Home Novel Cinta SeJiWa (SEKUEL BaYaNGaN GuRaUaN)
SeJiWa (SEKUEL BaYaNGaN GuRaUaN)
Sayhazs Zailie
19/8/2017 17:44:25
104,294
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 20b


*TQ Portal Ilham for created this lovely cover...


“TAK sangka betul jumpa kau orang kat sini. Macam berjanji pulak, kan!” seloroh Zamir.

“Tulah. Tak sia-sia Ira ajak abang makan kat sini, kan? See? Macam tahu-tahu aje nak terserempak Harrys dengan Irish. What a great coincidence!”

“Rezeki kita dapat jumpa,” balas Tengku Harrys.

“Kan? Kalau tak, tahulah bila agaknya dapat bertentang mata!” getus Athirah. Buat tawa yang lain terdengar.

“Nak buat macam mana. Masing-masing sibuk, Ira. Dah kahwin, kerja, ada life sendiri. So, masa tu agak terhadlah.” Zamir menambah.

“Kalau nak jumpa... just ring me, Mir. Anytime, anywhere, aku dengan Irish boleh aje datang jumpa kau orang.”

“Ha... dengar tu, bang? Itu Harrys yang offer sendiri, tau! Bukan senang nak dapat!”

“Iya, iya. Abang dengar. Insya-ALLAH, ada masa nanti kita set up hari untuk berkumpul. Dengan Almass sekali.”

“Budak kecik tu wajib kena bawa, bang. Kalau tak, tak lengkap gathering kita!”

“Almass sihat, Ira?” laju saja soalan itu meluncur dari mulut Irish bila nama Almass mula disebutkan.

“Uih! Bukan takat sihat, Rish! Bertambah-tambah sihat, kau tahu! Kuat makan, kuat menyusu. Sampai aku pun tak larat dah nak dukung dia lama-lama!”

“Iya? Rindu aku dengan dia.”

“Almass pun dah rindu sangat dengan Aunty Irish dan Uncle Harrys dia! Tak sabar nak tunggu bila dapat jumpa!”

“Insya-ALLAH... nanti aku datang jenguk dia ya, Ira.”

Of course, RishAlmass is always waiting for you to come and cuddle her!” seloroh Athirah teruja seraya menggenggam erat jemari Irish di depannya. “Oh, ya! Dua minggu lepas aku baru bawa Almass pergi jenguk keluarga kau, Rish!”

Anak mata Irish tepat menembusi anak mata rakannya. “Serius?”

“Seriuslah! Saja aku bawa dia jalan-jalan. Lagipun aku dah lama juga tak datang rumah kau, jenguk orang tua kau. Tu yang aku ajak Zamir ke sana. Kebetulan pulak adik-beradik kau semua balik time tu. Hmm... memang rezeki Almasslah dapat jumpa dengan all uncles, aunties, and cousins dia!”

“Sampai ajak balik pun tak nak dia, Rish. Seronok sangat dapat main dengan anak-anak buah awak!” tokok Zamir.

Wajah Irish semerta tercorak senyuman. Senyuman gembira mendengar cerita yang baru Zamir dan Athirah sampaikan. Dapat dia gambarkan betapa seronok suasana di rumah keluarganya ketika itu.

‘Alangkah bahagia andai dirinya turut berada sama di situ...’

Dalam tersenyum, tak semena-mena relung hati Irish dipayut sayu. Sungguh! Dia rindukan tanah tumpah darahnya. Keluarga, rumah, semua! Rindu nak tolong uminya masak. Rindu berkumpul makan sama-sama. Rindu bergurau, gelak, ketawa satu keluarga.

‘ALLAH...’ rintih Irish dalam hatinya.

Ikut rindu yang membara, nak saja dia terbang ke rumahnya sekarang juga. Peluk ayah, umi, adik-adiknya. Tapi dia sedar, dirinya kini sudah berumahtangga. Dimiliki lelaki yang kini duduk di sampingnya.

‘Tahan airmata kau, Irish. Sabar...’

Suara hati Irish kembali berbisik. Cepat-cepat telunjuk kanannya menyeka air hangat yang bertakung di tubir. Tak nak ada yang perasan. Mujur tak ramai pelanggan dalam Restoran Oiso ketika ini. Dan dalam tak sedar, terasa jemari kirinya ditaut lalu digenggam erat oleh gerangan di sisi.

Wanita itu menoleh. Mencari seraut wajah tersebut. Namun pandangan Tengku Harrys masih melekat pada Athirah dan Zamir yang girang berceloteh.

“Kau bila lagi, Rys?” Zamir tiba-tiba bertanya.

“Apa yang bila?”

“Bila nak bagi Almass main dengan kawan baru.”

“Kawan baru?”

“Alah... your junior.”

Mendengar ayat itu, spontan hujung bibir Tengku Harrys menyenget. “Patut aku yang tanya soalan tu. Bila kau nak bagi Almass adik?”

“Eh! Aku dengan Ira anytime aje, bro. Kan, sayang?”

“Amboi, abang! Laju aje kalau pasal tu, kan!”

“Dah kalau ALLAH nak bagi rezeki anak lagi, takkan nak tolak?”

“Hmm... yelah, bang. Ada rezeki, Insya-ALLAH ya! Tapi Almass pun nak merasa jugak main dengan anak kawan baik papa mama dia ni. Kan? Kan? Tak gitu, Harrys, Irish?”

Tengku Harrys membalas pertanyaan itu dengan senyuman tenang. Tautan pada jemari Irish kian dieratkan. Cuba mereda segan yang dah bermukim di riak wanita berkenaan.


“AAMIIN aamiin ya rabbal alamin. Taqabbalallahu Minna Wa Minkum.”

Tengku Harrys membawa kedua telapak tangannya ke wajah. Dilurut perlahan-lahan ia dari dahi hingga ke dagu. Mengaminkan doa yang baru usai dibacai tadi dalam rasa penuh tawakal dan tawaduk.

Seketika berteleku, lelaki itu berpusing tubuh. Salam dihulur pada makmumnya yang setia menunggu. Habis solat sunat tahajjud dikerjakan, bacaan Al-quran pula mengisi ruang bilik berkenaan. Beralun merdua suara kedua-duanya melafaz kalimah suci dalam hening pagi yang cukup tenang.

“Shodaqallahul’azim....”

Selesai sudah pengabdian diri pada Yang Esa. Moga rutin ibadah di sepertiga malam yang dilakukan diterima oleh Sang Pencipta. Irish mengambil semula kitab Al-quran dari Tengku Harrys. Diletak kembali ke dalam rak almari bersama-sama naskhah miliknya.

“Esok malam Irish pack baju.”

Hampir terlepas kain telekung ingin disidai Irish. Sepantas kilat wanita itu berpaling. Sosok Tengku Harrys yang sudah berlabuh duduk di meja kerja dipandang tak berkelip.

“Apa dia?”

“Esok malam pack baju.”

“Harrys nak ke mana?”

“Bukan Harrys. Kita.”

Dahi Irish berkerut seribu. Cuba menangkap apa yang dimaksud lelaki itu.

“Hari Sabtu kita balik rumah ayah dan umi.”

“Hmm?”

We are going back to your home,” ujar Tengku Harrys sejelas-jelasnya. Berharap agar Irish faham baris maksud kata-kata dia. Tapi dari riak wanita itu sekarang, kaku tak bergerak, diam tak berjawab, something not right is going on.

Melihat itu, lelaki tersebut bangkit dari meja kerjanya. Irish yang masih tegak bak patung langsung dihampiri.

Are you okay?”

“Harrys serius ke?”

“Kenapa? Nampak Harrys macam bergurau ke?”

Irish tak membalas. Wajahnya ditunduk merenung ke lantai. Masih tak percaya dengan apa yang didengar.

I know you're really miss them.

“Taklah.”

“Jangan tipu.”

“Betul.” Cepat-cepat Irish pusingkan badan. Telekung kembali diletak ke tempat sidaian.

“Mulut jawab macam tu. Tapi dalam hati, tak serupa tu.”

No...,”

Yes. Apa jadi siang tadi dah cukup untuk jelaskan. Jangan ingat Harrys tak nampak, Irish. You’re cried.”

Irish tarik nafas dalam-dalam. Jantungnya seakan baru dilanda badai ombak yang besar menjulang.

“Irish...,”

“Jangan risau. Irish okey. Harrys banyak kerja nak kena selesai, kan. Itu lagi penting. Keluarga Irish, Irish boleh contact hari-hari.”

Tengku Harrys mati bicara. Dia akui memang sekarang dia sangat sibuk dengan urusan kerja. Sampaikan terpaksa bawa balik sebahagiannya. Waktu tidur pun adakala dia korbankan demi nak siapkan segala yang tergendala.

Memadailah. Sebab dah lama semua itu ditinggalkan. Memang bertindan-tindanlah yang harus diselesaikan.

Bukti?

Sebentar tadi pun dia baru nak mula menyemak sefail dokumen. Bukan malam ini saja. Malam sebelum-sebelum ini pun sama juga.

“Irish.” Tengku Harrys kembali dekati isterinya. “I’m sorry.”

“Harrys tak salah apa-apa.”

I am. Harrys tahu lately Harrys sibuk dengan kerja. Lama tak masuk ofis. Harrys minta maaf, sayang. Maaf untuk setiap detik milik Irish yang Harrys dah abaikan. Harrys tahu sejak kita balik, Harrys belum pernah lagi bawa Irish ke rumah sana.”

“Irish tak pernah salahkan Harrys. Kerja dah memang tanggujawab Harrys. Harrys buat semua tu demi Haiyan.”

Tengku Harrys melepas keluhan. Perlahan tubuh Irish dipalingkan menghadapnya.

“Sebab tu Harrys kena tebus balik masa untuk Irish yang Harrys dah salah gunakan.”

Tak semena-mena bibir Irish tergaris senyuman. Tercuit dengan lontaran ayat lelaki di depan. “Tak perlu buat sampai macam tu.”

I have to. Kalau tak, jiwa Harrys takkan tenang. Lusa kita balik, okey.”

“Jangan paksa diri.”

“Tak. Harrys ikhlas.”

“Irish takut Harrys tak selesa.”

“Tak selesa kenapa?”

“Rumah Irish. Keluarga Irish.”

Bibir Tengku Harrys tersungging sinis. Tangan disilang ke dada berpeluk tubuh. “Dua tahun Irish pergi dulu. Guess where I have beenEverytime I miss you? Hmm?”

Irish mendongak sekilas. Cerunan bening di depan buat dadanya serentak berdegup ketakutan. Kecut bila hal kehilangannya kembali diperkatakan.

Your home. Selama dua tahun Harrys ke sana. Jenguk ayah umi, jumpa your family. Sebab bila ada kat sana, Harrys rasa seolah-olah Irish ada sekali. Walau hanya bayangan menemani.

Sampai lama-kelamaan, rumah Irish dah macam rumah Harrys. Keluarga Irish dah jadi keluarga Harrys sendiri. Everything yours, already be mine. Jadi tak ada alasan untuk Harrys rasa janggal, tak selesa or whatsoever. Mungkin Irish tak pernah tahu. Tapi itu hakikatnya.”

‘Aku dah tahu, Harrys. Along dah cerita semuanya. Dan disebabkan cerita itu, aku yakin untuk terima kau semula.” Desis hati kecil Irish.

“Selama ni Harrys tak pernah tahu apa tanggapan Irish pada Harrys. Keturunan kerabat? Berpengaruh? Berharta? Tak layak bergaul dengan orang biasa? Kita tak sepadan, macam pipit dengan enggang, keluarga tak setaraf, dan entah apa-apa lagi. Whatever your perception on me, or people looked at us, I don’t mind. And I don’t care at all.

Kita semua manusia. Sama saja. Hamba ALLAH. Tak ada beza. Tinggi melangit pun kedudukan, mulia manapun keturunan, pangkat, nama... semua tu cuma mainan dunia. Pinjaman sementara. Sampai masa kita pulang, liang lahad juga tempat disemadikan. So please... stop all those nonsense things. Benda tu cuma akan cipta benteng untuk jauhkan jarak kita, hubungan keluarga.”

Irish kekal bungkam ditempatnya. Bicara Tengku Harrys satu demi satu menusuk masuk ke telinga.

Glad to remind you. Keluarga Irish, keluarga Harrys juga. So do mine. Yes, you're my wife. And we got married. Tapi Harrys tak pernah anggap Irish milik Harrys seorang. Irish masih ada keluarga. Masih tetap kepunyaan mereka lagi. Jangan sekali-kali perkahwinan kita jadi alasan untuk putuskan hubungan dengan mereka. Especially our parents.

Selagi mereka hidup, selagi tu belum habis tanggungjawab kita. Kekalkan apa yang Irish dah buat pada keluarga. Harrys juga akan jalankan amanah sebaik mungkin jaga kebajikan mereka. Andai Harrys terleka, tolong ingatkan. Your family, my family, our families... all were my priority. No exception.

Sekali lagi Irish mendongak. Kali ini tegar. Tajam anak matanya memanah kornea lelaki di depan.

You get me, dear?”

Tiada kata jawab dilafaz. Hanya sepasang tubir mula berkaca yang kelihatan. Perlahan-lahan tangan kiri Tengku Harrys memaut lembut pinggang Irish, sebelum tubuh wanita itu ditarik ke dadanya.

I love your family. As much as I love you.”

Merembes keluar juga akhirnya airmata Irish dengan bisikan tersebut.

Ya Tuhan... makhluk jenis apakah ini yang telah kau kirimkan ke aku? Ikhlasnya dia buat aku bagai dijerut. Tulusnya dia buat diriku semakin takut. Takut andai satu saat nanti bakal kehilangan insan yang takkan bisa dijumpakan di mana-manapun.


Previous: Bab 20a
Next: Bab 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.