Home Novel Cinta Jadi Isteri Aku, Mau?
Bab 1


KENAPA? Slash!

Kenapa? Slash!

Kenapa? Slash!

Elena telan air liur. Bukan kerana terliur dengan daging steak kepunyaan lelaki yang semeja dengannya ini tetapi kerana gerun melihat betapa agresifnya Rizqi memotong daging hidangannya.

Bunyi pisau bergeser dengan pinggan  begitu kuat kedengaran menunjukkan betapa kuatnya tekanan yang diberikan Rizqi ketika memotong steaknya.

Berkemungkinan besar ketika pelayan mengangkat pinggan itu nanti, pinggannya pecah kepada 10 bahagian.

Elena risau melihat kepada daging yang sudah hancur dikerjakan Rizqi. Mungkin dia patut memesan satu lagi steak untuk Rizqi melepaskan kebuasannya. Elena bukan apa, takut kalau Rizqi tertukar dia dengan daging nanti.

Slash!

Oh Tuhanku... Elena rasa nak lari aje tetapi dia takut Rizqi bertambah marah.

"Kau rasa kenapa dia tak balas senyum aku tadi?"

Mata Elena terus memandang objek yang berada selang beberapa meja darinya. 

"Kau tengok apa?!" sergah Rizqi

Melihat Rizqi hampir berpaling cepat-cepat Elena menjawab. "Tengok abang. Tak tahu kenapa lambat sangat." Elena memberikan senyuman yang dibalas Rizqi dengan cemikan.

Tak apalah cemik pun. Janji Rizqi tak perasan yang orang yang dilihatnya tadi adalah gadis yang menolak senyuman Rizqi. Kalaulah Rizqi tahu perempuan itu ada di dalam satu restoran dengannya entah apa nasib perempuan tu nanti.

"Jaafarudin memang bangang. Dah tahu orang tunggu dia sengaja datang lambat."

"Jangan cakap macam tu Abang Qi. Mesti ada sebab abang terlambat ni."

Melihat Elena setia membela kekasihnya yang tak guna tu Rizqi mendengus menyampah. Kalaulah Elena tahu perangai sebenar penyangak tu tak adanya si polos ni nak lagi dekat Jay tu. Melainkan memang si Elena ni polos campur bodoh. Menurut kata Fiqrilah.

"Kenapalah dalam banyak-banyak orang kat dalam dunia ni handphone aku boleh tertinggal dalam kereta penyangak tu?" bebel Rizqi. Pinggannya ditolak ke tepi. Tak selera dia nak makan daging hancur.

"Janganlah panggil abang macam tu." Elena rasa terluka bila kekasih tersayangnya dipanggil penyangak.

"Suka hati akulah! Mulut aku!" Rizqi ketap gigi. 

Elena terus mengkerut di kerusi. "Sorry Abang Qi. Janganlah marah El." Kalau tak kerana sudah kenal dari kecil dan sudah biasa dengan perangai kasar Rizqi mungkin Elena akan meraung kat sini juga.

"Kau rasa kenapa dia tak balas senyum aku tadi?" Rizqi kembali ke topik asal. Perkara yang membuat moodnya yang kian tak baik bertambah punah.

"Mungkin dia rabun kot." Elena memilih untuk menipu. Perasaan Rizqi harus dijaga sebaik-baiknya sehingga kekasihnya datang. Elena tak mahu mengambil risiko terbunuh jiwa di sini.

Elena melirik kepada perempuan yang sedang menjadi topik perbincangan mereka. Nampak tengah marah melihat handphonenya. Sah-sah perempuan itu tak rabun.

"Kan?!" Rizqi menepuk meja. Elena hampir melompat dibuatnya.

"Aku pun rasa macam tu. Dia mesti rabun. Takkanlah dia tak nampak macam mana handsomenya muka aku ni."

Elena memandang jari panjang Rizqi yang menunjuk ke muka kacaknya. Pantas Elena mengangguk dan dia lega bila Rizqi tersenyum lagi.

"Abang Qi tak nak pesan makanan lain ke? Abang mungkin lambat lagi ni."

"Hish, lambatlah Jay ni. Geram betul aku. Kau rasa dia lama lagi ke nak sampai?" 

Tanpa Elena duga niat baiknya mengundang petaka bila Rizqi berpaling ke arah pintu masuk restoran. Elena berdebar macam nak mati bila Rizqi seakan terpaku kepada objek yang tengah dipandangnya sekarang.

Dan Elena rasa macam nak lari bila Rizqi kini berpaling memandangnya dengan tajam.

"Sejak bila kau pandai menipu hah?! Kau belajar dari penyangak tu?!"

"Maa maa maaf Abang Qi. Am... pun." Cepatlah datang abang... Rayu Elena di dalam hati.

Rizqi ketap gigi. Pandang Elena macam nak ditelannya hidup-hidup. Elena rupanya bukan sepolos yang disangka. 

"Tunggulah, lepas ni aku gantung kau dekat pokok sawi." Selesai mengugut Rizqi bangun meninggalkan Elena yang sedang memeluk lehernya dengan muka ketakutan.


MATA Camelia pejam celik pejam celik. Otaknya beku mendadak sebaik saja membaca balasan dari si jejaka yang berjaya buat jiwanya karam di lautan duka dalam sekelip mata.

Haish... tak mungkinlah Aiman sanggup mungkir janji di hari bahagianya. Mungkin dia silap baca kot.

Mari kita baca sekali lagi. Biasalah pandangan mata kan selalu menipu.

Hanya memerlukan masa sedetik, baru tik belum sempat tok terus Camelia patah hati untuk sekali lagi. Sesungguhnya pandangan matanya memang tak pernah menipu.

Yang menipu kat sini tak lain tak bukan adalah si Aiman.

Aiman bukan setakat dah mungkir janji. Aiman dah mungkir bahagia. Bukan bahagia Aiman tapi bahagianya. Nasib baik dia tak beli kek lagi kalau tak dia kena hembus lilinnya sorang diri. 

Sanggup Aiman buat dia begini. Tak berbaloi dia hampir kemalangan tadi tup tup datingnya tak jadi.

Camelia ketap bibir bila terkenangkan kejadian yang langsung tak manis untuk diingati itu. Di pagi harinya yang indah, dikala dia seronok menyanyi tiba-tiba datang selaju torpedo sekor Range Rover hitam sehitam hati drivernya berdesup memotong keretanya. 

Bukan setakat tu aje. Kereta tu siap menghimpit keretanya lagi. Brek mengejutlah dia jawabnya. Nasib baik nyawanya masih panjang. Memang terlalu sadis untuk mati di hari jadi sendiri. 

Dasar driver keparat tak ada etika. Suka-suka hati aje himpit kereta orang. Fikirlah sikit keselamatan orang lain. Kalau dia bawak kereta terlampau slow bolehlah nak potong macam tu. Ni tak, dia memandu ikut peraturan. Kereta tu yang salah. 

Bukan! 

Kereta tu tak salah. Tuan punya kereta tu yang salah. Siaplah kalau terserempak sekali lagi sumpah dia akan ajar driver yang tak bertatasusila tu pengajaran yang paling berguna. Tunggulah! 

Dalam melayan emosi yang meledak-ledak Camelia menangkap sepasang mata yang memandang ke arahnya.

Lagi.

Dari tadi gadis itu asyik melirik-liriknya. Bukan dia tak perasan tapi dia buat tak tahu aje.

Kalau tak kerana dia sudah berjanji di sini dengan Aiman dan di sini restoran kegemaran Aiman tak adanya dia nak duduk satu ruang dengan jantan miang tu. Jadi tak payahlah girlfriendnya insecure sangat sampai melirik-liriknya tak sudah.

Camelia cepat-cepat habiskan makanan. Dah tak sabar-sabar dia nak keluar dari sini. Punggungnya dah sepanas hatinya.

Bila makanannya dah habis, niatnya untuk pergi tak jadi bila ada yang datang menegur.

"Hai, boleh saya duduk?"

Tanpa Camelia perlu berkata ya lelaki di depannya ini sudah duduk. Memang kurang ajar, cemik Camelia dalam hati.

Entah mimpi apalah si kalis rezeki ni datang mengadap dirinya. Jangan cakap tuan besar ni nak mengorat dia yang tak punya apa-apa ni. Dan jangan cuba-cuba cakap yang dia terlebih perasan, sebab dia ada bukti yang kukuh. 

Buktinya ialah… lelaki ini telah menghadiahkan senyuman semanis madu untuknya ketika berselisih tadi. Tak padan makwe ada di sebelah. Masa tu nak aje dia balas dengan jelingan mautnya. 

Namun bila teringat betapa kerdilnya dia, baik dia mengambil jalan yang lebih selamat, iaitu… buat-buat tak nampak dan terus jalan.

Rizqi memandang penuh takjub gadis di depannya ini. Terkejar-kejar matanya menjelajah seraut wajah yang nampak semakin menarik bila mengenakan selendang biru tua yang menyerlahkan lagi kulit putih melepaknya. 

Sejak bertentang mata hati lelakinya tak henti-henti memuji. Tu sebab dia marah bila Elena menipunya. Nasib baik dia dapat berjumpa lagi dengan si cantik jelita ni. Kalau tak mungkin malam ni tidurnya tak lena. 

Camelia mendengus di dalam hati. Ikutkan marah Camelia rasa nak sangat cucuk mata jantan miang ni dengan garpu. Ada ke tengok dia macam nak telan. Memang tahap kebiadapan si kalis rezeki ni terlalu luar biasa.

Rizqi menghulurkan tangan.

“Hai, saya Khalif Rizqi. Panggil aje Rizqi tapi kalau nak panggil Qi pun boleh. Lagi mesra, kan?” 

Tak hingin aku nak beramah mesra dengan kau! Marah Camelia. Alhamdulillah, nasib baik hanya keluar dalam hati. 

Bibir Rizqi mengukirkan senyuman yang berkali-kali ganda menawan dari senyumannya yang tidak berbalas ketika pertemuan pertama mereka tadi. 

Oh… oh… oh… Tercalar egonya. Bukan setakat senyumannya tak dibalas, tangan yang dihulurkan juga tak disambut. Takkanlah sedekat ini pun masih lagi rabun? Dan takkanlah tak nampak betapa indah senyumannya tadi? 

“Sedara, saya nak makan ni. Tak ada masa nak berkenalan.” Suara Camelia jauh dari kata mesra.

"Makan apa? Tu dah habis." Melihat betapa masamnya muka lembut itu hujung bibir Rizqi terangkat. Playing hard to get huh? 

Camelia hampir menepuk dahi dengan kebodohannya. Ikutkan hati yang panas ni memang dicarik-cariknya mulut Rizqi yang tengah santai menyandar di kerusi sambil memeluk tubuh. Senyuman seakan mengejeknya itu buat dada Camelia hampir meletup. 

Malas nak melayan Camelia mengangkat tangan nak memanggil waiter. Baik dia bayar dan blah. Nanti gunung berapinya meletus dan menghancurkan hati tuan muda ni dia yang akan kena nanti.

"Tunggu kejap." Rizqi menghalang cepat. Siap mengangkat tangan cuba menahan tangan Camelia. 

Sebelum sempat tangan besar itu memegang tangannya, Camelia pantas mengelak. Jantan miang biadap! Sembur Camelia dalam hati.

Camelia menarik nafas dalam-dalam. Sungguh dia dah tak tahan nak melenting.

"Awak nak apa sebenarnya?" 

"Macam saya cakap tadi, nak berkenalan." 

Santainya Rizqi buat Camelia memaki di dalam hati. Dasar pemaksa. Dia ingat dia berkuasa, dia boleh paksa orang ikut telunjuk ketiak dia.

"Dan saya tak nak!" tegas Camelia.

"Kenapa?" soal Rizqi bersahaja tetapi di dalam hati akar-akar kemarahan mula terbakar.

"Saya dah bersuami."

Dang! Hati Rizqi retak. Dia pun tak faham kenapa dia boleh sakit hati sedangkan dia baru saja kenal perempuan di depannya ini 

“Sedara, pergilah dekat girlfriend awak. Jangan kacau orang yang dah bersuami.” Camelia melirik gadis yang tengah memaparkan wajah risau. Tentu dia takut boyfriendnya yang tak guna ni diambil orang.

Dahi Rizqi berkerut. Kemudian wajah tegangnya berubah santai kembali. Giliran Camelia pulak berkerut dahi, pelik.

"Tentu awak mengaku dah kahwin sebab ingat tu girlfriend saya, kan? Taklah, tu adik saya."

Adik lain mak lain ayah, kan? Ikut hati nak aje Camelia tanya macam tu. Macamlah dia tak tahu yang Rizqi ni anak tunggal. 

Panjang Camelia tarik nafas. Nak meletup dadanya. Mentang-mentanglah kaya suka hati aje nak main-mainkan perasaan orang.

Kalau dia jadi perempuan kat sana tu memang dia dah tendang mamat tak ada hati perut ni kat kelangkang dan pastikan sampai mandul. Biar padan muka tu, buat perempuan macam sampah! 

Dahlah sampai hati mengorat perempuan lain depan batang hidung aweknya sendiri. Memang jantan miang ni sama dengan orang yang telah memusnahkan hidupnya dulu. Tak ada hati perut.

 “Oh… saya ingatkan nenek awak. Sorry…” Senyuman sinis dipaparkan. Kerana terlalu marah Camelia dah lupa di mana bumi berpijak. Dia terlupa dengan siapa yang dia tengah cari pasal.

Terus menyirap darah Rizqi. Dia memang cukup-cukup pantang bila orang sentuh hal keluarganya. Si cantik yang bodoh ni berjaya menjentik jiwa buasnya. Tahniah diucapkan!

Melihat betapa bengisnya wajah lelaki di depannya ini perasaan marah dan meluat Camelia sekelip mata bertukar menjadi takut yang luar biasa. Sinar keinsafan mula menyerap ke dalam otak. Sepatutnya dia tak melawan tuan besar ni. Dia tak sepatutnya menjolok sarang tebuan. 

 Garpu di tangannya digenggam kemas. Kalau Rizqi cuba apa-apakannya, dia lawan. Memang dia lawan!!! Ada yang kena buat pembedahan mata lepas ni. 

Mengecil mata Rizqi. Sebelah keningnya terangkat. Dia melirik kepada garpu di tangan si cantik. Genggam kemas bukan main, macam nak serang dia pun ada. 

Senyuman mengerikan mula terukir. Bukan menjauhkan diri. Malah Rizqi semakin mendekatkan mukanya betul-betul mengadap wajah pucat lesi itu.

“Kau nak serang aku dengan garpu tu ke? Berani betul. Cubalah, kita tengok apa yang akan jadi.” Suaranya begitu dingin dan senyumannya bertambah-tambah mengerikan.

Terlepas terus garpu di tangan Camelia. Wajah sadis yang terlalu dekat dengannya itu membuatkan dia takut sampai nak terkucil. 

Rizqi mendengus. Dulu dia kata hanya lelaki bodoh aje yang kalah dengan perempuan cantik. 

Sekarang apa dah jadi? Dia yang sepatutnya marah tiba-tiba jadi kesian tengok wajah pucat lesi di depannya ni.

Tak mungkin dia jadi bodoh dalam sekelip mata.

Egonya yang tinggi melangit tiba-tiba rasa tercalar.

Bukan salah dia, salahkan aje perempuan tanpa nama ni yang berjaya membuatkan hati dia tiba-tiba aje jadi murahan. Lama dia memandang si gadis yang kini sedang menunduk ketakutan.

Rizqi mendengus, kali ni lebih kuat. Sebelum anggota badannya menjalankan apa yang diproses di dalam kepalanya baik dia pergi.

Buat malu aje.

Ada ke otaknya tayang scene romantis dia tengah peluk tubuh menggigil si menawan.

Nampaknya otaknya betul-betul dah rosak.

Si sombong mulut berbisa ni patut berterima kasih kepada wajahnya. Kalau tak jangan harap dia akan lepaskan begitu saja. Silap-silap keluar restoran ni dengan muka senget sebelah.

“Jangan sampai aku jumpa kau lagi. Kalau tak memang nasib kau malang.” Amaran yang ditemani seringai mengerikan itu buat Camelia hampir terjatuh dari kerusi.

Rizqi berlalu begitu saja. Hari ini dalam sejarah. Buat pertama kalinya dia beralah. 

Camelia menghembus nafas lega bila Rizqi keluar dari restoran meninggalkan si kekasih hati macam tu aje. Macam tak cukup tanah perempuan tu mengejarnya. Kesian...

Dari duk kesiankan orang baik kau kesiankan diri kau dulu. Gerenti ke kau tak terserempak dengan monster tu kat kolej nanti. Suara hatinya berbisik satu kenyataan kejam yang berkemungkinan besar akan berlaku.

Muka Camelia mendadak pucat. Dia lupa yang dia satu kolej dengan Rizqi. Tak cukup malang lagi, kolej yang dia belajar tu hak milik si monster berdarah panas tadi.

Tak apa. Tak apa. Dia akan pujuk Aiman keluar dari kolej tu. Cumanya mari berdoa saja agar Aiman setuju.



PERJALANAN balik ke rumahnya bagaikan terlalu jauh. Dalam melayani perasaan resah gelisahnya mata Camelia menangkap objek yang hampir buat dia hilang kepala tadi. Tak perlu tunggu sesaat terus kepala otaknya dah terbayang sejuta cara nak balas dendam.

Sebelum kunci sasaran, tengok sekali lagi. 

Ya, tak silap lagi! Memang inilah kereta hantu yang dia pasti pemandunya adik-beradik dengan hantu.

Tadi bukan main laju giler. Apasal sekarang ni slow semacam aje? 

Oh... oh... oh... ni mesti tengah bersuka ria dengan makwe. Sebab tulah pakai cermin gelap gelita, boleh sebebas ria buat kerja tak senonoh. 

Bagus! Ini tambah buat dia yakin untuk tonyoh si tak senonoh tanpa ragu atau was-was jauh lagi kesian.

“Sekarang aku nak balas ‘jasa’ kau kat aku tadi. Sebab kaulah aku bad mood hari ni. Sebab aku bad moodlah aku salah langkah buat si monster marah. Sebab buat si monster marahlah aku jadi tak tentu arah. Kau buat hidup aku tak tenang, aku buat hidup kau malang.”

Seringai mengerikan diukir. Tiru sebijik macam tuan monster tadi. 

“Salam perkenalan dari Camelia Zikri untuk kau orang kaya tak sedar diri.”

Pedal minyak Toyota Fortuner putihnya ditekan kuat dan kereta di depannya itu dihimpit. Mungkin terkejut dengan tindakan drastiknya, kereta itu berhenti mendadak di tepi jalan. 

“Yes, padan muka kau!”




Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh La-lila