Home Novel Cinta Jadi Isteri Aku, Mau?
Bab 17

KAKI Camelia yang sedari tadi berjalan tak tentu arah mula berhenti di tempat sunyi. Dia jatuh terjelepok di lantai. Sakit hatinya dah tak tertanggung. Lututnya dibawa rapat ke dada. Disembamkan mukanya ke situ, menghamburkan tangisan semahu-mahunya.

“Ayah... hati Mel sakit ayah. Mel sedih. Mel sorang-sorang kat sini ayah. Mel nak ayah. Mel nak ayah…”

“Ayah… Mel rindu ayah. Mel rindu mak. Rindu Kamil. Mel tak nak hidup sorang-sorang lagi. Mel tak nak...” Dadanya bagai ditusuk-tusuk, sakit sangat. Sakit yang tak mampu digambarkan. 

Kalau perempuan tu tak wujud, pengakhiran hidup mereka sekeluarga takkan sebegitu tragis. Dia takkan bermusuhan dengan Kamil dan Kamil takkan durhaka pada ayah.

Rizqi kaku di tempatnya. Hanya melihat Camelia dari jauh. Tadi dia ternampak Camelia. Jadi dia diam-diam mengekori. Melihat keadaan Camelia, Rizqi makin tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku? Dan apa yang Camelia buat di fakultinya?

Cari dia?

Tak mungkin. 

Habis tu siapa? Dahi Rizqi berkerut-kerut. Tapi yang pasti mesti ada kaitan dengan si Seman tu.

Ikutkan hati dari dulu lagi dia tendang budak hingusan tu keluar dari kolejnya tapi dia takut Camelia ikut pergi sekali. 

Ikutkan marah, memang dia kasi lunyai si jantan separa cukup tu. Masalahnya dia tak nak Camelia tambah membencinya.

Sejak peristiwa kena tampar hari tu, dia memang tak cari Camelia langsung. Kira dah putus. Tapi bila tengok Camelia jadi seteruk ni rasa macam nak sambung semula.

Boleh ke?

Hesy... kena tampar pun tetap sayang. Apalah nasib diri ini yang malang terpilih jadi orang gila bayang. 

Tangisan Camelia yang makin kuat membuatkan Rizqi diserang bimbang. Ikutkan rasa sayang yang berkobar-kobar dalam dada ni rasanya nak pergi aje mengadap Camelia, memeluk dan memujuk si bunga hatinya itu. 

Masalah terbesarnya gerenti potong Jay 50 bahagian yang kemunculannya di depan Camelia bakal buat Camelia makin berduka dan menggila bukannya suka.

Camelia bencikannya. Suka ke tak itu memang hakikat yang dia kena terima. 

Lagipun Rizqi takut dengan dirinya sendiri. Dia takut niat suci nak memujuk Camelia bertukar tragedi. Gerenti kalau dia muncul depan Camelia, sudah pasti Camelia akan marah-marah. Rizqi takut hari tu dia pergi tendang kerusi, manalah tahu hari ni dia tertendang Camelia. Bukan boleh percaya sangat dengan jiwa buasnya ni.

“Shhh…Jangan nangis sayang. Shhh…” Lembut suara Rizqi memujuk. Pujuk dari jauhlah aje. Dah itu aje yang mampu.

“What’s wrong, sweetheart? Sakit kat mana sayang?” Rizqi menghembus nafas penuh lelah. Dia sakit hati hanya mampu tengok keadaan Camelia tanpa buat apa-apa.

“Kenapa sayang? Siapa yang buat kau nangis?” Jari-jari panjangnya mengusap air mata yang menodai pipi mulus itu. Disusuli dengan elusan penuh kasih di kepala. Memujuk si kekasih hati yang sedang bersedih. Namun malangnya sentuhannya sekadar bayangan dalam kepala otaknya aje.

Rizqi mengerang. Frust sangat-sangat! Kalaulah Camelia miliknya sekarang takkan dibiarkan bunga hatinya itu menangis dan meratap pilu sorang-sorang.

Nampak Camelia menyapu pipinya berulang kali Rizqi tahu yang Camelia dah nak balik. Dada Rizqi sakit tengok langkah Camelia yang begitu lemah. Langsung tak berdaya. 

Rizqi menunggu Camelia jauh sedikit baru mengekori. Dia tak boleh buat apa-apa untuk gadis kesayangannya, tapi sekurang-kurangnya dia akan pastikan yang Camelia selamat tiba di rumah.


Previous: Bab 16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh La-lila