Bab 14

Pagi itu, dia yang sedang menghidangkan kopi panas untuk Syed Daniel.

Thanks Iza.” Ucap Syed Daniel sambil menghirup sedikit kopi itu.

“Sama-sama. Encik Syed hari ni ada sepanjang hari keda...” Ayatnya itu tergantung apabila pintu pejabat dibuka dengan kasar daripada luar. Syed Daniel dan dia terkejut bersama pada pagi itu. Dan dia pula mengalami kejutan berganda pagi itu apabila melihat Syed Hakimi. Tidak disangka bahawa ketuanya itu mempunyai kembar yang betul-betul seiras.

“Kimi?” Syed Daniel memandang pelik ke arah abang kembarnya. Sepatutnya Syed Hakimi berada di Canada ketika itu. Bila masa dia balik?

Syed Hakimi terus berjalan ke arah Syed Daniel dan menumbuk adik kembarnya itu sehingga terjatuh daripada kerusi empuknya. Pada beb...

Syed Daniel mengerang. “Kau dah gila Kimi?” Syed Daniel menjerit kuat.

Semua pekerja yang sedang fokus bekerja terhenti seketika apabila mendengar jeritan dari dalam bilik Syed Daniel. Mereka mula berbisik sesama sendiri. Tidak kurang juga ada yang cuba untuk menghendap melihat perkara yang sedang berlaku. Tingkat itu terus menjadi kecoh dengan bisikan pekerja di situ.

“Ya! Memang aku dah gila!” Tempik Syed Hakimi sambil melemparkan semua surat yang berada di dalam genggaman tangannya tepat mengenai muka Syed Daniel.

“Tu... kau baca semua surat saman yang kita terima tu! Kau sedar tak apa yang tengah berlaku dalam syarikat kita sekarang ni? Tak kan sampai syarikat kena saman pun kau tak tahu?” Amuk Syed Hakimi. “Tu... resort dekat Langkawi tu... sepatutnya 3 bulan lepas dah siap. Apa jadi? Barang binaan tak berkualiti! Pekerja lambat terima gaji! Sama jugak dengan projek perumahan dekat Kuantan. Kau tahu tak pengurusan dekat sana kucar kacir? Kau ada pergi tengok tak? Mana tanggungjawab kau?” Tempikkan Syed Hakimi memenuhi ruangan tingkat itu.

Syed Daniel mengeluarkan isi kandungan surat itu dan menelitinya. “Aku dah mintak tolong Abang Ikram untuk uruskan masa aku pergi bercuti hari tu.” Dia membelek satu persatu surat itu sambil menggeleng-gelengkan kepalanya tanda tidak percaya dengan apa yang dibacanya.

“Kau tau tak yang Ikram tu anak buah Tan Sri Hashim tak guna tu! Aku yang dekat Canada tahu, macam mana kau yang dekat dengan dia tak tahu!” Balas Syed Hakimi yang sudah memegang kepalanya. Bara api didalam anak matanya menyala memandang adik kembarnya yang sudah terkaku di situ.

Syed Daniel terpana di situ sambil bibirnya terketar-ketar. “Ta... tak mungkin... Abang... Abang Ikram... A...” Lidahnya menjadi kelu untuk berkata-kata. Kepalanya menjadi serabut secara tiba-tiba.

“A... apa?” Syed Hakimi mengejek. Dia berdengus kasar.

Syed Daniel bangun mencapai telefon pintarnya dan mendail dengan pantas nombor Ikram tetapi hampa apabila masuk ke dalam peti suara. Dia cuba mendail lagi dan lagi... tetap masuk ke peti suara. Kepalanya bertambah serabut. Syed Daniel menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal kerana sudah mati akal.

“Kau nak cari Ikram ke?” Syed Hakimi bertanya sinis.

Laju Syed Daniel mengangguk mengiyakannya. Dia meraup wajahnya untuk kesekian kalinya.

“Kau boleh ke balai sekarang. Mika dah uruskan dia semalam.” Ujar Syed Hakimi. Dia memicit-micit kepalanya. Tali leher dilonggarkan. “Kau tahu berapa kerugian yang syarikat tanggung sekarang?”Ujarnya sambil bercekak pinggang.

Lambat-lambat Syed Daniel menggeleng sambil mengalihkan pandangan daripada Syed Hakimi. Takut. Kerana dia tidak pernah melihat Syed Hakimi hilang kawalan sampai sebegitu sekali.

“5 juta!”

Membulat mata Syed Daniel mendengarnya. Terjelopok dia kembali di atas lantai pejabatnya. Pipinya juga terasa sakit. Kata-kata Syed Hakimi itu ibarat penampar halimunan yang menyinggah tepat di pipinya ketika itu.

Iza yang masih di situ hanya terpaku di situ. Seluruh tubuhnya mengigil ketakutan tetapi digagahkan juga bersuara untuk meminta diri.

“Iza... Iza...” Syed Hakimi melambai-lambaikan tangannya.

“Oh Encik... maaf.” Dia menjarakkan sedikit kedudukan daripada Syed Hakimi. Sejak bila pulak Syed Hakimi berdiri di hadapannya? Tulah kau Iza, mengelamun tak kita tempat. Kutuk hatinya sendiri.

Yes? Is there anything you want to tell me?” Syed Hakimi mengangkat keningnya. Mata mereka berdua bertentang untuk kali kedua.

Iza terpaku seketika melihat ciptaan Allah S.W.T yang satu ini. Walaupun dia melihat wajah Syed Daniel hampir setiap hati, tetapi Syed Hakimi mempunyai aura yang berbeza. Dia tenggelam di dalam renungan mata Syed Hakimi.

“Iza...” Syed Hakimi menguatkan sedikit suaranya. Dah kenapa pulak minah ni? Berkerut dahinya memandang ke arah setiausaha adik kembarnya itu.

“Hah? Ada... ada” Kata Iza tetapi matanya masih tidak lepas memandang wajah Syed Hakimi. Tangkap cintun sudah...

Oookayyy... perkara yang awak nak cakap tu ada tertulis pada muka saya ke yang awak pandang saya sampai macam tu sekali?” Keningnya diangkat lagi.

“Tak ada Encik.” Jawab Iza malu-malu. “Saya cuma nak maklumkan yang Encik Syed Daniel call tadi, dia pesan yang dia tak masuk office dan mintak saya cancel kan semua meeting petang ni.” Dia mencuba sedaya upaya menghabiskan ayat dengan tenang.

Syed Hakimi menarik nafas panjang sebelum menghembusnya perlahan. Dia berjalan ke arah tingkap dan melihat pemandangan sambil bersuara. “Dia ada meeting dengan siapa petang ni?”

“Hari ini Encik Syed perlu menghadiri meeting dipejabat Dato’ Harun bersama Puan Sri Fauziah dan beberapa NGO berkaitan dengan sumbangan menaik taraf rumah anak yang sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam.” Ujar Iza dengan lancar.

I will attend on his behalf. Awak tak perlu cancelkannya.”

“Tapi...” Iza meneliti pakaian ketuanya itu daripada atas sampai ke bawah. Syed Hakim sekadar memakai Adidas tracksuit dan training pant berwarna putih bersama kasut sukan yang juga berwarna putih daripada jenama yang sama. Dengan rambut yang menutupi dahi ala-ala K-pop yang menyerlahkan lagi ketampanan wajahnya.

“Oh, jangan risau. Saya dah minta pembantu saya bawakan sut saya ke sini.”

Iza tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. Sejurus itudia meminta diri untuk menyambung kembali kerjanya dan dengan ayu dia berjalan keluar daripada pejabat itu menyertai rakan sekerjanya yang sudah pulang daripada makan tengahari.

 

 

 

“Sayang nak beli apa-apa?” Syed Daniel bertanya selesai mereka berdua menonton wayang. Dia memasukkan telefon pintar ke dalam kocek seluar.15 panggilan tidak dijawab dan 30 pesanan ringkas daripada Syed Hakimi tidak dihiraukan. Sebenarnya dia takut untuk mengangkatnya. Nanti aku balik baru kau marah ye Kimi. Desis hatinya.

“Dekat sini tak ada apa-apa lah baby. Kita pergi tempat lain nak?” Mina sudah merengek-rengek sambil memeluk pinggang Syed Daniel.

Anything for you my dear. Jom.” Usul Syed Daniel sambil membalas erat pelukan Mina. “Tadi you buat apa dekat Aeon ni?”Dia bertanya sambil meraba poket seluarnya untuk mengeluarkan kunci kereta sebaik sahaja mereka tiba di lif untuk turun ke tingkat bawah.

“Tadi I pergi tengok rumah dekat Seksyen 7. Kontrak rumah lama dah nak tamat. Seri yang ajak jumpa dekat sini teman dia lunchLast minute tak jadi pulak sebab tayar kereta dia pancit.” Terang Mina yang dijawab anggukan oleh Syed Daniel.

Mereka sudah di hadapan pintu utama apabila telefon Mina berbunyi menandakan satu mesej masuk.

“Kejap ye.” Belum sempat dia membuka notification itu, telefon pintarnya berbunyi menandakan panggilan masuk.

“Aku? Aku dalam Aeon Mall ni.” Ujar Mina. Kejap tangannya melingkar pada pinggang kekasihnya. “Ubat dalam peti ais dah habis ke? Okay. Nanti aku belikan. Kau suruh Lina masakkan bubur. Jap lagi aku sampai.”Arah Mina kepada teman sebiliknya.

“Kenapa sayang?” Syed Daniel bertanya sambil menjongketkan keningnya.

Roommate tak sihat. Jom teman I beli panadol kejap.” Ajak Mina dan mereka berdua berjalan menuju ke arah kaunter perkhidmatan pelanggan. Di situ memang ada menjual panadol.

“Semuanya RM25.90 Cik.” Seorang gadis muda tersenyum manis kepada pelanggannya. Cermin mata bula besar yang melurut kebawah dibetulkan.

“Kejap ye.” Pelanggan itu meletakkan air minumannya ditepi kotak panadol. Dia mengeluarkan dompet daripada dalam tas tangan lalu mengeluarkan not RM50.

Gadis itu menyambut mesra.

“Ini bakinya. Terima kasih. Datang lagi.”

“Kak Long... Kak Long... cepatlah.” Seorang kanak-kanak kecil menarik tangan pelanggannya. Dia hanya tersenyum melihatnya. Setelah pelanggan itu pergi barulah dia perasan air minuman pelanggannya masih di situ.

“Cik... cik...” Dia melaung. Baru sahaja gadis manis itu ingin mengambil air minumannya itu untuk mengejar apabila seorang lelaki tampan bersama wanita anggun datang mendekati kaunter yang dijaganya.

Syed Daniel melemparkan senyuman manis ke arah gadis itu apabila mata mereka bertemu.

“Ye Cik... ada apa-apa yang boleh saya bantu?” Ucapnya dengan penuh profesional. Handsomenya mamat ni. Hatinya terkata dengan sendiri apabila lelaki itu melemparkan senyuman ke arahnya. Tetapi cepat-cepat diusirnya. Kau tak nampak girlfriend dia depan mata kau ni Fathia? Mati kau dikerjakan nanti.

I nak beli panadol actifast.” Katanya dengan penuh angkuh seolah-olah dia ingin membeli kilang panadol. Wajahnya masam mencuka tatkala menyedari yang customer service itu memandang buah hatinya tidak berkelip.

“Sebentar ye Cik.” Nur Fathia mencari panadol actifast di dalam tak panadol yang memang diletakkan di atas kaunternya. Tetapi,sewaktu dia ingin mengeluarkan panadol itu secara tidak sengaja tangannya terkena air minuman yang berada di situ menyebabkannya jatuh ke bawah dan tepat mengemai kasut tumit tinggi Mina.

Mina terus menjerit sehingga menarik perhatian pengunjung di situ. Semua mata mula tertumpu kepada kaunter itu.

“Saya minta maaf Cik... saya minta maaf...” Nur Fathia mencapai tisu di bawah kaunter dan meluar keluar dari dalam kaunter untuk menghulurkan tisu itu tetapi ditepis oleh Mina dengan kasar.

“Kau tau tak berapa harga kasut aku ni?” Berang Mina memandang Nur Fathia yang sedang membetulkan cermin mata besar miliknya.

Nur Fathia menggeleng ketakutan sambil masih lagi meminta maaf atas kecuaiannya.

“Sudahlah you. Dia dah minta maaf pun. Nanti I belikan yang baru.” Syed Daniel menenangkan Mina. Dia cuba untuk mengelakkan pergaduhan di situ.

I tak habis lagi... orang kelas bawahan macam dia ni kalau tak kita ajar lagi menjadi-jadi besar kepalanya.” Hinanya. Dia sudah bercekak pinggang memandang Nur Fathia yang sedang menunduk tidak berkutik disitu.

“Saya betul-betul tak sengaja Cik... kalau perlu saya akan ganti balik kasut Cik ni.” Muka Nur Fathia berubah kemerahan menahan rasa malu dan bersalah di situ. Memang salah dia kerana cuai.

Kata-kata Nur Fathia itu disambut gelak tawa besar daripada Mina. Dia merasakan seolah-olah Nur Fathia sedang bergurau. Orang kelas kelas bawahan memang tak berguna! Hatinya mengutuk lagi.

“Hei perempuan miskin, kau tau tak dekat mana aku beli kasut aku ni? London! Kau bukak telinga kau tu luas-luas... LONDON!” dia menjerit nyaring. “Gaji kau setahun pun belum tentu boleh bayarlah kasut aku ni.” Riak dia berkata sambil mengipas-ngipas dirinya.

“Saya... saya...” Nur Fathia sudah kehilangan kata-kata. Dia langsung tidak berani untuk mengangkat wajahnya kerana ketakutan.

“Siapa pengurus Aeon ni? Aku nak complaint sikit. Lain kali kalau nak ambik pekerja biar yang educated sikit.” Hamun Mina lagi sambil meraup rambutnya kebelakang. Berang sungguh dia apabila kasut mahalnya dikotori.

Youuu... sudahlah tu.” Syed Daniel meninggikan suaranya. “Tengok keliling... orang tengah tengok kita. Tak malu ke?” Dia sudah hilang sabar. Air mukanya sedikit keruh. Nasiblah kau ni memang pakai buang aku. Syed Daniel mendengus.

“Tapi sayang, tengoklah kasut I  ni. Mahal tau I beli.” Rengok Mina pada kekasihnya itu.

“Saya minta maaf sekali lagi Cik...” Nur Fathia masih tidak berputus asa. Sabar Thia sabar... ingat ‘customer is always right’. Pujuk hatinya. Dia langsung tidak berani memandang wajah bengis pelanggannya itu.

“Tak apa. Saya tahu awak tak sengaja.” Lembut suara Syed Daniel seakan-akan memujuk. Dia berpusing dan meminta maaf kepada semua pengunjung di situ barulah mereka bersurai.

Syed Daniel menghampiri Nur Fathia. “Saya minta maaf ye.”Lunak suaranya memecah gegendang telinga Nur Fathia. Barulah dia berani untuk mengangkat mukanya. Redup anak mata itu memandang ke arah anak mata Syed Daniel.Akhirnya dia mengangguk perlahan.

Mina melanggar bahu Nur Fathia tanda tidak berpuas hati sebelum menarik tangan Syed Daniel untuk berlalu daripada situ.

Sah! Memang nanti dia akan dipanggil menghadap pengurusnya. Apalah nasib kau Thia... ungkap hatinya. Keluhan dilepaskan perlahan.

Nur Fathia ingin membersihkan lantai yang kotor itu tetapi dihalang oleh seorang mak cik cleaner.

“Biar mak cik yang buat. Ni kerja mak cik.” Mak cik itu melemparkan senyuman. Dia turut bersimpati.

Nur Fathia mengangguk dan masuk kembali ke dalam kaunternya setelah mengucapkan terima kasih. Dia cuba mengekalkan wajah yang profesional. Tiada seorang pun pelanggan yang berani datang ke kaunternya buat masa ini. Air mata yang ingin mengalir ditahannya dan dia masih cuba untuk mengekalkan senyuman di wajahnya kepada pelanggan yang lalu lalang di situ.

“Thia... kau okay tak?” Kawannya yang juga seorang customer service menegur. Cuma bezanya hari ini kawannya itu menjaga kaunter di tingkat 1 dan dia G. Berkerut dahi Amira melihat keadaan Nur Fathia.

Nur Fathia mengangguk menyedapkan hati kawannya. Menyembunyikan kepedihan di hatinya apabila diherdik sebegitu. Hina sangat ke pekerjaannya? Dia tahu dia salah kerana kecuaiannya. Tapi dia dah minta maaf. Perkara itu bukan disengajakan. Itu pertama kali dia melalui situasi sebegitu.

“Macam mana boleh jadi macam tu? Aku terkejut tadi ada budak beritahu customer maki hamun kau.” Amira sudah mengambil tempatduduk di sebelah Nur Fathia. Perlahan dia mengusap bahu kawannya.

“Memang salah aku pun. Cuai! Lain kali aku akan lebih berhati-hati.” Ujar Nur Fathia penuh semangat untuk menutup kesedihan yangberada di dalam hatinya. Sedaya upaya dia menahan air mata di tubir matanya supaya tidak jatuh ke pipi.

“Kau pergi tandas dulu lah. Basuh muka.” Usul Amira apabila melihat riak wajah kawannya yang sedang sedaya upaya menahan tangisan. Mesti Nur Fathia masih dalam keadaan terkejut. Tapi itulah adat pekerjaan mereka. Tambahan pula tidak sampai 3 bulan Nur Fathia bekerja di sini.

Dengan rasa berat Nur Fathia mengangguk dan berlalu dari situ. Niatnya untuk membasuh muka ditangguhkan apabila mendengar suara gelak tawa daripada pintu masuk tandas. Lemah kakinya mengambil tempat duduk dibangku yang disediakan di luar tandas dan memalingkan muka ke arah dinding. Disaat itu, air mata mengalir deras ke pipi. Semakin lama ia bertukar menjadi tangisan halus.

“Saya rasa awak perlukan ini.” Lembut suara yang menyuakan sehelai sapu tangan kecil kepada Nur Fathia.

Nur Fathia memusingkan badannya 360 darjah ke belakang.Terpaku seketika dia di situ apabila melihat mamat handsome tadi. Dia masih tersedu-sedu walaupun telah cuba mengawalnya sehabis mungkin. Terasa malu pula apabila lelaki itu melihatnya di dalam keadaan begitu.

Syed Daniel mengukir senyuman manis. “Awak tak apa-apa?” Lembut dia bertanya. Senyuman tidak lekang dari wajahnya. Satu kakinya melutut di lantai dan dia mula mencari anak mata gadis itu disebalik cermin mata besaryang dipakainya.

Naik segan pula Nur Fathia apabila dilihat sebegitu. Aku tahulah aku ni tak cantik. Jangan pandang sampai macam tu. Kalau aku cair dekat sini siapa nak lap? Dia sudah mula melalut. Terpana dia di situ. Terasa ketika ini hanya ada dia dan jejaka itu sahaja di situ. Jantungnya mula berdegup tidak sekata apabila sepasang mata lelaki itu masih memandang ke arahnya.

Tanpa Syed Daniel sedari, tangannya bergerak dengan sendiri dan perlahan dia mengusap air mata yang masih jatuh di pipi gebu gadis itu. Entah mengapa hatinya terasa sedikit pedih melihat air mata yang jatuh di pipi gebu itu.

Nur Fathia tersentak. Pantas dia menjarakkan sedikit kedudukan mereka.

Syed Daniel segera meminta maaf atas keterlanjurannya dan menyuakan kembali sapu tangannya kepada gadis itu. Dia langsung tidak menyedari akan kelakuannya sebentar tadi. Tangannya bergerak dengan sendiri.

Lambat-lambat Nur Fathia mengambilnya.

“Macam mana Encik tahu saya ada dekat sini?” Soalnya lurus. Pipinya memerah menahan malu lantaran jejaka itu langsung tidak berkalih memandang dirinya sedari tadi.

Syed Daniel ketawa kecil. “Hati saya yang bawa saya ke sini.”Penuh romantis ayat yang dituturkan olehnya membuatkan semakin kencang degup jantung Nur Fathia. Amat ketara kemerahan di wajahnya. Lidahnya terus terkelu untuk berkata-kata.

Melihatkan wajah Nur Fathia yang semakin memerah itu membuatkan suara tawa Syed Daniel makin kuat. Suka pula dia melihat wajah comel itu. “Tak adalah. Tadi saya ke kaunter, kawan awak yang beritahu.”

“Terkejut saya tadi Encik.” Barulah Nur Fathia mula mengukirkan senyuman. Cermin matanya dibetulkan supaya terletak elok.

“Awak dah tersenyum.” Syed Daniel turut mengukir senyuman senang sambil melirik ke arah tag nama yang tersemat kemas pada tudung yang dipakai oleh wanita itu.

NUR FATHIA. Desis hatinya.

Muka Nur Fathia kembali memerah mendengarnya. Seolah-olah lelaki ini berkata yang dia berpatah balik hanya untuk membuatkannya tersenyum kembali. Romantik betul lelaki ini.

Setelah itu Syed Daniel meminta diri.

Nur Fathia hanya memerhatikan setiap langkah Syed Daniel sehingga hilang daripada pandangan. Dia menanggalkan cermin matanya dan mengelap sisa baki air matanya. Baru dia tersedar yang dia perlu memulangkan kembali sapu tangan itu kepada pemiliknya.

Pantas dia bangun dan mula berlari mencari lelaki tampan itu.Tetapi hampa apabila lelaki itu sudah tidak kelihatan. Kemas dia mengenggam saputangan itu di hadapan pintu masuk utama Aeon Mall itu dan bersuara perlahan. “Terima kasih Encik.” Sejurus itu dia mengetuk kepalanya. “Kau ni Fathia... bersentuhan dengan bukan muhtrim, berdosa!” Dia mula membebel kepada dirinya sendiri dan mula melangkah masuk semula menuju ke kaunternya.

Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh