Home Puisi Umum Kepergianmu(Mengenangmu, Tok Nan)
Kepergianmu(Mengenangmu, Tok Nan)
Am Nass
11/1/2018 17:28:38
1,295
Kategori: Puisi
Genre: Umum

Kepergianmu

(Mengenangmu,Tok Nan)


Kepergianmu,

Adalah malam tanpa bintang,

Adalah malam tanpa rembulan,

Kunyala lilin rindu,

Mengenangmu, Tok Nan.


Kenyalang ini,

Dahulunya tidak mampu berdiri,

Dalam degup yang paling perlahan,

Berpaut hiba di dahan pilu,

Sedayanya mengumpul kudrat,

Berpegang kepada amanat dan hasrat,

Akhirnya kembali terbang tinggi,

Demi menyambung sebuah legasi.


Terima kasih, Tok Nan,

Tetapmu dalam ingatan,

Tetapmu terpateri di sanubari,

Dan manuskrip rindu akan tertulis,

Dalam jiwaraga Anak Sarawak.


Am Nass Novelis,

11.1.2018.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.