Bab 13

     Setelah selesai menunaikan solat asar petang itu, aku bersandar pada dinding sambil mengeluarkan semua tester yang kusimpan dalam beg tanganku tadi. Das yang turut selesai menunaikan solat turut mampir untuk mencuba setiap wangian tersebut.

     "Best jugak bau-bauan dia kan Ida," ujar Das sambil membuka setiap penutup botol tester pewangi-pewangi tersebut. Aku mengangguk-anggukkan kepalaku tanda setuju. Boleh tahan! Bauan yang paling aku sukai ialah pewangi yang yang dinamakan Meteor Spray itu. Baunya tak ubah seperti bau wangian kesukaanku. Burberry Brit EDT! Long lasting ke ni ya? Harga yang ditawarkan lebih murah daripada harga perfumes kegemaranku itu. RM95! Katanya 'fix' harga yang perlu dijual kepada semua pembeli. Kalau ada pembeli yang mahu membeli lebih daripada satu unit, barulah harga tersebut dapat diberi diskaun sebanyak RM90. Oleh itu, sekiranya pembeli tersebut ingin membeli 2 botol unit wangian tersebut, harga yang ditawarkan ialah RM180. Menyamai harga bagi sebotol unit perfumes Burberry Brit yang kubeli di Kedai Aira Comel secara atas talian. Ah..Kedai Aira Comel lagi! Sampai hati betul dia meruntuhkan kepercayaanku padanya. Mesej yang kusampaikan padanya, langsung tidak mendapat balasan lagi. Nombor telefon yang diberikan juga tidak dapat dihubungi. Tertipukah aku olehnya? Sedangkan sudah banyak kali aku membeli dengannya. Kenapa kali ini miris?

     "Bila kau nak mula jual ni Ida?" tanya Das lagi. Aku berfikir sejenak. Bila ya? Waktu yang diberikan terlalu singkat. Esok hari jumaat, kemudian sabtu dan ahad. Hari isnin itu aku dah terpaksa menyerahkan duit itu kepada Datin Anita.

     "Entahlah Das. Aku kesuntukan masa ni. Aku perlu ambil stok dulu, baru boleh jual. Kereta pulak, aku tak bawa ke sini. Macam mana ya?" soalan Das ku jawab dengan persoalan pula.

     "Apa kata, kau stay je kat sini. Maksud aku stay kat rumah aku ja dulu. Tak adalah jauh sangat kau nak kena pandu kereta dari Pasir Gudang tu," Das memberi cadangan.

     "Kilang dekat Nilai tu kita carilah sama-sama," Das menyambung kata. Betul juga, tapi.. hari Ahad dan Isnin kan merupakan waktu persekolahan di Johor. Berbeza dengan keadaan di Negeri Sembilan ini. Hari isnin baru mula sesi persekolahannya. Adakah aku perlu meminta cuti rehat khas dari pihak pengetua? Pengetua akan memberi kebenarankah kepadaku untuk untuk mengambil cuti itu? Aku membelek-belek tarikh pada kalendar di dalan telefon Nokia C3 ku itu. Aku tertancap pada satu tarikh yang telah kusimpan di situ, lalu membukanya. Tarikh pertunangan adikku. 27 haribulan 10. Teringat pula akan kisah sedih adikku. Kasihan pula padanya. Bagaimana nasib majlis itu agaknya ya?

     "Ida.. Apa yang kau menungkan?" tanya Das lagi apabila melihat aku tidak memberi reaksi terhadap cadangannya tadi.

     "Okay juga cadangan kau tu. Tapi, aku kena minta cuti rehat khaslah Das. Bolehke? Lagipun, aku pasti akan susahkan kau nanti," balasku.

     "Tak adalah. Aku ikhlas nak tolong kau. Dan aku pun nak buktikan pada datin sombong tu, yang kau boleh bayar ganti rugi barang-barang dia yang konon 'mahell' sangat tu," ujar Das lagi dengan nada menyampah. Jelas sekali dia turut benci akan sikap Datin Anita itu. Langsung tidak boleh bertolak ansur. Mungkin ada benarnya juga untuk aku mengikuti saranan Das. Walaubagaimanapun, aku harus mendapat surat kelulusan cuti dari pihak pengetua dahulu. Hmm...wajah pengetua terus terbayang di layar fikiranku. Beliau seorang yang cukup tegas. Apa alasan yang perlu aku khabarkan padanya supaya beliau meluluskan cuti rehat khas ku nanti. 2 hari tu. Aku mencapai telefon Nokia C3 ku. Pesanan tuan pengetuaku masih terpahat dalam ingatanku. Sekiranya seseorang pegawai mahu mengambil cuti rehat khas, mereka perlulah merancang terlebih dahulu. Permohonan cuti perlulah dilakukan sekurang-kurangnya 2 hari sebelumnya dan cuti yang layak diambil pada sesuatu masa maksimumnya adalah sebanyak 2 hari. Kalau nak difikirkan, aku sebenarnya telahpun menepati syarat-syarat tersebut, cuma aku tidak dapat mengisi borang permohonan cuti lantaran berada di Berhulu Camp ini. Mudah-mudahan pihak pengetua dapat meluluskan cuti tersebut walau hanya melalui pesanan ringkas ini. Borang itu akan kuisi setelah aku datang ke sekolah nanti. Setelah menghantar pesanan ringkas tersebut kepada tuan pengetua, aku berdoa semoga Tuhan melembutkan hati beliau untuk meluluskan permohonan cuti tersebut. Aku turut meminta Das berkelakuan sama denganku. Sebentar kemudian deringan telefonku menjerit menandakan ada pesanan yang masuk. Cepat-cepataku membukanya.

     'Ok.' Pendek sahaja balasan pesanan ringkas daripada tuan pengetuaku, tetapi sungguh amat bermakna bagiku. Aku menjerit kegembiraan. Das pun kelihatan turut menunjukkan wajah yang ceria. Dia terus bercerita tentang keadaan rumahnya yang memang terletak di Taman Tasik Seremban itu. Darinya juga aku mengetahui bahawa, adik-beradiknya seramai 3 orang dan dia merupakan anak bongsu dalam keluarganya. Abang-abangnya semua sudah berumahtangga dan tidak tinggal serumah lagi dengan ibu-bapanya. Daripada adik-beradik, ceritanya berlanjutan dengan kisah tunangnya. Katanya, tunangnya juga tinggal di perumahan yang sama di bandar itu. Kisah cinta bersama tunangnya juga turut dikongsikan denganku. Aku hanya mendengar dan kadang-kadang tergelak dengan sikap Das yang memang suka berseloroh ketika bercerita itu. Teruja juga rasanya untuk aku berjumpa dengan ibu-bapanya walaupun ada secebis rasa segan menyelinap di hati kerana menumpang tidur di rumah orang lain. Tapi, demi mengotakan janjiku, aku terpaksa lakukannya. Pada mak juga aku khabarkan tentang hasratku untuk terus tinggal di rumah Das dalam masa 4 hari ini lantaran aku sendiri telah berjanji untuk pulang ke kampung dulu sebaik-baik sahaja tamat kursus ini sebelumnya. Tentang pembayaran kes ganti rugi itu, tidak sesekali aku ceritakan pada mak. Hal ini hanya akan memburukkan keadaan. Mak pasti bimbang akan keadaanku. Oleh itu, pasti mak akan bercerita kepada semua adik-beradikku. Nanti akan menjadi kes besar pula. Seboleh-bolehnya aku akan berusaha untuk menyelesaikannya sendiri dahulu. Ya Allah, hanya engkau sajalah yang maha menolong dan mempermudah segala urusanku ini.

********************************************************************

     Tepat jam 8 malam itu, aku dan Das beiringan turun ke dewan seminar seperti biasa. Kali ini lebih santai tanpa membawa sebarang alat tulis mahupun nota ringkas. Aku hanya mengenakan palazzo hitam dikenakan dengan blaus pink dan tudung berwarna sedondon. Solekan tipis kucalitkan ke wajahku. Kelihatan ahli-ahli kumpulanku telah pun bersedia untuk acara persembahan yang akan dimulakan pada 8.30 malam nanti. Entah bilalah akan berakhir persembahan ini. Sebanyak 10 kumpulan yang akan melakukan persembahan nanti. Aku dan Das masing-masing merapati kumpulan masing-masing. Johari selaku ketua kumpulanku itu bersuara.

     "Ida, kau belum cuba lagi menyanyi dan melakonkan babak dalam Meteor Garden tu tadi," ujarnya bersungguh-sungguh. Aku memandangnya tersipu-sipu. Aku memang betul-betul terlupa akan latihan itu tadi setelah berjaya mendapatkan kesemua tester pewangi daripada Encik Shark itu tadi. Tambahan pula, aku gugup benar apabila berhadapan dengan Encik Kacak tadi. Tukar pasangan lain boleh tak? Aku meminta di dalam hati.

     "Sorry, aku ada hal penting tadi. Hehe.." kataku sambil meminta maaf apabila melihat Johari yang begitu bersemangat itu.

     "Nak kena buat latihan juga ke ni? Ataupun aku bantai saja atas pentas nanti?" aku bertanya lagi sambil memandang ke arah rakan-rakan kumpulanku yang lain. Encik Kacak masih tidak kelihatan di situ. Bagus juga. Mudah-mudahan ada rakan yang lain yang akan melakonkan watak Dao Ming Si nanti. Alah, bukan perlu buat apa pun, cukup hanya berdiri di sebelahku sahaja. Tak perlulah nak berbicara romantis seperti lakonan asal oleh kedua-dua watak tersebut.

     "Boleh juga Ida," Ila pula mencelah. Aku bangun dan menyanyikan beberapa bait lagu mandarin tersebut. Kemudian duduk kembali di samping rakan-rakan yang lain.

     "Alah, kan kita nak ada 'scene' drama tu sikit tadi..." Johari pula memberi komen. Rakan-rakan yang lain pun kelihatan turut sama menyatakan perkara yang sama terhadapku.

     "Yalah, nak lakonkan 'scene' macam mana? Kau orang tak ada yang bangun pun tadi?" aku pula bersuara. Takkanlah aku nak berlakon sorang-sorang.

     "Aku tak pandai cakap mandarin," ujar Johari lagi. Begitu juga rakan-rakan lelaki yang lain. Aku tersenyum lalu membuka mulut.

     "Haaa...tau pun. Jadi, lagu mandarin ni takyah ada 'scene'lah. Aku nyanyikannya sahaja," ujarku lagi. Bagus jugak tu. Lagipun, aku bukan pandai berlakon pun. Huhuhu...

     "Alaaa... mana adil macam tu. Kita semua kena berlakon. Kau pun samalah juga," rakan kumpulanku yang bernama Suziyana pula menyampuk. Tidak berpuas hati kerana aku tidak mendapat tugasan yang sama dengannya. Rakan-rakan yang lain pun kedengaran begitu. Pulak..

     "Assalamualaikum... apa yang riuh sangat bunyinya ni?" suatu suara dari belakang menyapa. Encik Kacak melabuhkan punggung di sebelahku. Keningnya dijungkitkan ke atas. Hairan mungkin dengan ahli-ahli kumpulanku yang hingar bingar itu. Aku hanya diam membiarkan rakan-rakan yang lain menceritakan hal yang berlaku kepadanya. Aku nampak dia tersenyum kemudiannya. Aku hanya memerhati melalui ekor mataku sahaja. Manis betul senyumannya. Boleh terkena kencing manis kalau selalu memerhatikan senyumannya ini. Bagai ada lori tangki yang tertumpah gula.

     "Tak apa. Saya boleh jadi pasangan Ida," ujar Encik Kacak kemudiannya sambil tersenyum memandang ke arahku . Jadi pasangan aku? Bagai nak pengsan aku mendengarkannya. Jantung ini berdegup 40 kali ganda. 'Yu shi ni chi bu chi huan ken wo yi di.' Hahahaa...ujarku dalam hati yang bermaksud 'maka apa kata awak mengorat saya, lepastu saya terima la awak jadi kekasih saya.' Mengarut! Aku jadi bertambah gugup apabila terpaksa berdepan dengan lelaki yang satu ini. Rakan-rakan yang lain kelihatannya makin seronok menyuruh aku untuk meneruskan sesi latihan. Aku menggaru-garukan kepalaku yang tidak gatal ini. Encik Kacak berdiri merapatiku seraya berkata.

     "San Chai, wo jhi dao wo shi shuai ni shi piao liang," Encik Kacak memulakan lakonannya. Aku mengangkat muka mengahadapnya. Pelik? Memang ada ya dialog Dao Ming Si berkata begitu terhadap San Chai. Rakan-rakan yang lain bertepuk tangan. Mereka tahukah maksud yang diperkatakan oleh Encik Kacak itu. By the way, thanks..hehe. Ini kali pertama ada lelaki yang mengatakan aku cantik. Xie xie ni.

     "Yu shi ni bu yong ci guai ken wo," ujarnya lagi dan menatap lama wajahku. Degupan jantungku bertambah laju. Apa yang akan diperkatakan lagi olehnya? Saat itu jugalah suara Encik Mustaqim, salah seorang daripada fasilitator di situ membuat pengumuman supaya semua peserta kursus supaya bersedia kerana jam telah menunjukkan angka 8.30 malam. Kelihatan beberapa orang fasilitator yang lain memanggil-manggil Encik Kacak untuk turut sama ke hadapan dewan. Fuhh.. aku menarik nafas lega. Hampir gugur jantungku dibuatnya. Nasib baik dalam bahasa mandarin. Tidaklah terlalu sampai ke hati, maklumlah bahasa ibunda juga tetap menjadi pilihan hati.

     "Ida...waaa... hebat juga Encik Faidi cakap mandarin ya? Kenapa kau tak balas? Apa dia cakapkan ya?" aku mengangguk seraya mengiyakan apa yang diperkatakan oleh Ila sebentar tadi. Nak beritahu atau tidak ya? Ataupun aku pura-pura tak tahu saja.

     "Entahlah Ila. Aku pun tak berapa faham," jawabku sambil tersengih. Bohong sangat. Tapi, hatiku berbunga seketika apabila Encik Kacak mengatakan aku cantik walaupun itu hanya satu lakonan. Seingat aku tiada dialog sebegitu yang diungkapkan oleh Dao Ming shi kepada San Chai ataupun aku yang lupa? Entahlah.

     Setelah undian dibuat, kumpulan ku telah ditetapkan untuk membuat persembahan pada giliran yang ketiga. Bagus juga, buat persembahan awal boleh tengok persembahan orang lain dengan tenang dan selesa. Sesekali aku memandang ke arah Das yang memilih untuk membuat persembahan dikir barat. Terangkat-angkat badannya mengikut gaya yang diajar oleh salah seorang daripada ahli pasukannya. Aku mencuit bahu Ila menceritakan kelucuan yang bersarang di hatiku. Ila turut sama tertawa. Das yang menyedari akan telatah kami berdua tu sempat megacukan penumbuknya kepada kami berdua sambil tertawa.

     Persembahan kumpulanku bermula saat pengerusi memanggil kami untuk naik ke pentas. Persembahan dimulakan dengan aksi romantik Hariz dan Izzah disertai lagu Ombak Rindu yang dinyanyikan oleh 2 orang ahli kumpulanku. Sungguh romantik. Pandai mereka berlakon. Kemudian, seorang rakan perempuan kumpulanku yang agak pemalu masuk menggantikan kedua-dua orang pasangan tadi. Kelihatannya ketakutan dan menyebut perkataan 'kaiju!' 'kaiju!' Ultraman Ginga...Henshin shite! Aku tergelak. Pasti idea Johari yang menyuruhnya berkelakuan begitu. Kemudian Johari yang berkostumkan ultraman masuk ke pentas. Entah bila dia mendapatkan kostum itu pun aku tidak tahu. Kedengaran hilai tawa berdekah-dekah daripada penonton di bawah sana. Kemudian, dua orang rakanku yang lain pula masuk seraya mendepangkan tangan mereka sambil mengucapkan kata cinta di dalam bahasa inggeris sebelum menyanyikan lagu My Heart will Go on bersama-sama. Sejurus kemudian, rakan lelaki kumpulanku yang paling tinggi masuk ke tengah pentas seraya menyebut 'aigoo! aigoo! aja-aja! aja-aja'. Kemudian Ila pun keluar sambil menjerit Fighting! Fighting! Mereka kemudiannya menyanyikan lagu 3 ekor beruang bersama-sama beserta gaya lucu seperti yang ditunjukkan oleh Han Ji Eun dan Young Jae dalam drama bersiri Korea ,Full House itu. Kemudian seorang rakan perempuan dalam kumpulanku yang agak bersikap seperti lelaki keluar dengan sebiji bola sambil menjerit 'Rahul is a cheater! Cheater! Cheater!'. Serentak kemudian lelaki yang agak berjambang dalam kumpulanku keluar sambil memegang dua belon sambil meniru gaya Shah Rukh Khan yang suka menari sambil mengusap kepalanya itu dan terus menyanyikan lagu Koil Mil Gaya. Lucu betul gaya mereka. Aku makin resah. Berakhirnya lagu ini bererti giliran aku pula yang akan melengkapkan persembahan ini. Aku teragak-agak untuk keluar. Kedengaran suara Encik Kacak memulakannya.

     "San Chai, nan yi wangji chu zhi jian ni.... yi shuang mi ren de yanjing... zhende you dian dou bu guazhi..." nadanya yang perlahan mengusik jiwaku.

     -San Chai, sukar untukku melupakan jumpa pertamaku denganmu, sepasang matamu yang penuh misteri, sulit juga untukku menahan perasaanku-

     Aku tunduk. Mulutku bagai terkunci. Aku terbuai dengan kata-kata itu. Lakonan dia betul-betul masuk ke jiwaku.. Kemudian lelaki itu merapatiku. Jaraknya makin dekat denganku. Haruman yang sangat kukenal menusuk ke hidungku. Burberry Brit! Kedengaran para penonton di bawah bertepuk tangan dan bersorak di bawah. Encik Kacak menyarungkan sesuatu ke leher ku. Persis Dao Ming Si menyarungkan kalung meteor ke leher San Chai

     "Yu shi ni bu yong ci guai ken wo. Wo he ni cian jhai cing ren, ni bu yao yuan liang le ni ai de wo" sambung Encik Kacak lagi.

     - Maka kamu tidak perlu malu sama saya, kita jadi kekasih saat ini. Jangan kamu menafikannya kerana ini jodoh kita –

     Waa... aku bagaikan di dunia khayalan. Mimpi seorang cinderalla dengan putera raja bagaikan benar-benar terjadi. Aku pejamkan mata sambil menyanyikan lagi kegemaranku..

Sui ran jing chang meng jian ni
Hai shi hao wu tou xu
Wai mian zheng zai xia zhe yu
Jin tian shi xing qi ji
But I don't know ni qu na li

Sui ran bu zeng huai yi ni
Hai shi tan te bu ding oh
Shui shi ni de na ge wei yi
Yuan liang wo huai yi zi ji

CHORUS
Wo ming bai Wo yao de ai
Hui ba wo chong huai
Xiang yi ge xiao hai Zhi dong zai ni huai li huai
Ni yao de ai Bu zhi shi yi lai
Yao xiang ge da nan hai
Feng chui you ri shai
Sheng huo zi you zi zai

Walaupun sering aku memimpikanmu

Aku masih tidak mengerti

Sekarang turun hujan diluar

Tetapi aku tak tahu

Kemana engkau pergi

Meskipun aku tak pernah ragu padamu

Tapi aku masih merasa tak enak

Siapakah yang menjadi satu dan selamanya untukmu

Maafkan aku kerana aku ragu akan diriku

Aku mengerti cinta yang aku inginkan

Akan memanjakanmu

Seperti anak kecil

Yang tahu cara untuk menjadi seorang yang jahat dipelukmu

Cinta yang kau inginkan

Tidak hanya sebuah kepercayaan

Kau harus menjadi seorang lelaki Walau dalam keadaan susah

Menjalani kehidupan yang bebas

     Nyanyianku berakhir dengan tepukan gemuruh oleh para penonton. Begitu juga dengan rakan-rakan di atas pentas. Malu pula aku dibuatnya. Encik Kacak yang masih berdiri di sampingku masih menatap wajahku. Senyuman tadi tak lekang di bibirnya. Aku kaku tidak tahu aksi apa yang harus dilakukan selepas ini. Sejurus kemudian, rakan-rakan kumpulanku yang lain turut sama keluar beramai-ramai mengakhiri persembahan kami. Kami turun dan duduk di bawah pentas menunggu giliran persembahan-persembahan dari rakan-rakan kumpulan yang lain. Aku memilih untuk duduk di barisan belakang jauh daripada kedudukan kumpulanku yang lain. Maluku belum habis lagi. Aku meraba-raba kalung yang dipakaikan oleh Encik Kacak tadi di leherku itu. Cantik sekali warna dan bentuknya. Batu kristal Swarovski warna pink yang berbentuk hati itu indah sekali pada pandangan mataku. Mesti mahal ni. Kalaulah Minah Ketak tahu akan babak yang dilakonkan oleh Encik Kacak sebentar tadi, mahu kasutnya dibalingkan ke wajahku. Sudahlah 4 hari lagi mereka akan bertunang. Aku membelek-belek kalung itu. Mahu dipulangkan atau tidak ya? Sudah semestinya kalung ini mesti dipulangkan kerana semua ini hanya lakonan. Sudah tentu Encik Kacak menginginkannya semula dariku. Aku cuba menanggalkan kalung tersebut.

     "Ida.. cantik tak kalung tu?" suara itu menyapa lagi. Aku kenal dengan suara itu. Nampaknya, usaha aku untuk menjauhi darinya hanya sia-sia. Dia pula datang mendekati. Tak tahukah dia bahawa aku sedang menahan rasa malu untuk berdepan dengannya sekarang? Aku mengangguk-angguk mengiyakan bahawa kalung itu memang cantik. Warna dan bentuk Kristal itu memang betul-betul menambat hatiku. Kalung yang telah kutanggalkan itu kuhulurkan padanya. Senyuman yang terukir di bibir Encik Kacak sebentar tadi hilang tiba-tiba. Wajahnya ada riak terkejut.

     "Kenapa Ida serahkannya kembali pada abang?" tanyanya pula seperti orang kehairanan. Aku mengangkat wajahku. Cuba memandang ke arahnya.

     "Kalung ini bukan kepunyaan saya. Terima kasih kerana meminjamkannya tadi," balasku pendek. Untuk apa aku menyimpan kalung ini yang memang sah-sah bukan milikku. Harga sebutir Kristal itu pun tak mampu untuk aku belikan. Daripada membeli Kristal itu, lebih baik wang itu aku gunakan untuk membayar ganti rugi pada ibunya. Encik Kacak tidak terus menyambut huluranku. Pandangan matanya terus menatap ke wajahku. Aku melarikan anak mataku ke arah lain. Kenapa ya? Sejak akhir-akhir ini, dia sering berkelakuan begitu terhadapku. Ataupun dia sengaja mahu mempermainkan perasaanku? Adakah terlalu zahir bahawa aku alah akan renungannya. Bagaimana untuk aku menutupi kegugupan ini? Aku perlu bersikap selamba dengannya sekarang, supaya dia tidak mengesyaki bahawa aku terlalu mengagumi kekacakan yang ada padanya. Aku mengalihkan kembali anak mataku memandangnya. Aku harus kuat! Aku harus membuktikan padanya bahawa aku benar-benar kuat melawan tatapan matanya. Mataku bersabung dengan matanya. Bagaikan ada suatu kuasa eletrik yang merenjat antara kami berdua. Subhanallah! Memang lelaki ini cukup sempurna dan elok paras rupanya. Sepasang mata redupnya cukup memberi sejalur kedamaian dalam jiwaku. Membuatkan hatiku tidak mahu berpaling lagi daripada menatap wajah itu. Jika nabi Yusuf yang dicipta dengan ketampanannya yang luar biasa, lelaki ini juga mungkin dianugerahkan Allah untuk memiliki sebahagian ketampanan itu walaupun mungkin tidak dapat melawan ketampanan nabi Yusuf . Wajarlah kalau ada ramai wanita yang terpotong tangannya sewaktu menyaksikan ketampanan nabi Yusuf, sedangkan lelaki ini sahaja telah mampu membuatkan aku terpana.

     "Hm...Hm...Hm.." aku tersedar dari lamunan saat ada suara yang berdehem mendekati kami berdua. Aku berpaling ke arah suara itu. Encik Kacak turut berkelakuan sama sepertiku. Kak Erra yang berdiri di belakangku tersengih bagai kerang busuk. Segan pula apabila mengenangkan kelakuan aku yang bertatapan mata dengan adiknya tadi. Bagaimanalah timbul keberanian untuk berkelakuan begitu tadi. Syaitan memang kuat menghasut.

     Kak Erra..." aku menyapanya. Kak Erra melabuhkan punnggungnya ke atas kerusi di samping kami berdua.

     "Wah... macam real ja tengok Dao Ming Si dengan San Chai tadi," ujar Kak Erra dalam nada mengusik sambil memandang ke arah aku dan Encik Kacak. Aku lihat Encik Kacak tersipu-sipu malu. Wajahnya yang cerah itu kelihatan kemerahan sedikit namun masih tersenyum.

     "Suara San Chai tadi yang best. Dao Ming Si jadi pelengkap ja tadi," Encik Kacak pula bersuara. Tersipu-sipu malu pun, tapi masih lagi boleh membalas usikan kakaknya. Aku juga yang terdiam malu.

     "Tapi, Ida belum dengar Encik Kacak nyanyi lagu mandarin tau. Ada lah macam Jay Chou sikit-sikit," Kak Erra mengusik lagi. Aku tergamam seketika. Encik Kacak? Dah kenapa Kak Erra cakap macam tu? Adakah Encik Kacak sudah mengetahui bahawa aku memanggil namanya dengan panggilan itu? Tidak...

     "Apa? Encik Kacak? Siapa tu..." giliran Encik Kacak pula bertanya. Adakah rahsia panggilan itu akan terbongkar malam ini? Kalau iya pun, janganlah rahsia itu pecah di hadapanku. Please... Encik Kacak memandang ke arah Kak Erra, kemudian beralih kepadaku seraya meminta penjelasan yang lebih lanjut tentang siapakah Encik Kacak yang dimaksudkan oleh Kak Erra tadi.

     "Entah.. Tanya Ida.." Kak Erra sengaja menggantungkan soalan Encik Kacak sebentar tadi dan memaksa soalann itu dijawab olehku. Memang taklah.. Takkan aku nak beritahu padanya yang aku memanggilnya dengan nama sebegitu. Aku melarikan pandangan mataku ke arah lain. Kak Erra ni memang sengaja nak malukan aku ke? Kenapa dia nak mengusik-usik aku dengan adiknya pula. Kalaulah kekasih hatinya, Minah Ketak mengetahuinya, boleh terbalik meja kat depan aku ini dibuatnya.

     "Cepatlah Kak Erra.. Ida.. Siapa Encik Kacak tu," tanya lelaki itu lagi. Beria-ria betul untuk mengetahuinya. Kak Erra ni, memang saja nak kenakan aku agaknya.

     "Tak ada siapalah. Kak Erra ini minat sangat dengan Jay Chou agaknya," aku cuba menukar topik perbualan. Ya..aku pun salah seorang peminat lagu-lagu nyanyian Jay Chou. Lagu duetnya bersama Lara menerusi Shan Hu Hai cukup merdu dan membuai perasaan.

     "Tak fahamlah.. Siapa sebenarnya Encik Kacaktu..." nampaknya lelaki ini masih tidak berpuas hati dengan jawapanku. Namun keceriaan di wajahnya jelas kelihatan. Encik Kacak itu adalah kau! Puas hati? Ujarku dalam hati.

     "Dao Ming Si tadilah. Kan Ida?" Kak Erra menjawab pertanyaan itu seraya tersengih-sengih. Ya Rabbi! Kak Erra memang sengaja nak kenakan aku ni.. Aku lihat ada riak terkejut pada wajah Encik Kacak, tetapi kemudiannya kelihatan tersenyum simpul dan menjeling manja ke arahku. Aku terpana seketika. Apa yang terjadi sekarang ni? Das... tolonglah aku. Ini semua gara-gara kau yang tersasul di hadapan Kak Erralah ni. Kakak dia ni pun satu. Dah kenapa pula macam ni?

     "Wo jhi dao wo shi shuai ni shi piao liang," ujar Encik Kacak lagi.

     - saya tahu saya kacak dan awak sangat cantik –

     Dia mengulangi ayat yang pernah diungkapkan ketika kali pertama sesi latihan sebelum membuat persembahan tadi. Hah? Apakah dia memang sudah tahu selama ini aku memanggilnya dengan nama Encik Kacak? Kelihatannya dia sudah menyebut perkataan itu berulang kali. Jadi, mungkin dia hanya berpura-pura bertanya seolah-olah langsung tidak mengetahui tentangnya. Ya Rabbi! Kenapa aku tidak perasan akan semua ini? Sudah tentulah kakaknya memberitahu tentang semua itu. Aku meraup wajahku yang makin menebal itu. Malu sungguh aku rasakan kepada mereka berdua. Tertangkap sudah perihal aku yang mengagumi kekacakan yang ada pada wajahnya.

     Kak Erra yang berada di hadapanku tergelak dan masih galak mengusik. Kali ini berbicara dalam bahasa mandarin pula. Kedengaran Encik Kacak membalas setiap kata-kata yang dituturkan oleh Kak Erra sambil tertawa. Aku tunduk. Tak berani lagi menatap wajah mereka berdua. Apa dah jadi dengan mereka berdua ini? Ternyata Encik Kacak benar-benar menguasai bahasa mandarin dengan baik. Aku pula, hanya tahu asas percakapannya sahaja. Mampulah untuk memahami serba sedikit apa yang dituturkan, namun bukan terlalu pandai untuk bercakap dengan fasih. Cuma, aku memang suka juga mendengar beberapa buah lagu mandarin dan cuba menghafal lirik yang dinyanyikan oleh penyanyi tersebut.

     "Hai, rancak berbual. Sorry, As lambat sikit datang Kak Erra. Daddy minta tolong As uruskan buffet catering majlis nanti," sapa suatu suara. Ku mengangkat wajahku. Kelihatan Minah Ketak menyalami Kak Erra. Buffet catering majlis? Mesti persediaan majlis pertunangan mereka nanti. Sopan betul ku lihat Minah Ketak apabila dia bersemuka dengan Kak Erra mahupun Encik Kacak. Kenapa kalau dengan aku dia begitu kasar ya? Aku mula rasa rimas apabila mendapat jelingan daripada wanita itu. Mungkin dia tidak suka aku berada di tengah-tengah antara mereka. Yalah, aku ini bukan siapa-siapa pun antara mereka. Aku menganjakkan sedikit kerusi plastik yang kududuki ke belakang sebgai persediaan untuk bangun dan berlalu dari situ. Persembahan kumpulan yang mendapat giliran ke 10 pun hampir berakhir. Lebih baik aku pergi mengintai aktiviti yang berlaku di luar dewan. Sebentar nanti, aktiviti barbeku akan diadakan. Aku baru tersedar kalung Kristal pink yang berbentuk hati itu masih berada dalam genggamanku. Aku harus memulangkan kalung ini kepada pemiliknya dahulu.

     "Ermm. Sorry. Ni kalung tadi ya. Terima kasih," aku menghulurkan kalung itu kepada Encik Kacak. Encik Kacak tidak terus mengambilnya, malah menolak.

     "Keep it up. It's yours.." ujarnya sambil tersenyum. Minah Ketak yang duduk di sebelahnya menjeling ke arah kalung yang ada dalam genggamanku. Riak wajahnya berubah.

     "Kalung Kristal pink tu?" ujar Minah Ketak. Nadanya seperti pernah melihat kalung tersebut. Jangan-jangan ini kalungnya tak? Habislah.. Matilah aku kena panah nanti.

     "Itu kalung di Yonganli dulu kan?" aku mendengar pertanyaan Minah Ketak. Yonganli? Apa tu? Bunyi seperti nama tempat di Beijing je.. Jadi, kalung ni dari sana? Wahh... Patutlah cantik. Mesti batu Kristal asli ni kan?

     "Kenapa kalung ni ada pada perempuan ni?" ujar Minah Ketak lagi. Aduh... Pasti akan ada salah faham lagi. Aku mula cuak. Itulah padahnya kerana melayan perasaan sangat. Terbuai dengan kata-kata yang indah yang tidak nyata menurut pendapatku. Aku terus meletakkan kalung itu di atas kerusiku tadi dan terus berlalu dari situ. Baik aku jangan cari pasal. Nanti tak pasal-pasal aku pula dikerjakan oleh Minah Ketak nanti. Malam ini muncul pula kelibat dia di sini. Kalau benarlah apa yang dikatakan oleh Das tempoh hari yang Encik Kacak tidak membenarkan Minah Ketak datang lagi, takkanlah kelibatnya boleh muncul lagi di sini malam ini. Entah-entah Das yang mengarang cerita tak? Aku terus berlalu keluar dari dewan. Ramai rakan peserta kursus yang lain telah berada di sana. Aku menghampiri Das yang terbongkok-bongkok membantu menyalakan arang di dalam bekas pemanggang ayam tersebut.

     "Sssstt.." aku menyentuh bahunya agar dia menyedari kehadiranku.

     "Ida? Terkejut aku dibuatnya tadi.. Eh, bestlah nyanyian kau tadi. Sweet gila! Macam lori gula tumpah atas pentas tadi," kata Das dengan nada mengusikku. Aku hanya menjungkitkan bahuku. Malas nak ulas lanjut tentang persembahan tadi.

     "Menu ayam saja ke Das malam ni? Sotong dan udang ada tak ya?" kataku menukar topik perbincangan. Das masih tersenyum seperti tadi. Belum 'move on' agaknya.

     "Iya kot. Aku tengok dalam besen tadi ayam saja yang ada,"balas Das sambil terus mengipas arang-arang tersebut. Aku turut melakukan perkara yang sama. Membantu supaya bara arang itu menyala supaya ayam dapat dibakar dengan lebih cepat. Banyak pemanggang-pemanggang ayam disediakan di situ. Maklumlah seratus lebih orang yang akan menjamu ayam barbeku di situ. Entah jam berapa akan berakhir sesi membakar ayam ini. Tapi, suasana yang riuh rendah inilah yang seronok. Hampir sebulan kami berada di sini. Sedih pula apabila mengenangkan perpisahan yang akan dihadapi esok. Lebih-lebih lagi bersama Das serta rakan-rakan dari kumpulanku yang lain. Dah rasa macam adik-beradik pula. Kursus induksi guru dulu pun tidak serapat ini. Atas permintaan Das, kami mengalihkan bekas pemanggang di hujung tepi dewan. Lebih selesa, kerana di situ ada bangku yang boleh diduduki. Membakar ayam ini memang meletihkan sebenarnya. Kalau ada bangku, bolehlah berehat seketika. Tidaklah duduk beralaskan tar jalan sahaja.

     Sedang aku ralit membalik-balikkan ayam-ayam yang dibakar itu, suatu suara menyapa dari hadapan. Ah....dia lagi. Apa lagi yang dia mahukan dariku. Hampir-hampir tadi, Minah Ketak mengamuk. Nasib baik aku bertindak pantas keluar dari dewan ke sini. Kalau tidak, pasti ada perkara buruk yang akan berlaku pada diriku nanti.

     "Ke sini Ida rupanya. Das pun ada kat sini," kata Encik Kacak lagi. Das tersenyum memandang Encik Kacak seraya mengajak untuk bersama-sama membakar ayam yang tersedia di dalam besen itu. Memang masih banyak lagi ayam-ayam yang belum dibakar. Aku menjadi kurang enak. Dalam banyak-banyak kawasan membakar ayam, di sini juga merupakan pilihan hatinya. Saja mencari masalah. Nanti kekasihnya pasti turut datang ke sinilah tu. Aku mengeluh dalam hati. Das memandang ke arahku apabila melihat aku diam membantu diri. Mungkin dia baru menyedari akan tingkahku yang jelas menunjukkan rasa tidak selesa itu. Daripada rancak berbual tadi, sekarang menjadi diam seribu bahasa.

     'Ida, kau okaykan?' Kata Das separuh berbisik. Aku mengangguk-anggukkan kepala. Takkan nak kata tak okay pula.

     "Ida, ini kalung tadi. Kenapa dibiarkan atas kerusi tadi? Nah, ambil semula," ujar Encik Kacak lagi. Das turut memandang ke arah kalung tersebut sambil menekup mulutnya seperti terlalu teruja.

     "Waaaah...cantiknya kalung ni. Kristal Swarovski kan? Batu dia bercahaya. Lawanyaa....," Das bersuara separuh menjerit sambil menyambut huluran Encik Kacak. Terlalu cantikkah kalung itu? Memang kalung itu cantik, tapi kelihatan dia terlalu teruja.

     "Ida, kalung kau ke ni? Tak pernah pun kau tunjukkannya pada aku? Serius cantik..."kata Das lagi sambil menghulurkannya padaku. Bukan kalung aku tu, tapi kalung ini kepunyaan dia. Kepunyaan Encik Kacak. Kenapa kau ambil? Jeritku di dalam hati.

      "Wait, that's not hers," ujar suatu suara lagi. Aku dan Das saling berpandangan. Minah Ketak berdiri tegak di hadapan kami. Encik Kacak turut menoleh ke arahnya. Haaa....kan aku dah cakap tadi. Pasti kekasih hatinya akan ke sini. Suaranya tadi seolah-olah tidak suka akan kelakuan Encik Kacak menyerahkan kembali kalung itu kepadaku.

     "What do you mean?" giliran Encik Kacak pula bersuara. Nampaknya, Encik Kacak ni memang 'less of sensitivity'. Takkan dia tak boleh membaca fikiran kekasihnya ini. Hal yang remeh ini pun tak mampu untuk dia mengerti. Aku tidak menyambut huluran Das. Ya, memang betul apa yang Minah Ketak katakan. Kalung itu bukan milikku. Jadi, aku tidak mahu menerimanya. Minah Ketak mengangkat wajahnya memandang ke arah Encik Kacak. Wajahnya kelihatan tegang. Panas mungkin. Sepanas bara api yang makin hangat di dalam bekas pemanggang ayam ini. Kalung yang berada di tangan Das direntap kuat oleh Minah Ketak. Das agak terkejut dengan kelakuan Minah Ketak sebentar tadi, namun masih berjaya mempertahankan kalung itu di dalam genggamannya. Minah Ketak masih tidak berputus asa dan kalung tersebut masih cuba direnggutnya dengan kuat. Aku yang terkejut dan kebingungan tidak terus menyambut huluran Das. Kalung tersebut terlepas dari genggaman Das dan terjatuh ke dalam bekas pemanggang ayam yang penuh dengan api dan bara yang membakar.

     "Noooo!!!..." terdengar suara jeritan Encik Kacak pula. Aku dan Das saling berpandangan antara satu sama lain. Apa dah jadi ni? Minah Ketak juga menjerit. Kelihatan Encik Kacak cuba mengeluarkan kalung tersebut daripada pemanggang ayam itu. Wajahnya sungguh cemas. Aku jadi serba salah. Aku cuba membantu mengeluarkannya. Dia menolak kasar. Aku terkejut dengan tindakan spontannya. Aku cepat-cepat ke tandas dan mengambil sedikit air di dalam gayung untuk meredakan kehangatan api di dalam bekas pemanggang ayam tersebut supaya lebih mudah usaha untuk mengambil kalung Kristal tersebut.

     "Sorry.. saya..."kataku sebaik sahaja kalung tersebut berjaya diambil oleh Encik Kacak. Kalung tersebut kelihatan rentung namun kristalnya masih elok. Namun ayat ku terhenti di situ, apabila lelaki itu berlalu tanpa menghiraukan kata-kataku tadi. Wajahnya langsung tidak memandang ke arahku. Senyuman manisnya tidak lagi kelihatan. Yang ada sebuah wajah kelat tanpa senyuman. Kelihatan dia menggenggam kemas kalung Kristal tersebut. Apakah aku yang dipersalahkan? Hanya kerana disebabkan aku tidak menyambut huluran Das dengan baik, kalung itu terhempas di dalam bekas bakaran ini akhirnya. Hatiku digamit rasa bersalah. Minah Ketak yang masih tegak berdiri mencerlung ke arahku.

     "You dah keterlaluan Ida!" perempuan itu menjerit. Aku yang kebingungan terperanjat dengan suara tempikan tersebut. Aku memandang ke arah Das. Das turut berwajah bingung.

     "Das, macam mana ni? Kalung Kristal tu dah rosak," aku bersuara dengan nada yang lemah. Ganti rugi ibunya belum tertunai, inikan pula kalung Kristal yang tidak diketahui nilainya itu pula.

     "Entahlah Ida. Aku pun tak sangka yang kalung itu boleh terlepas masuk ke dalam bekas bakaran ini, tapi...kalung tu sebenarnya milik siapa? Kenapa Encik Kacak beria-ria benar nak selamatkan kalung tu?," ujar Das sambil bertanya. Wajahnya kehairanan. Aku membalas pertanyaan itu dengan keluhan yang berat.

     "Kalung itu bukan kepunyaan aku, tapi milik Encik Kacak. Kalau kau perasan tadi, dia ada pakaikan kalung tersebut kepada aku semasa persembahan kami tadi," kataku lagi. Das menekup mulutnya, seraya menunjukkan riak terkejut. Mungkin dia baru teringat akan persembahan aku bersama Encik Kacak di pentas tadi. Dia sendiri pun tidak menyangka bahawa kalung itu sebenarnya milik Encik Kacak, kerana sebentar tadi lelaki itu mengatakan bahawa kalung itu kepunyaanku.

     "Habislah aku kali ni Bagaimana aku perlu menggantikan kalung tersebut Das?" aku menyoalnya lagi. Aku tahu Das sendiri pasti tidak tahu bagaimana menjawab soalan yang tidak berjawapan itu. Das menggeleng-gelengkan kepalanya sambil mencuba untuk menenangkan aku. Aku bagaikan mahu menangis semahu-mahunya di situ. Terdahulu, ibunya marah teruk kepadaku, kemudian kali ini, anaknya pula begitu. Semuanya berlaku akibat kecuaian aku.

     Mood untuk membakar ayam-ayam yang masih tersedia di dalam besen itu mati tiba-tiba. Selera untuk makan ayam barbeku pun terus hilang. Kami berlalu dari situ menuju ke dorm. Tambahan pula, ketiadaan kami berdua langsung tidak mengganggu kelancaran aktiviti barbeku pada malam itu. Cuma aku dan Daslah yang rugi kerana tidak dapat merasa keenakan ayam panggang pada malam itu.

     Aku memerhatikan jam locengku yang menunjukkan angka 12.30 malam. Ini bereti aku sudah lena selama satu jam, tiba-tiba terjaga pula. Tadi, sebaik sahaja naik ke dorm aku terus menunaikan solat isyak. Seusai solat aku terus tidur, begitu juga dengan Das. Agaknya-agaknya rakan-rakan peserta lain sudah tidur atau belum ya? Aku menyelak jendela tingkap dorm perlahan-lahan supaya tidak mengganggu tidur Das yang sedang lena. Dari atas, aku dapat melihat terdapat beberapa orang peserta kursus dan para fasilitator masih berkumpul di luar dewan seminar berdekatan dengan kafeteria kem. Agaknya Encik Kacak masih bersama mereka kah? Ingatanku menerjah ke arah lelaki itu lagi. Masing terngiang-ngiang jeritannya tatkala kalung itu jatuh ke dalam bekas pemanggang api tersebut. Wajahnya cukup kelat ketika meninggalkan aku sebentar tadi. Apakah dia menyimpan amarah terhadap aku ya? Aku mula berteka-teki. Apa yang harus aku lakukan sekarang ya? Aku memandang ke arah Nokia C3 milikku yang tersadai di tepi bantalku. Apakah aku harus menelefon Encik Kacak dan meminta maaf padanya ya? Tapi, aku malu. Tambahan pula, aku takut kalau-kalau dia akan menjadi lebih marah pula terhadap aku. Tapi, tiada salahnya kan kalau aku mencuba. Jari-jemariku laju mendail nombor yang tertera nama Kak Erra itu. Hakikatnya, nombor itu telah digunakan oleh Encik Kacak pada masa sekarang. Talian kedengarannya bersmbung, tiada siapa yang mengangkatnya. Aku mencuba lagi tanpa berputus asa, namun sebanyak 5 kali panggilan yang telah kubuat masih juga talian tidak diangkat oleh pemiliknya. Mungkin Encik Kacak benar-benar marahkan aku. Aku tidak dapat tidur malam itu. Kenapa Encik Kacak tidak sudi mengangkat panggilanku. Kalau dia tidak sedar akan panggilanku ketika itu, kenapa dia tidak cuba menghubungiku apabila notifikasi panggilan telah dibaca kemudiannya. Sudah tentu panggilan itu penting kerana sebanyak 5 kali cubaan untuk menembusi talian telah aku lakukan. Sudah tentulah notifikasi panggilan telah diterima olenya. Aku menarik gebar kemudiannya. Mata ku paksa ia supaya terpejam, supaya aku dapat meredakan kegelisahan yang bergelodak di dalam hatiku ketika ini.


Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh