Home Novel Cinta Jadi Isteri Aku, Mau?
Bab 21

Camelia merasa ada yang melingkar di perutnya dan belakangnya rapat menekan sesuatu yang berdegup kencang. Dia tak mampu nak fikir apa-apa. Fikirannya kosong. Yang ada hanya ketakutan yang amat sangat.


Rizqi mengerahkan sekuat tenaga menahan beban tubuhnya dari jatuh menghimpit tubuh kecil Camelia.


Nasib baik dia sempat. Dia berlari selaju mungkin. Lambat sesaat dia tak dapat bayangkan kesakitan yang akan ditanggung Camelia. 


Arghh… Bunyi erangan penuh kesakitan terdengar jelas di telinganya. Laju Camelia membuka mata. Dia sedar yang dirinya sekarang ini tengah dipeluk oleh seseorang. Seseorang yang telah menyelamatkannya. 


Camelia berpaling, hidung mancungnya hampir menyentuh pipi orang yang menghimpitnya. Segera dia menjauhkan wajah. 


“Rizqi…” seru Camelia perlahan. Kerutan di muka Rizqi jelas menunjukkan yang lelaki itu berada dalam kesakitan.


Rizqi menyelamatkannya. Rizqi? 


Tanpa buang masa Syahid cepat-cepat melarikan diri. Sarah yang memanggilnya dibiarkan begitu saja. Lantaklah apa nak jadi dengan perempuan tu pun. Yang penting selamatkan dirinya dulu.


 Syahid tertanya-tanya kenapa Rizqi selamatkan Camelia. Bukan ke dah heboh satu kolej kes Camelia tampar Rizqi dan Rizqi balas dengan memukul perempuan tak sedar diri tu. Takkanlah tu sekadar gosip.


Habislah dia. Tak ada orang nak cari pasal dengan si gila tu. Papanya pun tak mampu nak selamatkan dia kalau lawannya Rizqi.


Rizqi bergerak. Berguling membawa tubuh Camelia bersama. Sebaik saja belakangnya menyentuh lantai, dia mengerang kuat. Sakit dibelakangnya menjalar ke seluruh tubuh. Pelukannya di pinggang Camelia terlepas tanpa sedar kerana terlalu sakit.


Melihat Rizqi yang berada di dalam kesakitan membuatkan Camelia ketakutan. Rizqi akan mati ke? Rizqi akan pergi? Pergi untuk selama-lamanya macam Kamil.


Bayangan tubuh Kamil yang terbaring berdarah-darah di lantai mula menerpa datang. Tubuhnya menggigil hebat. Debaran yang menghentak dadanya semakin menyakitkan. 


Erangan penuh kesakitan Rizqi mengembalikan kewarasan Camelia. Tangannya menggenggam lengan baju Rizqi penuh ketakutan.


Jangan mati! Jangan! Tak boleh! Tak boleh! Bibir Camelia bergetar hebat. Jiwanya makin kalut. Tak satu pun perkataan mampu dia ucapkan. Semua tenggelam dalam dadanya yang sesak. 


Sakit. Dadanya sakit. Pandangannya kabur dan…


Camelia rebah di dada Rizqi. 


Rizqi yang tengah mengumpul nyawa tersentak dengan beban yang tiba-tiba menghempap dadanya. Terkejut bila membuka mata melihat Camelia sudah lunglai tak sedarkan diri.


“Mel!” serunya penuh bimbang. 


“Qi, kau okey ke?!” Adam seperti tak percaya setelah menerobos lingkungan manusia-manusia matanya dihidangkan dengan pemandangan sedaranya yang selalu jadi pemangsa entah macam mana tiba-tiba jadi mangsa. 


Aduh... baru lambat 5 minit Qi dah rebah. Kalau dia tahu jadi begini memang dia tak tunggu Jay tengah beradu mulut dengan Fiqri. Rizqi pergi dulu, katanya malas nak melayan, buat dia hilang akal dan naik tangan.


 Entah apa yang berlaku, tengok-tengok si Aiman dah pengsan dengan perempuan pucat lesi di sisinya. Rizqi pula terlantar dengan cik bunga dalam dakapan.


“Mel…” Suara Rizqi bergetar, bimbang. Pipi itu ditepuk-tepuk. Bila Camelia masih tak sedarkan diri cepat-cepat tubuh itu dicempung. 


“Qi, kau tak kuat tu. Biar aku bawa dia.” Adam cuba mengambil Camelia dalam cempungan Rizqi bila melihat Rizqi seperti menahan sakit macam nak putus nyawa.


Rizqi menggelengkan kepala. Serentak itu dia mengatur langkah lebar ke kereta. Digagahkan tubuhnya untuk membawa Camelia biarpun kesakitan makin menyucuk-nyucuk menjalari segenap tubuhnya. Mana mungkin dia rela melihat Camelia berada di dalam pelukan lelaki lain.


“Sayang, kau jangan buat aku takut…” ucapnya merayu.


“Woi, Dam! Bunga beracun tu biar jantan buas uruskan. Ni lagi penting ni. Cepat angkat badak air ni ke klinik. Berdarah ni berdarah!” Fiqri dengan heboh berteriak. Dia takut melihat tisu yang digunakan kawan Aiman penuh dengan darah.


Jay yang sememangnya tak berperikemanusiaan pun nampak berbelas kasihan mengambil alih tugas si gadis. Tekap hidung Aiman dengan sapu tangan.


“Boleh tolong kita orang angkat.” Adam meminta sehabis sopan.


Dua orang berbadan sado menggeleng menolak ajakan Adam, gerun melihat badan pesakit yang terlebih-lebih sado dari mereka.


“Tak boleh bang. Kita orang ada kerja.”


Jay terus pasang muka penyangak sejati. Mengancam.


“Okey bang kita orang tolong.” Dek takut dengan muka bengis abang rambut merah, kedua adik-adik sado cepat-cepat menyerah.


“Siapa suruh tolong?! Korang yang kena angkat! Fiq tepi.” Melopong mulut adik-adik sado. Tapi melihat Jay pasang muka lagi sadis mereka mengangguk patuh dengan bersungguh-sungguh.


Fiqri sengih. Syukur tak payah kerah tenaga untuk sekali lagi. Hari tu dia hampir nak mampus menolong Adam mengangkat si Aiman. Seminggu dia sakit seluruh tubuh badan.


Adam memandang tanpa perasaan dua orang mangsa Jay yang dah merah padam muka, terjojol habis otot-otot lengan, kerah semua tenaga mengangkat si Aiman. Sedikit tersenyum melihat si gadis yang mengambil alih semula tugasnya lap darah Aiman.


“Kau tak nak tolong ke Dam?” Jay pelik sampai garu-garu kening.


“Tu la. Kau okey kan Dam?” Fiqri pun pelik sejak bila Adam duk pandang aje orang dalam kesusahan. Biasanya dia yang meluru datang tolong.


“Padan muka. Biar dia orang rasa macam mana kalau tengah susah tak ada orang nak tolong. Aku benci orang tak berperikemanusiaan.”


“Hari ni aku berperikemanusiaan kan Dam?” Jay tayang muka mintak pujian.


“Hari ni kau bagus! Aku bangga dengan kau!” Adam terlebih-lebih puji siap tepuk-tepuk bahu lebar Jay.


Kembang kempis lubang hidung Jay, mendada-dada penuh bangga, tersenyum riang bila dapat pujian.


“Terima kasih Dam. Tapi pujian kau tak boleh hilangkan rasa menyesal aku korbankan sapu tangan mahal lagi wangi aku untuk lap darah si Aiman. Biasanya aku lap peluh girlfriend-girlfriend aku dengan sapu tangan tu.” 


Jay pandang sapu tangannya yang berada di lantai dengan riak penuh menyesal. 


Terus Adam tarik tangannya yang duk tepuk bahu Jay lalu mendarat di belakang kepala Jay. Kasi tamparan biar insaf. 


Jay ketawa terkekeh-kekeh. Suka hati tengok muka frust Adam.


“Dasar biadap penyangak murahan!” komen Fiqri sebelum berlalu diikuti Adam.


“Aku tak ikut eh! Aku nak pergi dating!” laung Jay dengan tak tahu malunya. Dia dah risau tadi takut datingnya batal sebab si Aiman. Nasib baik ada mangsa untuk dia gunakan untuk menyelamatkan diri.


Berat mata memandang, berat lagilah berat tubuh si Aiman. Marilah kita sama-sama doakan semoga otot-otot adik-adik sado tak meledak pikul beban yang luar biasa beratnya. Selebihnya bak kata Abang Jamal...


Sesungguhnya takdir penentu segala. Jay angguk-angguk ketawa bahagia.

Previous: Bab 20
Next: Bab 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh La-lila