Home Novel Cinta REEV
REEV
Kay Zaaraa
4/8/2019 07:58:49
4,058
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 25

25

"Aku dengar kau jadi AJK dekorasi. Hmm... Tahun lepas apa yang best waktu annual party, eh?" Soal Shakira ketika kami sedang duduk berehat dibawah sebuah pondok wakaf berdekatan dengan surau. Hujung waktu rehat begini biasanya pondok itu penuh dengan kehadiran pekerja yang duduk bersantai sama ada sebelum atau selepas bersolat. Hari ini lengang pula. Apa lagi, peluang yang jarang-jarang hadir kami manfaatkan. Waktu masih berbaki lima belas minit. Baik Shakira mahupun aku enggan kembali ke pejabat lagi. 

"Ha'ah. Dekorasi simple je. Belon, reben... Item yang biasa kita jumpa. Tahun lepas aku tak hadir. Jadi aku tak tahu." sahutku memberi penjelasan. Shakira yang sedang duduk bersila sambil bersandar pada salah satu tiang itu mengerutkan kening yang cantik terbentuk. 

"Aik... Kenapa?" 

"Malas..." kataku hambar. Aku pasti persoalan ini bakal berlanjutan hingga ke topik yang mahu aku elakkan. Tetapi, mampukah aku? 

"Macam tak best je kalau kau dah kata macam tu." getus Shakira. Alamak! Tak patut aku memberi jawaban sedemikian sebentar tadi. Tengok, kata-kataku sedikit sebanyak sudah mempengaruhi fikiran gadis itu. 

"Sebenarnya bestlah. Cuma aku..." Aku tak jadi menuturkan kata seterusnya. Seakan memahami rasa serba-salahku Shakira menyahut. 

"Dulu-dulu pulak macam mana?"

"Seronoklah. Macam-macam acara dari pagi hingga petang. Waktu tu semua orang sporting sangat. Lagipun aku AJK. Automatik aku akan jadi salah seorang yang bertugas mengendalikan acara. Kau masuklah salah satu acara tu." ceritaku panjang lebar sambil sempat aku mengusik Shakira. Shakira ketawa kecil. 

"Kau rasa acara apa aku patut masuk?" 

"Make-up contest. Confirm menang!" ujarku dengan semangat dan ceria. Shakira membulatkan mata. 

"Wah, acara mekap-mekap pun ada?" tutur Shakira separa terkejut. Aku tersenyum sedikit. Boleh jadi gadis itu belum mengenali dengan lebih mendalam latar budaya para pekerja dikilang ini. 

"Hampir semua pekerja wanita yang calonkan acara ni. Ni kira acara turun-temurun. Kau tau, kan... Kadang-kadang bila kerja dalam bidang production ni, sedikit jer yang gemar berhias. Jadi, bila tiba hari tu, masing-masing mestilah nak tunjukkan kepakaran masing-masing. Seronok jugak sesekali layankan permintaan mereka." Aku memberi penerangan yang jelas kepada Shakira. Gadis itu kelihatan menganggukkan kepala beberapa kali. Mungkin baru menyedari keterbatasan kehidupan sosial operator yang sebenar-benarnya. Ada diantara mereka yang berkerja sehingga dua belas jam sehari. Ada juga yang berkerja hingga lima belas jam sehari untuk membuat OT demi mencari duit lebih. Jikalau kehidupan ditempat kerja sudah memakan masa yang lebih sudah tentulah kehidupan sosial mereka juga terbatas. Sebenarnya, aku amat kagumi sikap segelintir pekerja operator yang mampu berkerja hingga berbelas jam sehari. Tak kiralah kerana sesuatu tujuan yang tersendiri, kesungguhan dan kecekalan mereka jarang-jarang ditemui. 

"Tak naklah. Bagilah peluang dekat diorang enjoy, kan?" kata Shakira. Aku bersetuju dalam diam. Mengangguk tidak mengiyakan pun tidak. 

"Hei, Oci! Aku dengar kau ada pakwe. Siap jadi partner masa majlis Rina. Ewah.. Tak sangka, eh? Diam-diam dah berpunya." ujar Shakira seraya membuatkan aku tersentak. Memang aku dah agak gosip liar ini akan berkeliaran. Namun, tak pula aku jangka ianya akan ditimbulkan oleh Shakira. Setahu aku gadis itu tidak mendapat sebarang jemputan untuk menghadiri majlis perkahwinan Rina pada dua minggu yang lalu. Tetapi, berita tidak benar itu mampu tiba ke pengetahuannya. Teman sepejabat tidak pula mahu bertanya sendiri kepadaku. Aku fikir mereka segan. Maklumlah, sejak peristiwa dulu tiada siapa yang berani mencampuri urusan peribadiku. Sepasang stiletto milik Shakira yang cantik terletak diatas simen aku tenung dengan lama. Bukan kasut itu yang menarik minat aku. Sambil duduk bergoyang kaki aku memikirkan alasan untuk mengelak dari menceritakan perkara sebenar kepada Shakira. Bagi aku perkara itu terlalu peribadi. Melibatkan maruah Azran, juga aku sendiri. 

"Oi, senyap pulak? Ingat pakwelah tu." tegur Shakira. Aku menoleh kearah gadis itu sekilas. 

"Orang tu bukan pakwe aku. Kebetulan je bertemu." sahutku. Aku sedar ianya dangkal. Bukanlah alasan yang mampu membela diri aku sendiri. Tapi, persetankan. Jika gadis itu mahu prejudis, terserah. Aku cuma menjawab soalan yang ditanyakan. 


Previous: Bab 24
Next: Bab 26

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Kay Zaaraa