Home Novel Cinta Jadi Isteri Aku, Mau?
Bab 2

JARI-JARI panjang Rizqi mengetuk-ngetuk meja di kafe. Berkali-kali dia melirik handphonenya yang sunyi sepi dari tadi. 

“Kau ni kenapa?”

“Tak payah nak menyibuk!” Rizqi mendengus keras.

Fiqri terus diam. Malas nak tanya lebih-lebih bila tengok mood si jantan buas nampak betul-betul buruk. Seburuk wajahnya.

Rizqi menyentuh wajahnya yang luka sana sini disebabkan makhluk tak guna yang suka-suka hati himpit keretanya semalam. Tunggulah. Dia akan balas lebih dari ni. 

Tadi dia nampak kereta tu ada di library. Dan sekarang ni dengan penuh tak sabar dia menunggu maklumat tentang pemiliknya. 

Memang nasib dia baik tak perlu nak cari satu KL untuk ajar si pemandu tak guna tu. Dan memang buruklah nasib si pemandu tu bila berdepan dengannya nanti.

Berkerut dahi Fiqri melihat Rizqi menyeringai kejam ke arah handphonenya yang berdering sebelum menjawab panggilan yang entah dari siapa. Fiqri terus pasang telinga kepoh nak tahu cerita.

“Siapa? Perempuan?” Seringai Rizqi memudar berganti kerutan di dahi. “Hantar gambar.” 

Tengok aje gambar si driver keparat mulut Rizqi automatik terlopong. Tak sangka memang ‘berjodoh’ betul dia dengan si cantik yang bernama Camelia Zikri. 

Tak dinafikan Camelia memang cantik dan indah macam bunga kembang bertaman-taman. Tapi sayangnya perangai mengalahkan perempuan gila. 

Inilah contoh terbaik yang orang duk kata sayang seribu kali sayang mukamu cantik tapi otakmu mereng!

“Fiq, aku ada projek besar ni. Kau masuk kelas dulu.” Riqzi berdiri dengan penuh semangat. Misi menebus maruah bermula.

“Kau ni memang dah biul ke Qi? Aku taulah kepala kau benjol mulut kau negro, tapi janganlah cari pasal. Ingat sikit ni kelas CMA. Nyaya kau nanti!”

Fikiran Rizqi terus menerawang mengingatkan lecturernya yang satu itu. Dia memang serrrem dengan CMA atau nama panjangnya Cik Mustika Andartu. 

CMA memang menyeramkan. Bila-bila masa dia akan berubah mood dari kejam suam-suam kuku ke kejam tahap tak boleh dirunding lagi, dan memanglah terlalu perit kalau seorang CMA dah mengamuk. 

CMA akan mendenda sesiapa saja yang datang lewat walau satu saat apatah lagi satu minit. Tak pasal-pasal CMA akan mengeluarkan statement berbisanya iaitu jumpa saya di semester hadapan! Belajarlah sampai pecah kepala pun dah tak guna.

Dia tak takut pun dengan CMA tu. Masalahnya sejak dia tertumbuk pensyarahnya dua bulan lepas tok ayah dah warning siap-siap, apa yang berlaku sekalipun jangan ‘sentuh’ mana-mana pensyarahnya lagi.

Tak boleh sentuh cara kasar. Dia sentuh cara baik. Sebab itulah dia sentuh sekeping hati CMA yang kesepian. Hehehe…

Selagi CMA tak buat benda yang boleh naikkan angin dia, sedaya mungkin dia bertahan. Apa-apa pun hati tok ayah kena jaga.

“Oii… termenung pulak. Walau apa pun kegilaan yang ada di kepala hotak kau tu, lupakan. Jangan cuba-cuba buat CMA menggila. Aku tahulah yang CMA tu ada hati kat kau. Tapi kau kena ingat angin dia bukan boleh tebak. Jadi jom masuk kelas.” 

Mendengus keras Rizqi dengan bebelan Fiqri.

“Kejap aje. Hal penting ni.” 

“Siuman ke tak kau ni Qi? Dah lambat ni!” tekan Fiqri. Hesy, Adam dan Jay tak ada pula masa diperlukan. Kalau tak, boleh tolong dia heret si jantan buas ni masuk kelas. Dah biul agaknya dengan CMA pun dibuat main.

“Ah, peduli apa aku!” Rizqi tetap berdegil. 

“Walaupun muka kau sikit lagi nak serupa tenuk, kau jangan harap CMA akan kesiankan kau. Kau lambat, confirm kau repeat.”

“Kau cakap baik-baik sikit Fiq. Aku buat muka kau jadi muka lembu kaki pendek baru kau tahu.” Penumbuknya dikepal. Kalau ikutkan hati memang penumbuknya singgah ke muka Fiqri. 

“Sorrylah Qi. Bergurau pun tak boleh ke.” Fiqri tayang muka mintak dikasihani.

“Kau berambus sebelum dengan kau-kau sekali aku sembelih!!!” 

Ya, demi keselamatan diri sendiri dengan sekelip mata aje Fiqri memberambuskan diri dari pandangan si jantan buas.



SEBAGAI langkah pencegahan dari tertangkap, pandang kiri, pandang kanan. 

Mana, mana, mana, mana? Ahaha… dah jumpa pun.

Tu dia cik bunga tengah menyandar di rak buku. Tengah belek-belek novel cinta.

Hesy... setakat baca novel cinta buat apa. Meh sini dia ajarkan tentang cinta. Ahaksss...

Kejap jap jap jap…

Bukan ke dia datang sini dengan membawa misi pembalasan di atas perbuatan Camelia yang tak berperikemanusian mencelakakan dia semalam. Kenapa tiba-tiba jadi misi menyunting bunga di halaman entah sape-sape ni.

Dia tak faham dengan dirinya sendiri. Semalam dia lepaskan Camelia macam tu aje. Sekarang ni dia bukan setakat tak marah tapi dia tiba-tiba jadi sayang.

Masalahnya kenapa dia jadi teruk macam ni? 

Takkanlah dia betul-betul dah jatuh cinta?

Dan takkanlah semudah tu?

Cis, tak sangka murahan betul hatinya.



SAMPAI di depan dewan kuliah Rizqi garu kepala. CMA dah ada. Bencana.

Nak buat apa? Kalau masuk memang kena halau. Dan lepas dia kena halau, memang dia halau CMA keluar terus dari kolej ni. 

Qi… bayangkan muka tok ayah. Tak payah cari pasal. Cari jalan lain.

Huh… payah sungguh harus menjadi lelaki suci sedangkan dia jantan buas yang sentiasa bersiap sedia untuk menerkam sesiapa saja, tak kira masa, di mana jua anda berada.

Cari jalan. Cari-cari jalan.

Tang! Dapat idea tiba-tiba.

Tangannya meraba-raba beg. Ahaha… jumpa. Nasib baik Adam tetap letakkan dalam begnya walaupun dia cakap tak hingin. Minyak angin dilumur-lumur rakus di kepala dan lehernya tak lupa badannya sekali. Biar baunya meresap terus ke hati CMA.

Rambut diraup ke belakang. Perfect!

Baju dibetul-betulkan. Perfect!

Wajah tak perlu diragui. Absolutely perfect! Hehe… sengih bangga kejap.

Nafas dihela. Pintu diketuk sebelum dibuka. 

“Assalamualaikum Cik Mustika.” Salam diberikan dengan suara yang sayu dan lemah. 

“Waalaikumussalam. Hah, kenapa lambat?!” sergah Cik Mustika.

“Maaf Cik Mustika, saya tak sihat. Saya tertidur dalam kereta tadi.” Rizqi tayang muka kesian. 

“Kenapa dengan muka awak? Bergaduh berebut awek ke?” 

Eh, eh, eh. Ada nada cemburu disebalik pertanyaan anda wahai CMA. Rizqi sembunyi senyum. 

Semua orang tahu CMA ada hati dengannya. Mana taknya hanya dengan dia. Ditekankan sekali lagi hanya dengan dia, CMA bercakap lembut lemah gemalai. Dengan orang lain, kalau tak menengking tak sah! 

Well… Memang sah dia terlalu handsome untuk ditolak oleh mana-mana wanita!

“Mana ada Cik Mustika, saya accident semalam. Muka saya terhantuk kat stereng sebab tu jadi macam ni.”

“Macam mana boleh berlaku? Awak okey?” soal CMA berbunyi sungguh prihatin. 

Ahaha!!! Ayam dah masuk jerat. No, no, no! Ini bukan ayam, tapi garuda dah kena panah dengan panah sakti beta. 

Walah!

“Ada kereta himpit kereta saya. Saya okey. Cuma muka ni teruk. Kesian saya kan cik? Dah tak handsome dah ni.” Muka sedih ditayang. Dahinya yang benjol digosok lemah. 

“Saya tak kisah langsung pun…” CMA mengantung bicara sambil menarik nafas panjang. 

Hahhh, tak kisah langsung? Maknanya kena dendalah ni? Cis! Rizqi berkerut. Otaknya tengah ligat berfikir macam mana nak tendang CMA dari kolejnya tanpa dihidu tok ayah.

“Habislah kau hari ni dan selamanya Qi. Jerat tak makan.” Fiqri tayang tatapan syahdu. 

“Aku rasa CMA yang habis nanti. Dia belum kenal Qi lagi.” Jay sengih jahat.

“Jangan sampai Qi kerah bala tentera dia sudah. Masa tu CMA meratap merayu meraung sujud kat kaki dia pun dah tak guna dah.” Muka Adam nampak bimbang.

“Aku tak sabar tengok kewujudan CMA dihapuskan.” Jangan harap yang baik-baik dari hati Jay yang tak suci.

“CMA patutnya dah lama nyah dari sini!” Fiqri tayang muka benci.

“Aku cuma harap dia boleh berubah.”

Jay dengan Fiqri menatap Adam penuh emosi. Perangai lelaki suci Adam keluar lagi. Buat mereka berdua jengkel setengah mati.

“….pada saya awak tetap handsome.” CMA menyambung ayatnya yang terhenti seketika tadi. 

“Hahhhh???” Mengaum satu kelas.

Rizqi tayang seringai. Nasib kau baik CMA. 

“Okey. Awak boleh duduk. Hati-hati.” 

“Dan kelas, siapa suruh kamu bising?! Nak kena denda ke?!” Wajah lembut CMA sekelip mata aje berubah sadis.

“Disebabkan oleh kelakuan kamu yang tak senonoh tu, assignment yang saya beri tadi sila hantar esok. Tepat pukul 11.59 pagi dah ada di atas meja saya. Dengar ya, hantar pada waktu dan masa yang saya tetapkan atau kamu semua terima padahnya!” 

“Rizqi …” CMA memanggil dengan intonasi yang berbeza. 

“Ya Cik Mustika…” Rizqi menjawab dengan nada menggoda. Tersipu-sipu CMA dibuatnya.

Cik Mustika  mendekati Rizqi dengan berdebar-debar.

“Awak boleh hantar next week. Keterangannya ada kat sini.” CMA menghulurkan kertas A4 kepada Rizqi. Khas untuk Rizqi aje. Pelajar lain kena salin.

Hati penuh cinta Cik Mustika jadi makin terluka bila bau minyak angin lelaki pujaannya begitu menyengat.

“Rizqi...”

“Ya, Cik Mustika.”

“Sebulan lagi...”

“Apa dia Cik Mustika?” Berdebar jugak Rizqi. Jangan cakap CMA nak pinang dia sebulan lagi.

“Sebulan lagi baru hantar.”

“Okey, Cik Mustika. Terima kasih.”

“Sama-sama.” Cik Mustika tersenyum bahagia dengan hati penuh bunga-bunga cinta. 

“CMA memang dah terdesak sangat nakkan kau, Qi.” Adam berbisik sebaik saja CMA menjauh.

“Layan ajelah Qi. Nanti bila korang couple, jangan lupa bagi CMA minum softlan biar lembut sikit hati dia. Dan jangan lupa tambahkan racun.” Dendam Jay berkobar-kobar.

“Dasar andartu. Hodoh. Tua kerepot tak sedar diri. Pilih kasih pulak tu. Menyampah aku!” Mulut busuk Fiqri terkumat-kamit membaca mantera perang dengan CMA. 


Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh La-lila