Home Novel Seram/Misteri Berlawan Dengan Syaitan 2
Berlawan Dengan Syaitan 2
Shah Iskandar
5/9/2019 15:31:21
3,427
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 6
“Hari ni you tak keluar memana ke?” tanya Arina di hujung talian.
“Belum tahu lagi. Hei, adik you senyap ja hari ini?” jawab Maria semula.
“Ada ni. Dia mana boleh berpisah dengan I” jawab Arina pula sambil ketawa kecil.
“Tahulah twin…takkan nak berkepit ja. Nanti boyfriend you syok dengan adik you baru padan muka!” ketawa Maria kuat sehingga terdengar Arini menjerit pula dihujung talian.
“Hei Maria! Please…taste I tak sama dengan my sister okay!” pendek jawapan dari Arini sambil ketawa terjerit-jerit macam orang gila. Kemudian, Arina turut ketawa bersama adik kembarnya.
Kemudian kedengaran pintu bilik diketuk.
“Okaylah girls sambung esok ya!” Maria menamatkan panggilan tersebut sambil berjalan ke pintu. Pintu dibuka dan kelihatan seorang perempuan berdiri di depan pintu.
“Mama…” Maria membiarkan pintu terbuka dan berjalan semula ke katil. Ibunya, Datin Faridah berjalan perlahan menuju ke katil juga.
“Maria cakap dengan siapa tadi?” soal Datin Faridah.
“Mama boleh dengar sampai bawah…” sambung Datin Faridah lagi.
“Ala mama ni, Maria cakap dengan anak Datuk Kassim, kembar tu la..” jawab Maria kepada ibunya.
“Ohh..Arina dan Arini?” soal ibunya semula.
“Ya mama…” balas Maria pendek.
“Maria ada nampak abang?” tanya ibunya lagi.
“Abang Adli keluar tadi…dengan siapa, kemana, nak buat apa, Maria tak tahu mama..” jawab Maria sambil leka dengan telefon bimbitnya. Kakinya digoyang-goyangkan sambil meniarap di atas katil.
“Ayah cari abang. call tak dapat…” soal ibunya semula.
Maria masih leka dengan telefon seolah-olah tidak mengendahkan soalan ibunya.
“Nanti kalau abang balik, Maria bagitahu dia jumpa ayah okay?” pujuk ibunya perlahan.
“Alright mum…” Maria menjawab sambil menelentang dan menyilangkan kakinya.
Datin Faridah bangkit dari katil anaknya dan berjalan keluar dari bilik. Pintu bilik ditutup. Kedengaran bunyi tapak kaki Datin Faridah berjalan menuruni anak tangga kayu rumah banglo tersebut menuju ke bawah dimana Datuk Halim sedang menikmati minuman petang dimeja makan.
“Mana Adli pergi?” soal Datuk Halim sebaik melihat Datin Faridah duduk di meja makan.
“Entahlah, Maria pun tak tahu ke mana Adli…” jawab Datin Faridah pendek.
“Saya dah cuba telefon semua orang, tapi tiada seorang pun tahu ke mana Adli pergi. Saya dah call Datuk Kassim dengan Datuk Murad…Adli tiada di rumah mereka. So ke mana Adli pergi? Saya call telefon dia pun tak dapat…masuk voice mail” komen Datuk Halim panjang lebar.
“Awak cari Adli untuk apa?” soal Datin Faridah semula.
“Saya ada perkara nak bincang dengan dia” jawab Datuk Halim lagi.
“Anak-anak Datuk Kassim dengan Datuk Murad dah call ke?” tanya Datin Faridah lagi.
“Belum lagi…” jawab Datuk Halim.
“Kalau macam tu, biar saya cuba call tanya pasal Adli” ucap Datin Faridah pula.
Kemudian kelihatan Maria berjalan menuju ke meja makan.
“Hai ayah…” sapa Maria sambil duduk disebelah ibunya.
“Hai sayang…abang kamu pergi mana Maria?” tanya Datuk Halim kepada Maria pula.
“Dah call tadi. Katanya dia jumpa kawan kat tempat remote location…takde clear line kat area tu…tu sebab bila ayah call dia tak dapat” jawab Maria.
“Takpa la kalau macam tu” jawab Datuk Halim sambil menghirup minumannya.
“Ada hal apa ayah dengan abang Adli?” soal Maria kepada ayahnya.
“Ayah ada hal sikit dengan dia. Kalau dia balik nanti, inform dia ayah nak jumpa a.s.a.p” balas Datuk Halim sambil bangun dari tempat duduknya.
“Eh…ayah nak pergi mana ni?” soal Maria.
“Nak pergi main golf la Maria…” ibunya Datin Faridah menjawab soalannya sambil tersenyum.
Datuk Halim hanya batuk-batuk kecil mendengar jawapan isterinya. Dia tersenyum memandang Maria dan berlalu dari meja makan menuju ke pintu depan. Maria melambai tangannya ke arah ayahnya sambil memberi flying kiss kepada Datuk Halim.
Maria kemudian menuang air minuman ke dalam cawan dihadapannya. Kelihatan asap yang tidak berwarna berterbangan disekitar cawan tersebut.
“Hari ni Maria tak keluar?” tanya Datin Faridah kepada Maria.
“Keluar mama… Tunggu twin tu datang rumah pick up me..” jawab Maria kepada ibunya.
“Oh I see..Just don’t be late okay..” pesan Datin Faridah.
Maria hanya memberi isyarat tangan menandakan dia faham dengan pesanan ibunya. Selepas menghabiskan minumannya dia bergegas ke atas semula untuk bersiap.

§§

Telefon Maria berdering kuat semasa dia sedang bersolek. Dijenguknya sebentar ke telefon dan mendapati nama Arina terpapar di skrin telefonnya.
“Hello…” ucap Maria.
“I kat depan rumah you ni..” balas Arina pendek.
“Okay…I turun sekarang…” jawab Maria pantas.
Maria terus mencapai beg tangannya dan bergegas turun.
Dalam sekelip mata Maria sudah berada di dalam kereta Arina dan Arini sambil melambaikan tangan ke arah Datin Faridah.
“Where are we going?” tanya Maria sebaik sahaja kereta berkenaan memasuki jalan besar.
Arina dan Arini berpandangan sambil ketawa. Kemudian Arini menoleh ke belakang ke arah Maria.
“I nak bawa you ke tempat special today Maria!” ucap Arini.
Mereka kemudian ketawa secara serentak tanpa sebab yang munasabah. Maria hanya mengangguk-anggukkan kepala sambil menari-nari dalam kereta berkenaan seiring dengan muzik dari radio yang terpasang kuat.
Mereka bertiga sedang merancang sesuatu tetapi mereka memerlukan bantuan seseorang bagi menyempurnakan niat jahat mereka.
Arina dan Arini mengenali seorang bomoh yang handal yang mampu untuk memenuhi hasrat mereka. Kebetulan pula, Maria juga ingin membalas dendam kepada seseorang yang sangat dibencinya.
Setelah beberapa ketika, kereta berkenaan di hentikan di bahu jalan memasuki simpang ke sebuah rumah usang.
“We are here girls!” ucap Arina perlahan.
Maria melihat di sekeliling. Dia ternampak sebuah rumah di hadapannya.
“Kenapa stop here? Masuklah jalan tu you!” gesa Maria.
Arina dan Arini berpandangan sesama sendiri.
“You…please open your handphone and save this location okay!” balas Arini.
Maria menurut sahaja arahan dari Arini tanpa bantahan. Setelah selesai, dia memberikan isyarat tangan kepada kembar berkenaan.
Arina menghidupkan enjin kereta semula dan membuat pusingan U di hadapan simpang berkenaan. Maria menjadi sedikit bingung dengan tindakan Arina yang tidak memandu masuk ke simpang berkenaan.
“Arina…why are you turning back?” soal Maria.
Arina menjeling ke arah Arini dan memberikan isyarat mata agar menerangkan kepada Maria.
“You, kalau you nak tahu, tadi tu rumah bomoh yang you nak tahu sangat tu. We all dah jumpa bomoh tu dan cerita about you. So, bomoh tu request you need to come alone you!” terang Arini panjang lebar.
Maria mengangguk-anggukkan kepalanya. Dia faham kini. Dia sudah dapat mengagak tindakan seterusnya kelak. Dia mahu musuh ketatnya itu mati dengan cepat. Dia terlalu benci melihat perempuan itu. Baginya perempuan itu menghalang peluangnya untuk naik dan berkuasa dalam syarikat. Selagi dia masih hidup, Maria sedar dia tidak akan berpeluang mencapai cita-citanya. Dia tersenyum sendirian.

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Shah Iskandar