Home Novel Cinta Bersama Ke Akhirnya
Bersama Ke Akhirnya
Alin Arifin
28/10/2021 15:56:13
15,377
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 10

IRDINA menari di hadapan cermin. Dia membetulkan tudungnya. Sebentar lagi dia akan keluar membeli barang untuk Projek Prihatin esok, bersama Dalila dan juga Amir. Telefon bimbit diambil. Ada satu pesanan ringkas dari Effendi.

-Morning. Missed you so much.-

Irdina tersenyum. Tak dinafikan Irdina semakin selesa dengan kehadiran Effendi dalam hidupnya. Cuma lelaki itu tidak pernah lagi meluahkan isi hatinya kepada Irdina. Irdina juga tidak mahu terlalu menaruh harapan yang tinggi terhadap Effendi, sepertimana dia berharap pada Izzat dahulu.

Beg tangan dan sketchbook diambil, lalu dia berjalan keluar dari biliknya. Kaki melangkah turun ke bawah.

All the single ladies, all the single ladies.” Irdina menyanyi dengan gembiranya. Dia langsung tiada rasa malu di hadapan Tuan Ismail dan Puan Marina lagi. Baginya tiada apa yang perlu dimalukan. Ini kerana hubungannya dengan keluarga angkatnya sudah semakin rapat.

Now put your hands up! Oh mak kau, Hitler dari Jerman dah balik!” Irdina terjerit kecil sambil mengangkat kedua-dua tangannya. Sungguh dia terkejut waktu ini, apabila melihat Ilham yang sudah pun berada di hadapan matanya. Mereka berdua bertentangan mata antara satu sama lain. Irdina mengamati wajah Ilham. Lain sungguh wajah lelaki itu, dan nampak lebih kacak berbanding yang dulu.

Ilham juga turut terkedu waktu ini melihat Irdina. Matanya sedikit pun tidak berkedip. Dia seakan terpana dengan kecantikan yang dimiliki Irdina.

Cantik. Tapi still panggil aku Hitler. Cis! Desis Ilham.

Gulp! Irdina menelan liur.

Bila masa pula dia ni balik? Umi dengan papa tak cakap apa-apa pula semalam.

“Amboi, kamu Dina, menyanyi sampai ke bawah dengar suara kamu.” Muncul Puan Marina sambil membawa semangkuk nasi goreng.

Irdina yang tersedar dengan keadaannya waktu itu, cepat-cepat menurunkan kedua-dua tangannya ke bawah.

“Duduk Dina breakfast sekali.”

Irdina mula tidak keruan. Ilham masih memandang ke arahnya. Kerusi ditarik, lalu punggung dilabuhkan. Dia kini duduk berhadapan dengan Ilham.

“Papa mana umi?”

“Dia pergi main golf la apa lagi?” Puan Marina berjalan menuju ke dapur semula untuk membantu Bibik Aulia.

Irdina jadi tidak tentu arah.

“Er, bila Abang Am balik?” Irdina bermanis mulut sambil senyum dibuat-buat.

“Pagi tadi,” jawab Ilham pendek.

Irdina meletakkan sketchbook dan beg tangannya di atas meja. Entah kenapa rasa takutnya mula menerpa.

“Kamu nak ke mana ni Dina? Awalnya kamu bangun?” Puan Marina muncul semula, sambil membawa pinggan, lalu diletakkan di atas meja.

“Dina nak keluar dengan Dalila dan Amir. Kita orang dah janji nak pergi beli barang untuk Projek Prihatin esok,” ujar Irdina.

“Dina dah lupa eh?”

“Lupa apa umi?” Dari ekor mata Irdina, dia nampak pandangan Ilham terhadapnya. Mungkin lelaki itu benci melihatnya di situ.

“Dinakan dah janji nak pergi shopping dengan umi hari ni. Dah lupa ke?”

“Allah umi. Dina lupa la.” Irdina menepuk dahinya.

“Tu la, busy sangat. Sampai lupa apa yang Dina dah janji dengan umikan?”

“Minggu depan boleh tak umi? Kalau nak pergi esok tak boleh. Sebab Projek Prihatin tu esok.”

“Ha, yela. Janji minggu depan kita keluar ya?” Puan Marina berjalan ke dapur semula.

Irdina bangun dari kerusi sambil mencapai beg tangannya. Dia tidak betah berdua dengan Ilham di situ. Terus sahaja kakinya melangkah ke dapur.

“Dina janji, minggu depan kita keluar sama-sama ya umi. Okey la umi, Dina nak pergi dah ni.”

“Eh, breakfast la dulu. Takkanlah nak terus keluar?”

“Iya sih. Sarapan aja sama Am,” sampuk Bibik Aulia.

“Sorry umi, bik. Dina dah janji dengan Dalila dengan Amir nak breakfast dekat luar,” tipu Irdina.

“Ha yela. Elok-elok drive tu.”

“Okey umi. Dina pergi dulu.”

Tangan Puan Marina dikucup lembut. Irdina laju sahaja melangkah keluar dari rumah, sehinggakan dia terlupa untuk mengambil sketchbook-nya

Ilham nampak kemesraan Irdina dan uminya tadi. Nampak mereka berdua begitu rapat. Mata Ilham terus tertancap ke arah sketchbook milik Irdina di atas meja. Entah kenapa dia berminat mahu melihat isi di dalamnya. Perlahan-lahan tangannya mengambil sketchbook tersebut, setelah memastikan Irdina menghilang dari pandangannya.

“Eh, Dina tertinggal ke sketchbook dia tu?” soal Puan Marina sambil melihat Ilham yang mula menyelak helaian demi helaian buku tersebut.

Soalan uminya tidak berjawab. Malah Ilham semakin ralit melihat lakaran doodle di dalamnya. Pelbagai jenis lakaran doodle yang dilukis Irdina. Entah kenapa Ilham seakan terpukau dengan lakarannya yang dibuat Irdina.

“Tapi Am, awal kamu bangun. Tak jetlag ke?” tegur Puan Marina lagi.

Ilham masih ralit, sehingga tidak sedar dengan panggilan uminya.

“Am!” laung Puan Marina.

“Ha? Apa umi?”

“Kamu ni kan, umi cakap buat tak tahu je.”

Sorry. Am ralit tengok lakaran ni.”

“Dah la balik pun tak beritahu. Ni kalau papa tahu ni kamu dah balik, bising dia nanti. Sekurang-kurangnya beritahulah. Dah la, umi nak pergi basuh baju kejap.” Puan Marina meninggalkan Ilham berseorangan di situ.

Ilham terus bangun dari kerusi dan berjalan menuju ke biliknya, sambil membawa sketchbook milik Irdina.

Ketika ini, Irdina sudah memandu separuh jalan, tiba-tiba dia teringatkan sketchbook-nya yang tertinggal di atas meja makan.

“Alamak. Sketchbook aku!” jerit Irdina tiba-tiba. Dengan pantas Irdina berpatah semula, pulang ke rumah untuk mengambil sketchbook-nya.

Tiba sahaja di pekarangan rumah, Irdina berlalu keluar dari perut kereta dan berlari menuju ke meja makan. Yang peliknya sketchbook-nya tiada di situ.

Mana perginya ni? Fikir Irdina.

“Aik? Kamu balik?” Terkejut Puan Marina waktu itu.

“Umi, mana sketchbook Dina?”.

“Am dah ambil tadi. Rasanya dia dah naik atas tu. Pergilah minta dekat dia.”

“Abang Am ambil?”

“Ha’ah. Dia ambil tadi. Berkenan dia tengok lakaran dalam tu.”

No! Jerit hati kecil Dina.

Dia tidak mahu Ilham melihat lakaran di dalamnya. Lebih-lebih lagi di bahagian helaian terakhir ada lakaran nama Izzat di situ. Dia perlu mendapatkannya secepat yang mungkin sebelum Ilham melihatnya. Dengan pantas Irdina menaiki anak tangga menuju ke bilik Ilham. Tanpa mengetuk pintu, Irdina terus sahaja menerobos masuk ke dalam. Terkedu Irdina waktu itu melihat Ilham yang hanya bertuala sahaja tanpa memakai baju, sambil memegang sketchbook-nya.

“Alamak! Sorry-sorry.” Irdina menutup kedua-dua matanya. Dia menelan liur. Ini kali pertama dia melihat tubuh lelaki.

“Kau nak apa? Suka hati je masuk bilik aku tak ketuk pintu.”

“Abang Am, boleh bagi sketchbook Dina tak?” Mata masih dipejamkan tanpa memandang ke arah Ilham.

Sketchbook kau ke ni? Aku tak nampak pun nama kau dekat sini.”

“Itu memang Dina punya.”

“Ada nama kau ke?”

Irdina sudah semakin risau. Dia takut Ilham mengetahui ada nama Izzat yang dilakarkan di situ.

“Itu memang sketchbook Dina. Boleh tak Abang Am bagi balik?”

“Kau nak eh? Sinilah ambil dekat aku.”

Irdina ketap bibir. Sungguh dia berasa geram dengan sikap Ilham.

“Abang letak dekat tangan Dina boleh?” Irdina menadah tangannya.

“Kenapa aku kena pergi dekat kau pula. Kau la kena datang sini ambil dekat aku.”

Perlahan-lahan Irdina menuju ke arah Ilham tanpa memandang ke arah lelaki itu. Ilham tersengih kerana dapat mempermainkan Irdina.

Tangan Irdina meraba-raba ke hadapan untuk memudahkan dirinya mengambil sketchbook dari tangan Ilham.

“Jauh sangat tu. Sini ke depan lagi,” arah Ilham.

Irdina berjalan ke hadapan sedikit, tetapi matanya masih dipejamkan. Apabila Irdina sudah semakin rapat, secara tidak sengaja, dia telah terpegang dada bidang lelaki itu.

“Ee!” jerit Irdina. Dengan pantas sketchbook-nya dirampas dari tangan Ilham. Dia terus sahaja berlari keluar dari bilik itu. Irdina betul-betul malu.

Manakala Ilham pula terpinga-pinga waktu itu, dengan sentuhan tangan Irdina pada dadanya tadi.

Masuk sahaja ke dalam perut kereta, Irdina mula menyumpah seranah.

“Tak guna betul! Sengaja je cari pasal. Ingatkan dah balik sini okey la perangai. Tapi perangai sama je!” bebel Irdina.

 


LAMBATNYA kau sampai?” tegur Dalila.

Sorry, aku ada hal tadi. Tapi sebelum tu, boleh tak pergi breakfast dulu?” pinta Irdina.

“Kau tak makan lagi ke? Kalau macam tu, jomlah kita orang teman. Lepas tu boleh la kita beli barang.”

Irdina mengangguk. Mereka bertiga berjalan menuju ke gerai mamak untuk bersarapan pagi. Dalam masa yang sama dia tidak dapat melupakan kejadian tadi. Apa motif Ilham berbuat begitu? Tetapi dia tidak nafikan, tubuh Ilham benar-benar sasa dan tak sama seperti tujuh tahun yang lepas.

Mesti dia rajin pergi gym. Gumam Irdina.

“Esok pagi kita pergi rumah orang-orang tua dulu. Malam pula kita pergi ke Jalan Tar untuk pemberian makanan pada golongan gelandang. Okeykan? Sebab ramai juga yang turun esok,” ujar Dalila.

“Okey je. Aku tak kisah. Aku boleh lupa tadi, yang sepatutnya hari ni aku nak pergi shopping dengan mak angkat aku. Nasib baik dia tak merajuk.”

“Kau tu semua benda lupa. Maklumlah hati tu asyik teringatkan Effendi je.”

“Ish, kau ni. Ada ke cakap macam tu?”

“Eh, Effendi tu tak nak ke joint kita sekali? Mana la tahu, kut dia berminat dengan aktiviti macam ni ke?” soal Dalila.

“Aku tak tahu dia suka ke tak joint aktiviti macam ni. Tak apa, nanti aku try dulu tanya. Manalah tahu kut dia berminat kan?”

“Ha’ah, kau try tanya. Kalau tak, ada la aku kawan lelaki,” sampuk Amir.

Irdina menganggukkan kepalanya berulang kali. Dia juga berharap yang Effendi berminat dengan aktiviti seperti itu.

 

PETANG itu Irdina tiba di rumah dalam keadaan kepenatan. Matanya melilau memandang sekelilingnya. Dia berharap tidak bertembung dengan Ilham nanti.

“Kamu baru balik Dina?” tegur Tuan Ismail.

“Ha’ah pa. Penat sangat. Okeylah pa, Dina nak pergi ke kolam ikan kejap, nak tengok Tompok.”

“Ha, ye la.”

Irdina berjalan menuju ke kolam ikan berdekatan dengan kolam renang milik keluarga angkatnya. Dia sememangnya memiliki seekor ikan Kap Jepun berwarna hitam putih yang diberi nama Tompok. Ikan itu juga adalah pemberian Izzat kepadanya setahun yang lalu.

Irdina tiba di kolam ikan tersebut. Matanya merenung ikan miliknya yang sedang berenang-renang di dalamnya.

“Alololo, Tompok buat apa tu? Tunggu mummy balik ya? Nak mamam tak? Tunggu kejap ya mummy ambil makanan.”

Irdina mengambil makanan ikan lalu dicampak sedikit demi sedikit ke dalamnya.

“Tompok suka tak? Nak lagi tak?” Irdina ketawa.

Dalam masa yang sama dia tidak sedar yang dirinya diperhatikan oleh Ilham.

“Tompok hitam putih pun tetap comel tau.” Tengah Irdina ralit, tiba-tiba sahaja ada satu ketawa dari arah belakangnya. Sungguh dia terkejut waktu itu.

“Gila eh cakap dengan ikan? Apa nama ikan kau? Tompok?” ejek Ilham.

Irdina berpusing ke belakang. Tergamam dia melihat Ilham yang tidak berbaju, dan hanya sekadar memakai boxer sahaja.

“Ee, seluar sotong!” jerit Irdina. Pantas dia menutup matanya sambil berpusing semula ke hadapan.

“Apa seluar sotong?”

“Ee Abang Am ni dah kenapa pakai boxer? Tak malu ke?”

“Aku nak mandi kolamlah. Kau ingat aku pakai boxer ni sebab nak apa pula?”

“Ee, malu la sikit. Mandi kolam pun pakai la seluar panjang. Ni pakai boxer. Entah apa-apa je. Tahulah sebelum ni duduk Jerman, tapi agak-agaklah nak pakai macam tu dekat sini.” Irdina terus berlalu dari situ meninggalkan Ilham. Sudah buang tabiat agaknya lelaki itu.

Lah, masalah ke kalau aku pakai macam ni pun? Bukannya aku bogel. Desis Ilham.

 



MALAM itu mereka berempat makan malam bersama. Irdina duduk berhadapan dengan Ilham. Irdina perasan, mata lelaki itu begitu tajam merenungnya.

Nasi sudah disenduk ke dalam pinggan. Kebetulan Irdina mahu mengambil lauk sambal sotong, begitu juga dengan Ilham. Secara tak sengaja Ilham telah menyentuh tangan Irdina, sewaktu Irdina mahu mengambil lauk. Irdina terkejut, begitu juga dengan Ilham. Cepat-cepat Irdina mengalihkan tangannya.

“Er, abang ambillah dulu,” arah Irdina.

“Tak apalah, Dina la ambil dulu.”

“Tak apalah, abang la ambil dulu.”

“Dina la...”

“Abang la...”

“Eh, budak berdua ni. Dah buang tabiat ke apa?” tegur Tuan Ismail.

“Apa pula Am. Dia ni la yang buat tabiat.” Terkejut Ilham apabila ditegur oleh Tuan Ismail.

What? Aku buat tabiat? Irdina menjeling Ilham.

Ilham terus sahaja mengambil lauk sambal sotong dan dibawa ke pinggannya.

“Ni Am, berapa lama kamu dekat sini? Bila balik Jerman balik?” soal Tuan Ismail.

“Am balik terus pa. Buah hati dah ada dekat sini.”

Patutlah. Ada buah hati rupanya. Irdina, membuat riak wajaha seperti mengejek.

“Buah hati? Wah, patutlah kamu terus balik. Nanti bolehlah kenalkan dekat kami nanti.”

“Tengoklah nanti. Tak janji...” kata Ilham perlahan. Dalam masa yang sama dia merenung Irdina yang seakan mengejeknya.

“Ha, yang kau buat muka tu dah kenapa?” tegur Ilham.

“Eh, bila masa pula Dina buat muka?” jawab Irdina.

“Sudahlah. Kat meja makan pun nak bergaduh ke? Dah, makan. Bila dah lama tak berjumpa ni, cubalah berbaik-baik. Ni tak, ada je la nak cari masalah. Masing-masing dah dewasa. Nanti dua-dua aku kahwinkan baru tahu,” kata Tuan Ismail sambil menyuapkan nasi ke mulutnya.

Irdina menjeling Ilham. Kahwin dengan Ilham? Memang tak lah. Dia lebih rela berkahwin dengan Effendi dari lelaki di hadapannya. Sehingga sekarang, dia masih tidak dapat melupakan kata herdikan lelaki itu dahulu. Mana mungkin dia akan lupa.

Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Alin Arifin