Home Novel Komedi/Romantik Komedi AKU PLAYBOY 'OPS' KAU PLAYGIRL
Bab 55



FARIS mula tersenyum sendirian. Tidak tahu apa yang telah membuatkannya berasa geli hati. Yang dia tahu sekarang ini, dia mahu tersenyum sahaja.

          “Ris. Aku dah nak kena gerak dah ni.” Panggil Kairi sambil jari-jemarinya menekan di permukaan skrin telefon untuk menaip sesuatu di dalam mesejnya itu.

          “Ris.” Panggil Kairi lagi lalu dia terus menoleh ke arah Faris.

          “Oiii..!” Sergah Kairi sambil menempuk bahu kiri Faris itu.

          “Oii kau. Terkejut aku.”

          “Kau apa hal senyum sorang-sorang.”

          “Salah ke aku nak senyum.” Balas Faris.

          “Tak salah. Kau pun nak senyum agak-agak laa. Dengan pokok, tiang, kerusi pun kau boleh senyum.”

          “Tak apalah. At least, aku dapat senyum.” Balas Faris lagi lalu dia mula tersenyum semula.

          “Aduh, parah betul kawan aku ni.” Kairi hanya mampu menggeleng-gelengkan kepalanya sahaja.

          “Rilek laa, bro. Aku sendiri pun tak tahu, kenapa aku rasa hari ni nak senyum je memanjang. Rasa nak tersenyum.” Gelak Faris.

          “Haha. Kau kena cari awek ni. Biar tak rasa kesunyian. Tak payahlah nak single memanjang.” Gelak Kairi pula.

           Faris mula terdiam lalu dia menoleh ke arah Kairi.

          “Apa! Aku cakap betul apa. Aku ni pun, tak lama lagi nak jadi suami orang. Takkanlah kau nak speed time dengan aku twenty four hours.” Usik Kairi seketika.

          “Ehh kau. Lebih baik aku berkepit bawah ketiak mak aku. Lagi aman.”

          “Haha. Pape jelah kau ni, Ris. Aku nak gerak dah ni.” Kairi bingkas bangun dari bangku kerusi yang berada di taman permainan itu.

          “Ouh, okaylah.” Faris berjabat tangan dengan Kairi.

          “Okay, jumpa esok. Jangan senyum banyak sangat, nanti tak turun bidadari syurga kau.” Usik Kairi lagi.

          “Uishhh, kauuu. Jangan masin sangat mulut tu.”

          “Haa, cari cepat-cepat. Kahwin nanti, jangan lupa ajak aku.”

          “Haha. Terus kahwin ehh. InsyaAllah. Buat masa sekarang ni, aku tak ready lagi. Kau tu, kahwin, jangan lupa jemput aku.”

          “Mestilah, kau wajib datang. Hahaha. Okaylah, aku gerak dulu. Assalamualaikum.”

          “Waalaikumusalam.” Faris hanya melambai-lambaikan tangan kanannya kepada Kairi.

          “Aduh, macam-macam. Aku nak senyum dengan aman pun, ada orang tegur. Kalau aku senyum kat rumah, lagilah.. dikatakan tak siuman pula. Salah ke aku nak senyum. Mungkin sebab aku ni terlampau hensem sangat kot.” Bisik Faris kepada dirinya sendiri.

          “Hmmmm, ye, betul tu. Tak dinafikan lagi laa. Aku ni memang kacak pun. Aku, kalau nakkan seseorang tu, petik jari je, berbaris terus kat depan aku ni. Tapi, tulah. Tak ada siapa pun yang dapat menarik minat aku. Hati aku ni memilih sangat ni.” Bisik Faris lagi sambil memikirkannya.

          “Dahlah, aku nak balik laa.” Faris terus beredar dari taman permainan setelah melihat jam di tangan kanannya itu.

          Faris berjalan dengan bergayanya sambil mengukirkan senyumannya itu. Tidak mempedulikan sesiapa yang berada disekelilingnya. Dia hanya gembira untuk dirinya sendiri sahaja.

          “Abang abang abang!!!”

          Faris terhenti seketika.

          ‘Ehh! Siapa yang memanggil. Suara tu macam dekat je kat sini.’ Fikir Faris.

          Dia mula melihat di sekelilingnya itu. Tetapi, tiada kelibat manusia yang berhampiran dengannya itu.

          Mula berasa pelik.

          “Abang!!!”

          “Astaghfirullah Al-Adzim. Adik! Adik ni muncul dari mana? Terkejut abang tau.” Faris hanya mengurut-ngurutkan dadanya sahaja kerana terkejut akan kemunculan seorang budak lelaki yang tiba-tiba berada dihadapannya itu.

          “Abang. Tolong, bang.” Panik budak lelaki itu.

          “Ehh, dik. Kenapa ni?”

          “Ada mak cik pengsan kat depan sana tu, bang.”

          “Mak cik! Mak cik mana pula ni, dik. Mak cik adik ke?” Faris sedikit terkejut.

          “Bukan, bang. Bukan mak cik saya.”

          “Habis tu. Kalau bukan mak cik adik, mak cik siapa?” Faris hanya mampu tertanya-tanya sahaja.

          “Saya pun tak tahu, bang. Saya dengan kawan-kawan saya tengah bermain kat taman. Lepas tu, kita orang ternampak makcik tu dah terbaring kat tengah jalan.” Jelas budak lelaki itu kepada Faris.

          “La ilaha illallah. Jom jom.” Bergegas Faris untuk menuju ke tempat lokasi tersebut.

          Budak lelaki itu hanya mampu menunjukkan jalan sahaja.

          “Tu bang, tu bang.”

          “Astaghfirullah Al-Adzim. Mak cik! Macam mana mak cik boleh pengsan kat sini.”

          Faris melihat di sekelilingnya, tiada sesiapa yang berada di tengah jalan kecuali ada beberapa budak-budak kecil yang cuba untuk membantu.

          “Adik! Tolong jaga mak cik ni kejap. Abang nak pergi ambil kereta kat sana.” Arah Faris kepada beberapa budak-budak lelaki itu.

          “Baik, bang.”

          Faris bergegas mendapatkan keretanya yang tidak jauh dari taman permainan itu. Dia segera menghidupkan enjin keretanya itu.

 

 

          “Balik nanti. Faila nak merajuk puas-puas. Tak nak cakap dengan Ibu. Sampai hati Ibu tinggalkan Faila keseorangan di rumah.” Bebel Faila seorang diri lalu dia mula mencebikkan mulutnya itu.

          “Faila dah pesan dah. Kalau nak keluar, Ajak Faila sekali. Ni..! Suka sangat nak pergi sesorang. Beli barang sesorang! Masak sesorang! Berkebun sesorang! Mandi pun nak sesorang!” Bebel Faila lagi.

          “Ehh!” Mula terfikir sesuatu.

          “Mandi memanglah kena sesorang. Kecuali baby, haaaa, barulah boleh mandi berdua.” Tergelak Faila seketika.

          Lalu dia terdiam seketika apabila masih lagi risau akan keselamatan ibunya itu. Dia tahu, ibunya itu tidak mahu menyusahkannya selagi dia mampu untuk melakukannya dengan sendiri. Tetapi, Faila tetap berkeras untuk membantu ibunya selagi dia masih hidup.

          Sejak ayahnya meninggal dunia, ibunya sering melakukan perkara yang dia ingini dengan sendirinya. Katanya, dia akan tenang apabila dia tidak dibantu oleh sesiapa termasuklah anaknya sendiri.

           Faila hanya menunggu di halaman rumah ibunya itu.

          “Mana ibu ni?” Fikirannya mula bercelaru.

          “Telefon tertinggal. Ni yang buat aku risau ni. Ibu, mana ibu pergi. Faila risau ni.” Hatinya mula berasa gelisah dan juga ingin mahu menangis sahaja.

          Kali ini, ibunya pergi terlalu lama Dan membuatkan Faila semakin tidak senang duduk keran asyik memikirkan tenang ibunya sahaja.

          Mahu mencari ibunya, tetapi dia sendiri tidak tahu di mana dia mahu mulakan pencarian ibunya itu.

          Hati mula rasa resah.

          Rasa tidak tenang semakin membuak-buak Di dalam jiwanya.

 

Previous: Bab 54

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.