Home Novel Islamik The Missing Puzzles
The Missing Puzzles
Norsamila Samsudin
9/7/2019 18:53:52
3,557
Kategori: Novel
Genre: Islamik
Bab 6

PULANG semula ke kolej hati terus teringat pada diari yang hilang. Dalam tu ada tercatat nama aku dan nama fakulti. Kalau ada yang jumpa dan berniat baik, tentu akan dipulangkan. Aku gelisah. Siapa pula yang jumpa diari aku yang penuh dengan rahsia tu ... Aduh! Silap haribulan tular pula ke seantero kampus.

Langkah kulajukan. Aku sebenarnya sudah terlewat untuk ke dewan kuliah. Eh, tak lewat lagi cuma aku tak suka masuk ke dalam dewan dalam keadaan orang dah ramai. Lebih-lebih lagi bila pensyarah sudah memulakan kuliah.

"Assalammualaikum."

Aku menoleh. Ada yang sedang menyamai langkah. Ish, mamat mata sepet rupanya.

"Nak apa?" tanyaku sambil langkah kaki semakin laju.

"Nak awak," selamba dia membalas sambil tersenyum.

Poyo!

"Malas nak layan," balasku sambil terus melangkah. Dia mengejar dengan mudah. Yalah. Kaki dia, kan panjang. Tinggi pada aku. Aku ni hanya paras bahu dia sahaja.

"Jangan marah. Saya bergurau je. Awak bagi bola tanggung, saya smashlah."

"Apa yang awak merepek ni? Bola tanggunglah, smashlah. Saya nak cepat ni. Awak nak apa ikut saya ni? Kalau nak buku 'Solat' tu, saya belum habis baca lagi," Aku membebel tanpa menghentikan langkah.

"Berhenti sekejap boleh tak? Dahlah salam tak jawab ..."

Eh, mamat mata sepet ni. Suka-suka je nak sindir-sindir aku. Aku buat tak tahu. Suka hatilah nak ikut pun. Masuk sekali dalam dewan pun ok kalau rasa-rasa nak jadi bahan.

"Nur Aqilah Najwa binti Azamuddin."

Langkah kaki aku terhenti, mati dengan tiba-tiba. Aku berpaling pada dia. Dia tersenyum.

"Mana awak tahu nama penuh saya?" tanyaku dengan rasa mengkal di dada. Tak puas hati bila mamat mata sepet ini tahu nama aku. Aku pasti yang aku tidak pernah beritahu dia. Entah dari sumber mana dia dapat ...

"Hah, tahu pun berhenti. Ingatkan brek kat kaki tu dah rosak tadi."

"Saya tanya ... mana awak tahu nama saya?" soalku geram. Nama penuh pulak tu. Dia stalked aku ke? Kat mana? Tak pernah aku letak nama penuh aku dalam mana-mana media sosial. Twitter ke, Facebook ke, Instagram ke ... memang tak pernah. Aku pun jarang-jarang ada atas talian. Gambar profil pun bukan gambar aku. Gambar harimau kumbang je, pun!

"Tanya elok-elok tak boleh ke?" soal dia yang masih lagi nak main tarik tali sedangkan aku dah kalah dengan masa sendiri.

"Saya nak cepatlah," balas aku dan aku mula kembali melangkah. Ah! Lantaklah. Kau dah tahu nama aku, sudahlah. Bukan boleh buat apa pun hanya dengan tahu nama penuh. Malas aku nak bertelagah.

"Awak tak rasa ada barang yang awak nak tuntut dari saya, ke?"

Barang? Barang apa pula? Otak aku kabur dengan pertanyaan dia, sebelum ...

"Kau curi diari aku?!" terus aku berpaling dan berdepan dengan dia. Eii ... geramnya dengan mamat mata sepet ni. Dia yang ambil rupanya. Patut satu perpustakaan aku pusing masih tak jumpa. Aku sepatutnya sudah dapat menjangka.

"Whoa! Itu satu tuduhan Cik Aqilah. Saya jumpa, ok. J-U-M-P-A. Jumpa! Pantang atuk nenek saya dituduh sebagai pencuri. Keras tuduhan awak tu, Cik Aqilah."

Aku menghela nafas. Main atuk-nenek bagai mamat ni, kenapa? Aku makin bengang. Cuba bertenang, Aqilah. Aku tarik nafas panjang-panjang. Walau dalam hati sebenarnya masih berang.

"Pulangkan."

"Macam itu sahaja?"

Ish, mamat ni! Macam itulah. Nak macam mana lagi. Itu pun dah cukup tenang suara aku walaupun dalam hati rasa nak menjerit. Tak bersyukur langsung mamat mata sepet ni. Dia nak suruh aku buat macam mana agaknya? Takkan nak aku menyembah, melutut semata-mata nak minta diari sendiri? Macam-macamlah pula dia ni ...

"Habis? Awak nak macam mana? Nak duit? Hadiah saguhati ... sebab dah jumpa diari saya?" Aku menyindirnya. Kalau nak, aku boleh bagilah. Duit bukan masalah. Yang penting aku nak diari aku semula.

Berubah langsung riak wajahnya.

"Nah, ambillah. Simpan elok-elok. Maaf, saya dah terbaca sebab nak tahu siapa punya," Dia berlalu pergi dengan muka yang ... sedih?

Aku tergamam. Dia sentap? Aku dah salah cakap? Hmm ...

***

AKU tak tahu kenapa riak wajah mamat mata sepet yang sedih itu mengganggu pembelajaran aku. Aduh! Tak tenang aku nak belajar. Kenapa? Kenapa? Kenapa wajah sedih si sepet tu terus menghantui? Aku tak salah. Aku cuma nak diari aku.

Ah! Kenapa ni? Kenapa rasa nak kisah pulak dengan muka dia yang sedih tiba-tiba tu? Tak boleh lupa kenapa?

"Kau kenapa?" suara berbisik Airin buat aku tersedar.

Aku menghela nafas. Takkanlah aku nak cerita pada Airin tentang mamat mata sepet tu.

"Tak ada apa. Aku tengah fokus ni," tipuku. Dan, aku tak pasti minah sorang ni percaya atau tidak. Ada masa dia macam nujum. Boleh tahu bila aku menipu atau menyelindung sesuatu.

Bila dia pandang aku dengan kerutan beribu, aku tahu dia tak percaya. Hmm ... habis kuliah ni mesti dia paksa aku cerita.

***

"KAU sorok apa dari aku?"

Hah, kan aku dah kata. Airin ni macam ada deria keenam. Boleh baca riak muka orang. Eh, silap. Bukan ke deria keenam tu untuk manusia yang hijabnya dibuka Tuhan? Yang boleh nampak makhluk dari alam yang lagi satu? Alam hantu?

"Hai, Aqilah!"

Ashfar Ikram!

Selamat rahsia aku. Penyelamat aku dah sampai.

"Hai," balasku. Malas sebenarnya nak layan Ashfar Ikram ni. Tapi waktu aku sunyi dialah peneman, dialah yang rajin mencipta lelucon buat aku ketawa dan lupakan masalah di antara aku dan ayah.

Cuma ...

"Kenapa ni?" Ashfar sudah menongkat dagu duduk di hadapan aku. Ini satu perangai dia yang aku tak suka. Terlebih manis daripada gula. Mamat romeo yang bersuara ala-ala manja dan kadang-kadang buat aku gatal telinga.

"Sakit kepala," tipuku.

"Nak picit?"

Aku menggeleng. Nak kena panggil dengan dekan?! Tak pasal aku dengan dia kena buang. Apa aku nak jawab dengan ayah? Jangan cari pasal. Sekarang ni pun hubungan aku dengan ayah sudah tegang. Kalau ditambah masalah yang satu ini silap-silap putus terus. Mahu aku dihantar ke Holland, tinggal dengan mama. Itupun kalau mama nak terima aku!

Tak! Aku tak nak. Makin jahil aku nanti. Cukuplah mama seorang yang kembali atheis. Aku masih sayangkan agama ini. Aku ingin mati dalam agama ini. Aku sedang berusaha untuk ubah diri aku menjadi muslimah sejati.

"Teman saya keluar?"

"Bila?" Aku bertanya. Dah lama rasanya tidak keluar. Asyik terperuk je dalam kampus. Sudahlah minggu lepas aku kena balik rumah.

"Hujung minggu ni?" tangan Ashfar sudah mula memintal hujung rambutku. Aku biarkan. Dia memang selalu begitu.

"Ok. Airin ikut?" Aku menoleh pada Airin yang sejak tadi melayan novel sementara menanti kuliah seterusnya.

"Boleh ke?" tanyanya teruja.

"Boleh," Aku menjawab sebelum sempat Ashfar bersuara.

"Ok, saya bawa kawan seorang untuk teman Airin nanti."

"Siapa? Siapa?"

Hmm ... minah ni kan ... awak tu dahlah pakai tudung. Tak payahlah nak tunjuk rasa teruja sangat. Baik lagi aku yang tak pakai tudung ni. Eh, baik ke kalau dah menerima pelawaan lelaki untuk keluar bersosial?

"Adalah, budak course lain," balas Ashfar sambil tersenyum. Lesung pipitnya tenggelam. Memang patut jadi kegilaan ramai. Romeo yang bukan sahaja pandai meng'ayat' perempuan, tapi punya daya tarikan dari banyak aspek. Mulut manis macam gula, hensem, bergaya dan ... yang lebih lagi sebab punya wang!

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Norsamila Samsudin