Home Novel Cinta Jadi Isteri Aku, Mau?
Bab 33

TERJONGKET sebelah kening Camelia melihat wanita yang tidak dikenali memasuki biliknya. Senyuman wanita itu dibalas. Silap bilik agaknya.

“Cik Camelia dah sedar?” 

Anggukkan diberikan sebagai jawapan. Ini bermaksud memang orang ni datang untuk melawatnya. Tapi siapa ya?

“Boleh saya tahu puan ni siapa? Maaf saya tak cam.” Mata Camelia memandang sekilas shopping bag memaparkan logo berjenama mewah penuh di kedua tangan wanita itu. Banyaknya barang. Baru balik shopping ke?

“Akak ni Kak Nora, secretary Encik Rizqi.” 

Secretary? Biar betul? Berkerut dahi Camelia.

“Malam tadi akak dah datang. Masa Cik Camelia pengsan. Sekarang macam mana? Cik Camelia dah okey ke?” 

“Panggil aje Mel.” Segan Camelia bila di cik-cikkan.

“Alhamdulillah. Rasanya dah okey. Tapi doktor cakap kena rehat dua tiga hari lagi kat sini.”

Dua tiga hari lagi? Bercantum dua belah kening Kak Nora. Pelik, bukankah semalam doktor bagitahu dah boleh balik hari ni ke? Patutlah bosnya suruh beli lagi barang-barang untuk gadis pujaan hati bos ni. 

Tapi yang Kak Nora tak boleh blah, perintah si bos melebihi batas. Macam nak digunakan untuk sepuluh orang. Padahal seorang aje. Lagi tak boleh blah si bos suruh beli pakaian cantik-cantik untuk bakal puan bos. Agak-agaklah wei. Bukan boleh pakai pun masa kat hospital. Tapi sebab dia bukan bos, jadi haruslah dia bertindak mengikut arahan.

Bila dia tanya pakaian yang cantik-cantik tu nak yang macam mana terus bosnya teriak-teriak.

"Macam mana aku nak tahu! Bukan aku pernah pakai!" Itu teriak si bos yang tak sedar diri. Terus semput jantung ini dibuatnya. 

Tapi yang lucunya semalam masa dia datang ke sini bosnya betul-betul tak sedarkan diri. Pengsan mengikut kata Tengku Adam. Patutlah panggilan si bos terhenti tiba-tiba. Ingatkan marah sangat sampai tak mahu dengar suara dia rupa-rupanya pengsan. Tak sangka Hulk pun boleh pengsan. Nasib baik tak kiok terus. Hihihi.

“Err… akak ke yang bawa barang-barang keperluan saya?” Sedar-sedar saja semua barang keperluannya ada. Telekung, tuala, pakaian, pakaian dalam, dan kelengkapan harian lain. Semuanya terlebih-lebih dari cukup. Malah bila sedar saja ada selendang besar menutup kepalanya. 

“Haah, akak yang bawa. Bos call suruh bawa barang-barang untuk Mel. Sayang betul bos dekat Mel.” Senyuman bergayut di bibir Kak Nora. Patutlah bosnya berkenan dengan Camelia, orangnya cantik. Sepadan.

Terharuuu! Camelia menunduk. Hatinya tersentuh cukup dalam. Sudahlah beberapa kali Rizqi menyelamatkan nyawanya. Malah Rizqi turut menjaganya kebajikannya. Tak pernah ada sesiapa mengambil berat akan dirinya kecuali Uncle Daud setelah bertahun-tahun dia hidup sendirian.

“Terima kasih akak. Saya susahkan akak pulak.”

“Tak ada susahnya pun. Ni kalau ada yang kurang atau Mel nak apa-apa, cakap kat bos. Nanti akak bawakan.”

“Semua ni lebih dari cukup dah akak.” Sayu hati Camelia. Kenapa sampai begini sekali Rizqi mengambil berat akan dirinya. Dia jadi malu. Malu kerana dia selalu berkasar dengan Rizqi. 

“Err… Boleh akak tanya sikit, dah lama ke bos dan Mel couple?” 

“Kita orang kawan aje akak,” balas Camelia. 

“Ohhh, ya  ke...” Kak Nora senyum. Tengok cara bosnya ambil berat tentang Camelia pun dia dah tahu yang Camelia ni teman wanita bosnya. Tak mengaku pulak. 

“Err… Rizqi kerja ke?” 

Terjongket kening Kak Nora. Takkanlah bosnya tak cerita. Pelik betul. Mungkin betul jugak mereka hanya sekadar berkawan. 

Eh… Tak. Tak. Tak mungkin. Dia kenal bosnya lelaki yang macam mana. Hati kering! Tak mahunya si bos tu ambil berat kalau dia tak suka.

“Haah… bos dah lama kerja. Susah nak jumpa orang muda macam dia zaman sekarang ni.” Pujian melangit diberikan. Moga-moga Camelia akan sampaikan dekat si bos nanti. Manalah tahu tiba-tiba ada bonus besar menanti di hujung bulan ini. Yummy...

“Oh…” Camelia senyum kelat. Malu kepada diri sendiri. Dia ingatkan Rizqi ni jenis yang hanya tahu habiskan duit mak ayah aje. Tipikal anak-anak orang kaya. Enjoy sana sini. Betullah kata Aiman, jangan terlalu prejudis. Jangan terlalu cepat menghukum. 

“Mel nak pergi tengok bos? Boleh kita pergi sekali lepas ni.” Bukan apa, alasan Kak Nora mengajak Camelia sebab sah-sahlah kalau ada makwe kat sebelah, si bos takkan naik darah.

“Takpelah. Nanti-nanti saya pergi.” Terus jatuh bahu Kak Nora, frust. Tapi malangnya Camelia tak perasan pun kerana asyik memikirkan hal lain dari tadi lagi.

Camelia mengeluh. Kalaulah Rizqi tak pakai cara kotor seperti yang diceritakan Jay kepadanya dari tadi lagi dia pergi tengok. Ni setelah hampir sejam berlalu dia masih ragu-ragu. Masih marah lagi.

Patut ke dia pergi? Atau tunggu sejam dua lagi. Dia bukan apa, takut dia termarah Rizqi nanti. Kesian pulak kat orang tu. Dahlah dah sakit teruk. Tak patutlah dia nak tambahkan penderitaan Rizqi lagi.

Mungkin dia patut tanya doktor ada ke ubat untuk tenangkan emosi. Mungkin setelah telan sepapan baru dia pergi jumpa Rizqi nanti.



KALAU TELAN SEPAPAN MEMANG BOLEH PERGI MEL, PERGI KE RAHMATULLAH. MUAHAHAHA...

KESIAN BANG QI NAMPAKNYA MENUNGGU SAMPAI KE SUDAHLAH. CIK BUNGA LEBIH PERCAYA CERITA KELENTONG BANG JAY JAY CUKUPLAH SEKALI.


Previous: Bab 32
Next: Bab 34

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh La-lila