Bab 43

Assalamualaikum... La nak ucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin kepada semua pembaca yang baik hati sudi baca cerita La.

Semoga semua sihat dan bahagia sentiasa... Aamiin...


JAY menjeling-jeling melihat Rizqi di hujung sana. Duduk jauh dari semua orang. Dari tadi dia tengok Rizqi khusyuk sangat dengan buku notanya. Takkan menulis kot. Rizqi bukannya rajin sangat. Harapkan otak aje bijak.

Matanya jeling lagi. Dari tadi dia terkinja-kinja nak tengok apa yang Rizqi buat. Mesti ada apa-apa sampai siap angkat kulit buku tak bagi orang nampak apa yang dia tengah buat. Ligat betul tangan kiri itu buat kerja. Tapi kerja apa? Kalaulah dia di sebelah Rizqi, dah lama dia skodeng. 

“Dam, Qi tengah buat apa tu? Jom, pergi skodeng.”

“Boleh tak dalam sehari kau jangan buat hal. Dah terang-terang dia nak bersendirian. Mood dia kurang baik tu. Jangan kacau.”

Jay cemik. Asyik-asyik mood kurang baik. Dasar si jantan buasir.

Fiqri melihat sekilas ke arah Rizqi. “Kenapa dengan dia? Aku nak tegur pun tak berani.” 

Adam angkat bahu. “Entah. Pagi-pagi dah meroyan. Langsung tak nak jawab aku tegur. Siap mendengus marah lagi.” 

“Gaduh dengan si Mel-Mel kot?” teka Fiqri.

“Mungkin. Sebab semalam dia suruh aku tunggu dia  nak hantar kereta kat Mel. Tapi dia tak datang. Aku pergilah sorang-sorang.”

“Dia marah dengan kau la tu. Sebab kau jumpa Mel masa dia tak ada. Cemburu buta.” 

Adam kerut dahi. Ada masuk akal jugak apa yang Jay cakap tu. 

Fiqri tayang muka menyampah. “Dengan kau pun nak cemburu. Macamlah si Mel-Mel tu semua orang nak.” 

“Aku nak.” Jay tayang senyuman paling gatal. Siap angkat tangan.

“Kau tu semua perempuan kau nak. CMA kau tak nak?” 

“Aku bagi kat kau la Dam. Kesian kau sampai sekarang masih single. Mana bakal bini kau ni Dam? Tak nampak bayang lagi ni. Ke kau simpan dalam almari. Manalah tahu kau kena penyakit cemburu buta macam Qi tu. Kalau CMA kau tak payah bimbanglah, tayang merata dunia tak ada orang nak pun. Untuk kau aje…” 

Fiqri ketawa terbahak-bahak. Tak sanggup nak bayangkan CMA kahwin dengan Adam. Hari-harilah Adam yang lelaki suci ni kena tengking.

“Diamlah kau!” Nak aje Adam luku kepala Jay yang tengah suka sakan sampai terpusing ke belakang. Kurang asam betul. Ada ke nak sandingkan dia dengan CMA. Boleh merana hidup dia nanti.

“Oii, apahal ketawa sakan ni?” Rizqi duduk di kerusi di sebelah Jay.

“Hah… datang pun kau. Ingatkan nak jadi kera sumbang duk sorang-sorang macam orang terbuang. Kau pergi mana hah? Mamat tak laku-laku ni cakap semalam kau hilang.”

Adam ketap bibir. Kena jugak Jay dengan dia nanti. Geram betul. 

“Ni apasal botakkan kepala pulak?” Cap yang berada di kepala Rizqi ditarik Adam. Terpampang rambut Rizqi yang dipotong pendek ala-ala askar. Semalam dia tengok rambut Rizqi masih stylo, sekarang dah macam toyol. 

“Bagi balik Dam.”

Adam geleng tak nak bagi siap pakai ke kepalanya lagi. Rizqi biarkan Adam menggila dengan capnya. Kejap pusing depan. Kejap pusing belakang. Kejap ke kanan. Kejap ke kiri. Mengalahkan kera dapat bunga.

“Nak.” Fiqri tadah tangan.

Adam pakaikan cap Rizqi ke kepala Fiqri. Fiqri angkat-angkat kening tanya soalan bisu dia handsome ke tak. Adam bagi dua thums up. Fiqri apa lagi sengih selebar alam bahagia teramat.

“Nak, mak kau mana tak masuk-masuk lagi ni?” 

“Diam kau bodoh!” Adam dah panas telinga. Kalau tak ingat sedara memang dah lama Jay dia pulas kepala.

“Bukan tu isteri uncle ke?” Fiqri tatap Jay sungguh-sungguh.

Jay balas dengan geleng laju-laju. “Uncle rela bunuh diri nak dari beristerikan mak kau tu!”

“Dan aku rela bunuh bapak aku sebab lancang pergi beristerikan isteri macam tu!” Fiqri pandang Adam penuh marah.

Rizqi mendenguskan tawa. “Dam, anak kau ni memang durhaka.” 

“Biarlah Qi, anak durhaka mati siksa. Kan nak?” Adam tatap Fiqri penuh sifat kebapaan. 

“Durhaka punya bapak doa anak mati siksa. Confirm-confirm bapak macam ni tempatnya di neraka.”

Adam putar bola mata. Jengkel betul dengan si mulut busuk ni.

Rizqi mendecit. “Ambik kau bapak. Patutnya anak durhaka macam ni jangan dibela. Meh sini biar Uncle Qi tolong ajarkan adab-adab bercakap dengan orang tua.” Tangan Rizqi dah terhulur ke arah Fiqri.

Ngeri! Tak tunggu sesaat Fiqri menempel dekat Adam. “Bapak tolong jangan biarkan Uncle buas ni dekat dengan Fiq.” 

“Sini kau!” Rizqi tarik kolar belakang Fiqri.

“Bapaaak, tolong anakmu ini!” Fiqri paut lengan Adam. Lehernya dah tercekik.

“Dahlah tu.” Adam tarik tangan Rizqi selamatkan leher Fiqri dari jadi mangsa kebuasan Rizqi.

Jay sengih. Rizqi memang buas. Main-main pun dia sungguh-sungguh. Bayangkan saja masa dia sungguh-sungguh. Sebab tu dia diberi gelaran jantan buas.

“Nasib baik aku ni anak yang soleh, jauh dari kata durhaka.” Seperti biasa Jay dah biasa puji diri sendiri.

“Memang kau anak yang soleh. Kalau tak kau takkan setuju nak bertunang dengan orang yang kau tak cinta semata-mata tak nak jadi anak durhaka, kan?”

Fiqri mula bukak topik yang Jay tak suka.

Rizqi peluk bahu Jay dengan mesra. “El tu baik sebab tu walid nak Jay bertunang cepat-cepat. Takut orang ambik, kan Jay?”

Jay bersemangat mengangguk-angguk. Namun tak lama kemudian bertukar murka bila Rizqi bagi kenyataan yang buat dia rasa nak cabik-cabik orang.

“Tapi tunggulah satu hari nanti bila rahsia Jay sebagai penggila wanita pecah, masa tu El dengan rela hati tinggalkan Jay. Sepandai-pandai monyet memanjat akhirnya masuk ke lubang kubur jugak, kan Jay?”

“Ah, lepas!” Jay meronta tak sudi dipeluk Rizqi. 

Pap! Bahu Jay dipukul sebelum dilepaskan. 

“Aduh! Kenapa kau pukul aku?! Aku tak buat salah pun!” Jay meraung penuh siksa. Sakit tahu tak.

“Halau setan.” Selamba Rizqi menyindir. Adam dan Fiqri mengilai tengok muka tak puas hati Jay.

Tunggulah kau jantan buas, akan ku balas dendam! Ikrar Jay penuh semangat.

Terdengar bunyi sok seh sok seh di belakang mereka.

“Alahai macholah Rizqi buat rambut macam tu.

“Handsomenya dia.”

“Aduhai… indahnya ciptaan Tuhan.”

“Kalau jadi boyfriend aku kan bagus.”

Adam, Fiqri, dan Jay sengih geleng-geleng kepala. 

“Hesy… buat sytle macam mana pun kalau berkenaan dengan Qi semuanya dia orang nampak handsome. Kepala gondol pun handsome ke?” Adam menyegih panjang.

“Nak buat macam mana orang dah gila bayang, kentut busuk pun bau wangi,” sampuk Fiqri.

“Kalau aku botakkan kepala, confirm lagi handsome dari Qi. Perempuan tengok semua meleleh air liur.” Jay dengki bila Rizqi dipuji-puji. Dia nak orang puji jugak. Ah, dunia ini memang penuh dengan ketidakadilan.

Fiqri buat-buat muntah.

Adam putar bola mata. Menyampah.

“Agak-agaknya Camelia suka tak dengan rambut aku ni?” tanya Rizqi serius. 

“Alahai…. Camelia jugak yang dia duk fikir. Memang sah gila meroyan.” Adam gelak besar.

Jay cemik. Bukan setakat gila meroyan. Rizqi memang dari dulu kini dan selamanya memang dah gila. Sikit-sikit nak hempuk orang. Tak ke gila namanya tu.

“Kenapa kau dogolkan kepala kau? Ingat handsome sangat ke macam tu.” Adam mengulang balik pertanyaan yang masih menjadi tanda tanya. 

“Serabut.” Rizqi mengeluh.

“Serabut kenapa?” soal Fiqri.

“Mel tak jawab panggilan aku. Mesej pun tak reply. Aku bukan sengaja tak nak pergi semalam. Aku kat ofis. Penat buat kerja, aku ingat nak rehat kejap. Terlelap tak sedar apa-apa. Bangun-bangun dah pukul 2 pagi.”  

“Patutlah aku call tak angkat-angkat.” Adam geleng kepala. 

“Aku pergi rumah dia. Tapi takkanlah nak suruh dia keluar pulak. Ada kena hambat dengan penyapu. Bukan tak kenal Mel tu. Angin satu badan.”

“La… kau pergi jugak rumah dia semalam. Dah tahu tak dapat jumpa dia, kau datang buat apa.” Tak payahlah gila bayang sangat. Bunga macam tu bukannya sekuntum. Dahlah beracun, tak guna satu sen pun. Itu Fiqri sambung dalam hati aje.

“Aku rindu. Tak dapat tengok cik bunga, dapat tengok rumah pun tak apa. Mata aku ada laser. Nampak cik bunga tengah lena.” Rizqi angkat-angkat kening dengan senyuman miang yang amat.

“Allah…” Adam usap dada. Apa nak jadi dengan Rizqi ni. Gatal tak boleh nak bendung lagi dah.

Fiqri pegang kepala. Pening sekejap. Tak boleh nak cakap apa dah kalau dah kronik sampai macam ni sekali. Tunggu dikafankan aje.

Jay tepuk tangan. “Wow, cayelah! Ada laser gitu. Nak pinjam boleh?” Nak intai cik bunga jugak. Itu cakap dalam hati. Kalau tahu dek Rizqi memang dia akan ‘dilaserkan’ sampai hancur lebur.

“Aku ingat kau ke manalah sampai lupa janji dengan Mel,” ucap Adam.

“Aku nak ke mana lagi kalau tak ada kat rumah memang kat ofislah.” 

“Aku ingat kau pergi majlis cukur jambul.” Jay menyindir. Lepas tu ketawa siap tepuk-tepuk meja.

“Kurang asam punya budak. Seronoknya kau perli aku. Majlis majlis cukur jambul bagai heh. Ni aku nak buat majlis cukur jambul kau.” Tangan Rizqi mengunci kepala Jay di celah ketiaknya. 

“Sekarang aku nak potong jambul kau.” Rambut Jay ditarik-tarik tanpa belas kasihan.

“Aduh! Aduh! Aduh! Tolong! Tolong! Syaitan kepala gondol tengah seksa aku…” Sakit lehernya dikepit. Tak tambah lagi dengan sakit kena tarik rambut. 

Fiqri dan Adam ketawa mengekek melihat upacara cukur jambul Jay yang sedang berjalan dengan lancar. 

“Aduh… pening… sakit…” Jay pegang kepalanya sebaik saja lepas. Tunggulah akan dia balas dendam. 

 “Ni salah kaulah Dam. Patutnya kau tunggu aku. Macamlah hari ni tak boleh hantar. Tak sabar-sabarlah tu nak jumpa makwe aku.” Rizqi cemburu. Dahlah Camelia pandang tinggi pada Adam. Dia…? Hampeh.

“Suka hati aje salahkan aku. Kau ingat aku ni busuk hati sangat ke nak rampas makwe sedara sendiri. Bunga bukan sekuntumlah.” 

“Betul tu. Tak payahlah nak suka kat orang yang jual mahal. Bunga macam tu berlambak yang lembut hati.”

Rizqi jeling. Fiqri ni kutuk Camelia jahat ke? Memang mintak penampar ni.

“Qi, susah-susah sangat kau culik aje. Bawak jumpa tuk kadi. Angkat terus jadi bini.” Jay cadangkan idea mencarut lagi mengarut disambut Rizqi dengan mengangguk-angguk.

Ehem, ehem, ehem! Kahwin? Best tu. Dapatlah duduk dekat-dekat. Dapatlah peluk erat-erat. Rizqi sudah senyum sampai ke telinga. Berangan pun dah best kalaulah betul-betul mesti lagi-lagilah best. Senyumannya dah lebar. Selebar-lebarnya. 

“Opss… ada orang tengah gila bayang. Sengih memanjang…”

“Sayangnya Dam, itu semua takkan jadi kenyataan.”

Mati terus senyuman Rizqi. Berubah masam dan kelat. Kalau boleh telan dah lama Fiqri ni hilang. 

Mata Jay tak lepas dari buku nota Rizqi yang dari tadi menggodanya untuk dia cari tahu isi kandungannya. Masanya dah tiba!

“Pinjam kejap!” Jay pantas merentap buku nota di tangan Rizqi. 

“Bagi balik, penyangak!” raung Rizqi tapi Jay sudah berdesup melarikan diri.

"Dam, Fiq berpecah!!!" laung Jay. Seperti dirasuk semangat penyangak Adam dan Fiqri pantas mengikut arahan.

“Ooh… lukis gambar cik bunga. Patutlah khusyuk sangat. Ni yang kau duk buat ya.” Menyegih panjang Jay. 

“Bagi balik ngok!” Dikejarnya Jay. 

“Dam! Dam! Ambik! Ambik!” Dilemparnya buku nota Rizqi kepada Adam.

Rizqi mendengus marah melihat bukunya sudah tiba di tangan Adam.

“Fulamak! Ada orang tengah merindu. I miss you siap tiga kali noktah seru!” 

“Adam, bagi sini!!!” Rizqi berlari ke arah Adam. Buku notanya cuba direbut tapi pantas Adam melempar kepada Fiqri.

“Fiq, sambut!” Pertukaran baton berjalan lancar. Buku nota Rizqi sudah selamat landing di tangan Fiqri yang dah bersedia lari dari tadi lagi.

“Lari Fiq! Lari!” Adam dan Jay memberi sorakan galakan kepada Fiqri yang sudah jauh membawa lari khazanah berharga Rizqi.

“Fiq! Baik kau bagi buku aku! Kalau tak…” Belum habis Rizqi memberi amaran Fiqri menjerit dalam nada terkejut yang amat gitu.

“Aku tak boleh terima!!!” raung Fiqri yang sudah berada di depan. 

“Qi tulis apa Fiq?!” jerit Jay dan Adam serentak. Mesti yang meletopps punya kalau Fiqri menjerit mengalahkan pondan yang nak disunat.

Rizqi mula kalut. “Apa yang aku tulis?” tanya dia pada dirinya sendiri. 

“Cik bunga, will you marry me?!!” ucap Fiqri kuat

Kelas yang kecoh tadi senyap sunyi tiba-tiba. Masing-masing terkejut dengan lamaran perkahwinan yang tak disangka-sangka. Yang pasti ramai perempuan dah patah hati.

“Fiqri Alimin!!!” jerkah Rizqi kuat.

Fiqri terpaku, pucat lesi. Kuat betul Rizqi jerit sampai dia takut siling bilik kuliahnya runtuh. 

Adam dan Jay pun sudah tak berkutik bila melihat muka Rizqi bertukar menjadi sebuas-buasnya. 

Rizqi berjalan laju mendapatkan Fiqri. Tak payah diminta dengan rela hati Fiqri menghulurkan buku nota itu kepada Rizqi. 

Rizqi merentap kasar bukunya dan berdebuk kepala Fiqri dipukul sekuat hati dengan buku di tangannya.

“Aduuuhh!” Fiqri menggosok kepala. Dalam hati syukur yang teramat bila Rizqi pusing badan dan keluar. Dia ingat dia yang akan ditendang keluar.

 “Yang kau pergi baca tang tu kuat-kuat kenapa?” soal Adam sebaik saja Fiqri duduk di kerusi di sebelahnya.

“Korang jugak yang tanya. Aku jawablah.” Fiqri tak terima. Sudahlah dia sakit, disalahkan pulak. 

“Ya tak ya jugak. Sorry Fiq.” Adam menyesalinya dengan bersungguh-sungguh.

“Berlagak naiflah pulak. Dah tahu benda tu sensitif. Kau pergi baca buat apa. Free-free dapat hadiah. Hihihi.” 

“Kaulah yang mula dulu bangang. Kalau kau tak ambik buku dia, semua ni tak jadi.” Kepalanya digosok, sakit makin menyengat-nyegat. Takkanlah sampai retak tengkorak. Oh tidak!!! Dia nak hidup lama lagi.

“Salahkan orang pulak.” Jay ketawa senang hati. Seronok bila terkenangkan betapa kuatnya Fiqri kena pukul tadi.

“Sakit?” Adam bimbang tengok Fiqri berada dalam kesakitan yang teramat sangat. Rizqi pun satu, kenapa dipukul sekuat tu. Dah tahu Fiqri bukan jenis yang tahan sakit. Kalau Jay dia rela je.

“Sakit bapak...” Fiqri pegang kepala dengan muka tersiksa.

“Tunggu mak kau datang ya nak. Lepas tu ajak dia pergi klinik.”

“Diamlah kau Jaafarudin penyangak!!!” Fiqri meraung.

Terjengil mata Jay. Dengan penuh emosi telunjuknya dihalakan ke muka Fiqri.

“Jangan sesekali kau sebut nama penuh aku! Kan bertelur dahi tu!” 

Tak suka betul namanya yang klasik itu disebut-sebut. Tak kena dengan imejnya yang moden lagi gempak.  



“ARGHHH!!!” Rizqi bertempik hebat. 

Dihempaskan buku notanya ke lantai. Geram! Nak main-main pun janganlah sampai memalukan dia di depan semua orang. 

Kakinya diangkat tinggi bersiap sedia nak pijak buku notanya nak melepaskan geram tapi kakinya kaku bila melihat lakaran wajah Camelia ada di situ. 

Rizqi meraup wajah. Terasa lemas bila Camelia melayannya sedingin ini. Kenapalah dia boleh terkena penyakit gila bayang seperti ini. Lelah sebenarnya bila jiwanya hendakkan Camelia. Camelia pula buat tak layan. 

Kalau boleh nak aje dia lepaskan Camelia supaya dia dapat teruskan hidup seperti dulu. Hidup yang bebas tanpa terbelenggu begini. Tapi nak buat macam mana, dia dah cuba sedaya upaya tapi dia tak dapat buang Camelia dalam fikirannya. 

Hatinya tetap ada Camelia. Dia betul-betul mahukan Camelia. Memiliki Camelia. Menyayangi dan disayangi Camelia. 

Pendek kata semuanya tentang Camelia!!!

Macam mana nak lupakan sedangkan sekarang ni bila Camelia tak ada di depan mata dia dah mula rindu. Walaupun sudah pasti Camelia sikit pun tak rindukannya. Mesti Camelia tengah bergembira dengan teman tapi mesranya tu.

Ah, macam mana sekalipun dia kena pujuk Camelia. Dia takkan mengalah. Camelia harus menjadi miliknya. Mesti!

Tangannya menyeluk poket seluar, telefon dikeluarkan. Mencari nama My Bunga. Jantung Rizqi berdebar-debar, bila-bila masa saja suara yang dirindui itu akan menjadi melodi di telinganya. 

Puas mencuba, puas menunggu, namun panggilannya tidak bersambung. Nampaknya Camelia betul-betul dah tak nak menyambung hubungan dengannya.

Hilang sudah ke semua kenangan indah semasa mereka berdua menganyam kasih di hospital?

Atau dia aje yang gila bayang, menganyam kasih sorang-sorang?

Ah, kusut!!!


Previous: Bab 42
Next: Bab 44

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh