Home Novel Cinta Jadi Isteri Aku, Mau?
Bab 5

“MANA si duo monyet tu?” Rizqi bangun dari berbaring bila Adam muncul di biliknya. Dia menyandar lelah di sofa. Hari ni semua semangatnya hilang. Dibaham cik bunga.

“Mana lagi, datinglah.” Adam mengambil tempat di depan Rizqi. Senang dia nak tilik reaksi Rizqi nanti.

Cakap pasal dating tiba-tiba Rizqi tertanya-tanya seronok sangat ke kalau pergi dating? 

Cis, sejak bila dia pandai nak buat kerja yang tak berfaedah tu? 

Tak tunggu lama terus terbayang muka Camelia. 

Tak guna! Cepat betul otak dia proses.

“Hmm… Qi aku ada benda nak tanya ni.”

“Apa dia?” 

“Kau tak ada buat yang bukan-bukan kat Mel, kan?”

“Kau cakap apa ni?” Rizqi kerut kening.

“Tadi kat kafe kau pandang dia macam nak lenyapkan dia dari dunia ni. Petang tadi aku nampak dia ke klinik kolej. Aku cuma risau. Kau kan selalu tak sedar diri bila dah marah. Takut kau...”

“Kau cakap baik-baik sikit! Aku tak pernah terfikir pun nak cederakan Mel! Aku sayang dia!” Sebab marah sangat-sangat Rizqi terkhilaf pergi bocorkan rahsia hati.

“Bingo!!! Aku dah agak kau suka kat Mel!” sorak Adam penuh kepuasan. Dan Rizqi pun sedar yang dia dah masuk perangkap Adam. 

“Kurang asam!!!” Rizqi mengaum. Meja kopi di depannya ditendang. Nasib baik Adam cepat angkat kaki, kalau tak memang terkepit. 

“Tak payah nak marah sangatlah Qi. Apa salahnya kalau kau suka kat dia. Dia okey apa.”

“Masalahnya dia tak suka aku! Dia kan dah ada boyfriend, si gajah lembik tu!” 

“Tak baik cakap Aiman macam tu. Budak tu budak baik.”

“Kau tak payah nak puji dia sangatlah!!!” Rizqi meraung penuh benci. Memanglah kalau ikut Adam si lelaki suci semua orang bagi dia baik hati.

“Aiman sendiri cakap yang dia anggap Mel macam kakak. Kalau tak percaya tanya Fiq.”

“Kakak kepala otak dia. Penipu macam tu pun kau nak percaya.”

“Betul Qi. Cubalah percaya kat aku. Kalau tak betul, aku takkan cakap.”

Rizqi angguk-angguk kepala. Nampak berfikir panjang.

“Yalah kan, tak mungkin diorang berdua tu couple. Muda dengan tua. Hodoh dengan cantik. Lagi pulak sama jantina.”

“Ya Allah... kau ni kenapa benci sangat dekat Aiman? Budak tu tak pondan. Dia cuma penakut.”

“Buat apa jadi jantan kalau perempuan yang kena ke depan? Kau cuba fikir, kalau Mel jumpa dengan orang jahat apa akan jadi? Budak tu bukan setakat tak boleh nak tolong. Tolong buat lagi susah adalah.”

Adam tersenyum. Tak sangka Rizqi boleh fikir sampai sejauh tu. Rizqi risau keselamatan Camelia. 

“Kaulah yang kena protect dia.” 

“Masalahnya tak mungkin dia nak kat aku ni. Aku dah terlanjur buat cik bunga benci dekat aku. Peluang nampak tak cerah.” Keluhan penuh lelah dilepaskan. Lemah jiwanya dibalun cik bunga.

“Amboi, dah ada nama timangan.”

“Bukan setakat nama timangan, nama anak cucu pun aku dah ada.” Rizqi dah melalut.

“Kalau dia sudi nak jadi isteri kau.” Adam senyum meremehkan. Rizqi balas dengan lemparan padu bantal kecil yang disambut Adam dengan penuh sukacita. 

“Thanks…” Adam membawa bantal itu ke dalam pelukan dan berbaring santai di sofa.

Rizqi mendengus. Lain kali tolong ingatkan dia suruh lempar pasu pulak. 

“Macam manalah kau boleh suka gila-gila kat dia? Baru jumpa pulak tu.”

“Entah, perubahan hormon kut. Aku pun pelik dengan diri aku ni. Mula-mula memanglah aku admire dengan kecantikan dia. Bak kata orang dari mata turun ke hati. Tapi bila dah turun ke hati, puas aku tendang dia tak nak keluar-keluar jugak. Terus melekat.” 

Adam ketawa terkekeh-kekeh. Lelaki kalau dah meroyan memang dahsyat.

“Mesti dia pandai masak, kan?”

“Mestilah, dia kan budak kulinari.” Kening Adam berkerut bila Rizqi tanya soalan bodoh dengan muka serius.

“Sesuai buat bini.”

Muka Rizqi nampak serius dan serius bikin Adam hampir jantungan.

“Serius Qi, budak lagi Qi. Baru 21 tahun.”

“Kalau jadi bini aku yang budak jadi mak budak.” Seringai gatal Rizqi buat Adam rasa nak muntah, menyampah.

“Kau rasa boleh ke aku bahagia dengan dia. Perangai dia… perangai aku…” Fikiran Rizqi menerawang, membayangkan pertengkaran demi pertengkaran antara dia dengan Camelia yang gerenti akan terjadi di masa depan. 

Tak suka! Bayangkan pun dah siksa. Apatah lagi kenyataan.

“Kaulah kena banyak bersabar kalau kau nakkan dia. Nak suruh dia ubah perangai semata-mata untuk kau, memang taklah. Kecuali dia pun sukakan kau. Yang aku nampak, tak!”

“Kau tak payah cakap pun aku tahu.” Panas telinga, panas lagi dada bila Adam cakap Camelia tak sukakan dia. 

“Sabar Qi. Sabar. Practice makes perfect.” Adam mengilai sakan. Rizqi melemparkan tatapan membunuh.

“Benda tu yang paling payah aku nak buat.” Suara Rizqi jelas kecewa dengan diri sendiri.

“Yeah… Khalif Rizqi memang tak pernah kenal perkataan sabar. Tapi tadi boleh je.” 

“Tu aku lari tolol! Kalau setiap kali aku marah aku lari, celah mana aku nak tackle cik bunga.” Rizqi rasa macam nak cekik-cekik Adam.

“Muahahaha.... Betul jugak tu.” Adam mengilai geli hati.

“Kalau payah sangat nak bersabar kau tunggu ajelah. Tunggu tengok Mel diambil orang.” Adam memberikan gambaran terburuk, saja biar Rizqi usaha sikit kawal perangai jantan buas dia tu. 

Hancur hati Rizqi. Tak sanggup dia nak bayangkan yang Camelia jadi milik orang lain. Kalau betul-betul jadi kenyataan memang hari-hari dia nyanyi lagu…

Kau bina mahligai dari air mata. Yang jatuh berderai di wajah sepiku. Hancurnya hatiku bisa tak terkata. Terhumban rasa diriku.

Janganlah jadi kenyataan. Janganlah! Janganlah!! Janganlah!!!

“Kau kena berterimakasih kat aku.”

“Apasal pulak?”

“Kalau aku tak berkali-kali yakinkan Aiman yang kau takkan berkasar lagi mesti kau dah meroyan sebab Mel tak muncul-muncul.”

“Maksud kau?” Rizqi dah tak sedap hati.

“Diorang nak berhenti belajar.”

Rizqi meraup wajah. Dia terkejut. Tak tahu pulak tindakannya sampai buat Camelia nak keluar dari kolej. Nasib baik Adam cepat bertindak.

“Thanks Dam.”

“Anything for you bro.”

“I lop-lop u Dam. Mmuah! Mmuah!”

“Istighfar Qi.”

“Huahahaha...” Ketawa si jantan buas mengaum penuh bahagia.

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh La-lila