Home Novel Cinta Khas Buat Suraya Anne!
Khas Buat Suraya Anne!
kamika
3/2/2022 09:59:01
7,969
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 19

"Macam mana dengan Suraya?"

Hanis mengurut dada. Terkejut tiba-tiba disapa begitu. Fikirnya bos Suraya itu telah pulang memandangkan jam sudah melewati angka 12.00 tengah malam.

"Dia okay."

Satu anggukkan yang lemah diterima.

"Dr. Adrian kenapa tak balik lagi?" Soal Hanis pula.

"I want to stay. Waktu macam ni Suraya perlukan kita semua."

Ucapan dari lelaki itu membuatkan Hanis menyandarkan tubuh ke dinding. Penat tetapi dia harus kuat. Andai Suraya melihatnya dalam keadaan lemah fikiran yang sedang tertekan ketika ini tentu bertambah menekan. Mujurlah adanya bos Suraya itu. Dan syukurlah kerana Suraya tergerak untuk menghubungi bosnya itu berbanding dirinya sendiri. Bukanlah Hanis mahu melepas tangan. Tetapi, mengambil masa juga ketika dia harus bersoal jawab dengan ketua pegawai yang mengetuai kursus yang dihadiri itu. Dan ucapan syukur tidak henti dizahirkan kerana dia mendapat jua keizinan untuk menamatkan kursus itu terlebih awal. Wajah kacak Dr. Adrian dikerling sebentar. Suraya belum pernah menceritakan perihal bosnya itu sebelum ini. Apa yang dia tahu bos Suraya dipanggil Mr. Lee.

"Erm, Dr. Adrian.. You bos yang mana satu ye? Sebab I rasa I tak pernah dengar Yaya sebut nama you."

Dr. Adrian menoleh. Sama-sama menjadikan dinding batu itu tempat bersandar meskipun terdapat barisan sofa berdekatan dengan mereka ketika ini.

"Bos untuk projek baru Suraya." jelas Dr. Adrian mengagumi sikap privasi Suraya itu. Fikirnya kawan karib Suraya tentu tahu siapa dirinya. Rupanya tidak. Boleh jadi apa saja perkara yang berlaku diantara dia dan Suraya disimpan rapi oleh gadis itu. Hanis mengangguk.

"Terima kasih sebab tolong Yaya." ucap Hanis. Rasa terhutang budi pula dengan kebaikan lelaki itu walhal Suraya baru saja berkerja dengan syarikat itu. Untunglah sahabatnya itu mendapat seorang bos yang prihatin dan mengambil berat.

"Just call me Adrian." kata Dr. Adrian pula. Hanis angguk lalu senyum. Melihat kemunculan Irfan disitu, Hanis menarik lega.

"Macam mana Yaya?" Tanya Irfan. Sebagaimana reaksi Hanis ketika tiba tadi begitulah juga dengan tunangannya itu. Bimbang dan risau dengan keadaan Suraya ketika ini.

"Dia okay. Abah dia masih tidur. Yaya pulak duduk aje dekat tepi abah dia. Rasanya dah terlelap, kot. I tak nak ganggu jadi I keluarlah."

Baik Irfan mahupun Dr. Adrian, kedua-dua lelaki itu khusyuk mendengar.

"Irfan kenalkan, bos Yaya, Dr. Adrian. Adrian, Irfan, tunang I." kata Hanis. Tiada bicara hanya tangan yang berjabat.

"Arwah macam mana?" Soal Irfan tidak sabar.

"Itulah yang I nak ke Jabatan Forensik ni. Nak uruskan hal ehwal arwah."

"Takpe, Hanis. Biar I aje yang pergi."

Dr. Adrian menawarkan diri untuk membantu. Hanis tersenyum hambar lalu menggeleng.

"Actually, biarlah I saja yang pergi. Bukan apa, I boleh dikira sebagai ahli keluarga terdekat. Lagipun orang dikampung tengah tunggu apa saja berita dari I. Apa-apa maklumat yang pihak polis dan hospital mahukan, Inshaallah I boleh berikan." jelas Hanis akan keengganan menerima bantuan yang ikhlas itu. Dr. Adrian mengangguk tanda mengerti.

"Hanis, I ikut you." ujar Irfan pula. Hanis angguk.

"Erm Adrian, tolong tengok-tengokkan Yaya, eh. Kalau boleh you tunggu dekat dalam. Bimbang kalau Yaya terjaga nanti I tiada." pesan Hanis sebelum berlalu. Dr. Adrian angguk lagi. Berbesar hati. Selepas merpati sejoli itu beredar Dr. Adrian masih menunggu diluar wad. Bukan tidak mahu menjenguk ke dalam, tapi bimbang andai tidak kena dengan masa. Mungkin Suraya sedang berjaga dan memerlukan privasi ketika ini. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk turun ke tingkat bawah menuju ke sebuah kedai serbaneka. Dua kotak sandwich dan dua botol air mineral dibelikan. Coffee vending machine dihampiri dan setelah beberapa ketika dua hazelnut latte dan dua black coffee tersedia. Usai membayar Dr. Adrian kembali ke tingkat atas dengan tangan yang penuh. Ruang legar dihadapan wad lengang. Dr. Adrian memberanikan diri menjenguk ke dalam. Bilik wad kelas satu yang agak selesa itu diperhati. Bunyi mesin ventilator memecah kesunyian. Hanya Encik Fauzi yang sedang terbaring dikatil. Suraya pula duduk disisi bapanya. Barangkali memang sedang tidur melihatkan posisi kepalanya yang terkulai diatas katil namun dipangku dengan kedua belah tangan. Simpati melimpah terhadap gadis itu. Dr. Adrian melangkah masuk. Mendekati sebuah laci berdekatan katil En. Fauzi lantas barangan yang dibeli sebentar tadi diletakkan. Dia menghampiri tubuh yang terbujur di atas katil. Berhenti sejenak untuk melihat keadaan Encik Fauzi dengan lebih dekat. Ajaib kerana tiada sebarang luka yang kelihatan sama ada dimuka atau ditangan. Wayar IV ditatap. Perlahan sahaja gerakan titisan air jernih itu jatuh. Dr. Adrian menuju ke arah sebuah meja kopi. Dia duduk bersandar disofa. Lega. Telefon pintar yang tersimpan dalam poket jeans dikeluarkan. Makluman tentang situasi Suraya dihebahkan kepada Mr. Lee dan dia sendiri bercadang untuk mengambil cuti kecemasan buat beberapa hari. Email kepada setiausaha jabatan dihantar. Alasannya biarlah dia seorang sahaja yang tahu. Agak lama juga dia berjaga disitu. Hanya menatap dan terus menatap gadis itu tidur. Kemudian, muncul Hanis dan Irfan. Satu paper bag bersaiz sederhana di atas meja di hadapan Dr. Adrian diletakkan oleh Hanis sambil berbisik memintanya keluar sebentar untuk berbicara. Sebelum keluar sempat Dr. Adrian mencapai dua cawan kopi untuk diberikan kepada pasangan itu.

"Terima kasih." ucap Hanis setelah meneguk latte yang sudah suam-suam kuku itu.

"Okay. Untuk urusan arwah mummy pegawai bertugas maklumkan mereka tak dapat melakukan dengan kadar segera." tutur Hanis memulakan bicara.

"Rupa-rupanya ada dua kes kemalangan maut yang perlu diuruskan oleh Jabatan Forensik. Paling awal jam 6.00 pagi esok barulah giliran arwah." sampuk Irfan pula. Dr. Adrian diam. Sesekali kepalanya dianggukkan.

"Apa kata you balik ajelah Adrian." cadang Hanis. Meskipun dia sendiri penat dan lelah namun keadaan lelaki itu tidak jauh berbeza dari dirinya sendiri. Hanis sedar masing-masing sedang bertahan demi Suraya dan bapanya itu.

"Takpe. I tidur dalam kereta aje."

Sekilas Hanis merenung Dr. Adrian kemudian, berbalas pandang dengan tunangannya.

"I nak bawak Hanis balik rumah parents I. Dekat-dekat sini aje. Kesian I tengok dia. Penat sangat dari awal pagi tadi dengan aktiviti kursus sampai dan sekarang belum berehat. Bimbang kalau-kalau dia pulak yang jatuh sakit." luah Irfan yang berasal dari Klang itu. Dr. Adrian mengangguk faham.

"So, I akan bermalam dirumah parents Irfan tapi, awal pagi nanti I akan datang balik."

Dr. Adrian angguk lagi sebelum kembali masuk ke dalam wad setelah pasangan itu beredar. Terkejut kerana Suraya telah terjaga. Wajah gadis itu juga sama-sama terkejut tatkala melihat kehadirannya itu. Dr. Adrian menghampiri.

"Lapar ke?" Dr. Adrian menyoal perlahan sekali. Sejenak gadis itu diam. Kemudian dianggukkan kepala. Baru saja Dr. Adrian berhajat untuk mengambilkan makanan pergerakannya ditahan.

"Takpe. Saya ambil sendiri." ucap Suraya. Juga perlahan. Tetapi Dr. Adrian tidak mengendahkan bantahan dari gadis itu. Bungkusan yang mengandungi sandwich dan minuman dibawa ke meja kopi. Suraya bangun menuju ke bilik air. Tidak lama kemudian dia kembali dan duduk disofa. Dr. Adrian turut duduk disitu. Sekeping sandwich yang sudah dibuka kotaknya dicapai oleh Suraya. Perlahan dan tanpa sebarang bicara gadis itu mengunyah makanannya. Dr. Adrian menghulurkan sebotol air mineral. Tidak bersambut. Sebaliknya kopi yang menarik perhatian gadis itu. Disudut paling hujung di sofa itu, Dr. Adrian memerhati gelagat Suraya yang sedang mengunyah makanan. Jelas gadis itu seakan memaksa dirinya untuk menjamah makanan itu.

"Kalau tak selera tak payah makan." kata Dr. Adrian. Suraya menggeleng.

"Saya kena makan. Kena ada tenaga."

Jam 1.30 pagi dan gadis itu terjaga dari tidur untuk makan demi mendapatkan tenaga?

"Suraya, dengar sini. Urusan arwah mummy awak akan dibuat pagi nanti. Sekarang ni kita tak ada apa-apa yang boleh dibuat pun selain menunggu. Jadi rehatlah. Hanis tidur dirumah bakal in-laws. Tapi dia janji akan datang balik pagi nanti." ujar Dr. Adrian. Suraya diam mendengar penerangan itu sambil mengunyah. Usai makan gadis itu menyandarkan tubuh ke sofa. Lirikannya tidak lari dari memandang Encik Fauzi di atas katil.

"Kalau mengantuk lagi, tidurlah. Awak tidur dekat sofa ni." saran Dr. Adrian. Tiada tindak balas. Sepi. Dan lama mereka menyepi.

"Kenapa tak balik lagi?" Sambil mengerling sekilas ke arah Dr. Adrian dia bertanya.

"Saya nak teman awak."

Diam.

"Takpe, saya boleh jaga diri sendiri."

"If so, I still want to be here."

"Awak tak tidur?" Soalnya mengalih topik perbualan. Giliran Dr. Adrian pula diam.

"Sini. Awak tidurlah." ujar Dr. Adrian lantas bangun menginginkan memberi ruang kepadanya untuk berbaring.

"Tak nak. Saya nak tidur dekat abah saya. Kalau awak nak berbaring dekat sini awak baringlah." balas Suraya. Dr. Adrian bungkam. Sama-sama keras kepala.

"Kalau awak tak mau rehat dekat sini awak boleh keluar. Tak perlu temankan saya." katanya lagi tanpa sebarang perasaan. Sedikit terasa hatinya, namun Dr. Adrian faham keadaan emosi Suraya ketika ini. Dia kalah. Terpaksa mengalah kerana kehendak gadis itu. Dr. Adrian kembali duduk. Suraya pula bangun.

"Tidurlah. Selagi awak tak tidur selagi tu saya pun tak tidur." tambah Suraya lantas berlalu untuk kembali ke sisi bapanya. Bertentangan dengan kedudukan Suraya, dia melihat gadis itu memerhati wajah bapa yang dikasihi dengan renungan yang dalam. Dan dia pasti air mata gadis itu sedang berjuraian jatuh ke pipi. Tiada sebarang esakan. Gadis itu meratapi dalam diam. Dr. Adrian tidak mampu menghampiri meski jiwanya memberontak mahu membawa dirinya dekat kepada Suraya. Biarlah gadis itu tenggelam dalam momen peribadinya sendirian. Dr. Adrian enggan mengganggu. Leka dia memerhati hinggakan tak menyedari Suraya pula sedang merenung ke arahnya. Padangan tajam itu difahami dan Dr. Adrian lantas membukakan kasut. Hanya stokin hitam sahaja yang dibiarkan. Dia berbaring. Oleh kerana tubuh yang lampai itu, kedua belah kaki terjuntai di hujung sofa. Tidak selesa dan bertambah tidak selesa kerana cahaya lampu yang terang benderang. Namun demi Suraya dia rela. Sebelah tangannya diletakkan di atas kepala bagi melindungi silau. Terdengar bunyi pergerakan dan bunyi air dari dalam bilik air sebelum senyap. Tidak lama keadaannya begitu sebelum sayup-sayup kedengaran alunan bacaan Al Quran. Dr. Adrian menoleh. Hati dijentik suatu perasaan asing melihat gadis itu sedang mengalunkan kalimah suci dari langit itu. Seperti sedar dirinya diperhati Suraya mengangkat wajah. Satu renungan yang tajam dihantar sebelum gadis itu kembali menatap telefon ditangan. Dr. Adrian meletakkan tangan dikepala. Lama. Baris demi baris ayat itu menjadi peneman sehinggalah dirasakan kebas tangan dan hujung jemari dan tiada lagi lantunan bacaan didengari. Dr. Adrian menjatuhkan tangannya lalu mengiringkan tubuh. Segaris senyuman terukir melihatkan gadis itu kembali lena. Semoga mimpi yang baik-baik saja, Suraya.

Previous: Bab 18
Next: Bab 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.