Home Novel Cinta Jadi Isteri Aku, Mau?
Bab 18

TANPA Camelia sedar ada sepasang mata yang sedari tadi tak putus-putus merenungnya. Menatap seraut wajah yang buat dia tergila-gila tak sudah.

“Cik bunga, aku rindu nak tengok bibir seksi kau tu senyum.” 

Lama matanya duk pandang bibir Camelia dengan jantung yang berdegup kencang. Rizqi menyeringai kemudian menggeleng-geleng kepala.

“Hesy, kena suruh tok ayah cepat-cepat masuk mintak cik bunga ni.”

Gerenti kau kena reject. Tak tunggu lama suara hatinya yang kurang ajar telah mencabik-cabik hatinya hingga tiada lagi senyuman di wajah Rizqi.

Hesy... Kalaulah sikapnya sehandsome rupanya, tak adanya Camelia benci dia sampai sebegini rupa. 

Silap perahu boleh diundur, silap perbuatan cik bunga sikit pun tak sudi nak pandang abang. 

Ugh! Sadis.

Telefon bimbit yang berada di dalam poketnya bergetar. Rizqi mendengus. Darah mula menyirap ke kepala. Marah bila aktiviti renungan cintanya diganggu. Pantas dia menyeluk poket. 


Angau-angau jugak. Kelas CMA jangan lupa. Kau dah lambat. Datang sebelum CMA mengaum!!!


“Cis! Takkan dia tahu aku tengah skodeng cik bunga. Jatuh bergolek maruah aku. Hesy, tak boleh jadi ni.” 

Rizqi mula tak senang duduk. Matanya meliar. Manalah tahu Adam ada kat sini tengah perhatikan dia. 

Ligat sepasang matanya bergerak. Tup-tup jatuh jugak kepada gadis pojaan hati. Hati yang tak senang tadi mula dibuai angin syorga. Sebelah tangannya kembali menopang dagu. 

“Tak nak pergi kelaslah.” 

Matanya terus-menerus ditujukan pada Camelia. Tak mungkin berpaling. Tak kira berapa kali sudah telefonnya bergetar. Tak hirau dah.

“Cik bunga, kenapalah kau cantik sangat? Hmm…” 

Kali ini kedua-dua tangannya menopang dagu. Sesi pandang memandang takkan sudah selagi Camelia ada di situ. Takkan! 

Tadi masa nak pergi ke kelas dia nampak kereta Camelia. Ingat nak ikut kejap je tengok Camelia pergi mana. Tup-tup dia ikut sekali masuk library.

Ingat nak mengintai kejap aje. Tup-tup hati tak rela nak pergi. 

Itulah, nak buat macam mana kalau dalam hati ada cinta. Hehehe…


Hai semua....

Jom baca bab 19 di wattpad. 

search opt1musprime ye

Bab 1 pun ada tambah tampal sikit-sikit

bye bye....

Previous: Bab 17
Next: Bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh La-lila