Home Novel Cinta Jadi Isteri Aku, Mau?
Bab 42

JAM di dinding dipandang. Menunggu dengan penuh sabar kedatangan Adam. 

Pon! Pon!

Dengar saja bunyi hon Camelia terus keluar. 

“Helo Mel…” tegur Adam sebaik saja keluar dari  Mitsubishi Evo milik Camelia. 

“Kereta kau mana?” Sebenarnya Camelia nak tanya Rizqi mana. Tadi beria-ria cakap nak datang tengok-tengok batang hidung pun tak nampak.

Samalah dengan kau. Tadi beria-ria tak bagi dia datang, bila tak ada depan batang hidung tercari-cari pulak.

Diamlah kau suara hati kurang ajar! 

Camelia rasa lama-lama dia boleh kena depresi duk bergaduh dengan suara hati sendiri.

“Kejap lagi sampailah tu. Sorrylah lambat. Aku dari tadi duk tunggu Qi. Kata nak datang ambik aku. Tunggu punya tunggu tak muncul-muncul. Dahlah aku call tak angkat.”

“Dia tertidurlah tu. Dia kan tak sihat.” Camelia tayang muka tak kisah padahal dalam hati dia diserang bimbang. Rizqi tak apa-apa, kan? 

“Mesti Qi bising lepas ni aku tak tunggu dia. Entah manalah dia pergi? Pergi dating kut…” Ketawa kecil Adam meletus. Sekadar bergurau.

Tiba-tiba saja darah Camelia mendidih. Oh… pergi dating. Menyesal dia risau takut Rizqi sakit ke, jadi apa-apa benda buruk ke. Padahal jantan tak guna tu tengah menyulam bahagia dengan makwe. Kurang ajar betul!

“Kalau Qi datang kau jangan tak keluar pulak nanti.” Confirm Rizqi akan datang lepas ni. Kat manalah Rizqi pergi? Rumah tuk ayah pun tak ada.

Tadi dia syak Rizqi ada kat ofis. Tapi bila dia call nombor ofis pun tak berangkat.

Mungkin ada kerja yang Rizqi kena settlekan kat tempat lain kot. Rizqi memang gila kerja, tapi tak sangka jugak Rizqi sanggup pilih kerja dari cik bunga tercinta. Mata dia tengok sendiri betapa gilanya Rizqi dekat Camelia. 

Entahlah...

Mungkin sejam dua Rizqi tak respon lagi dia kena cari Sam suruh jejak tuan mudanya yang dah tak tahu ke mana perginya tu.

“Kau tengok pukul berapa sekarang. Dah pukul 1.33 minit pagi. Nak datang buat apa? Malas aku nak layan. Biarlah dia nak jadi penunggu depan rumah aku pun. Dah bosan, pandai-pandailah dia balik.” 

Cis! Ingat dia ni apa. Bini nombor dua. Lepas puas dating dengan bini pertama, datang cari dia. Dasar jantan miang. Tak pernah cukup dengan satu.

“Tak baik layan boyfriend macam tu Mel.”

Ketawa nakal Adam disambut cebikan meluat Camelia. 

“Tak mahu aku dia jadi boyfriend aku.” Memang pun. Mulai hari ini akan diasuh dirinya supaya benci gila-gila dekat Rizqi. Biar sampai ke tahap nak pandang pun tak sudi.

“Alah… lama-lama nanti mahulah. Lagipun Qi tu mahu gila-gila kat kau. Redha ajelah Mel. Makin kau tolak, makin dia dekat.” Kali ini ketawa Adam makin kuat. 

“Kau ni. Grrr…” Dasar penyokong tegar. Inilah lelaki, suka tengok perempuan dipermainkan. Kalau adik beradik dia yang kena main, pandai pulak nak naik angin. 

Eee… kalau ikut hati yang tengah panas ni memang Adam, dia sound kaw-kaw. Tapi ingatkan yang Adam dah buat budi kepadanya, ketap bibir ajelah. Nak marah nanti dikata lupa diri. Ini orang kata kalau dah termakan budi, macam mana marah sekalipun terpaksa jerit dalam hati.

“Aku dengan dia takkan pernah jadi! Takkan!” tegas Camelia penuh emosi. Saat ini terbayang-bayang Rizqi tengah bermanis mulut dengan perempuan tu. Benciii!!!

Geleng kepala Adam melihat Camelia benci sangat dengan Rizqi. Kesian Rizqi. Nampak sangat Camelia tak sudi pun nak diangkat jadi girlfriend Rizqi. Lama lagilah nak tunggu saat cinta bersemi.

“Cik bunga. Tu kereta aku dah datang. Balik dulu ya.” 

“Tak habis-habis panggil aku cik bunga. Tak lawa langsung.” 

“Nama spesial tu. Boyfriend kau yang bagi.” Adam ketawa.

Cis! Rizqi yang cipta nama yang langsung tak cantik tu rupa-rupanya. Oh… dengan dia cik bunga. Dengan perempuan tu apa pulak. Cik belanga? Arghhh!!! Ikut hati nak aje terpekik-pekik kat depan Adam jugak. Tapi bila fikirkan harga diri tahan ajelah dulu. 

Dan jangan ditanya kenapa selepas si jejaka pulang jiran-jiran Camelia belakang depan kiri kanan selak langsir kepala keluar jendela. Itu pasti kerana pekikan sadis si bunga yang cemburukan cik belanga yang tengah bermadu cinta dengan kekasih takkan jadinya menggegar seantero dunia.




Previous: Bab 41
Next: Bab 43

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh La-lila