Asad sambil melemparkan senyuman.
“Sudah tugas Asad menjaga Sofea…lagipun Datuk memang ada suruh Asad jaga keselamatan Sofea selagi terdaya..” balas Asad pendek sambil matanya menumpukan kepada pemanduan. Kemudian Asad mengambil sebotol air mineral dan menyerahkan kepada Sofea yang kelihatan tidak bermaya dan kehabisan tenaga. Mukanya comot dan kelihatan tidak terurus. Sekejap sahaja Sofea sudah terlena ditempat duduknya selepas meneguk sedikit air yang diberikan oleh Asad.

Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Shah Iskandar