Home Novel Cinta Jadi Isteri Aku, Mau?
Bab 37

MATA Camelia memandang nasi yang masih separuh di pinggan. Rasanya dah lama dia suapkan Rizqi, banyak lagi bakinya. Letihlah kalau macam ni. Rizqi pula kunyah lambat kemain. Bila ditegur katanya ikut sunnah. Kena kunyah banyak kali. Tuhan saja tahu betapa Camelia tahan diri dari hempukkan pinggan ke muka Rizqi.

Dahlah moodnya tengah tak baik. Rizqi pulak buat hal. Tak boleh ke senangkan hati dia sikit. Masuk bilik yang dimasuki perempuan yang Rizqi bagi senyuman manis tadi dah cukup buat hati dia membahang. Bagaikan terbayang-bayang adegan yang telah merobek hati dan perasaannya hingga membuat Camelia rasa nak cucuk aje mata Rizqi dengan garpu di tangannya. Buat lepas perasaan.

“Mel, jom kita couple.” 

Berdesing telinga Camelia. Kalau tak ingatkan yang Rizqi tengah sakit memang dia libas. Sampai hati Rizqi nak permainkan hati orang miskin kasih sayang macam dia ni. Dia memang bodoh sebab tak berhati-hati hingga simpan sedikit perasaan dekat Rizqi. 

Sikit aje ke? Mulalah suara hati sendiri jadi penderhaka. 

Ya sikit! Cuma sikit! Dan sikit hari lagi dia akan berjaya padamkan perasaan suka yang sedikit tu. 

Ya ke boleh padamkan? Ini kan pertama kali kau jatuh suka. Takkanlah semudah tu boleh lupa. 

Cis! Nasib baik yang jadi penderhaka tu suara hati sendiri. Kalau orang lain yang cakap memang dia libas sampai jadi bisu. 

“Orang tua-tua kata diam tu tanda setuju.” Rizqi ketawa senang hati.

Camelia jeling. Sabar ajelah.

“Mel, aku sayang kau. Kau sayang aku tak?”

Camelia ketap bibir. Tengah sakit-sakit pun masih nak menggatal. Memang dasar jantan miang tak guna. 

“Makanlah, banyak cakap betul kau ni. Elok-elok dapat makan nasi, aku bagi kau rasa makan sudu besi pulak. Nak?!” Geram betul. Tadi sudah diasuh hatinya supaya berlembut dengan Rizqi. Tapi Rizqi suka buat perangai yang boleh buat darahnya menyirap.

“Amboi… garangnya cik bunga. Takut abang.” Rizqi sengih. Melihat wajah Camelia yang merah padam menahan marah buat dia tambah tersengih.

“Makan sendiri. Malas aku nak layan kau.” Camelia bangun. 

Rizqi mula kalut.

“Janganlah pergi. Temankan aku. Aku janji tak buat kau marah lagi. I will behave. Promise...” Tangan kiri diangkat tinggi. Seolah-olah berikrar. 

Camelia ketap bibir. Nak marah tapi dia tahan. Nak pergi tapi dia kesian. Nak bagi penampar tapi dia tak mahu menambah sakit Rizqi disebabkan dirinya lagi. Akhirnya dia duduk kembali. Sudu dicapai dan tugasnya yang tergendala tadi diteruskan.

Wajah masam itu Rizqi tatap dalam-dalam. Makin pandang makin rindu pula biar pun tuan empunya badan ada di depan mata. Sudahnya mulut aje buka, mata tak lepas merenung cik bunganya.

“Mata tu jangan nak gatal sangat boleh tak. Cucuk dengan garpu ni baru tahu. Alang-alang aku dah buat kau sakit. Biar aku buat kau buta pulak.”

“Yalah.” Rizqi mendengus. Kedekut betul. Nak pandang pun tak boleh. Siaplah Camelia, kalau jadi isteri dia nanti akan dia tenung sampai juling biji mata. Nantilah…

“Mel…”

“Apa?” 

“Sedap kan nasi ni?”

“Entah, aku makan tadi biasa aje,” balas Camelia acuh tak acuh. 

Rizqi mendengus lagi. Nak ajak berbual pun buat endah tak endah. Sabar ajelah.

“Sedap sebab kau yang suap kut.” Rizqi mula nak bermanis mulut. Sebenarnya itulah pointnya.

“Mengada.” Cebik. Tunjuk muka meluat.

“Puji pun tak suka. Apa yang kau suka sebenarnya? Semua yang aku buat salah.” Kali ini perbualan dah mula nak menular kepada pergaduhan. 

Sudu garpu diletakkan ke pinggan. Wajah Rizqi dipandang tepat dengan riak tak puas hati.  

“Kalau berkenaan dengan kau semuanya salah. Tak ada yang betul.” 

Rizqi pejam mata. Ketap bibir. Kalau ikutkan darah yang menyirap tiba-tiba ni ada yang makan jerkahannya nanti. Tapi bukan cara itu yang patut dia lakukan sekarang. Bukan cara itu yang boleh menundukkan Camelia. Dan pastinya bukan cara itu untuk mengajar perempuan sombong macam Camelia.

Nantilah kau…

“Kenapa Qi? Sakit ke?” Terkejut Camelia bila tangan Rizqi tiba-tiba mencengkam dada.

“Qi, aku panggil doktor ya.” 

“Tak payah. Aku nak rehat. Kau keluar.” Lemah suara Rizqi meminta. Tubuhnya dibaringkan. Muka berkerut buat-buat sakit. 

“Aku minta maaf,” pinta Camelia penuh rasa bersalah. Agaknya Rizqi tertekan dengan kelakuannya. Orang sakit mana boleh tertekan.

Rizqi terbatuk-batuk pula. Jantung Camelia bagai direntap. Dia takut kalau sakit Rizqi melarat.

“Qi, biar aku panggil doktor check kau.”

“Tak payah. Kau keluar. Aku nak rehat.” 

“Qi…”

“Please Mel. Kau nak aku mati dulu baru kau nak dengar ke hah?!” Kali ini suaranya ditegaskan.

Mati? Camelia gigit bibir. Dengar perkataan mati pun buat separuh nyawanya melayang.

“Okey… aku keluar. Kau rehatlah.”

Akhirnya Camelia keluar dengan berat hati. Sebelum dia masuk ke biliknya sempat dia memberitahu kepada jururawat supaya melihat keadaan Rizqi. 



BEBERAPA jam selepasnya...

"Qi aku ni. Boleh aku masuk.” Tak ada sahutan. Camelia gigit bibir. Marah lagi ke Rizqi kepadanya? Ah, masuk ajelah. Kalau Rizqi nak halau dia pun halaulah. Janji dia cuba nak minta maaf.

Pintu ditolak perlahan-lahan. 

“Oh tidur… patutlah tak jawab.” 

Camelia mendekati Rizqi. Dilihatnya dari dekat. Wajah Rizqi nampak begitu tenang dalam lena. Tak ada mimik nakal. Tak ada riak gatal. Hilang wajah garang dan bengis. Yang tinggal wajah yang cukup sempurna. Wajah yang buat benteng pertahanan dia berkecai. Tengoklah sekarang ni, betapa kuatnya jantung dia berdegup. 

Mukanya dipalingkan. Tak sanggup dia nak tatap wajah Rizqi lama-lama. Boleh kena heart attack. Dia pun manusia biasa. Hati tak kental mana pun. 

“Dia dah okey kut,” bisik Camelia sendirian. Baru dia berura-ura pergi tiba-tiba batuk Rizqi memecah ruang yang sunyi itu.

“Qi, kau okey ke?” Risau sungguh Camelia dengan keadaan Rizqi.

“Kau datang cik bunga?” 

Matanya dikedip-kedipkan. Takut hanyalah mimpi indah semata-mata. Wajah risau di depannya ini cukup buat Rizqi bersorak sakan dalam hati. Ingatkan Camelia dah tak sudi nak datang jenguk dia. Tunggu punya tunggu sampai tertidur dia dibuatnya. 

Nasib baik kerongkongnya gatal pada masa yang tepat. Kalau tak tentu-tentu sudah Camelia akan blah. Memang taklah Camelia nak tunggu sampai dia bangun. Berharaplah sampai janggut seret lantai. Itu tak mungkin berlaku.

“Kau nak air?” 

“Boleh jugak.” Bibirnya sedaya upaya diketap. Rasa nak senyum sampai ke telinga. Prihatin betul Camelia kali ini. Rizqi bersandar lemah di kepala katil. Bagaikan tak berdaya. Padahal kalau suruh berlari pecut 10 keliling padang pun dia boleh jadi juara.

“Nah.”

Rizqi sambut dengan terketar-ketar. Berlakon.

“Tak apa. Biar aku tolong kau ya.” Tawar Camelia bila melihat keadaan Rizqi yang terlampau lemah. Dengan berhati-hati gelas disuakan ke bibir Rizqi. 

Kali ini Rizqi rasa nak gelak tergolek-golek. Lucu pulak tengok Camelia guna intonasi yang sopan dan lembut dengannya. Layan dia dengan seikhlas hati. Ini baru betul cara nak layan bakal suami.

“Kau rasa macam mana sekarang?”

“Bahagia…” Opss terlepas cakap pulak.

“Hah?” Berkerut dahi Camelia.

“Bahagia bila dah kurang sakit. Tadi sakit sangat.” Cepat saja Rizqi mengarang ayat. Memutar belitkan keadaan dan meraih lagi simpati Camelia.

“Ohhh…” Camelia senyum kelat. Rasa simpatinya makin menggebu. 

“Qi, aku nak minta maaf pasal tadi.” 

“Tak payah nak minta maaflah. Aku dah lupa pun.” 

“Thanks Qi.” Huh, rasa lepas segunung beban di bahunya. Tak sangka lelaki bengis seperti Rizqi mudah memaafkan.

“Kau nak makan? Aku suapkan ya.” 

Bulat terus mata Rizqi. Betul ke apa yang dia dengar ini? Tanpa permintaan pun darinya Camelia seikhlas hati menawarkan diri. 

Walah! Ini maksudnya dia patut memanjangkan tempoh percutian cinta mereka berdua kat sini.

Yes! Bak kata Kak Nita lagi… Akhirnya kini pasti ku merasai cinta nan suci. Bahagia pabila ku bersama sungguh indahnya. Hadir dirinya, satu kurnia, daku gembira. Auwww!!!


KESIAN BANG QI ASYIK KENA MENIPU AJE SEBAB NAK DAPATKAN PERHATIAN CIK BUNGA. KALAU MENIPU TU KENA PANAH DENGAN PETIR MEMANG DAH LAMA DAH BANG QI RENTUNG JADI BANG QAI. 

Previous: Bab 36
Next: Bab 38

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh La-lila