Bab 7

Tan Sri Tengku Mustaphar, Tengku Mikhail, Syed Daniel dan Syed Hakimi sedang menukar pakaian mereka kepada pakaian yang lebih selesa di dalam bilik tetamu sewaktu Puan Sri Hidayah mengetuk pintu bilik.

“Abang, tak siap lagi ke?” tanya Puan Sri Hidayah dari luar. Dia yang baru siap menolong serba sedikit di dapur datang mendapatkan suaminya. Selepas ini dia akan menemani sahabatnya itu untuk bersalam kokot di beranda rumah. Sekarang pun Mak Nah sudah mula sibuk untuk menyambut kehadiran tetamu yang hadir.

Tan Sri Tengku Mustaphar yang baru selesai menukar pakaian menjawab, “dah sayang.” Lalu dia membuka pintu. Pintu bilik itu ditutup kembali. TengkuMikhail, Syed Daniel dan Syed Hakimi masih belum siap menukar pakaian mereka.

“Woi, kau takkan nak pakai baju putih seluar putih buat kerja. Agak-agaklah.” Sela Tengku Mikhail. Buatnya terkena gulai kawah sewaktu mereka mengangkat lauk pauk nanti jadi dua kerja pula nak mencucinya.

“Habis tu?” Syed Hakimi memandang Tengku Mikhail. Dia memang tidak membawa baju warna lain. Atau dengan kata lain memang tiada baju warna lain selainputih di dalam beg bagasinya. Jika ada pastinya warna dasarnya juga berwarnaputih. Jadi tiada beza jika dia memakainya pun.

Syed Daniel turut memandang abang kembarnya itu dan kemudian menghulurkan baju t-shirt hitam kepada abang kembarnya. “Pakai baju aku.” Mendatar sahaja suaranya.

Thanks.” Pantas Syed Hakimi menukar pakaiannya.

Tengku Mikhail perasan air muka Syed Daniel agak keruh sejak keluar daripada kereta tadi. Mungkin penat agaknya. Hatinya membuat telahan.

Hensem suami sayang ni.” Manja Puan Sri Hidayah memuji suaminya.Walaupun sudah mencecah usia 50-an, suaminya masih mempunyai daya penariknya.Sebab itu ramai sahaja ‘penyondol’ yang selalu datang tanpa diundang. Dia membetulkan sedikit selendang putih yang dipakainya.

“Mestilah. Suami sayang kan.” Balas Tan Sri Tengku Mustaphar. Pinggang isterinya dirangkul kemas. Senyuman menggoda dihadiahkan sambil hidung mancung isteri kesayangannya dicuit sedikit tanpa mempedulikan mata-mata yang sedang memandang mereka sehingga mendengar satu suara menegur mereka.

“Papa... mama...” Ujar Tengku Mikhail sambil memberi isyarat yang ramai mata-mata sedang memandang ke arah mereka berdua. Tetapi jauh di suduh hatinyadia senang melihat papa dan mamanya begitu. Terasa bahagia dia melihat kasih sayang papa dan mamanya masih tetap utuh.

Syed Daniel dan Syed Hakimi sekadar memerhati sambil tersenyum sumbing apabila Tan Sri Tengku Mustaphar melepaskan rangkulan dari isterinya. Mukanya sengaja di masamkan sambil melihat ke arah mereka. Kacau daun betul...

“Abang pergilah dulu dengan mereka tengok apa yang boleh dibantu dekat luar tu. Nanti Yah menyusul ye. Yah nak tolong Nah dulu.” Lembut suara Puan Sri Hidayah berkata kepada suaminya. “Niel dan Kimi pun jangan segan-segan ye. Pak Ramli dengan Mak Nah dah anggap kamu berdua macam keluarga mereka.”

Syed Hakimi mengangguk sambil tersenyum manis. Senang hati dia mendengarnya. Manakala Syed Daniel hanya beriak biasa.

Mereka bertiga sekadar mengangguk sebelum berlalu keluar daripada rumah.Tan Sri Tengku Mustaphar bercadang untuk menyapa beberapa kenalan lama jadi dia tidak menyertai mereka bertiga. Sepanjang perjalanan menuju ke khemah tempat memasak masakan, tidak berhenti gadis muda memandang ke arah mereka bertiga.

Syed Hakimi bersuara seakan berbisik kepada Tengku Mikhail dan Syed Daniel, “kau berdua ingat tau ini kampung. Tak sama dengan bandar. So, please behave yourself. Especially you Niel!” Keras dia memberi amaran. Adik kembarnya yang berjalan di sebelah kanannya dijeling.

Tengku Mikhail hanya membuat pekak manakala Syed Daniel mula naik berang.“Tolonglah Kimi, mereka ni bukan taste aku. Perempuan kampung macam nit ak layaklah nak jadi kekasih aku. Jadi perempuan simpanan bolehlah. Tu pun kalau laku!” Jawabnya dengan penuh angkuh membuatkan Tengku Mikhail dan Syed Hakimi memandang ke arahnya serentak. Langkah mereka terhenti dipertengahan jalan.

Syed Hakimi yang baru ingin melancarkan meriam buluh kepada adiknya terpaksa dihentikan apabila Pak Ramli sedang melambai tangan daripada bawah khemah kepada mereka.

We’re not finished yet Niel.” Merah padam muka Syed Hakimi menahan marah. Dia terus berlalu ke arah Pak Ramli dengan hati yang kecewa dengan keangkuhan adiknya.

“Eh Niel, kau sedar tak apa yang kau cakap? Kau dah kenapa?” Tengku Mikhail hampir hilang sabar dengan sikap Syed Daniel yang angkuh tidak bertempat itu.Suaranya terpaksa diperlahankan lantaran ramai mata yang memerhati mereka.

“Apa yang tak sedarnya. Dah memang kenyataan kan?” Sinis Syed Daniel melemparkan senyuman.

“Kalau betul pun kau tak suka tak perlu sampai menghina. Apa hak kau sampai nak menghina orang macam tu?” desis Tengku Mikhail. Mencerlung matanya memandang Syed Daniel.

Syed Daniel hanya mendiamkan diri sambil berpeluk tubuh. Jelas dari air mukanya yang dia memang tidak senang untuk berada di sini.

“Dah lah. Malas aku nak gaduh dengan kau.” Dia turut berlalu dari situ.Tengku Mikhail mengeluh seketika. Niel... Niel...

Terlihat Pak Ramli tidak menang tangan melayan para tetamu yang datang bersalaman dan mengucapkan tahniah ketika itu. 

 

 

 

Dua buah motosikal masuk ke perkarangan rumah Pak Ramli dan Mak Nah. Mereka meletakkan motosikal agak jauh kerana sudah ramai tetamu jemputan yang hadir ketika itu.

Dapat dilihat air muka Nur Haziqah dan Nur Syazwani yang masam mencuka turun daripada motorsikal. Jelas kelihatan lingkaran gelap di bawah matamereka berdua. Nur Farissha sekadar memandang sekilas. Malas ingin melayan mereka. Dah besar panjang pun pemalas! Diikuti rapat oleh Nur Haziqah dan Nur Syazwani. Nur Farissha berlalu dari situ setelah menyerahkan kunci motorsikal kepada Mak Ani.

Nur Haziqah berpeluk tubuh tanda tidak rela tidur mereka diganggu.

“Mak, kenapa kami kena tolong sekali? Nanti kami datang makan sudahlah. Ini semua bukan kerja orang tua-tua ke?” laju mulut Nur Haziqah menghentam. Seperti biasa, bibir tebalnya dimuncungkan seperti itik tersepit bawah tempurung.

Mak Ani menampar bahu Nur Haziqah menyebabkan dia mengaduh.

“Mak Nah kamu tanya pasal kamu berdua tau tak. Hari tu kamu berdua yang beriya cakap nak tolong. Ni bukan setakat batang hidung tak nampak, bayang-bayang pun tak dapat jejak!” marah betul Mak Ani dengan anak sulungnya itu. Membulat matanya memandang mereka berdua.

Nur Haziqah berdengus sebelum menjawab, “mak pun satu. Tak boleh bagi alasan ke? Dah mak memang tahu kami ni pemalas lagi-lagi nak buat kerja kampung macam ni.” Jujur Nur Haziqah membidas.

Nur Syazwani hanya membatu di situ sambil menguap. Kepalanya berdenyut-denyut tanda tidak cukup tidur. Sedaya upaya dia cuba untuk membuka matanya dengan lebih besar.

Mencerlung mata Mak Ani. “Kau nak orang kampung mengata mak ke? Tak didik anak? Ha? Tak reti-reti nak suruh anak turun padang tolong sekali? Kamu buatlah perangai... nanti tak ada siapa nak datang bila kamu kahwin. Nak macam tu?”Ugut Mak Ani.

Baru sahaja Nur Haziqah ingin membidas balik yang menampakkan sedikit ciri-ciri bakal anak derhaka.

“Dah lah tu. Malu orang pandang.” Nur Syazwani cepat-cepat menghentikan perbalahan mereka berdua. Matanya dilirikkan sekeliling apabila beberapa orang sedang memerhatikan mereka anak beranak.

Mak Ani menghembuskan nafasnya kasar manakala Nur Haziqah berpeluk tubuh.

“Kami kena buat apa mak?” soal Nur Syazwani cuba mengalih topik perbualan ini.

“Kamu pergi masuk dalam tanya Mak Nah kamu.” Arah Mak Ani dengan muka masam mencuka. Nur Haziqah menghentakkan kaki sambil berjalan masuk ke dalam rumah itu. Nur Syazwani sekadar mengangkat bahu sambil membuntuti kakaknya.

Nun dari jauh, Nur Farissha dan Ida Farhana sekadar memerhati drama sebabak itu berlangsung. “Baru mak tiri kau tu bertemu buku dengan ruas. Jiqah tu baru peringkat newbie derhakanya. Tunggu masa je nak kalahkan Malin Kundang.” Lancang mulut Ida Farhana berkata. Matanya dikecilkan.

Nur Farissha menyiku perlahan sahabatnya itu sambil mengingatkan yang dirinya yang sedang berbadan dua membuatkan Ida Farhana menjuihkan bibirnya.

“Tapi lama giler kot kau balik. Buat apa?” Tanya Ida Farhana. Hampir satu jam setengah kot. Lama tu...

Nur Farissha menjuihkan bibirnya. “Tu... kejutkan mereka berdua. Kena tunggu mandi... bersolek... apa lagi.” Ujar Nur Farissha. Memang kesabarannya berada di tahap yang paling tinggi tadi. Kalau tidak ditunggu sehingga siap alamatnya memang adik beradik tirinya itu akan tidur semula. Ingin dibiarkan nanti dia pula yang akan dimaki oleh emak tirinya. Dilema betul hidupnya.

Ida Farhana menjulingkan matanya ke atas tanda meluat dengan adik beradik tiri Nur Farissha.

Okay lah. Aku nak masuk kejap tolong mana yang boleh dekat dapur. Orang pun dah mula ramai ni. Takut tak cukup tangan dekat dapur.” Nur Farissha melangkah masuk ke dalam rumah setelah melihat Ida Farhana menganggukkan kepalanya. Dia bertembung dengan Mak Nah yang baru sahaja keluar dari bilik.

Mereka berbalas senyuman sebelum Mak Nah berlalu ke beranda rumah. Dia yang baru sahaja menjejakkan kaki di atas lantai dapur berpaling apabila terdengar suara Ida Muhainy memanggil namanya daripada pintu bilik.

“Ye Hainy...” Laju kakinya melangkah. Ida Muhainy sudah siap bersolek itu tampak menawan.

“Boleh tolong Hainy angkat goodies untuk VVIP tak bagi dekat mak?”

Nur Farissha tersenyum senang. Dia berjalan menuju ke arah bilik stor yang terletak antara dapur dan ruang tamu. “Uih, beratnya...” Dia berkata sambil mengangkat kotak itu menyebabkan badannya tidak seimbang sewaktu berjalan keluar dan...

BUKKK

Hampir terpelanting kotak itu daripada tangannya sebelum ada tangan yangmenahannya membuatkan mata mereka bertentang.

“Saya minta maaf ye.” Panik Nur Farissha meminta maaf sambil tidak lepas dia memandang wanita jelita yang berada di hadapannya itu. Sungguh dia sebagai seorang perempuan turut terkesima melihatnya.

Puan Sri Hidayah tersenyum manis. “Tak apa. Hati-hati ye.” Ujarnya sambil membetulkan kedudukan kotak itu supaya Nur Farissha dapat membawanya.

Cepat-cepat Nur Farissha meminta diri apabila namanya diseru dari luar membuatkan Puan Sri Hidayah tertawa kecil dengan teletah Nur Farissha.

“Betul-betul turun dekat Farissha panik kau tu Najwa.” Terletus lagi tawa kecil dari bibirnya tetapi tidak lama apabila perasan sebak mula bertandang dihatinya. Puan Sri Hidayah cuba menyembunyikan dengan menarik nafas beberapa kali sebelum berjalan kembali untuk mencari suaminya.

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh