Bab 1

16 tahun kemudian…

“Nasi lemak… nasi minyak…nasi lemak kerang... nasi minyak ayam merah... nasi lemak... nasi minyak...” Jerit satu suara sambil membetulkan tudung sarung yang dipakainya. Dia terus menjerit bagi menarik perhatian orang sekeliling sambil meneruskan perjalanannya menyusuri jalan kampung yang berhubung dengan jalan besar. Dan di seberang jalan itulah terletaknya kampung sebelah. Sememangnya jalan kampung itu seringkali digunakan oleh penduduk kampung jika ingin ke kampung sebelah kerana jarak perjalanannya yang lebih dekat.

Ramah dia menyapa kanak-kanak yang selalu bermain paya di sepanjang jalan kampung itu.

Usai melintas, dia berehat sebentar di bawah pondok hentias bas melepaskan lelah. Bakul jualan diletakkan di sisi. Leka dia memandang ke arah jalanraya melihat kenderaan yang tidak putus-putus sebelum ada suara yang menegurnya.

Sorang je Farissha?” Seorang perempuan tinggi lampai menegur Nur Farissha sambil mengambil tempat duduk di pondok hentian bas itu juga. Tas tangan miliknya diletakkan di atas riba.

Nur Farissha mengangguk. “Tengah tunggu tunang ke Kak?” Dia sekadar bertanya kerana seringkali melihat tunang Kak Yana menjemputnya di hentian pondok bas itu. Tudung sarungnya ditarik sedikit ke belakang.

Kak Yana juga menjawab dengan anggukan sambil memandang Nur Farissha. Adik tiri kawannya itu. Telefon pintar dikeluarkan dari dalam poket seluar jeansnya.

Suasana menjadi sepi sehinggalah Nur Farissha dikejutkan sekali lagi oleh satu pukulan yang hinggap di bahu kanannya.

Eh mak kau terkejut!” Latahnya menyebabkan tangan kanannya terkena pada bakul jualan di sisinya. Sepantas kilat tangan Nur Farissha menyambut bakul jualan itu sambil berpaling ke belakang untuk melihat gerangan yang memukul bahunya. Terus terjegil anak matanya apabila sahabat baiknya sedang menahan ketawa.

Kak Yana yang turut berada di situ terkebil-kebil memandang gelagat mereka berdua.

Ida Farhana mengambil tempat duduk di sebelah Nur Farissha sambil melemparkan senyuman kepada Kak Yana sebelum matanya tertumpu sepenuhnya kepada Nur Farissha.

“Kau dari mana datangnya? Terkejut aku.” Jelas tidak senang dalam nada suara Nur Farissha. Kalau terjatuh nasi jualan ini pasti teruk dia akan dimarahi oleh emak tirinya. Bala jangan dicari nanti buruk padahnya. Dia sebolehnya mencuba untuk tidak mengundang kemarahan emak tirinya itu.

“Ni hah, kalau jatuh siapa nak beli nanti?’ Sambungnya sambil menyuakan bakul yang berisi nasi jualannya kepada Ida Farhana. Bibirnya dimuncungkan.

Ida Farhana yang merupakan sahabatnya sejak dibangku sekolah hanya mengangkat bahu tanda tidak bersalah sambil menggosok perutnya yang sedang memboyot. “Aku mengidam nak makan nasi lemak Mak Ani. Kebetulan aku nampak kau tadi dari kedai runcit.” Ujarnya sambil menunjuk ke arah kedai runcit yang tidak jauh daripada pondok hentian bas itu. “Banyak lagi nasi?” Dia bertanya pula sambil menjenguk sedikit kepala untuk melihat baki jualan di dalam bakul itu.

“Adalah sikit.” Balas Nur Farissha sambil tersenyum manis. “Kau beli apa?”Nur Farissha melirik ke arah beg plastik di tangan sahabatnya itu.

Ayam.

“Aku mengidam nak makan nasi briyani. Itu yang cari ayam sampai ke sini.Kedai runcit kampung kita ada tapi ayam tak berapa nak segar.” Ujar Ida Farhana sambil menghulurkan wang kertas not RM5 kepada Nur Farissha.

“Ambil je Ida. Anak kau anak aku jugak. Sharing is caring.” Terletus ketawa daripada bibir mungil Nur Farissha menyakat sahabatnya itu.

Terjegil anak mata Ida Farhana mendengarnya.

Anak aku boleh kawtim lagi. Kalau nak kongsi suami, jangan tanya kenapa mak buyung ni jadi mak dugong eh!” Ida Farhana menunjukkan penumbuknya tanda amaran. Giliran Nur Farissha pula mengangkat bahu tanda tidak bersalah. Akhirnya terletus ketawa antara mereka berdua.

“Kau jalan kaki ke? Laki kau mana?” Tanya Nur Farissha sementelah melihat sahabatnya itu seorang diri. Sudahlah sarat. Berjalan pula seorang diri. Jika terjadi perkara yang tidak diingini nanti bagaimana?

“Laki aku tadi kawan dia ada mintak tolong sikit. Alah, bukannya jauh pun rumah aku. Memang aku saja nak jalan kaki. Kau jangan risaulah. Berjalan ni baik untuk aku. Nanti mudahkan aku nak bersalin.” Terang Ida Farhana sambil menepuk-nepuk bahu Nur Farissha apabila melihat kerutan di wajah sahabatnya itu. Lagipun rumahnya di seberang jalan sahaja.

“Aku bukannya apa. Cuma risau je. Dah kau cakap macam tu tak apalah.” Nur Farissha melemparkan senyuman yang menyerlahkan lesung pipit di pipi kanannya.

“Aku balik dulu. Nanti aku hantar nasi briyani dekat kau eh.” Ida Farhana melambaikan tangan kepada Nur Farissha dan Kak Yana sambil berjalan ke arah jalan besar untuk melintas jalan.

Usai melihat Ida Farhana selamat melintas jalan, Nur Farissha menyambung kembali menjual nasi jualannya setelah meminta diri kepada Kak Yana.

Kak Yana hanya memandang ke arah Nur Farissha yang semakin menghilang daripada pandangan matanya. Perlahan telefon pintarnya dimasukkan kembali kedalam beg tangan sambil terus menanti kedatangan tunangnya.

 

 

 

Di rumah, riuh kedengaran suara Mak Ani bersama anak sulungnya Nur Haziqah sedang memaki hamun Nur Farissha. “Dia boleh bagi percuma je nasi jualan kita dekat kawan dunia akhiratnya tu mak. Dia ingat mak buat amal kebajikan agaknya.Kita ni nak isi perut pun susah.” Nur Haziqah mengapi-apikan lagi emaknya. Sedepa muncungnya sambil berpeluk tubuh.

Makin naik darah Mak Ani mendengarnya. Nafasnya turun naik laju kerana menahan kemarahan yang membuak-buak pada anak tirinya itu. “Tunggu balik nanti memang mak kerjakan budak tak guna tu cukup-cukup. Dasar budak tak kenang budi. Dia ingat aku beli semua barang tu pakai air liur agaknya?” Bibirnya diketapkan. Mak Ani menelan air liur sebelum menyambung kembali bersuara yang seakan berbisik, “aku akan buat kau menyesal balik semula ke kampung ni Farissha!” Tangannya dikepal tanda kebencian yang membuak-buak kepada anak tirinya itu.

Senyuman sinis terpancar di wajah Nur Haziqah tanda hatinya puas. “Padan muka kau Farissha. Puas hati aku.” Bisiknya perlahan sambil berlalu ke biliknya meninggalkan emaknya yang masih berpanas hati. Sebenarnya itu bukanlah masalah besar untuk diadukan kepada emaknya tetapi lebih kepada rasa benci dan dendam kepada adik tirinya. Alah, setakat bagi nasi lemak sebungkus tak luaknya. Dia berdengus kasar dan mencapai tuala mandi di belakang pintu bilik dan berlalu kebilik mandi.

Sepermegian Nur Haziqah, Mak Ani seperti cacing kepanasan di muka pintu apabila jam sudah menunjukkan pukul 7.15 petang tetapi Nur Farissha masih belum pulang ke rumah, Di tangannya sudah tersedia penyangkut baju sambil matanya tidak lepas memandang ke arah pintu pagar rumah.

“Mak? Tunggu siapa tu?” Tanya Nur Syazwani anak bongsu Mak Ani dalam keadaan yang masih mamai mendekati emaknya. Matanya turut liar memandang keluar rumah sambil mengikat rambutnya menggunakan getah yang tersedia pada pergelangan tangan kanannya.

“Mak tengah tunggu budak tak guna tu! Tengoklah, masa ni  tak sampai rumah lagi. Memang dasar betina jalang!” Bebelnya sambil mengecilkan mata. Semakin kuat dia mengenggam penyangkut baju di dalam tangannya.

Berkerut dahi Nur Syazwani apabila emaknya berkata begitu. “Sejak bila mak ambik berat pasal dia?” Nur Syazwani memandang emaknya sambil mengangkat kening.

Terjegil anak mata Mak Ani mendengar pertanyaan yang keluar daripada mulut anak bongsunya. “Aku ni selagi hidup jangankan nak ambik berat pasal dia... kalau dia mati tengah jalan tu aku siap buat kenduri kesyukuran tau tak!”Akhirnya terletus api kemarahannya sambil bermundar-mandir di depan pintu masuk rumah.

Barulah Nur Syazwani perasan akan penyangkut baju di tangan emaknya. Kakak tirinya itu ada buat salahkah hari ni? Telah hatinya sambil berjalan menuju kedapur. Melihatkan penyangkut baju itu, pastinya teruk kakak tirinya itu akan dipukul.

Tepat ketika itu, laju kaki Nur Farissha melangkah masuk ke halaman rumahnya. Akan tetapi langkahnya bertukar perlahan sambil dahinya juga mula berkerut apabila melihat emak tirinya bermundar mandir di hadapan pintu rumah. Aku ada buat salah ke? Pelbagai persoalan mula berlegar di dalam kepalanya.

Mak Ani yang menyedari kepulangan Nur Farissha mula memandang anak tirinya dengan tajam. Belum sempat kaki anak tirinya itu melangkah masuk ke beranda rumah, dia terus meluru ke arah Nur Farissha dan libasan demi libasan mengenai badan anak tirinya itu tanpa belas kasihan.

“Kau dengan mak kau sama je perangai menyusahkan orang! Aku dah lama sabar dengan kau tau tak! Kenapa kau balik semula dalam keluarga aku? Elok kau ni mati je tau! Hidup pun tak ada guna.” Kepala anak tirinya itu pula ditunjual-tunjal sehingga hatinya puas.

Akan tetapi tidak sedikit pun Nur Farissha mengelak atau melawan. Dia hanya tetap berdiri di situ sambil mengetap bibir sehingga emak tirinya puas memukul dirinya. Tiada langsung air mata yang keluar daripada tubir matanya. Perlahan dia menarik nafas sebelum bersuara. “Apa salah Farissha? Hari ini dia langsung tidak bercakap dengan emak tirinya itu. Jadi apa puncanya.

“Apa salah Farissha?” Mak Ani mengajuk sambil membuat muka. “Kau tahu salah kau apa. Jangan buat muka tak semenggah kau depan aku. Hidup menyusahakan orang. Pembawa nasib malang macam kau ni elok hidup dekat tempat pembuangan sampah je! Tempat macam tu baru sesuai baru sesuai dengan kau!” Bisa ayat yang dilontarkan kepada anak tirinya.

Kecil hati Nur Farissha mendengarnya. Terkebil-kebil dia di situ dan tanpa disedari setitik air mata menitis jua di pipinya mendengar bait-bait perkataan yang keluar daripada mulut emak tirinya itu.

Penyangkut bahu dicampak di hadapan Nur Farissha dan Mak Ani terus masuk kedalam rumah. Dia melabuhkan pungunggnya di atas sofa dengan muka bengis melepaskan lelah. Tiada langsung riak bersalah di wajah tua itu. Apa yang hatinya tahu adalah puas. Puas menyeksa dan melihat anak tirinya itu menderita. Kosong pandangannya memandang ke arah skrin televisyen sebelum dikejutkan dengan suara halus Nur Farissha.

“Mak Ani... kalau Farissha ada buat salah Farissah minta maaf ye.” Ujar Nur Farissha menundukkan sedikit kepalanya. Dia berlalu ke dapur untuk menyimpan bakul jualan disamping itu mengeluarkan ayam dan beberapa bahan masakan dari dalam peti ais untuk digunakan untuk makan malam mereka.

Badannya terasa sengal-sengal dan pedih di tempat libasan tadi. Pipinya yang ditampar oleh Mak Ani jangan cakaplah kebasnya. Panas pipinya. Sah! Memangl ebam nanti. Dia mengeluh kecil sambil melihat tangannya yang berbirat.

“Dalam pada Nur Farissha bermonolog sendiri, terdengar satu suara menegurnya. Siapa lagi kalau bukan biawak hidup. Silap! Adik tirinya. Tersasul pula tadi. Belajar tidak mahu apatah lagi mahu bekerja. Hidupnya di dalam rumah itu sehari-hari makan dan tidur sahaja.

“Seronok kena libas dengan hanger?” Sindir adik tirinya. Wajahnya yang sudah siap ‘ditepung’ itu tersembur di muka pintu dapur. Fuh! Kalau tertampar mahu ‘berjerebu’ satu kampung.

Sekilas Nur Farissha melihat adik tirinya. Cantik! Dari atas sampai kebawah semuanya mengikut fesyen terkini. Cuma perangai je yang bingai.

Elok anak beranak masuk tanjung rambutan!

Nur Farissha melemparkan senyuman nipis sebelum menyambung semula kerjanya. Malas dia hendak layan. Pinggan kotor yang berada di dalam singki dibersihkan.

Nur Syazwani terus menarik muka apabila pertanyaan tidak dijawab dan dia terus berlalu ke ruang tamu untuk meminta duit daripada emaknya. Maklumlah kalau dah jadi biawak hidup, memang kerjanya asyik meminta. Cari duit pemalas!

Azan maghrib berkumandang tatkala Nur Farissha melihat adik tirinya meninggalkan rumah dari muka pintu dapur. Perlahan dia menutup pintu itu.

“Mana duit jualan tadi?” Jerkah Mak Ani kepada Nur Farissha. Kemarahannya masih belum reda sepenuhnya.

Laju  tangan Nur Farissha mengeluarkan duit jualan nasi dari dalam poket seluarnya dan diberikan kepada emak tirinya.

Duit itu direntap dengan kasar.

“Hidup pun orang tanggung. Tak sedar diri agaknya. Kenapalah kau tak mampus je perempuan bodoh?” Selaju bebelannya, selaju itulah tangannya mengira duit yang diterimanya. Kalau ikutkan hati mahu mati anak tirinya itu dikerjakan.

Nur Farissha hanya melemparkan pandangan kosong ke arah Mak Ani.

Tepat pada kiraan akhir, Mak Ani mengerutkan dahinya. Eh? Cukup pula duit jualan ni. Tadi Si Yana cakap budak ni bagi nasi lemak percuma dekat Si Ida. Tidak berpuas hati dengan pengiraannya... dia mengira sekali lagi. Tetapi jumlahnya masih sama. Duit jualan itu tidak berkurang.

Mak Ani berdehem... “Nah. Upah kau hari ni.” Not RM5 dilemparkan tepat mengenai muka Nur Farissha. “Malam ni aku tak balik. Jaga rumah. Kalau ada barang hilang atau kau cuba nak lari... mati kau aku kerjakan. Faham?” Tempiknya sebelum berlalu dengan wajah yang masam mencuka.

Nur Farissha hanya mengangguk perlahan. Duit upahnya yang jatuh ke bawah dikutip lalu dimasukkan ke dalam kocek seluarnya dengan muka tidak ada perasan. Ya... dia perlu bertahan sehingga menemui jawapan kepada persoalan yang selama ini menghantui dirinya. Bertahan sikit je lagi Farissha... sikit je lagi... Dia meniup kata-kata semangat ke dalam dirinya. Tangannya dikepalkan sambil sayup-sayup kedengaran bunyi ekzos motorsikal yang semakin menjauh dari rumahnya. Satu keluhan lega dilepaskan apabila dia tidak perlu menghadap mereka tiga beranak pada malam ini. Tenang terasa hatinya.

Barang yang dia keluarkan dari dalam peti sejuk dimasukkan kembali. Hanya dia seorang sahaja. Jadi tidak perlu memasak banyak. Jam sudah menunjukkan pukul 7.50 malam sewaktu dia siap membersihkan diri untuk menunaikan solat maghrib.

“Ya Allah, aku serahkan diriku dalam jagaanMu. Pinjamkan aku sedikit kekuatan agar aku mampu mengharungi ujian yang telah Kau berikan kepadaku. Lembutkanlah hati keluargaku agar dapat menerima diriku. Kau Maha mengetahui setiap apa yang berlaku kepada hambaMu.” Itulah doanya yang tidak pernah putus sejak 5 bulan yang lalu sejak dia kembali semula ke kampung setelah lebih10 tahun dia menghilangkan diri.

Dia duduk berteleku di atas tikar sejadah sambil memorinya menerawang tepat 5 bulan yang lalu di saat dia berjalan masuk kedalam halaman rumah yang ditinggalkan setelah sekian lama.

Orang pertama yang dia lihat ialah ayahnya yang sedang bertukang di beranda rumah. Jelas di dalam memorinya tubuh ayahnya mengigil sewaktu melihatnya yang berjalan menghampiri beranda rumah.

Kepulangannya tidak diterima oleh keluarga tirinya. Dia melihat sendiri ayahnya memujuk Mak Ani untuk menerima dirinya. Hatinya akan terasa pedih juka mengingati akan memori itu. Ayahnya bekerja sebagai buruh binaan di bandar. Kadang balik tidak menentu. Tetapi dia redha, ayahnya pergi untuk mencari nafkah bagi menampung perbelanjaan mereka sekeluarga. Duit bulanan selalu dikirimkan untuk anak isteri. Itulah kasih sayang seorang ayah baginya. Tetapi dia tidak pernah merasa walau satu sen pun duit bulanan yang dikirimkan oleh ayahnya. Semuanya digunakan oleh emak dan adik-beradik tirinya untuk berjoli. Itu pun sempat mereka merungut yang duit bulanan yang diberikan tidak mencukupi.

Nur Farissha melipat elok sejadahnya lalu disangkut pada penyangkut baju di belakang pintu dan dengan malas dia menuju ke arah meja solek yang sudah uzur. Laci dibuka untuk mengambil minyak gamat kerana sewaktu rukut dan sujud tadi terasa pedih di tempat libasan tadi. Nur Farissha menyapu pada kedua pergelangan tangannya yang mula berbirat. Tidak dilupakan juga kaki dan bahagian belakang badannya. Untuk pipinya pula, nanti sebelum tidur dia akan tekapkan ais.

Usai selesai, matanya terpandang album gambar lama yang berada di dalam laci yang sama. Album gambar itu dikeluarkan. Satu persatu halaman dibeleknya sambil tersenyum sendirian melihat gambarnya sewaktu kecil. Walaupun sudah sekian lama... dia masih ingat dengan jelas, ibunya sangat gemar mengambil gambar. Kemana sahaja mereka pergi pasti kamera tidak akan lepas daripada tangan ibunya.

Album gambar itu hanya terdapat gambarnya sewaktu berusia 9 sehingga 16 tahun. Ibunya pernah memberitahu album gambar yang memuatkan gambarnya sewaktu bayi semuanya terbakar dalam satu kebakaran.

Apabila tiba pada gambar mereka sekeluarga, dia terhenti seketika. Lama matanya memandang gambar itu. Sungguh bahagia mereka satu keluarga dahulu. Air mata mula mengalir perlahan dari tubir matanya apabila melihat ibunya tersenyum gembira di dalam gambar itu sebelum kebahagian mereka direntap dengan tiba-tiba. Dia sama sekali tidak pernah menyalahkan takdir yang ayahnya berkahwin dua. Mungkin itu sudah rezeki ayahnya. Tetapi... Nur Farissha tidak dapat menghabiskannya. Yang kedengaran selepas itu hanyalah tangisan halus seorang anak yang mengharapkan kebahagian di dalam keluarganya.

Previous: PROLOG
Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh