Home Novel Cinta Jadi Isteri Aku, Mau?
Bab 29

JAY berhenti mendadak bila melihat Adam dan Fiqri bersandar di keretanya. Muka Adam bimbang dan Fiqri duk pot pet pot pet membebel.

Hah sudah! Kenapalah dia tak terus larikan diri tadi? Kan dah susah nak lepaskan diri kalau macam ni gayanya. Haish!

Sebenarnya tadi ada roadblock, maksudnya perempuan yang duk pandang-pandang jeling-jeling sambil senyum malu-malu ke arahnya. Dia pantang lepaskan peluang, terus dia ayat. Lupa akan hakikat kalau dia tertangkap dia bakal mati disembelih Rizqi.

"Masih sempat lari lagi ni. Masih sempat." Bisik Jay memberi semangat kepada diri sendiri. Perlahan-lahan dia berundur malangnya...

“Hah, tu dia?!”

Jeritan Fiqri kedengaran begitu nyaring. Tak tunggu sesaat terus Jay melarikan diri. Dan apa lagi terus Adam dan Fiqri mengejar.

“Kenapa kau lari bangsat?!!” pekik Fiqri.

Eh betul jugak tu. Jay memaki dirinya kerana terlanjur lari. Kalau dia stay cool dan menipu sana sikit, sini sikit, tentu dia tak payah nak pecut macam ni sekali. Hesy… kenapalah dia selalu terlanjur dalam segala-galanya?

Demi keselamatan diri Jay terus berlari dan demi keselamatan Rizqi, Adam dan Fiqri terus mengejar.

“Mana Qi?! Mesti kau dah buat benda buruk sebab tu kau lari, kan?!” Adam tercungap-cungap macam nak putus nyawa namun tetap kakinya berlari sekuat mungkin nak mengejar si penyangak yang macam lipas kudung larinya.

Ini confirm si penyangak dah menyangak!

“Tak! Tak! Tak! Aku tak bersalah!” 

“Tipuuu!!!” Dua suara bergabung memekik kuat buat Jay terbayang Rizqi tengah asah golok nak gorok leher dia. Fiqri takkan bela dia lagi. Dan Adam takkan korbankan diri untuk tolong dia, gerenti.

Mesti lari ni! Mesti!!!

Mata Jay bersinar bila nampak pintu lif terbuka.

Peluang! Peluang!! Peluang!!! 

Jay tersenyum riang bila sebelah kakinya menapak masuk namun…

“Kau jangan fikir kau boleh lari penyangak bedebah!” Belakang kolar Jay ditarik Fiqri dengan kejam. Para penonton yang berada di dalam lif melopong terbeliak biji mata disertai jeritan terkejut dan ketakutan.

Jay tak pernah sefrust ini tengok pintu lif tertutup depan batang hidungnya. Dah terbayang muka buas Rizqi. Habislah dia kali ini! Habislah dia ini kali!

Adam yang baru sampai tercungap-cungap. Nasib baik di antara mereka berempat Fiqri yang paling laju berlari sebab jangan haraplah Jay nak serahkan diri.

Jay meronta-ronta melepaskan diri. Si mulut busuk ni memang tak tahu seni bela diri tapi jangan pandang rendah pada kekuatan tangan si drummer. Boleh lepas lehernya dari badan.

Tapi jangan pandang rendah juga kepadanya, setakat kena serang macam ni dia boleh lepas diri punya. Makan lantailah kau mulut busuk!

Jay baru hulur tangan siap sedia nak banting Fiqri tapi rancangannya ternoda bila Adam cepat baca gerakannya dan dengan sepantas kilat Adam menarik Fiqri dan dengan sepantas kilat juga tangannya dipulas ke belakang.

Wah, tangkas betul. Jay patut beri tabik hormat. Baru Jay nak lawan, Adam bagi dia ayat patah semangat.

“Jangan nak melawan. Kali ni aku takkan mengalah. Kalau kau nak tok ayah sedih tengok muka cucu-cucu dia lebam, kau buatlah.”

“Okey, aku takkan buat apa-apa. Tapi lepaslah dulu. Kau ingat tak sakit ke!”

“Jangan Dam. Jangan percaya dia. Dulu masa kita percayakan dia, Qi hampir mati dibuatnya.”

“Tak sampai matilah mulut busuk. Kau jangan nak tuduh aku yang bukan-bukan.”

“Itu kenyataan Jaafarudin penyangak.”

Tajam mata Jay pandang Fiqri. Kalau tak ada Adam memang Fiqri dah tinggal separuh dia mamam. Kenapa perlu dikecewakan hatinya dengan menyebut gelaran sadis tu.

“Cakap dulu mana Qi baru aku lepas. Atau kau nak aku call tok ayah.” Adam menggertak.

“Aku tak tahu. Kau call la Qi.” Jay masih berkeras tak nak cakap. Nanti dia jauh baru dia terus-terang. 

Cuba bayangkan apa akan jadi kalau Adam bawak dia jumpa Rizqi. Rizqi memang cepat marah tapi dia cepat sejuk kalau dengan orang-orang penting dalam hidupnya.

Jadi Jay rancang nak jumpa Rizqi esok. Gerenti kalau kena hukum pun takkan teruk mana.

“Aku dah call tapi tak dapat. Kau kenapa off phone, hah?!”

Soalan bodoh tu Dam. Mestilah sebab aku nak lari. Jay jawab dalam hati.

“Phone takde bateri.” Jay berdalih. “Qi dah balik kot.”

“Jangan nak menipu bangang. Qi datang dengan Sam. Last sekali Qi naik kereta kau.” Fiqri bersyukur Adam curiga bila Rizqi dengan Jay tak muncul-muncul. Mereka berjanji nak berkumpul di studio, tempat lepak mereka. 

Fiqri menyesal sempat membebel kata Adam paranoid. Yalah, bukannya lama pun mereka menunggu. Rupa-rupanya memang Jay buat hal.

Adam tahu Rizqi masih ada kat sini. Buktinya Jay ada di bangunan ni lagi.

Dalam hati Jay salahkan Rizqi yang tiba-tiba berubah fikiran nak ke kolam. Kalau mereka terus naik ke tingkat lapan tak berhenti di tingkat tujuh, semua ni takkan berakhir begini.

Fiqri beralih tempat berdiri depan Jay. Tapi jaga jarak sebab dia tahu sangat Jay akan tendang dia. Nak tahu macam mana dia tahu...

Sebab dia dah pernah kena.

Jay mati kutu nak menipu. Nak melawan Adam siap terima perlawanan. Peratusan bakal lebam dan berdarah-darah bakal tinggi sebab dia tahu Adam tak main-main. Si tolol mana yang rela hati nak sakit dan sesungguhnya demi hati lembutnya ini dia tak nak buat tok ayah bersedih.

“Cakap Jay! Kau nak aku call tok ayah!” Walau tak sampai hati Adam terpaksa pulas tangan Jay lebih kuat biar Jay tahu yang dia tengah serius.

“Sakit Dam!!! Sakiiiit!!!” raung Jay pilu. Sungguh dia terasa hati, patah hati, kecewa hati, sedih sekali bila sedaranya yang hatinya paling suci melayannya kejam sebegini .

“Dam, sampai hati kau... Kejam Dam... Ini kejam sekaliiii…” Inilah nada yang paling sayu Jay pernah guna. Masa atuknya meninggal suaranya tak sesayu ni. Ah, itu semua sebab dia marah dengan atuknya kerana kasi nama yang sama dengan si atuk. Nama yang buat dia menderita tak terperi.

Adam mendengus.

“Aku tak sangka kau sanggup aniaya aku, Dam...” Jay teran air mata biar keluar.

Fiqri putar bola mata. Jengkel.

“Arghh… kenapa dunia ni begitu kejam? Dam, aku betul-betul terluka Dam. Kau tak pernah bela aku. Kau selalu pilih kasih. Aku selalu dipinggirkan. Patut ke aku nyanyi lagu sekadar di pinggiran. Tidak ku sampai ke puncak sana apalah daya bertahan cuma di pinggiran yang memilukaaaann...” 

Jay menyanyi dengan penuh sumbang dan disambut dengan...

“Diamlah penyangak!!!” Itu Fiqri yang bertempik.

“Jangan nak mengarutlah!!!” Itu Adam yang meraung.

“Oh, tak nak dengar. Tak apa. Aku tak nyanyi lagi.” Jay angguk pasang wajah menderita. Tiba-tiba…

"Dam, lepas Dam. Aku kena panick attack.” Jay buat sesak nafas, tercungap-cungap menghirup udara mengalahkan ikan hidup yang dilempar ke darat.

Panic attack? Tiba-tiba Adam teringat Rizqi. 

“Fiq, call tok ayah.” Adam dah tak dapat bersabar. Nampak sangat Jay berlakon mintak simpati biar dia lepas. Kalau Jay beria-ria macam ni bermakna mesti Jay dah buat benda teruk.

“Jangaaaan!!!” rayu Jay. Ini betul-betul bakal kena serangan panik ni kalau dibiarkan. Fiqri dah keluar handphone nak telefon tok ayah. Silap hari bulan dirinya yang tak bersalah ini kena pecat dari menjadi cucu kesayangan tok ayah. 

“Qi kat swimming pool.” Akhirnya Jay mengalah.

“Okey, jom kita pergi tengok.” Adam dorong tubuh Jay berjalan.

“Lepaslah Dam. Kan aku dah bagitahu kan.” 

“Tak, sebelum Qi ada depan mata aku.” 

Oh Tuhan... Jay tahu dia bakal mati selepas ni.

Previous: Bab 28
Next: Bab 30

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh La-lila