Home Novel Komedi/Romantik Komedi AKU PLAYBOY 'OPS' KAU PLAYGIRL
Bab 50




“PAKKKK… Pakkkkk…”

          “Sana sana sanaaaaaa! Cepat kerja dia!” Hany memegang erat batang penyapu tersebut sambil memukul-mukul di atas lantai.

          Faila hanya menuruti sahaja kata-kata Hany itu. Matanya menjadi lali apabila melihat sesuatu objek yang sedang bergerak laju di atas lantai itu. Dia mahu menangkap tetapi terasa geli pula apabila dia menghampirinya.

          “Ishhh! Kau nak lari ke mana, haaaa.” Faila cuba untuk menangkap tetapi dia berasa ragu-ragu.

          “Fai Fai Faiiii… Dia ada kat situ!” Arah Hany yang masih lagi memegang batang penyapu itu.

          “Mana!”

          “Tu tu tuuuu.”

          “Ehh, kejap.” Faila terfikir sesuatu.

          “Apaaaa. Dia dah nak lari dah tu. Cepat lah tangkap.” Hany mula berasa takut.

          “Takkan aku nak tangkap Cik Lip pakai tangan. Kau pegang penyapu tu, kan. Kaulah yang pukul.”

          “Aahh, tak nakkk. Aku geli. Nah, kau pukul.” Hany memberi batang penyapu itu kepada Faila.

          “Alaa, kau niiii. Kau ingat kau sorang je ke yang geli. Kau tengok kaki dia tuuu. Panjangnya.” Faila hanya mampu melihat sahaja binatang kecil yang berada di penjuru cafenya itu.

          “Cepatlah, Fai. Sejam kita menghadap Cik Lip ni.”

          “Kau tau tak apa. Oiii, Cik Lip. Baik kau keluar dari café kami ni, kami nak kemas-kemas café ni. Kau datang tanpa diundang. Tolonggg lah keluar. Tolong ye, Cik Lip.” Rayu Faila.

          “Kau ni dah kenapa. Cakap dengan binatang tu pula. Macamlah dia nak dengar.”

          “Mana tau, hati dia tiba-tiba lembut.”

          “Banyaklah kau. Dia mana ada hati. Nampak tu, dia mengeras je kat situ.” Arah Hany lagi kerana dia masih takut akan lipas itu.

          Faila hanya memandang sahaja ke arah lipas itu. Seolah-olah dia tidak mahu keluar dari situ.

          “Beb.” Faila memanggil lalu dia memandang ke arah Hany.

          “Kenapa buat muka macam tu.” Hany hanya membalas pandangan Faila sahaja.

          “Aku takut.” Faila mencebeh.

          “Habis tu. Kalau kau takut, aku pun takut… siapa nak tolong halaukan.” Hany pula yang mencebeh.

          “Hahhh.” Faila terfikir sesuatu.

          “Kau nak suruh siapa halaukan?” Pandang Hany.

          “Penyembur serangga.” Jawab Faila sambil dia tersenyum-senyum.

          “Haaaa, kenapa dari tadi tak guna benda tu.” Geram Hany seketika.

          “Aku tak terfikir, nampak je benda tu, aku dah lost.” Tersengih Faila.

          “Hurmmm, kat mana spray tu?” Hany mula mencari-cari.

          “Jap jap jap, biar aku ambil kat belakang.” Faila terus berlari anak untuk menuju ke belakang ruang café itu.

          “Cepat sikit! Nanti Cik Lip lari.”

          “Ha haa, ye!”

          “Aduh. Kenapalah awal pagi ni kamu nak muncul. Dahlah banyak barang nak kena kemas. Nak renovate lagi, kau pula mendatangkan masalah.” Bisik Hany sendirian sambil merenung tajam ke arah lipas itu.

 

 

“WEH. Kau bawa aku pergi mana ni.” Cuak Sam.

          “Pergi makan lah.” Jawab Haidier.

          “Kedai mamak kat area sana. Salah jalan ni.” Cuak Sam lagi.

          “Aku tahulah kat area sana.”

          “Habis tu?”

          “Tekak aku ni, terasa nak makan kek coklat.” Haidier hanya memberikan senyumannya sahaja.

          “Pula dah. Awal pagi makan kek. Orang pagi makan nasi lemak ke, roti canai ke, baru selera dengan tekak pagi ni.” Bebel Sam.

          “Alaa kau ni, bising ahh. Aku teringin nak makan kek. Tak salah kan makan kek pagi ni.” Balas Haidier.

          “Memanglah tak salah. Tapi, aku teringin nak makan nasi lemak.” Jawab Sam.

          “Ahh kau ni. Tiap-tiap hari makan nasi lemak. Siap ada telur mata dua lagi kat atas.” Balas Haidier lagi.

          “Ehh, itu wajib. Barulah ada semangat nak buat kerja.”

          "Lepas tu, tidur. Sebab mengantok makan nasi lemak.” Celah Haidier lalu dia tersengih.

          “Ee ehh kau ni. Bukan nak bagi semangat kat aku. Kau perli aku lagi adalah.”

          “Hahaha. Rilek lah bro. Marah pula.”

          “Marah ahh. Tengah berapi ni.”

          Haidier hanya ketawakan sahaja apabila sahabatnya itu asyik membebel.

          “Haa, nilah kawan. Bila kawan susah, bukan nak tolong. Gelak gelakkan kita pula.” Sam hanya membebelkannya sahaja.

          “Kau dah kenapa. Hahahaa. Adoiiii.. Masalahlah kau ni.” Haidier mampu gelak sahaja.

          “Dah ahh, jangan cakap dengan aku.” Sam merajuk seketika.

          “Pula dah, merajuk. Kau ni macam perempuan ahh.”

          “Sekali-sekala aku nak jadi perempuan lah pula.” Terlintas di fikiran Sam seketika.

          “Gila ahh kau ni. Syaitan apa yang merasuk kau ni.” Terkejut Haidier seketika.

          “Kau jangan fikir macam-macam. Aku just cakap je.” Balas Sam.

          “Aku dah terfikir. Geli, siak. Aku rasa, kau kena makan ubat ni.” Haidier hanya meneruskan pemanduannya sahaja.

          “Entahlah, aku pun tak tahu apa yang aku fikir.” Fikir Sam.

          Haidier hanya memandang sekilas sahaja ke wajah Sam lalu dia mula memandang ke arah pemanduannya itu.

          “Tapi cuba kau tengok perempuan zaman sekarang. Kalau dia merajuk, sampai penghujung dunia. Bila dipujuk, huishhh, jual mahal dia bukan main lagi.” Sambung Sam.

          “Biasalah tu. Perempuan zaman sekarang ke, zaman dulu ke, sama je. Lelaki zaman sekarang ni pun, apa kurangnya. Ada juga perempuan kena pujuk lelaki.”

          “Yelah, betullah tu.” Sam hanya mengiyakannya sahaja.

          “So, kat dunia ni, laki dengan perempuan sama je. Perlukan kasih sayang, faham antara satu sama lain. Yang penting, kita janganlah sakitkan hati antara satu sama lain. Kalau korang bergaduh macam mana pun, berbincang dengan cara baik.” Sambung Haidier lagi.

          “Aku tabik kau, bro. Mesti ramai perempuan yang cair dengan kau.”

          “Mestilah. Ini Haidierlah.”

          “Dah dah, jangan nak meninggi sangat ehh.”

          Haidier hanya tergelak sahaja.

          “Suzy macam mana?” Tanya Haidier secara tiba-tiba.

          Sam tersentak seketika lalu dia menggaru-garukan kepalanya yang tidak terasa gatal itu.

          “Dia okay. Kenapa? Kau nak berkenalan dengan dia ke?” Sam hanya mengangkatkan keningnya sahaja.

          “Ehh, aku pula. Bukan kau ke yang selalu cerita pasal dia kat kitaorang. So, aku tanyalah, kau dengan dia macam mana.”

          “Hurmmm.” Keluh Sam seketika.

          “Mengeluh tu, ada masalah ler tu.”

          “Tak ada apa pun. Tapi, aku tak tahulah dia suka kat aku ke tak.” Jelas Sam.

          Haidier hanya mendengarkannya sahaja keluhan daripada sahabatnya itu.

Previous: Bab 49
Next: Bab 51

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.