Home Novel Cinta Jadi Isteri Aku, Mau?
Bab 23

“HEI, macam mana kau boleh keluar hah? Bukan kau kena kurung ke? Jangan cakap kau turun tinggat empat ikut balkoni?” 

Terus Adam bayangkan Rizqi bergayut macam monyet. Lompat sana. Lompat sini. Nasib baik sampai ke destinasi. Bukan apa, takutnya mati. 

Dia yang takut. Rizqi huh… dasar makhluk tak pernah kenal erti takut. Sakit-sakit pun buat hal lagi.

“Aku risau.” Rizqi hembus nafas lelah.

Adam pula rasa nak lelah dengar pengakuan maut Rizqi. Tambah dengan muka kusut penuh rinduuuu dan sakit. Hatinya sakit bila Rizqi sakit disebabkan si jantan pengecut tak guna satu sen tu.

Adam bersyukur yang orang macam Syahid akhirnya dapat balasan. Rupa-rupanya Syahid tu memang kaki pukul perempuan. Pukul orang-orang tak berdaya macam Aiman. Dah dua kali bertunang, putus. Girlfriend yang jadi mangsa dia tak boleh bilang dengan jari terlalu banyaknya.

Bapaknya ada duit, semua selesai dengan bayaran. Tapi sekarang Syahid dah jumpa lawan yang langsung tak sepadan nak dilawan. Rizqi cakap dia akan pastikan si Syahid tu kena lempar ke penjara. Biar membusuk kat sana.

Dari apa yang dia tahu Sam akan mengumpulkan bukti dan orang-orang yang pernah jadi mangsa Syahid untuk buat kes Syahid makin berat. Entah berjaya ke tidak Adam tak tahu. Tapi dah namanya Rizqi, pasti ada sejuta cara yang dia akan guna selagi dia tak puas hati.

“Nak risau apanya Qi? Mel selamat apa. Kau belum tentu selamat kalau tok ayah dapat cekup kau nanti.”

“Masa-masa genting nilah tok ayah tunjuk kuasa. Kurung aku dalam bilik. Sita handphone. Sita semua benda. Korang pun tak boleh datang. Baru beberapa jam tapi aku rasa macam dah nak gila.”

“Kau rindu kita orang rupanya. Patut ke aku ajak Jay dengan Fiq datang? Dia orang dah bising tok ayah tak bagi dia orang ke rumah. Rindukan kau la tu.” 

“Tak adanya aku nak rindukan korang.”

“Ahhh... sakit hati aku! Sampai hati kau hancurkan hati aku yang mereeendukan kau macam nak mati.”

Rizqi jeling Adam yang tengah tayang muka hampa tersiksa jiwa merana. Rasa nak bagi tendangan berputar seratus kali je. Nasib baik sedara.

“Tak payah nak berlakon bodohlah Dam. Menyampah aku!” Badannya disandarkan ke kereta Adam. Sekali lagi Rizqi hembus nafas lelah.

“Sejak kenal erti cinta, si jantan buas makin lemah ya.” Sengihan Adam melebar.

Rizqi mendengus. Tapi dalam hati mengiakan apa yang Adam tuduhkan kepadanya.

“Mel macam mana?” 

Adam tarik nafas. Tahan diri dari ketawa. Suara Rizqi sendu teramat. Lemah tak berdaya. Kesian...

“Kawan aku dah okey. Kau jangan risaulah.”

Kawan aku? Sejak bila Adam dan Camelia berkawan? Rizqi ketap bibir. 

Ini dah lebih ni. Takkan secepat tu hubungan Camelia dan Adam berkembang. Dengan dia pula tak kembang-kembang. Macam layu sebelum mekar. Ah cik bunga. Kenapa buat hidup abang merana?

Kalau dia tahu Camelia mudah terima Adam memang dia tak suruh Adam bawak Sam jumpa Camelia. Dia takut Camelia tak percaya. Sebab tu terpaksa mintak tolong Adam walaupun dia sendiri pun tak suka.

Tapi dia dah tanya Sam tadi. Sam cakap tak ada yang mencurigakan pertemuan antara Adam dengan Camelia.

Cakaplah dia gila tak percayakan sedara sendiri. Sebab dia lelakilah dia tahu yang lelaki ni kalau betul-betul suka dia tetap cuba walaupun perempuan tu dah ada yang punya. Dapat tak dapat belakang kira.

Jadi di sini adakah Adam menipu atau Sam yang tak cukup bijak dalam menilai? Sam senjata tempurnya yang paling canggih takkanlah tiba-tiba jadi bodoh.

Rizqi pandang Sam yang menunggu di tepi keretanya. Tengok pandangan si bos yang dah bertukar jadi monster terus Sam tegakkan tubuh. Berjaga-jaga. 

Adam yang perasan gelagat Rizqi tahan ketawa. Sungguh ini lucuuuuu sekali!!!

“Mel, di...” Tak sempat sambung si jantan buas mula beraksi.

“Kau suka kat dia kan?!” Kolar baju Adam dicekak.

“Aku tak ada hati pun kat dia. Tak payah nak over sangat. Aku tak ada cita-cita nak rampas girlfriend sedara sendiri.” 

“Oh...” Rizqi kembali lemah. Kembali sendu. Dan tangannya kembali jatuh ke sisi. Lunglai tak berdaya lagi.

Meletus ketawa Adam dengan gelagat Rizqi. Macam orang tak siuman.

“Kau jangan bagi Jay jumpa Mel.” Cukuplah Adam jadi kawan Camelia. Jay makhluk yang langsung tak boleh dipercaya terutama bila ada sangkut paut dengan perempuan cantik.

“Okey.” Adam tak cakap banyak. Tadi masa Jay tanya alamat Camelia pun dia tak bagi. Si penyangak tu beria-ria nak melawat, dah siap beli bunga segala.

“Fiq pun.”

“Fiq langsung tak suka Mel, Qi. Aku ajak jumpa Mel pun dia tak sudi.”

“Kenapa pulak?”

“Mungkin sebab mulut dia orang sama level kut. Fiq rasa tercabar.” 

Rizqi pandang Adam yang tengah ketawa dengan rasa jengkel tak tertahan. Ada ke Adam cakap mulut cik bunganya sebusuk Fiqri. Betul-betul nak kena libas ni.

“Mulut cik bunga aku wangilah. Aku tahu walaupun tak pernah cuba lagi.” 

Adam mendenguskan tawa. Kalau tengok muka Rizqi sekarang wajib orang pasang papan tanda amaran. Awas, tolong sangat untuk hati-hati. Jangan sesekali berhenti. Ada jantan buas gila nak berbini kat sini.

“Meroyan sangat dah kau ni Qi.”

“Mana ada aku meroyan.” 

“Betul tu. Aku setuju. Kau memang tak meroyan. Tapi sikit lagi nak gila. Hesy, tak sangka si jantan buas pun boleh jatuh cinta gila-gila jugak. Ke kau ni spesis hati tak kental? Tak cukup kental ni. Tak cukup…” Adam ketawa mengejek.

Rizqi mendengus kuat. Rasa nak ditendang aje Adam. Bukankah selama ini dah cukup terbukti yang dia ni memang lelaki berhati kental. Tak punya perasaan. Gagah, hebat dan menawan. 

“Qi, Mel tu kau nak buat bini ke kau nak buat kekasih?”

“Mestilah nak buat bini. Sekali dia setuju jadi girlfriend aku, hari tu jugak aku masuk mintak dia jadi bini aku.”

Rizqi sengih. Rambutnya diraup ke belakang. Bahagia hatinya bila topik nikah kahwin dibicarakan.

“Cik bunga aku okey kan Dam? Sam cakap dia dah okey. Hesy... bakal mak ayah mertua aku tak ada pulak masa genting ni. Risau aku.” 

Mak dan ayah Camelia sekarang ni pergi buat Umrah dan Camelia tak mahu mengabari orang tuanya. Tak mahu mereka risau. Itu yang Sam sampaikan.

“Kan jantan tu dah masuk lokap. Kau dah bagi empat orang bodyguard suruh jaga 24 jam. Nak risau apa lagi Qi. Kau tu biar sihat betul-betul. Selagi kau buat hal, selagi tulah tok ayah kurung kau.”

“Aku takut famili jantan gila tu atau perempuan tak guna tu kacau Camelia. Kita tak tahu dia orang rancang apa. Orang kalau hati busuk boleh buat apa saja.” Suara Rizqi keras penuh marah dan sakit hati. 

Adam memandang sayu Rizqi yang nampak tertekan. Rizqi dihambat ketakutan. Takut kejadian dulu berulang. Rizqi takut kehilangan Camelia.

“Aku dah puas rayu tok ayah. Tok ayah langsung tak kasi can.”

“Sebab tok ayah nak kau sihat cepat-cepatlah tok ayah buat macam tu. Dengar masalah sikit kau jadi monyet. Kalau jatuh, cacat lagilah Mel tak nak kat kau.”

“Cik bunga aku takdelah kejam sangat.”

“Padanlah dengan kau.” Adam mengejek dan dibalas dengusan tak puas hati dari Rizqi.

“Qi, Doktor Muiz macam mana?” Sebenarnya Adam syak selain Rizqi pecat si doktor, kejadian di sebelah rumah Camelia pun Rizqi yang punya angkara.

“Kenapa? Kalau kau nak tahu yang aku tahu ke tak yang Muiz tu jiran Mel, jawapannya aku tahu. Akulah yang suruh Sam aturkan pertemuan membahagiakan dia orang.” Rizqi tersenyum puas tanpa rasa bersalah sikit pun. 

Adam tak terkejut pun. Dah dapat agak. Rizqi kalau nak buat takdenya separuh-separuh. Dia kasi lenyap terus.

Tadi keadaan kecoh bila segerombolan orang datang menyerang jiran sebelah rumah Camelia. Terkejut dia bila yang muncul dari pintu tak lain tak bukan si doktor yang kena lenyek dengan Rizqi sebelum ni.

Kecoh gila tadi. Semua orang datang tengok. Kesian dengan bini pertama yang perutnya bila-bila masa bakal keluar baby menangis, meraung selepas puas merusuh ditemani kaum kerabatnya.

“Cik bunga aku tak ada pesan apa-apa kat aku ke? Dia takut lagi dengan aku ke?” Selepas Camelia lari darinya Rizqi mengejar tapi cuma duduk dalam kereta pastikan tak ada orang mencurigakan dekat rumah Camelia. Ya, sebelum tok ayah call paksa dia balik rumah.

“Ah, lupa!”

Rizqi penuh debaran menanti pesanan cinta dari cik bunganya. Mungkinkah cik bunga cakap rindu kat dia. Pipi Rizqi macam dah nak robek tersenyum lebar yang amat bila fikirkan yang cik bunga tengah rindu menggebu-gebu kat dia.

Cik bunga sayang… abang pun rindu sangat-sangat dah ni. Belakang abang sakit tau. Usap-usap sikit sayang.

“Mel cakap terima kasih sebab tolong bagi belakang kau lindung dia tadi. Lepas tu terima kasih sebab bagi bodyguard yang muka serius macam perempuan yang tak pernah kenal erti bahagia jaga dia. Lagi dia cakap maaf sebab dia terbawa emosi, kau hebat tadi lain kali buat lagi.” 

Adam bagi dua thumbs up dengan muka bangga.

“Kau gilaaa!” sembur Rizqi dengan muka masam. Dia punyalah teruja bila dengar Camelia ada tinggalkan pesanan cinta, Adam main-mainkan dia rupanya.

Adam ketawa mengilai. Rizqi rasa nak aje sumbat penumbuk dalam mulut Adam biar diam.

“Tak, dia betul-betul pesan yang dia berterima kasih kat kau dan minta maaf. Aku serius.”

“Betul, Dam?” Wajah Rizqi terus cerah. Lagi cerah dari lampu jalan di atas mereka.

“Kalau macam tu aku nak pergi jumpa cik bunga akulah kalau cik bunga dah tak takut dengan aku.”

Rizqi berkobar-kobar. Lagi-lagi bila Adam mengangguk tanda setuju. 

Baru aje nak pergi ke kereta tiba-tiba sebuah kereta yang dikenali berhenti di depannya.

Oh tidak! Janganlah masa ni. Bagilah dia peluang nak jumpa cik bunganya dulu.

Sam dengan cekap dan pantas terus berlari mendekati si bos yang mukanya sudah muram macam dapat berita kena cancer tahap akhir.

“Kau cakap kat tok ayah Dam aku nak jumpa kau kat sini?”

“Mana ada.”

Tan Sri Khalid keluar dari kereta diikuti dua orang lelaki bertubuh besar.

“Tok ayah. Adam tak tahu. Qi yang nak jumpa. Dia cakap penting, antara hidup dan mati. Adam tak buat lagi ya tok ayah. Ampun tok ayah.” 

Tan Sri Khalid tersenyum lembut pada Adam. Dia dah kenal perangai sorang-sorang cucu-cucunya. Adam takkan buat hal mengecewakannya.

“Bos!” Sam siap menerima arahan. Rizqi mengibaskan tangan. Suruh Sam pergi.

“Sejak bila tok ayah pelihara gajah pulak.” Rizqi merungut-rungut kesal.

“Handphone.” 

Dengan penuh tak rela Rizqi serahkan handphonenya. Sumpah memang lepas ni dia buat back up 100 bijik handphone. Memang lepas ni dia langsung tak ada peluang lagi nak keluar. Balik ni gerenti tok ayah mangga dan rantai pintu balkoni.

“Mari balik.”

“Mari kita pergi jumpa dengan bakal cucu menantu tok ayah dulu boleh?” Rizqi mintak sehabis baik moga-moga permohonannya ditunaikan. Nak jumpa cik bunga sangat-sangat dah ni.

Tan Sri Khalid menggelengkan kepala.

“Please tok ayah... Jangan buat Qi macam ni.”

“Khalif Rizqi dah tak sayang tok ayah?” 

Bagi je ayat tu Rizqi dah tewas. Dengan hati remuk redam dia ikut langkah tok ayah ke kereta.

Sumpah Adam sekuat hati tahan diri dari mengilai bila tengok muka syahdu Rizqi. Sumpah dia tak pernah tengok Rizqi sesyahdu ni. Dari selalu buat orang menangis akhirnya tiba giliran Rizqi pulak yang menangis.

Karma memang wujud saudara-saudaraku yang ku kasihi.

Ingat-ingatlah bumi bila di tempat tinggi.

Kerana saat jatuhnya syakiiitt sekali!!! Huahahahaha...

Previous: Bab 22
Next: Bab 24

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh La-lila