Home Novel Seram/Misteri Berlawan Dengan Syaitan
Berlawan Dengan Syaitan
Shah Iskandar
5/9/2019 15:04:39
1,232
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 13
Adam kelihatan berpeluh-peluh di tempat tidurnya. Kelopak matanya bergerak-gerak, kadang-kadang laju, kadang-kadang perlahan. Kepalanya bergerak ke kiri dan kanan. Seolah-olah ada sesuatu yang mengganggu tidurnya. Adam bermimpi ngeri barangkali.
Tiba-tiba Adam terbangun dan terus duduk mengejut. Dahinya berpeluh-peluh. Dia beristighfar sebanyak mungkin. Dia masih cuba untuk mengingati mimpi yang baru dialaminya. Dipejamkan matanya rapat-rapat. Dia masih lagi beristighfar.
Perlahan-lahan mindanya ‘menayangkan imej’ mimpi yang dialaminya tadi. Dia seolah-olah sedang melihat ‘cerita wayang’ didalam mindanya. Kelihatan seorang wanita sedang berlari disebuah kawasan padang yang luas. Wanita tersebut kelihatan begitu takut dengan ‘benda’ yang sedang mengejarnya.
Dia berlari sambil sekali-sekala melihat ke belakang untuk memastikan ‘benda’ yang mengejarnya tidak lagi mengejarnya. Puas Adam meneliti keadaan cemas itu, namun dia masih tidak dapat melihat ‘benda’ yang mengejar wanita itu. Pada ketika itu, tiba-tiba wanita tersebut terjatuh akibat berlari terlalu laju.
Dia tidak berlari dengan sempurna kerana terlalu takut. Ketika dia terjatuh, kelihatan sebuah ‘benda’ yang meluncur laju dari arah udara menuju tepat ke arahnya terjatuh. ‘Benda’ tersebut bersinar-sinar dan menyerupai sebuah lembing tajam. Wanita itu sempat bergerak ke sebelah kirinya dengan pantas sebelum lembing berkenaan menjunam dan terpacak ditempat asal dia terjatuh.
Bergoyang-goyang ekor lembing berkenaan akibat lontaran yang sangat jauh dari hujung padang. Walaubagaimanapun, sasaran lembing berkenaan tidak berjaya menamatkan riwayat wanita berkenaan yang sempat mengelak sebelum lembing menusuk dadanya. Adam kelihatan sangat terkejut. Tidak terbayang difikirannya mengenai lembing yang dilontar dari jarak yang begitu jauh hampir menusuk wanita berkenaan.
Adam menoleh ke arah lontaran lembing berkenaan. Pada ketika itu dia melihat sesusuk tubuh lelaki yang sangat besar sedang memerhatikan wanita berkenaan dari jauh. Adam cuba menumpukan penglihatannya untuk mendapatkan gambaran jelas fizikal lelaki berkenaan kerana sekali imbas dia melihat seolah-olah lelaki berkenaan mempunyai tanduk.
Susuk tubuh lelaki berkenaan begitu tegap dan kelihatan otot-ototnya yang pejal seumpama seorang penggusti professional. Adam kembali mengalihkan padangan kepada wanita tadi. Dilihatnya, wanita tadi terus berlari laju meninggalkan tempat berkenaan. Lega rasa hatinya melihat wanita berkenaan masih lagi dalam keadaan selamat.
Ketika dia mengalihkan pandangannya semula ke arah lelaki berkenaan, lelaki tersebut sudahpun berada ditempat terpacaknya lembing yang dilontarnya tadi. Dia mencabut lembing berkenaan. Lembing berkenaan bersinar-sinar sehingga ketika Adam seolah-olah agak terganggu dengan sinaran lembing emas berkenaan, tiba-tiba lelaki berkenaan memandang tepat ke arahnya dengan pandangan yang sangat marah.
Matanya kelihatan merah menyala. Lelaki berkenaan menimang-nimang lembing yang dipegangnya seolah-olah hendak melontar sekali lagi. Dia menunjukkan jarinya ke arah Adam sebelum dia menggerakkan tangannya yang sedang memegang lembing berkenaan dalam posisi seakan-akan ingin melontar lembing dan sepantas kilat, lembing berkenaan dilontar oleh lelaki berkenaan ke arah Adam pula.
Adam dapat melihat mata lembing berkenaan yang berputar-putar menuju ke arahnya sekarang. Dia sangat terkejut dengan tindakan lelaki berkenaan. Tiba-tiba dia dikejutkan dengan bunyi telefon bimbitnya yang diletak bersebelahan tempat tidurnya. Adam membuka matanya dengan pantas. Lega dihatinya apabila melihat dia berada di dalam bilik tidur lagi.
Dia kembali beristighfar sebanyak-banyaknya. Dia mencapai telefonnya yang masih berbunyi kuat. Dilihatnya skrin telefon berkenaan. Pemanggil tidak diketahui. Tiada rekod didalam senarai nama. Dia tidak tahu siapa yang menghubunginya pada masa ini. Dia masih berfikir samada mahu menjawab panggilan berkenaan ataupun membiarkan sahaja.
Telefonnya berhenti berbunyi. Adam seakan-akan masih terpinga-pinga dengan mimpi yang dialaminya dan peristiwa yang sangat aneh yang berlaku kepadanya sebentar tadi. Dia tertanya-tanya siapa wanita berkenaan dan siapa pula lelaki bertanduk berkenaan yang begitu beriya-iya mahu mencederakan wanita berkenaan.
Terlalu banyak persoalan didalam fikirannya. Dia menjadi begitu letih. Telefon yang dipegangnya kembali diletakkan disebelah tempat tidurnya dan pada ketika itulah dia sekali lagi terperanjat apabila telefonnya berbunyi secara tiba-tiba. Kelantangan ring tone yang bergema menyebabkan Adam terlepas telefon bimbit berkenaan dan telefon berkenaan terjatuh ke bawah dibahagian tepi katil.
Adam bergegas bangkit dari tempat tidur dan menjenguk ke tepi katil dan sekali lagi dia terkejut yang amat sangat kerana telefon berkenaan dipegang oleh lelaki bertanduk yang sedang baring ditepi katilnya sambil melambai-lambai tangannya yang sedang memegang telefon Adam. Adam kembali duduk di atas katilnya akibat kejutan yang tidak disangka-sangka.
Jantungnya berdegup kencang dan dia terasa panik dengan situasi di dalam bilik tidurnya sekarang. Dia cuba untuk mengeluarkan suaranya namun tiada apa yang keluar dari mulutnya. Suaranya seakan dibisukan buat sementara waktu. Dia cuba menjerit dengan sekuat hatinya namun masih juga gagal.
Diletakkan kedua belah tangannya ke telinganya dan Adam mencuba melaungkan azan dengan sekuat tenaganya dan setelah berusaha keras akhirnya suara azan berkumandang di dalam bilik tidurnya. Tiba-tiba keadaan menjadi sangat sunyi selepas Adam selesai melaungkan azan. Dia cuba menjenguk kembali telefonnya yang masih dilantai sebelah katil. Dia menggerakkan kepalanya dengan perlahan-lahan.
Akhirnya Adam melihat telefonnya berada di atas lantai. Dia cuba mencapai telefon berkenaan dan cuba menyiasat panggilan telefon yang baru diterimanya sebentar tadi sebelum telefon berkenaan terjatuh. Dia melihat skrin telefonnya. Didapati hanya satu panggilan tidak berjawab, walaupun jangkaannya sepatutnya ada dua panggilan tidak berjawab.
Keadaan misteri berkenaan membuatkan dia semakin berdebar. Dia mencuba membuat panggilan telefon dan dia mencari nombor telefon datuknya. Walaubagaimanapun, selepas didail nombor telefon berkenaan tidak dapat dihubungi.
Dia menjadi semakin cemas. Adam kembali mendail nombor telefon berkenaan dan masih juga masuk ke dalam ‘voice mail’. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk menelefon bapa saudaranya dan kedengaran bunyi panggilan disambung dan berbunyi tone.
“Hello”, suara dihujung talian.
“Assalammualaikum pakcik, Adam ni…” jawab Adam kepada pakciknya Shah Iskandar.
Talian terputus secara tiba-tiba.

Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Shah Iskandar