Bab 5
Selesai menunaikan solat zohor di surau, Nur Farissha mengambil tempat di medan selera yang disediakan. Berkali-kali dia memicit kakinya yang lenguh. Habis satu Kuantan Parade itu kawannya pusing tidak padan langsung dengan dirinya yang berbadan dua. Sedangkan dirinya sudah hampir pancit. Daripada barangan bayi, produk penjagaan diri dan wajah dan barangan keperluan semua diborongnya.

 “Kau ni kenapa penat semacam? Aku ke kau yang mengandung ni?” Sengaja Ida Farhana mengusik lantaran melihat sabahatnya itu sudah layu di kerusi. 

Nur Farissha sekadar memandang. Dia terlalu penat untuk bergaduh. Nasiblah hari in bukan hujung minggu jadi tidaklah sesak sangat pusat membeli belah itu. Menu makanan di situ menarik perhatiannya. Yum...yum... 

“Aku dah mesej laki aku suruh ambil kita lepas makan. Sempat je sampai sebelum kau nak berjual.” Beritahu Ida Farhana sambil menyimpan telefon pintarnya di dalam tas tangan.

 Nur Farissha mengangguk. “Kau nak makan apa?”soalnya sambil matanya masih lagi liar memerhati menu makanan. Pelbagai jenis masakan yang boleh dijadikan pilihan. 

“Aku nak makan nasi campur. Aku mengidam ayam masak merah mak cik tu sebab tu aku ajak kau ke sini.” Jawab Ida Farhana ceria. Mukanya berseri-seri.

 Manis raut wajah Nur Farissha melihatkan sahabatnya itu berselera makan. Air milo aisnya dihirup. 

“Aku baru teringat...” Nur Farissha menghirup airnya sebelum bersuara.Ida Farhana mengangkat keningnya.“Anak ketua kampung tu bukan nak suruh bapak dia halau aku dari kampung ke sebab belasah dia hari tu?” Mata Nur Farissha mengecil tanda meluat setiap kali menyebut tentang anak ketua kampung itu. Dia juga ingat ketua kampung akan menyerangnya kerana mencederakan anak kesayangannya. Tapi sejak itu dia langsung tidak mendengar cerita tentang anak ketua kampung perasan bagus itu. Ketua kampung juga tidak lagi datang berjumpa dengannya. Dia merasa pelik. Firasatnya kuat memberitahu seperti ada sesuatu yang tidak kena... 

“Dia bergurau je tu kot?” Ujar Ida Farhana mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. Dia sendiri tiada jawapan untuk itu. 

“Boleh tolong ambik tisu dekat aku Farissha? Ada tadi dekat kaunter mak cik tu. Tadi lupalah nak ambik.” Pinta Ida Farhana yang dijawab anggukan daripada Nur Farissha sambil bangun dari kerusi. 

Baru sahaja tangan Nur Farissha ingin mencapai tisu yang berada di atas kaunter itu, hujung matanya menangkap satu susuk tubuh yang dikenalinya sedang berjalan ke arah yang bertentangan. Walaupun lelaki itu memakai topi untuk melindungi wajahnya, tetapi gaya berjalannya yang sedikit unik tidak mungkin memorinya akan melupakannya. Terus dia berpaling ke arah itu dan tanpa disedari kakinya turut sama melangkah. Dari perlahan... kini bertukar menjadi laju. Matanya tidak lepas daripada susuk tubuh itu. Jantungnya juga berdegup dengan kencang... 

Apabila tangannya dihulurkan untuk mencapai bahu lelaki itu, bahu kanannya ditepuk lembut membuatkan dia berpaling terkejut. Abang Puteh sedang tersenyum manis memandangnya. 

“Abang Puteh... terkejut Farissha.” Ujar Nur Farissha sambil mengawal riak wajahnya. Diusap-usap dadanya kerana terkejut akan kehadiran lelaki itu dengan tidak disangka.

 Abang Puteh melemparkan senyuman manis. “Abang Puteh tengok laju semacam je. Nak ke mana ni?” Ramah dia bertanya. 

“Aaa... Farissha...” Matanya liar mencari apabila susuk tubuh lelaki itu telah hilang di balik lautan pengunjung yang tidak putus tiba. “Tak ada apalah.” Ujarnya kembali. Sedikit kecewa. “Farissha pergi dulu lah Bang. Nanti kita...”

 Abang Puteh mengangguk tanda memahami walaupun Nur Farissha tidak menghabiskan ayatnya. Dia memerhati sahaja Nur Farissha berlalu dari situ sehingga hilang daripada pandangan sebelum menoleh ke arah tempat persembunyian di mana susuk tubuh lelaki yang dikejar oleh Nur Farissha sebentar tadi. 




 Tengku Mikhail masih setia mendengar tentang persediaan pembukaan Megah Art Gallery yang akan dibuka pada tahun depan. Dia amat menitikberatkan tentang projek pada kali ini kerana ini adalah harapan papanya untuk membuka sebuah galeri yang akan memberi manfaat dan kemudahan kepada masyarakat. Setiap persiapan jika boleh dia ingin lakukan dengan sempurna. 

Antara kemudahan yang akan disediakan adalah perpustakaan mega, dewan konsert mini, mini pawagam, muzium seni tiga dimensi, pementasan teater, pameran seni dan banyak lagi kemudahan yang akan ditambah dari masa ke semasa. 

“Make sure everything goes well. I don’t want any mistakes on that day.” Serius kedengaran suara Tengku Mikhail memberi arahan. Kejap dia meneliti kembali dokumen yang berada di hadapannya itu sebelum kembali bersuara. “Ken, I want all the details about the copyright that we are trying to get by tomorrow. I don’t want any problems regarding this issues.” Tegas arahan darinya. Mengambil pengalaman dari beberapa rakan niaganya yang lepas sehingga melibatkan saman menyaman. Jadi dia memandang serius tentang isu ini. 

“Baik Tengku.” Laju Ken mencatatkan arahan itu di dalam buku nota kecil miliknya. 

“Dan... untuk interior design bila awak boleh update pada saya Shah?” Tengku Mikhail beralih pula kepada pekerjanya yang duduk bertentangan dengan Ken. 

“Selepas kami finalize kan semua tema design saya akan terus maklumkan pada Tengku.” Lancar Shah menuturnya. Selaku project manager dia perlu sentiasa tahu dan mengambil tahu tentang perkembangan projek itu. Air liur ditelan sebelum bersuara kembali, “setakat ini lima buah syarikat pereka tempatan sudah membentangkan idea mereka yang bersesuaian dengan tema yang kita inginkan. Untuk minggu hadapan pula kami sudah menetapkan tarikh dan masa untuk freelance designer untuk membentangkan idea dan rekaan mereka.” Tambah Shah lagi. 

Tengku Mikhail mengangguk tanda berpuas hati dengan jawapan yang diterimanya. 

“For the rest saya rasa tiada masalah. I will see you in the next meeting. You guys may leave now.” Dia menutup fail hitam di hadapannya tanda mesyuarat telah berakhir. 

Setelah semua pekerjanya berlalu meninggalkan bilik mesyuarat, Tengku Mikhail menyandar di kerusinya. Matanya dipejamkan seketika sebelum tangannya meraba kocek seluarnya untuk mencari telefon pintar. Nombor Syed Daniel didail. 

“Kau dekat mana?” soalnya sejurus Syed Daniel mengangkat panggilan. 

“Aku on the way nak balik rumah keluarga aku. Kenapa?” soal Syed Daniel kembali. Sempat dia membunyikan hon ke arah sebuah kereta yang masuk simpang tidak memberi isyarat lerlebih dahulu. Nasib aku sempat brek. Sabar jelah. Kata hatinya. 

“Hai, jarang balik rumah keluarga kau. Buang tebiat?” sindir Tengku Mikhail. Dulu diejeknya anak mak kerana seringkali pulang ke rumah keluarga. Sekarang siapa yang anak mak? 

“Kau diam. Papa aku cakap ada perkara penting nak bincang. Lepas tu biasalah, kalau aku cakap tak nak balik karang mama aku pula merajuk. Dah satu kerja aku pula nak kena pujuknya.” Dapat didiengari tekanan di dalam suaranya. Patutnya malam ini dia akan menghadiri pesta di sebuah kelab terkemuka di ibu kota. Gara-gara ini hasratnya terpaksa dibatalkan. Apa lagi... merajuklah kekasihnya. Itu pun pening kepala hendak dipujuk nanti.

 Tengku Mikhail sudah mula ketawa besar mendengarnya. 

Syed Daniel menekan brek untuk berhenti apabila lampu isyarat bertukar merah. Sisa ketawa Tengku Mikhail masih kedengaran membuatkan hatinya bertambah panas. “Kau nak cari gaduh dengan aku ke?” Mendatar sahaja tona suaranya.

 “Cakap anak jantan. Kena gertak sikit dah layu kau ni.” Tengku Mikhail terus ketawa dengan kuat. Sengaja mahu mengapikan lagi. Sejurus itu hanya kedengaran bunyi bip menandakan talian sudah dimatikan.

 Syed Daniel merengus. “Tak guna punya kawan.” Pedal minyak ditekan apabila lampu isyarat bertukar. Tetapi tidak sampai seminit kemudian panggilan masuk lagi.

 “Apa kau nak lagi?” Syed Daniel menekankan sedikit suaranya. 

“Malam esok kau free? Lepak jom.” Pelawa Tengku Mikhail menukar topik perbualan. 

“Nanti aku confirm balik dengan kau boleh?” suara Syed Daniel bertukar ceria kembali. Buat apa nak panas hati lama-lama. Masing-masing sudah mengenali perangai sesama sendiri. 

“Okay.” Balas Tengku Mikhail ringkas. Selepas itu, dia menghantar pesanan ringkas kepada Syafiq untuk berjumpa dengannya di dalam pejabat setelah urusannya di Megah Hotel selesai. 

Dia pun turut meninggalkan bilik mesyuarat itu setelah mematikan semua lampu dan pendingin hawa.




 “Nah baju t-shirt kau. Hari ahad nanti jangan lupa pakai tau,” Ida Farhana menghulurkan baju itu kepada Nur Farissha. Dia mengambil tempat duduk bertentangan dengan Nur Farissha. 

Nur Farissha membelek baju t-shirt itu. Perkatan ‘RAMLI DAN MAIMUNAH CREW’ tertulis di bahagian belakang baju t-shirt itu.

 “Iya. Takkan aku nak pakai masa kau bersalin kot? Taik telinga aku ni dah cair dengar kau ingatkan. Aku tahulah adik kesayangan kau yang nak kahwin.” Ujar Nur Farissha sambil menyumbatkan baju itu di dalam beg silangnya.

 Terletus ketawa Ida Farhana.“Adik kau kahwin dengan orang mana? Aku lupa nak tanya hari tu.” Soal Nur Farissha. 

“Dia kahwin dengan orang Temerloh. Dari kampung kita ni dalam 2 jam je. Nanti masa sambut menantu kau itu sekali tau.” Pesan Ida Farhana yang lebih kepad arahan. Lurus jari telunjuknya tepat ke muka Nur Farissha. “Ini adalah arahan dari beta.” 

Nur Farissha membuat muka menyampah. “ Over minah ni.” Getusnya. Tiba-tiba Nur Farissha teringat akan sesuatu. “Eh, nanti kau ada nak pergi beli keropok lekor dekat Cherating kan? Haritu Mak Nah kata nak bagi dekat besan dia.” Terkedip-kedip Nur Farissha memandang sahabatnya. Jarak kampungnya dari Cherating tidak sampai 15 minit jika naik kereta.

 Ida Farhana terukir senyumam manis. Dia tidak perlu bertanya atau menebak dengan soalan sahabatnya itu. Hanya ada satu sebab yang kukuh Nur Farissha bertanyakan hal itu. “Ye. Itu kau jangan risau. Aku memang nak ajak kau sekali. Alang-alang boleh kau ziarah kubur Atok dan Opah kau sekali.” 

Nur Farissha tersenyum gembira.”Dahlah. Hantar aku balik. Nanti bising pula Mak Ani kalau aku lambat berjual hari ni.” Nur Farissha sudah siap sedia bangun. Jika lambat dia berjual mahu tumbuh janggut singa pada muka emak tirinya itu. Terasa lucu pula apabila dia membayangkannya.

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh