Home Novel Seram/Misteri Berlawan Dengan Syaitan 2
Berlawan Dengan Syaitan 2
Shah Iskandar
5/9/2019 15:31:21
714
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 20
“Hello ini Doktor Arif ke?” tanya satu suara di hujung talian.
“Ya saya, siapa ni ya? Boleh saya bantu?” balas Doktor Arif.
“Ini Datin Faridah Doktor Arif…” jawab suara berkenaan.
“Ohh..Datin...ibu Cik Maria kan?” soal Doktor Arif kembali.
“Ya benar…” jawab suara itu lagi.
“Datin ada masalah apa?” soal Doktor Arif semula.
“Boleh kita jumpa hari ini?” mohon suara berkenaan.
“Boleh Datin tapi petang sedikit sebab saya ada appointment dengan patient pagi dan tengahari. Boleh ke?” terang Doktor Arif.
“Okay Doktor…No problem..thank you” balas suara berkenaan dan menamatkan panggilan.
Doktor Arif masih terkebil-kebil matanya. Dia rasa macam pelik sebab Datin Faridah dan Datin Asmawani menelefonnya untuk membuat temujanji perubatan. Sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Arina dan Arini turut sama membuat temujanji pada hari yang sama. Pagi ini Datin Asmawani akan datang dalam jam sepuluh pagi. Kembar tersebut akan datang pada waktu tengahari dan petang ada perjumpaan dengan Datin Faridah.
Doktor Arif tidak dapat mencari persamaan ataupun perkaitan di antara kesemua wanita-wanita berkenaan. Namun dia pasti ada masalah yang melanda mereka semua secara serentak. Apa-apa pun, Doktor Arif pasti mereka mampu untuk membayar caj kliniknya. Dia tersenyum sendirian ketika keluar dari keretanya dan berjalan menuju ke kliniknya.
Tepat jam sepuluh pagi kembar Arina dan Arini tiba dihadapan klinik Doktor Arif. Mereka keluar dari kereta dan berjalan menuju pintu masuk klinik. Mereka disapa oleh petugas dikaunter. Selepas menghubungi Doktor Arif, kembar berkenaan dijemput masuk untuk berjumpa dengan Doktor Arif.
“Hai Doktor…” Sapa Arina dengan wajah tersenyum lebar.
“Hai…Arina kan?” balas Doktor Arif sambil menuding ke arah Arina yang masuk melalui pintu.
Kemudian Arini menyusul sambil melambai tangannya dan turut menyapa Doktor Arif. Selepas mempersilakan kedua-duanya untuk mengambil tempat duduk masing-masing, Doktor Arif turut duduk sambil memegang kedua-dua tangannya.
“Okay, apa yang boleh saya bantu Cik Arina dan Cik Arini hari ini…” soal Doktor Arif.
Arina dan Arini berpandangan sesama sendiri. Kemudian Arina memberi isyarat kepada Arini untuk memulakan bicara.
“Sebenarnya Doktor, Arina ni hamil tiga bulan…” jawab Arini sambil memandang wajah Doktor Arif dan Arina.
“Okay…” jawab Doktor Arif sambil menarik nafas panjang.
“Now you don’t want the baby?..” soalnya semula.
“Yes..err…No..” jawab Arina tiba-tiba.
“She means No Doktor Arif….” balas Arini sambil memandang wajah Arina yang merah kerana menahan malu.
“Okay..its not a problem…” jawab Doktor Arif sambil menekan butang interkom dan memanggil pembantunya masuk sebentar.
Pembantunya mengetuk pintu sebelum melangkah masuk. Doktor Arif mengarahkan dia membawa masuk satu borang untuk Arina. Pembantunya mengganggukkan kepala dan melangkah keluar semula.
Seketika kemudian, pembantunya mengetuk pintu sebelum masuk dan membawa masuk borang dan diserahkan kepada Arini yang menghulurkan tangan untuk menerima borang berkenaan.
“Okay, Arina, you need to fill in the form, sign and return back to me a.s.a.p…” terang Doktor Arif kepada Arina.
Arina menganggukkan kepala.
“Doktor Arif…how much is your charges?” soal Arina.
“Don’t forget your promise the other day okay…50% discount for us…” ucap Arini pula mencelah.
Doktor Arif tersenyum sambil memberi isyarat tangan bagus.
“Doktor Arif…when we can do it?” tanya Arina.
“Nanti I inform you…” jawab Doktor Arif.
Selepas kedua-duanya beredar, Doktor Arif menerima dua orang lagi pelanggan iaitu Datin Asmawani dan Datin Faridah. Secara kebetulan, kesemua mereka datang ke klinik Doktor Arif untuk membincangkan perihal untuk menggugurkan kandungan masing-masing.
Doktor Arif agak letih hari ini kerana terpaksa melayan pelanggan-pelanggan V.I.P pada hari in dikliniknya. Dia menyemak jadualnya untuk bulan itu dan telah menjadualkan pembedahan untuk menggugurkan kandungan pelanggan-pelanggannya. Doktor Arif juga telah memaklumkan tarikh-tarikh berkenaan untuk memudahkan pelanggan mengatur masa untuk hadir mengikut temujanji yang telah dirancangkan.
Dia tidak peduli tentang agama. Apa yang dia tahu adalah bayaran yang akan diterimanya kelak. Pelanggannya kebanyakkannya merupakan orang-orang kenamaan dan V.I.P. yang mampu untuk mendapatkan khidmatnya.
Di satu sudut dalam klinik berkenaan berdiri seorang lelaki. Dia hanya tersenyum melihat apa yang dilakukan oleh Doktor Arif kepada pelanggan-pelanggan yang hadir ke kliniknya. Dia sangat gembira dengan usaha yang dilakukan oleh Doktor Arif kerana ia sesuatu yang sangat digemarinya. Lelaki berkenaan tiba-tiba ghaib.
Doktor Arif terasa seperti ada seseorang yang sedang memerhatikan dia dari dalam bilik berkenaan. Dia memandang sekeliling dan mendapati tiada apa-apa yang dapat dilihatnya yang berupa sesuatu yang pelik.

Previous: Bab 19
Next: Bab 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Shah Iskandar